23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Saturday, February 4, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Gerard’t Hooft : Menyusun Teka-teki Alam Semesta Dengan Fizik Partikel

Editor by Editor
02/01/2010
in Tokoh
0 0
0

Oleh Nurisya Mohd Shah

http://mylambda.wordpress.com

Ilmuan atau ahli akademik tulen adalah seseorang yang mampu memberikan sumbangan penting dan sentiasa dikenang dalam sejarah. Mereka tergolong di dalam kelompok yang mengembangkan pemikiran kreatif dan berinovasi jauh ke hadapan yang kadang-kala tidak terjangkau oleh fikiran orang biasa.

Antara individu yang dimaksudkan ialah Gerard’t Hooft seorang saintis kelahiran Belanda. Beliau sentiasa mengasak fikirannya dengan soalan-soalan kreatif tentang fenomena sains semenjak dari kecil sehinggalah mencapai kejayaan gemilang dalam dunia sains apabila dianugerahi Hadiah Nobel Fizik pada tahun 1999.

Di usia kanak-kanak, kanak-kanak bernama Hooft ini sudah menunjukkan tanda-tanda akan mengukir nama dalam dunia sains. Manakan tidak, seawal usia 8 tahun  ketika guru kelas beliau bertanyakan cita-citanya apabila dewasa nanti, Hooft menjawab ingin menjadi ’The Man who Know everything’. Ketika zaman kanak-kanak juga, Hooft gemar memerhatikan aktiviti serangga kecil seperti semut yang pada fikirannya sangat teratur dalam melakukan urusan dalam komuniti mereka.

Selain itu, beliau juga gemar memerhatikan bagaimana sesuatu itu berfungsi, contohnya ketika bermain basikal. Ketika rakan-rakan sebayanya bergelak ketawa menunggang basikal, Thooft bertanya bagaimana basikal berfungsi. Selain sifat ingin tahu secara semulajadi yang muncul di dalam dirinya, kedua ibubapanya juga berperanan penting dalam membentuk sikap dan sifat ingin tahu beliau. Setelah mengesan bakat yang dimiliki oleh anak mereka, kedua ibu bapa Hooft mula membelikan buku-buku yang dapat mengasah minat dan pemikiran yang dapat meransang rasa ingin tahu (curiosity) anak mereka.

Pernah dilaporkan di dalam sebuah makalah, bapanya membelikan sebuah alat permainan yang mahal dengan harapan agar anaknya dapat membina model seperti yang ditunjukkan dalam manual permainan tersebut. Namun otak pintar Hooft berkreatif dan menghasilkan model yang lebih baik dan menarik berbanding arahan yang tertulis di dalam manual. Salah satu contoh lain ialah, bapanya membelikan sebuah radio sebagai hadiah dalam pencapaiannya di sekolah. Hooft mula mempelajari bagaimana radio tersebut berfungsi dan salah satu pertanyaannya ialah bagaimanakah kadar frekuensi radio sekiranya beliau menggunakan transistor tunggal. Thooft akhirnya mendapat jawapan daripada pertanyaan-pertanyaan tersebut melalui beberapa siri ujikaji di garaj rumahnya.

thof
Selain faktor keluarga yang mendorong Hooft untuk berkreatif, gurunya di sekolah juga memainkan peranan penting. Guru fizik di sekolahnya berperanan bukan sahaja sebagai guru malah bersahabat dengan murid-muridnya dalam mengajar di samping menggunakan buku-buku teks fizik yang ditulisnya sendiri dan digunakan di seluruh negara Belanda.

Semasa mengajar, gurunya sering mencabar akal murid-muridnya termasuk Hooft dengan kata-kata ’ ‘sekiranya di dalam kelas ini ada yang genius, dia akan sentiasa mempersoalkan mengapa, bagaimana dan kenapa sesuatu fenomena sains itu boleh berlaku’. Pada usia 16 tahun, Hooft berjaya menggondol tempat kedua dalam Olimpiad Matematik Nasional dan memperolehi hadiah berupa dua buah buku dari George Polya, seorang ahli matematik terkenal. Buku tersebut memuatkan Teorem Euler untuk poligon dan ruang tiga dimensi yang sangat menarik minat Hooft untuk memahaminya. Pengetahuan tersebut sangat berguna untuk kerjaya Hooft sebagai saintis pada masa akan datang.

