23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Sunday, January 25, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

HARI LAUTAN SEDUNIA: Fahami Rahsia Kemandirian dan Potensi Tumbuhan Pesisir Pantai

HARI LAUTAN SEDUNIA

Editor by Editor
18/07/2023
in Alam Semulajadi, Berita & Peristiwa
0 0
0

Penulis: Prof. Madya Dr. Suvik Assaw
Fakulti Sains dan Sekitaran Marin, Universiti Malaysia Terengganu

Malaysia ialah sebuah negara maritim yang mempunyai garis pantai yang membentang lebih 4,675 km. Kedudukan Malaysia yang berada di garisan Khathulistiwa serta panas dan lembap sepanjang tahun membuatkan Malaysia mempunyai kepelbagaian muka bumi seperti pesisir pantai berpasir yang panjang, tanah bencah, pantai berbatu, terumbu karang dan juga sesuai untuk hutan paya bakau tumbuh dan membiak.

Permukaan muka bumi yang berbeza ini turut membuatkan ia kaya dengan kepelbagaian biologi terutamanya tumbuhan pesisir pantai yang mempunyai fungsi semula jadi sebagai pemampan ombak, memerangkap sedimen pasir untuk mengelakkan hakisan pantai dan juga berfungsi sebagai tempat perlindungan anak-anak ikan daripada pemangsa seperti hutan paya bakau.

Apa yang membezakan tumbuhan daratan dan tumbuhan pesisir pantai adalah kebolehan tumbuhan pesisir pantai untuk hidup dan menyesuaikan diri walaupun terdedah dengan suhu yang tinggi, menerima air laut yang masin, tanah berpasir dan poros, kekurangan nutrien, serta sentiasa menghadapi perubahan angin monsun yang drastik dan juga faktor aktiviti antropogenik.

Spesis tumbuhan di habitat pesisir pantai ini secara evolusinya telah memperoleh strategi penyesuaian diri seperti pengubahsuaian struktur morfologi dan anatomi, strategi kemoterapi tumbuhan dan juga berkebolehan menghasilkan sebatian metabolit sekunder bersifat antioksida yang membolehkan ia melindungi diri sendiri daripada kerosakan sel akibat terdedah terlampau lama kepada sinaran UV matahari.

Secara tradisinya, komuniti pesisir pantai di timur Semenanjung Malaysia seperti di Terengganu dan Kelantan sudah lama menggunakan tumbuhan-tumbuhan pesisir pantai untuk tujuan perubatan seperti pokok Legundi (Vitex rotundifolia) dan juga Pokok Tapak Kaki Kuda (Ipomoea pes-caprae) juga dikenali sebagai “Beach Morning Glory”.

Gambar 1. Pokok Vitex rotundifolia (Legundi) dan Ipomoea pes-caprae (Tapak Kaki Kuda) sering dijumpai hidup bersama di pesisir-pesisir pantai timur Semenanjung Malaysia.

Masyarakat Melayu dan Siam Kelantan telah menggunakan air rebusan daun Legundi untuk memandikan ibu lepas bersalin ketika berpantang kerana air rebusan tersebut mempunyai bau “mint” bersifat aromaterapi. Tambahan lagi, bagi masyarakat Siam juga, air perahan daun Legundi turut dijadikan sebagai bahan pewarna dan perasa dalam kuih tradisional dan nasi kerabu.

Bagi pokok Tapak Kaki Kuda, Ipomoea pes-caprae pula, secara tradisinya air ramasan daunnya digunakan oleh nelayan untuk mengurangkan kesakitan akibat sengatan obor-obor dan juga untuk merawat masalah penghadaman. Bukan sahaja di Malaysia, malahan komuniti pesisir pantai seperti di negara kepulauan Mauritius dan Australia turut menggunakannya secara tradisi untuk merawat pelbagai penyakit seperti buasir, masalah kulit, radang sendi dan cirit birit.

Secara umumnya, pokok V.rotundifolia dan Ipomoea pes-caprae ini sering dijumpai hidup bersama dan mempunyai akar yang panjang dan tertanam jauh ke dalam pasir pantai. Sifat akarnya yang unik ini berfungsi sebagai pemerangkap sedimen dan mengurangkan hakisan pantai. Uniknya, kedua-dua pokok ini hanya terdapat di pantai-pantai yang menghadap ke Laut China Selatan dan jarang dijumpai di pantai barat Semenanjung Malaysia. Negara luar seperti China, Jepun dan Korea telah lama menggunakan tumbuhan ini dan ada yang telah mengkormesialkannya.

