23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Sunday, January 25, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Grafin, Tiub NanoKarbon daripada Sawit

Editor by Editor
02/11/2013
in Berita & Peristiwa, Teknologi & Kejuruteraan
0 0
0
grafin

Oleh : Ahmad Farizal Hajat (Berita Harian)

MoU dengan Cambridge Nanosystems bangunkan produk inovatif hiliran

FELDA Global Ventures Holdings Bhd (FGV) akan menjadi syarikat perintis dunia dalam menghasilkan tiubnano karbon (CNT) dan graphene bermutu daripada produk sampingan minyak sawit mentah (MSM) dan hidrokarbon lain.

Ia susulan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara FGV dengan Cambridge Nanosystems Ltd, sebuah unit di bawah Universiti Cambridge, United Kingdom (UK) bagi menubuhkan pakatan untuk menjayakan pembangunan dua teknologi baru berkenaan.

CNT adalah bahan komposit yang banyak digunakan dalam pelbagai sektor industri termasuk peranti elektronik generasi baru yang mampu menghasilkan aliran tenaga lebih pantas dan menjimatkan elektrik, sektor perubatan, aeroangkasa dan pembuatan peralatan sukan berikutan sifat anjal dan sifat ringannya.

Ia kini dianggap bahan baru yang berpotensi untuk menggantikan transistor silikon.

Graphene pula ialah sejenis karbon yang hanya setebal satu atom tetapi 100 kali lebih kuat dari keluli dan boleh digunakan dalam pembangunan bahan amat kuat untuk pembinaan satelit, pesawat serta produk elektronik.

[Baca – Tingkatkan Aplikasi Nanoteknologi]

Selain daripada peranti elektronik, CNT dan graphene turut berpotensi digunakan dalam pembangunan kabel komunikasi generasi komputer akan datang serta untuk kabel bawah laut.
Pemeteraian MoU itu berlangsung di London kelmarin dengan disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Pada majlis itu FGV diwakili Presiden Kumpulan dan Ketua Eksekutifnya, Mohd Emir Mavani Abdullah; manakala Cambridge Nanosystems oleh Pengerusinya, Dr Krzysztof Koizol. Yang hadir sama Pengerusi FGV, Tan Sri Mohd Isa Samad.

Di bawah MoU itu, FGV dan Cambridge Nanosystems akan bekerjasama membangun dan mengeluarkan produk inovatif hiliran CNT dan graphene dengan menggunakan gabungan teknologi terkini dan teknologi sistem nano baru.

FGV akan menyediakan bahan mentah untuk pengeluaran CNT dan graphene manakala Cambridge Nanosystems akan menyediakan teknologi yang dipatenkan bagi menghasilkan CNT yang dihasilkan menerusi teknologi sistem nano.

Mohd Isa dalam kenyataannya berkata, kerjasama itu menandakan satu pencapaian yang akan merangsangkan lagi usaha FGV untuk bergerak ke arah terbabit dalam mengeluarkan produk bukan makanan yang bermutu dan bernilai tinggi.

“Teknologi hijau mempunyai potensi yang besar untuk merangsang pertumbuhan ekonomi di samping mengurangkan pencemaran alam sekitar.

“Dengan momentum yang semakin meningkat dalam meningkatkan skala agenda hijau, FGV yang adalah sebahagian daripada Kumpulan Felda yang kini adalah pengeluar minyak sawit terbesar dunia, amat berbesar hati berjaya menarik perhatian kumpulan penyelidik dalam komuniti CNT.

[Baca-Serbuk kari, kunyit dan nanoteknologi]

“Ini akhirnya dapat diterjemahkan menerusi kerjasama untuk menghasilkan CNT bermutu tinggi menggunakan sumber daripada ladang sawit kumpulan,” katanya.

Mohd Emir Mavani pula berkata, MoU itu adalah hasil usaha berterusan kumpulan memberi tumpuan kepada inovasi sejajar dengan pengembangan aktiviti perniagaannya.

“Pengeluaran CNT bermutu tinggi dan graphene menggunakan teknologi maju yang dibangunkan sekumpulan ahli sains Cambridge, membolehkan metana dan produk minyak sawit mentah lain digunakan sebagai sumber bahan mentah membabitkan kos yang sangat rendah, namun menghasilkan bahan yang berkualiti tinggi.

“Permintaan global, khususnya dalam industri automotif, aeroangkasa dan pengguna terhadap produk CNT bermutu tinggi dan graphene kini semakin meningkat, sekali gus menyediakan kumpulan dengan pasaran tersedia untuk FGV selain pada masa sama memberikan kami kelebihan untuk terus menembusi pasaran baru,” katanya.

Tahun lalu, Kumpulan FELDA menghasilkan 3.3 juta tan MSM dan menyumbang sebanyak lapan peratus daripada pengeluaran MSM dunia.

Sumber – Berita Harian
Foto – telegraph.co.uk

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: apa itu nanoteknologiAplikasi Nanoteknologikarbon nanotiubkegunaan nanoteknologinanoteknologi malaysiasaintis nanoskala nanoStrategi laut biru nanoteknologi
ShareTweetShare
Previous Post

Terapi Sel Tunjang

Next Post

Vaksin Biri-biri Ciptaan Saintis UPM

Editor

Editor

Related Posts

Transformasi Plastik Kepada Tenaga Dengan Teknologi Hijau
Berita & Peristiwa

Transformasi Plastik Kepada Tenaga Dengan Teknologi Hijau

3 hours ago
Kepelbagaian Spesies Pokok di Hutan Tanah Pamah
Alam Semulajadi

Kepelbagaian Spesies Pokok di Hutan Tanah Pamah

10 hours ago
Biojisim Hutan: Lebih Daripada Sekadar Pokok
Alam Semulajadi

Biojisim Hutan: Lebih Daripada Sekadar Pokok

11 hours ago
Kanser dalam Keluarga, Adakah Saya Juga Berisiko?
Berita & Peristiwa

Kanser dalam Keluarga, Adakah Saya Juga Berisiko?

12 hours ago
Next Post
Vaksin Biri-biri Ciptaan Saintis UPM

Vaksin Biri-biri Ciptaan Saintis UPM

Kategori Produk

  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In