Sehabis sekolah, Hooft memasuki State University of Utrecht di negara kelahirannya. Bermula dari sanalah, Thooft mula memasang cita-cita untuk menjadi fizikawan. Di sana beliau menumpukan minatnya terhadap asas utama bidang fizik iaitu subtopik yang dikenali sebagai fizik partikel (elementary particle physics). Di universiti yang sama beliau mengenali Profesor Martinus Veltman, seorang tokoh fizik teori yang mendalami bidang fizik partikel subatom.

Veltman kemudian tertarik dengan kebolehan Gerard Thooft dan bekerjasama sebagai pembimbing dan penyelianya di peringkat doktor falsafah. Mereka berdua bekerjasama menjalankan projek penyelidikan renormalisasi Teori Yang-Mills yang akhirnya membuahkan hasil sehingga dianugerahkan Hadiah Nobel Fizik kepada mereka berdua pada tahun 1999. subatom
Setelah memperolehi PhD, Hooft bergabung dengan CERN , Geneva seterusnya menjadi tetamu jemputan sebagai penyelidik di Harvard University dan juga Stanford University. Sekembalinya ke Utrecht pada tahun 1977, beliau dilantik sebagai profesor di sana.

Selain Hadiah Nobel, Gerard Thooft juga menerima banyak pengiktirafan hebat dalam bidang fizik antaranya The Dannie Heneman Prize dari American Physic Society (1979) dan  Wolf Prize (1982). Beliau juga dilantik menganggotai Akademi Ilmu Pengetahuan Belanda sejak tahun 1982. Di dalam kesibukannya menjalankan penyelidikan dan sebagai profesor, Hooft sempat menulis buku yang sangat terkenal dalam bidang partikel fizik yang diberi judul In Search of the Ultimate Building Blocks’.

Karya ilmiahnya bukan sahaja tertumpu di dalam bidang fizik partikel, malah merangkumi bidang kuantum graviti, ‘big bang’ serta beberapa aspek asas dalam bidang fizik kuantum. Bagi Hooft, alam semesta ini hanyalah seperti permainan ’puzzle’ yang perlu di susun untuk melengkapkannya. Beliau menyedari bahawa dirinya hanyalah salah seorang penyusun ’puzzle’ tersebut di kalangan ribuan penyusun-penyusun yang lain (saintis) sehingga terbentuk satu kesepaduan yang unggul dalam proses pembentukan alam semesta.

lindau

Penulis (paling kanan) ketika di Lindau Jerman, 2004

Catatan :// Penulis adalah bekas penuntut PhD dalam bidang Fizik-Matematik di Concordia University, Montreal, Canada dan pernah menemui Profesor Gerard’t Hooft ketika mewakili kumpulan pertama Malaysia (UPM) menghadiri Annual Nobel Laurete Meeting di Lindau, Jerman pada tahun 2004.

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Fizik partikelLohong HitamMatematikTokoh
ShareTweetShare
Previous Post

Otak & Minda : Anugerah Tuhan yang Boleh Dipertingkatkan

Next Post

LESTARI Budayakan Pengurusan Alam Sekitar

Editor

Editor

Related Posts

Ulasan Buku: Einstein di Malaya
Berita & Peristiwa

Ulasan Buku: Einstein di Malaya

1 year ago
Srinivasa Ramanujan- Ahli Matematik Terbilang India (1887-1920)
Berita & Peristiwa

Srinivasa Ramanujan- Ahli Matematik Terbilang India (1887-1920)

3 years ago
7 Fakta Menarik Mengenai Terence Tao
Berita & Peristiwa

7 Fakta Menarik Mengenai Terence Tao

3 years ago
Abdus Salam: Genius Fizik yang diabaikan di Negara Sendiri
Berita & Peristiwa

Abdus Salam: Genius Fizik yang diabaikan di Negara Sendiri

3 years ago
Next Post
LESTARI Budayakan Pengurusan Alam Sekitar

LESTARI Budayakan Pengurusan Alam Sekitar

  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengapa Manusia tersedu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengenali dan Memahami Spesies Musang di Malaysia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mitos Telur Berdiri Sewaktu Gerhana: Sains Menjelaskan!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2022

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2022

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In