Melihat kepada potensi-potensi tumbuhan pesisir pantai ini, maka penyelidik-penyelidik di Fakulti Sains dan Sekitaran Marin, Universiti Malaysia Terengganu turut menjalankan ujikaji secara santifik untuk mengenalpasti bahan aktif semula jadi yang boleh diperolehi daripada kedua-dua tumbuhan ini yang tumbuh meliar di sekitar pesisir pantai Terengganu dan Kelantan sebagai sumber alternatif bagi merawat masalah radang “anti-inflammatory”, antibakteria dan aktioksida.

Hasil kajian dan analisis sebatian metabolit sekunder oleh penyelidik UMT, pati mentah biji V.rotundifolia menunjukkan ia mengandungi pelbagai bahan aktif yang terdiri daripada kumpulan  flavanoid, asid fenolik dan terpenes.

Rajah 1. Bahan metabolit sekunder yang terdapat dalam biji tumbuhan V.rotundifolia.

Penyelidik UMT telah membuktikan bahan aktif flavanoid seperti “casticin” atau juga dikenali sebagai “vitexicarpin” berupaya merencatkan penghasilan bahan keradangan seperti nitrit oksida oleh sel makrofaj yang aktif. Tambahan lagi, dalam ujikaji haiwan menggunakan model keradangan yang diaruhkan oleh ekstrak rumpai laut iaitu karageenan, bahan aktif vitexicaprin  daripada V.rotundifolia boleh mengurangkan bengkak pada tapak kaki tikus dan sekaligus mengurangkan kesakitan haiwan tersebut. Ini menunjukkan bahan aktif daripada tumbuhan V.rotundifolia ini mampu untuk dijadikan bahan anti-keradangan dan berpotensi juga sebagai bahan analgesik (tahan sakit).

Rajah 2. Hasil kajian menunjukkan bahan aktif Vitexicarpin berupaya mengurangkan bengkak pada tapak kaki tikus sehingga 24 jam setelah diaruhkan oleh ekstrak rumpai laut karageenan.

Manakala, kajian terkini ke atas tumbuhan pesisir pantai Ipomoea pes-caprae pula telah menunjukkan kesemua bahagian tumbuhan tersebut seperti daun, bunga, akar dan batangnya mempunyai nilai perubatan yang tinggi.

Gambar 2. Bahagian tumbuhan Ipomoea pes-caprae dan yang telah diproses bagi tujuan kajian di Universiti Malaysia Terengganu.

Pati mentah I.pes-caprae yang telah diekstrak menggunakan pelarut organik seperti metanol, heksana, dan etil asetat telah menunjukkan ia mempunyai aktiviti anti-oksida yang tinggi dan berupaya merencatkan pertumbuhan beberapa jenis bakteria patogenik seperti Pseudomonas aeruginosa, Staphylococcus aureus dan Staphylococcus epidermidis. Selain itu juga, kesemua pati ekstrak ini turut dinilai tahap toksitinya dengan menggunakan kaedah Brine Shrimp Lethality Assay (BSLA) ke atas Artemia salina. Keputusan menunjukkan pati mentah daripada akar, daun dan batang adalah bersifat tidak toksik berbanding bunganya yang dinilai mempunyai bahan bertoksik yang rendah.

Gambar 3. Contoh ujikaji antibakteria oleh penulis dan keputusan aktiviti antibakteria pati mentah yang merencat pertumbuhan beberapa bakteria patogenik
Rajah 3. Aktiviti antioksida pati mentah yang diekstrak menggunakan pelarut organik berbeza seperti Heksana (Hex), Etil asetat (EA) dan metanol (MeOH). Keputusan menunjukkan kesemua pati mentah Ipomoea pes-caprae mempunyai aktiviti antioksida yang lebih tinggi daripada bahan aktioksida Asik Galik (GA).

