23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Sunday, February 5, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Hama Habuk Rumah sebagai Penyebab Alergi

Gaya Hidup Sihat

Saiful Bahari by Saiful Bahari
04/09/2019
in Berita & Peristiwa, Perubatan & Kesihatan
0 0
0

Oleh : Dr Izfa Riza Binti Hazmi & Nur Atierah Binti Mahamad
Pusat Sistematik Serangga, Universiti Kebangsaan Malaysia

 

Blomia tropicalis, Spesies hama habuk yang di rekodkan di Kampus UKM Bangi

Hama ialah kumpulan arachnid yang terdapat di dalam habuk rumah. Hama dari kategori ini dipanggil secara umumnya sebagai hama habuk rumah. Secara keseluruhannya, terdapat 13 spesies hama habuk rumah telah ditemui dan direkodkan di seluruh dunia. Hama habuk rumah menjalani kitar hidup lengkap, bermula dari peringkat telur, larva, nimfa dan dewasa. Bagi melengkap kitar hidup ini, sekurang-kurangnya 19 hingga 30 hari diperlukan, bergantung kepada kelembapan dan cuaca sekeliling (Furumizo 1973). Jumlah pengeluaran telur adalah berbeza bagi setiap spesies dan ia bergantung kepada faktor persekitaran. Secara puratanya, hama habuk rumah boleh menghasilkan sehingga 50-100 biji telur pada setiap hari (Huffaker et al. 1969). Pada peringkat larva, hama biasanya mempunyai tiga pasang kaki dan apabila menjangkau dewasa, bilangan kakinya bertambah menjadi empat pasang. Hama habuk rumah jantan dan betina adalah berbentuk bujur dan berwarna putih krim. Hama habuk rumah mempunyai kuku yang tajam bagi membolehkan ia mencengkam kuat untuk bertaut pada dalam tilam, bantal atau sofa.

Secara umumnya, sel kulit manusia akan mati dan tertanggal secara sendirinya pada setiap hari. Secara kasar, sebanyak satu pertiga gram sel-sel kulit mati akan tertanggal dari badan manusia dalam masa sehari. Dalam tempoh tiga hari, jika dilonggokkan sel-sel kulit mati ini, ia akan berjumlah seberat satu gram. Jumlah ini cukup untuk membekalkan makanan kepada 100,000 hama debu rumah bagi tempoh enam bulan (Yadav 2006).

Tilam dan bantal adalah tempat utama yang selalu dipenuhi dengan hama habuk rumah. Hal ini kerana, bahan-bahan yang dikeluarkan melalui proses perpeluhan dan sisik kulit, iaitu sel-sel mati adalah sumber makanan bagi hama ini. Najis hama habuk rumah mengandungi bakteria dan enzim dan secara perlahan-lahan terkumpul dan menjadi habuk halus yang bertaburan di tilam dan berterbangan dalam rumah. Hama habuk rumah sangat sensitif pada cahaya dan lazimnya pada waktu siang, spesies hama habuk rumah akan bersembunyi jauh di dalam tilam. Hama hanya akan aktif keluar merayap pada permukaan tilam pada waktu malam untuk mencari makanan.

Hama habuk memainkan peranan yang penting sebagai penyebab kepada alergi (asma dan rhinitis) (Mariana et al. 1996). Bahagian tubuh pada hama habuk rumah telah dikenalpasti menjadi agen kepada alergi, yang mana ekstrak yang dihasilkan oleh hama habuk ini menyebabkan tindak balas sensitif yang cepat pada kulit manusia (Korsgaard & Hallas 1979). Di antara simptom alergi yang disebabkan oleh hama habuk rumah ialah kegatalan pada bahagian kerongkong dan kesukaran untuk bernafas. Kajian telah menunjukkan bahawa alahan kepada hama habuk rumah adalah berpunca daripada gaya hidup dan persekitaran yang tidak sihat. Kehidupan masa kini yang mempunyai ruang tertutup menyebabkan longgokan pelbagai jenis serangga halus seperti hama habuk rumah.

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi taburan dan pembiakan hama habuk rumah di sesuatu tempat. Pertama ialah suhu persekitaran yang sesuai bagi pembiakan hama adalah kurang antara 25°-38.5°C (Ho & Nadchatram 1984), dan faktor kedua ialah kelembapan relatif yang paling sesuai untuk hama terus hidup ialah antara 60-80% (Spieksma et al. 1971). Hama habuk rumah adalah sensitif terhadap kelembapan relatif kerana hama tidak dapat bermandiri pada kelembapan yang rendah daripada 60% dan lebih dari 85% yang akan menyebabkan pertumbuhannya terhenti dan mati. Perkembangan kitar hidup hama habuk rumah juga perlahan pada suhu sekitar 20°C (Koekkoek & Brownswijk 1972).

