23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Tuesday, March 17, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Haid Tak Teratur, Jadi Bila Waktu Subur?

Rancang Kehamilan

Saiful Bahari by Saiful Bahari
21/12/2018
in Berita & Peristiwa, Perubatan & Kesihatan
0 0
0

Oleh : Nurul Nazrah
Artikel ini merupakan perkongsian dari portal HelloDoktor

Haid tak teratur bererti anda mengalami ovulasi secara tidak teratur atau dalam beberapa kes, tidak mengalami ovulasi. Kitaran haid dikira daripada hari pertama anda datang haid dan hari terakhir sehari sebelum kedatangan haid seterusnya. Bagi wanita yang mengalami haid tak teratur, kitaran haid mereka mungkin berubah seperti 26 hari, 28 hari, 21 hari dan sebagainya mengikut bulan.

Ovulasi atau pengeluaran ovum (telur) adalah satu-satunya waktu dalam kitaran haid di mana seorang wanita boleh hamil melalui persenyawaan ovum oleh sperma. Jika anda mempunyai haid tak teratur, anda masih berkemungkinan untuk hamil walaupun menentukan waktu subur anda mungkin lebih susah. Berikut merupakan beberapa kaedah untuk menetukan waktu ovulasi anda:

1. Tanda kitaran haid anda

Walaupun anda mengalami kitaran haid tak teratur, anda tetap perlu menandakan kitaran haid anda pada kalendar atas beberapa sebab. Antaranya ialah anda mungkin dapat melihat beberapa petunjuk dalam corak kitaran haid anda atau maklumat tentang kitaran haid anda boleh dikongsikan dengan pakar kesuburan.

Untuk mengira anggaran waktu subur anda, rekod kitaran haid anda sepanjang tahun dan lihat bilangan hari kitaran terpanjang dan terpendek.  Tolak 18 daripada kitaran haid yang terpendek sebagai hari pertama waktu subur. Sementara 11 hari ditolak daripada kitaran haid terpanjang sebagai hari terakhir waktu subur. Anda akan mendapat anggaran hari pertama dan terakhir waktu subur anda.

26 hari (kitaran haid terpendek) – 18 = 8

32 hari (kitaran haid terpanjang)- 11 = 21

 

Ini bererti anggaran waktu subur anda adalah pada hari ke-8 hingga hari ke-21 dalam kitaran haid anda.

2. Periksa lendiran serviks

Serviks merujuk kepada bahagian paling bawah rahim yang bersambung dengan vagina anda. Lendiran daripada serviks anda berubah ketika anda mengalami ovulasi. Lendiran serviks beberapa hari pertama selepas haid anda adalah kering. Kemudian akan meningkat sehingga menjadi banyak, licin, jernih dan boleh likat sewaktu ovulasi. Ramai wanita menggambarkannya sama seperti konsistensi putih telur.

3. Suhu badan

Suhu badan anda berubah dengan bermulanya ovulasi. Jika anda mengukur suhu badan anda setiap hari, anda akan mendapati terdapat peningkatan suhu semasa ovulasi berlaku. Ini membolehkan anda menentukan waktu ovulasi.

4. Kit Peramal Ovulasi

Ovulation predictor kit ialah alat yang digunakan untuk mengesan ovulasi. Bagi mereka yang mengalami haid tak teratur, anda mungkin perlu melakukan lebih banyak ujian setiap bulan.

Kit ini mengesan hormon Luteinizing (LH) dalam air kencing anda. Terdapat peningkatan hormon ini 24 hingga 48 jam sebelum ovulasi. Kit peramal ovulasi mengesan peningkatan ini dan membolehkan anda mengetahui bahawa anda sedang mengalami ovulasi. Anda boleh merekodkan tarikh ini pada kalendar untuk mengenal pasti corak ovulasi bulanan anda atau berkongsi maklumat kepada pakar kesuburan jika anda masih sukar hamil.

Kombinasi penggunaan kaedah berikut boleh membantu anda meramalkan waktu subur anda dengan lebih tepat. Sebagai contoh, anda boleh menganggarkan waktu subur anda berdasarkan kiraan pada kalendar kemudian memeriksa lendiran serviks, suhu badan atau menggunakan kit sepanjang anggaran waktu subur untuk menentukan ovulasi. Jangan mudah berputus asa dan dapatkan bantuan daripada pakar jika anda masih keliru menentukan waktu subur anda.

Sumber : HelloDoktor

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: haidRancang kehamilanWaktu subur
ShareTweetShare
Previous Post

Bahan Kimia Asas Kehidupan

Next Post

Pemindahan Uterus dari Penderma Yang Telah Mati

Saiful Bahari

Saiful Bahari

Related Posts

Kepentingan Bahan Plastik/Polimer dalam Membentuk Dunia Moden
Berita & Peristiwa

Kepentingan Bahan Plastik/Polimer dalam Membentuk Dunia Moden

1 day ago
Antibiotik Tidak Lagi Berkesan? Memahami Ancaman Kerintangan Antimikrob (AMR) Dalam Patogen Penyakit
Berita & Peristiwa

Antibiotik Tidak Lagi Berkesan? Memahami Ancaman Kerintangan Antimikrob (AMR) Dalam Patogen Penyakit

1 day ago
Peranan Jangkitan Virus dalam Perkembangan Kanser
Berita & Peristiwa

Peranan Jangkitan Virus dalam Perkembangan Kanser

1 day ago
Spesies Asing Invasif di Malaysia
Alam Semulajadi

Spesies Asing Invasif di Malaysia

2 days ago
Next Post
Pemindahan Uterus dari Penderma Yang Telah Mati

Pemindahan Uterus dari Penderma Yang Telah Mati

Kategori Produk

  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In