23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Monday, December 15, 2025
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Hampas Kelapa Berpotensi Sebagai Sumber Penghasilan Biodiesel

Hampas Kelapa Berpotensi Sebagai Sumber Penghasilan Biodiesel

Editor by Editor
11/02/2022
in Berita & Peristiwa, Teknologi & Kejuruteraan
0 0
0

Oleh: ChM. Dr. Salmiah Jamal Mat Rosid, ChM. Dr. Susilawati Toemen, Aishah Fathiah Ahmad

Pusat Asasi Sains dan Perubatan UniSZA,
Fakulti Sains, Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Fakulti Biosumber dan Industri Makanan, UniSZA

 

Negara utama pengeluar kelapa ialah Indonesia, Filipina dan India di mana mereka menyumbang kepada 75% pengeluaran kelapa dunia. Di Malaysia, kelapa merupakan tanaman industri keempat paling asas selepas kelapa sawit, getah dan padi berdasarkan jumlah kawasan tanaman dan ladangnya merupakan salah satu industri asas tani tertua di negara ini. Kelapa dikenali sebagai tanaman seribu guna. Ianya digunakan untuk makan/minum, ubatan mahupun kecantikan.

Kelapa merupakan antara buah yang paling tinggi penggunaannya di Malaysia dan menggunakan kira-kira 611 juta kelapa dalam setahun. Disebabkan oleh penggunaan yang tinggi, ia menghasilkan sejumlah besar sisa kelapa di Malaysia. Kebanyakan sisa kelapa ini sering digunakan untuk baja, biojisim, ternakan atau untuk pereputan ladang. Hal ini kerana sisa kelapa mempunyai kandungan protein yang cukup tinggi dan berpotensi untuk dimanfaatkan. Sisa kelapa juga digunakan sebagai pulpa kelapa, biojisim; kayu api atau bahan bakar memasak dan ini bukanlah cara penggunaan yang baik kerana di pasaran dunia, minyak kelapa dijual dengan harga yang lebih tinggi. Penggunaan lebihan minyak kelapa untuk tenaga boleh diperbaharui seperti biodiesel menambah nilai produk kelapa.

Kelapa merupakan buah yang unik kerana kandungan lemaknya yang tinggi. Sekitar 89% daripada lemak dalam isinya adalah tepu. Kebanyakan lemak dalam kelapa adalah dalam bentuk trigliserida rantai sederhana (MCT) yang sepadan dengan 64% daripada jumlah lemak. Asid lemak bebas (FFA) 12.8% boleh dihasilkan daripada minyak kelapa secara hidrolisis asid. FFA minyak kelapa yang tinggi boleh ditukar kepada biodiesel dengan tindak balas 2 langkah, pengesteran asid dan transeterifikasi alkali. Santan diekstrak dengan isinya diparut sebelum ditekan untuk menghasilkan santan. Hasil sampingan daripada proses ini dikenali hampas kelapa dan mungkin masih mengandungi sehingga 24% berat kandungan minyak.

Oleh itu, minyak yang diperoleh daripada sisa kelapa boleh digunakan untuk penghasilan biodiesel. Kajian mendapati bahawa terdapat 10-10.5% berat minyak dalam sisa kelapa selepas perahan santan. Sifat fizikalnya memenuhi keperluan piawai Komuniti Kelapa Asia dan Pasifik (APCC) di mana, kandungan lembapan adalah dalam julat 0.10-0.17%, indeks biasan 1.45, nilai iodin 0.61-0.97 gI2/100g, nilai saponifikasi 259-271 mgKOH/g, nilai peroksida 2.20-4.20 meqO2/kg, kelikatan 48.40-52.50cP dan FFA 0.17-0.53%.

Hasil tertinggi, 64% dicapai pada 3 jam dengan 5% berat pemangkin. Biodiesel kelapa yang diperolehi daripada eksperimen telah dibandingkan dengan piawaian ASTM dan keputusan menunjukkan ketumpatan biodiesel kelapa berada dalam julat piawaian ASTM 0.9 g/cm3. Nilai asid biodiesel 0.75-0.78 mg/g adalah sangat rendah dan ini membuktikan bahawa biodiesel kelapa tidak menghakis. Takat kilat biodiesel kelapa ialah 266 berbanding 50 standard boleh diklasifikasikan sebagai bahan api tidak berbahaya kerana takat kilatnya yang tinggi. Daripada hasil yang diperoleh, minyak kelapa merupakan bahan mentah yang baik untuk penghasilan biodiesel.

Proses penghasilan biodiesel dari hampas kelapa

Penghargaan

Penulis mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia di bawah geran FRGS (RR281) dan Universiti Sultan Zainal Abidin

Rujukan

  1. S Karnasuta, V Purosuron and R Nokkaew. (2015). Biodiesel production from waste coconut oil in coconut milk manufacturing. Walailak J Sci & Tech. 12(3), 291-298.
  2. RC Guarte, W Mu hlbauer, M Kellert. (1996). Drying characteristics of copra and quality of copra and coconut oil. Postharvest Biol Technol 9, 361–72.
  3. S Sulaiman, AR Abdul Aziz, M Kheireddine Aroua. (2013). Reactive extraction of solid coconut waste to produce biodiesel. Journal of the Taiwan Institute of Chemical Engineers 44, 233-238.
  4. A Deen, R Visvanathan, D Wickramarachchi, N Marikkar, S Nammi, BC Jayawardana, and R Liyanage. (2021). Chemical composition and health benefits of coconut oil: an overview. Journal of the Science of Food and Agriculture 101(6), 2182-2193.

 

 

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: biodieselhampas kelapapenyelidikan biodieselPusat Asasi Sains dan Perubatan UniSZAUniSZA
ShareTweetShare
Previous Post

Implikasi COVID-19 Terhadap Kemahiran Abad ke-21

Next Post

Memahami Kanser

Editor

Editor

Related Posts

Penyakit Radang Usus: Keradangan Sistem Gastrousus yang Sering Diabaikan
Berita & Peristiwa

Penyakit Radang Usus: Keradangan Sistem Gastrousus yang Sering Diabaikan

2 days ago
Pokok Air Mata Pengantin
Alam Semulajadi

Pokok Air Mata Pengantin

2 days ago
Bagaimana Puasa Berselang (Intermittent Fasting) membantu Menurunkan Berat Badan
Berita & Peristiwa

Bagaimana Puasa Berselang (Intermittent Fasting) membantu Menurunkan Berat Badan

6 days ago
Halia dan Sistem Imun dalam Mencegah Kanser
Alam Semulajadi

Halia dan Sistem Imun dalam Mencegah Kanser

6 days ago
Next Post
Memahami Kanser

Memahami Kanser

Kategori Produk

  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In