 

Langkah Mengurangkan Pembiakan Hama Habuk Rumah

Antara langkah yang boleh dipraktikkan untuk mengurangkan hama habuk rumah ialah memastikan kebersihan rumah dari habuk dengan mengvakum rumah secara berkala. Pembersihan permaidani juga perlu dititik beratkan, dan jika perlu, elakkan penggunaan permaidani di bilik tidur, dan ia boleh diganti dengan penggunaan lantai polivinil iaitu sejenis plastik atau lantai yang diperbuat daripada jubin.

Penggunaan penghawa dingin dalam rumah atau bilik juga berperanan mengurangkan pembiakan hama habuk rumah. Ini adalah kerana ia berfungsi mengeringkan udara dalaman bilik yang mana akan menyebabkan bahan makanan hama habuk rumah berkurangan dan sekaligus akan mengurangkan pembiakan hama tersebut. Alat pembersih udara seperti HEPA “High Efficiency Particulate Arrestor” juga dapat membantu dalam menyelesaikan masalah ini. Penggunaannya adalah sangat memberi manfaat kerana selain dapat mengurangkan pembiakan hama habuk rumah, ia juga dapat mengekalkan kebersihan udara dalam rumah atau bilik.

Selain itu, kaedah pendedahan terus kepada matahari juga merupakan salah satu langkah yang boleh mengurangkan hama pada sesuatu tempat. Menurut Pakar Imunologi Hospital Pantai, Dr. M. Yadav, amalan membuka tingkap bagi membolehkan cahaya matahari masuk ke kawasan kediaman seperti rumah atau bilik ada kebaikannya untuk mengurangkan pembiakan hama habuk rumah terutama apabila membuat kerja-kerja membersihkan bilik.

Rujukan

Furumizo, R.T. 1973. The biology and ecology of the house dust mite Dermatophagoides farinae, Hughes, 1961 (Acari: Pyroglyphidae) Ph.D. dissertation, University of California, Riverside. 143 p.

Ho, T.M. & Nadcthatram, M. 1984. Life cycle and longevity of Dermatophagoides spp. (Troussert) (Acarina: Astigmata: Pyroglyphidae) in a tropicalis laboratory. Tropical Biomedicine 1: 159-162.

Huffaker, C.B.M. 1969. The ecology of tetranychid mites. Annual Review of Entomology 14: 125-173.

Koekkoek, H.H.M. & Van Bronswijk, J.E.M.H. 1972. Temperature requirements of a house dust mite Dermatophagoides pteronyssinus compared with the climate and different habitats of houses. Entomologia Experimentalis et Applicata 15: 438-442.

Korsgaard, J. & Hallas, T.E. 1979. Tarsonemid mites in danish house dust. Allergy 34: 225-32.

Mariana, A., Ho, T.M. & Heah, S.K. 1996. Life-cycle, longevity and fecundity of Blomia tropicalis (Acari: Glycyphagidae) in a tropical laboratory. Southeast Asian Journal of Tropical Medicine and Public Health 27: 392-395.

Spiekma, F.Th.M., Zuidema, P. & Leupen, M.J. 1971. High altitude and house dust mites. British Medicine Journal 1: 82-84.

Yadav, A., Elder, B.L., Morgan, M.S., Vyszenski-Moher, D. L. & Arlian, L.G. 2006. Prevalence of serum IgE to storage mites in a southwestern Ohio population. Asthma and Immunology 96(2): 356-362.

Biodata Pengarang

Foto Kredit :  shutterstock

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Blomia tropicalisDr Izfa Riza Binti HazmiFakulti Sains & TeknologiHama Habuk RumahNur Atierah Binti MahamadPusat Sistematik SeranggaUniversiti Kebangsaan Malaysia
ShareTweetShare
Previous Post

Soalan Untuk Saintis: Dr. Mai Chun Wai

Next Post

Saintis Jepun Temui Fosil Spesis Baru Dinosaur

Saiful Bahari

Saiful Bahari

Related Posts

Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel

6 days ago
Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?
Berita & Peristiwa

Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?

1 week ago
Peranan Ibu Bapa Dalam Mengembangkan Kemahiran Matematik Kanak-Kanak Satu Hingga Dua Tahun
Berita & Peristiwa

Peranan Ibu Bapa Dalam Mengembangkan Kemahiran Matematik Kanak-Kanak Satu Hingga Dua Tahun

1 week ago
Sejarah Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Sejarah Sel Fuel

3 weeks ago
Next Post
Saintis Jepun Temui Fosil Spesis Baru Dinosaur

Saintis Jepun Temui Fosil Spesis Baru Dinosaur

  • Mengenali dan Memahami Spesies Musang di Malaysia

    Mengenali dan Memahami Spesies Musang di Malaysia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengapa Manusia tersedu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mitos Telur Berdiri Sewaktu Gerhana: Sains Menjelaskan!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2022

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2022

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In