23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Sunday, February 5, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Google Failkan Paten Jam Tangan Ujian Darah Tanpa Jarum Suntikan

Editor by Editor
28/12/2015
in Teknologi & Kejuruteraan
0 0
0

Oleh Dr. Aniszawati Azis

Google telah memfailkan paten untuk jam pintar (smartwatch) yang berupaya mengambil contoh darah tanpa menggunakan jarum. Kaedah ini dapat membantu pesakit diabetes memantau paras glukosa dalam darah dengan mudah.

Buat masa ini, pesakit diabetes perlu menggunakan jarum beberapa kali sehari untuk mendapatkan contoh darah bagi mengukur paras glukosa serta mengawasi paras insulin dalam badan mereka. Berdasarkan maklumat yang diperoleh setakat ini, alat yang menyerupai jam pintar Google ini tampak lebih hebat dan bersedia menggantikan sistem sedia ada kerana ia kurang menyakitkan dan bersifat automatik.

[Baca – Senarai Apps berguna untuk pelajar kimia]

Memandangkan ciptaan tersebut masih dalam fasa paten, Google enggan mendedahkan secara terperinci bagaimana alat itu berfungsi, apa kegunaannya yang lain, malah bila ia akan dikeluarkan dan sama ada ia benar-benar akan menjadi kenyataan. Bagaimanapun Google memberikan sedikit gambaran tentang proses penghasilannya.

Dalam permohonan paten yang dikemukakan, dinyatakan bahawa alat tersebut menghantar suatu pusuan gas secara mendadak ke dalam satu barel yang mengandungi partikel mikro yang kemudiannya akan meluru dan mencucuk kulit pesakit lalu menghasilkan titisan darah yang kecil.

Titisan darah ini akan disedut ke dalam barel tekanan negatif di mana ia diuji. “Aplikasi sebegini boleh digunakan untuk mendapatkan titisan darah dalam kuantiti yang kecil untuk ujian-ujian seperti ujian glukosa,” Google menjelaskan dalam permohonan paten tersebut.

[Video – Pemandangan di dalam Google Data Centre]

Dalam rajah yang dikeluarkan bersama paten, alat itu kelihatan seperti sebuah tiub kecil yang disimpan dalam jam pintar seperti yang anda boleh lihat di atas (hello, ‘80s design). Tiub itu boleh dikeluarkan dan digunakan apabila pesakit perlu mengambil darah.

Walaupun diabetes tidak dinyatakan secara spesifik dalam paten, adalah sangat mudah untuk menjangkakan apa yang tersirat dan melihat idea tentang pasaran sasaran. Tambahan pula ini bukan kali pertama Google menyasarkan pesakit diabetes secara terang-terangan dalam ciptaannya.

Pada tahun lepas, sepasukan penyelidik di Google Life Sciences telah mengumumkan bahawa mereka sedang membangunkan kanta lekap pintar yang berupaya memantau paras glukosa dalam darah. Pada masa yang sama, satu pasukan lain berusaha menghasilkan pemantau glukosa pakai buang bersaiz pembalut.

Menurut CDC (Centres for Disease Control and Prevention), langkah yang diambil oleh syarikat ini merupakan langkah perniagaan yang bijak memandangkan satu daripada tiga orang dewasa US dijangkakan mengidap diabetes menjelang 2050.

Apa yang pasti, hanya kerana Google telah mempatenkan suatu idea, tidak bermakna sesuatu akan dihasilkan dalam masa terdekat. Syarikat teknologi itu memaklumkan kepada The Verge, “Kami mempatenkan pelbagai idea ̶ sebahagiannya membangun sehingga menjadi produk atau perkhidmatan, namun sebahagian lagi tidak menjadi kenyataan. Pada dasarnya, paten kami tidak harus dijadikan rujukan untuk mengumumkan produk masa hadapan.”

Namun kami tidak menafikan harapan agar alat ini berjaya memasuki pasaran kerana memantau paras kandungan darah menggunakan kaedah yang lebih pantas dan tidak menyakitkan akan memudahkan kehidupan ramai orang.

SUMBER – ScienceAlert
FOTO –thinkjudd.com

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: google smartwatch
ShareTweetShare
Previous Post

10 Ciptaan terkenal dari Cina Kuno

Next Post

10 Pencapaian Terhebat penyelidikan Sains dan Teknologi 2015

Editor

Editor

Related Posts

Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel

6 days ago
Sejarah Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Sejarah Sel Fuel

3 weeks ago
Cuka Buluh; Agen Kawalan Serangga Perosak Mangga Harumanis
Berita & Peristiwa

Cuka Buluh; Agen Kawalan Serangga Perosak Mangga Harumanis

4 months ago
Kabel Gentian Optik Sebagai Sensor Teragih Pelbagai Guna
Berita & Peristiwa

Kabel Gentian Optik Sebagai Sensor Teragih Pelbagai Guna

4 months ago
Next Post
10 Pencapaian Terhebat penyelidikan Sains dan Teknologi  2015

10 Pencapaian Terhebat penyelidikan Sains dan Teknologi 2015

  • Mengenali dan Memahami Spesies Musang di Malaysia

    Mengenali dan Memahami Spesies Musang di Malaysia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengapa Manusia tersedu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mitos Telur Berdiri Sewaktu Gerhana: Sains Menjelaskan!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2022

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2022

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In