Secara kesimpulannya, kedua-dua tumbuhan ini secara saintifiknya telah terbukti mempunyai bahan-bahan metabolit sekunder yang berpotensi untuk dibangunkan bagi tujuan perubatan dan produk farmaseutikal. Namun begitu, akibat perubahan suhu dunia, peningkatan paras air laut dan juga arus lautan yang makin berombak, tumbuhan-tumbuhan pesisir pantai ini juga makin berkurangan akibat hakisan pantai. Oleh itu, pelbagai usaha perlu dilakukan bagi memelihara khazanah pesisir pantai yang bernilai tinggi ini seperti melakukan penanaman semula tumbuhan-tumbuhan ini dan menjadikan sifat uniknya sebagai tumbuhan untuk mengikat batuan benteng-benteng pemecah ombak melalui akarnya bagi mengukuhkan struktur binaan tersebut.

Gambar 4. Antara fungsi semula jadi tumbuhan Vitex rotundifolia (Legundi) yang menjalar dan mengikat batuan benteng struktur pemecah ombak di sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud, Terengganu.

 

Rujukan:

Assaw, Suvik; Mazlan, Noor Wini; Rosli, Nurul Laili; Mohd Azmi, Muhammad Aniq Hamzah ; Abd Wahid, Mohd Effendy; Wan Ahmad, Wan Amir Nizam. 2023. The Effect Of Vitexicarpin From Vitex Rotundifolia On Lipopolysaccharides And Carrageenan Induced Acute Inflammation. Journal of Sustainability Science and Management. 18(3): 24-34.

Kamal N, Mio Asni NS, Rozlan INA, Mohd Azmi MAH, Mazlan NW, Mediani A, Baharum SN, Latip J, Assaw S, Edrada-Ebel RA. Traditional Medicinal Uses, Phytochemistry, Biological Properties, and Health Applications of Vitex sp. Plants (Basel). 2022. 26;11(15):1944. PMID: 35893648; PMCID: PMC9370779.

Azizul, NH., Wan Amir, WA., Laili, NR., Muhammad, AHMA., Choo, EL., Noor, WM. & Suvik, A. The Coastal Medicinal Plant Vitex rotundifolia: A Mini-Review On Its Bioactive Compounds And Pharmacological Activity. 2021. Traditional Medicine Research. 6(2):11.

 

Nota: Penulis merupakan Profesor Madya, Program Sarjana Muda Sains (Biologi Marin) di Universiti Malaysia Terengganu dalam pengkhususan Farmakologi dan Bioteknologi Marin.  Penulis boleh dihubungi melalui email: aasuvik@umt.edu.my

#LiterasiLautanUntukSemua*Artikel ini diterbitkan atas inisiatif dan tajaan ‘OceanHOPE Project’ dari Universiti Malaysia Terengganu bagi meningkatkan tahap literasi lautan kepada orang ramai bersempena sambutan Hari Lautan Sedunia yang diraikan pada 8 Jun setiap tahun. Sila layari https://oceanhope.umt.edu.my/ untuk maklumat lanjut.

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Hari Lautan SeduniaKajian Pesisir PantaiLiterasi Lautan Untuk SemuaOceanHopeUniversiti Malaysia Terengganu (UMT)
ShareTweetShare
Previous Post

Teknologi Sinkrotron Pemacu Kemajuan Sains

Next Post

Pengenalan Kepada Sistem Maklumat Geografi

Editor

Editor

Related Posts

Metarhizium: Inovasi Kawalan Perosak ke Arah Pertanian Lestari
Alam Semulajadi

Metarhizium: Inovasi Kawalan Perosak ke Arah Pertanian Lestari

20 minutes ago
Transformasi Plastik Kepada Tenaga Dengan Teknologi Hijau
Berita & Peristiwa

Transformasi Plastik Kepada Tenaga Dengan Teknologi Hijau

4 hours ago
Kepelbagaian Spesies Pokok di Hutan Tanah Pamah
Alam Semulajadi

Kepelbagaian Spesies Pokok di Hutan Tanah Pamah

12 hours ago
Biojisim Hutan: Lebih Daripada Sekadar Pokok
Alam Semulajadi

Biojisim Hutan: Lebih Daripada Sekadar Pokok

12 hours ago
Next Post
Pengenalan Kepada Sistem Maklumat Geografi

Pengenalan Kepada Sistem Maklumat Geografi

Kategori Produk

  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In