23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Sunday, May 17, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

HARI LAUTAN SEDUNIA: Keajaiban dan Potensi Mikroalga

Hari Lautan Sedunia

Editor by Editor
12/06/2023
in Alam Semulajadi, Berita & Peristiwa
0 0
0

Penulis: Dr. Lau Cher Chien,
Institut Bioteknologi Marin, Universiti Malaysia Terengganu

 

Mikroalga merupakan mikroorganisma kecil bersaiz 10 mikrometer dan mempunyai pelbagai bentuk dan warna (Gambar 1). Secara asasnya, mikroalga merupakan hidupan akuatik yang memperoleh sumber tenaga daripada matahari, seperti tumbuh-tumbuhan yang menjalankan proses fotosintesis. Oleh itu, mikroalga memainkan peranan yang amat penting sebagai pengeluar utama dalam siratan makanan di dalam ekosistem akuatik.

Gambar 1: Kepelbagaian spesis mikroalga yang mempunyai warna dan bentuk yang berbeza.

Mikroalga merupakan sumber makanan utama kepada hidupan laut, terutamanya anak-anak ikan, udang dan ketam. Mikroalga menghasilkan nutrien penting seperti karbohidrat, protein, asid lemak dan lain-lain bagi menyokong pertumbuhan. Tidak hairanlah spesis mikroalga, contohnya Chlorella amat popular dalam pasaran sebagai makanan tambahan untuk kegunaan manusia.

Dalam industri akuakultur, selain dibekalkan sebagai sumber makanan utama untuk larva-larva ikan dan udang, spesis mikroalga yang menghasilkan pigmen yang berwarna-warni, seperti Haematococcus pluvialis, juga ditambahkan dalam diet seharian ikan-ikan hiasan, bagi meningkatkan kecerahan warna pada luaran (atau lapisan derma) ikan akuarium. Apabila mikroalga dikulturkan dalam tangki perternakan ikan (co-culture), kajian menunjukkan peningkatan daya ketahanan ikan ternakan terhadap serangan bakteria mahupun virus (patogen).

Keupayaan mikroalga dalam menyesuaikan diri dan bercambah di persekitaran yang ekstrim, termasuk laut mati yang mengandungi kepekatan garam yang tinggi atau laut yang dicemari dengan logam berat, membolehkannya digunakan dalam pelbagai aktiviti manusia. Sebagai contoh, mikroalga digunakan untuk proses biopemulihan untuk merawat perairan yang tercemar dengan logam berat seperti cadmium, tembaga, plumbum. Mikroalga bertindak dengan menyerapkan logam-logam tersebut dan menghasilkan biomas dalam kuantiti yang banyak. Tambahan pula, oleh sebab sifat semulajadi sel mikroalga yang mampu mengumpul lipid sehingga 70 peratus daripada kandungannya, biomas mikroalga yang dihasilkan dalam proses biopermulihan boleh diproses pula sebagai bahan mentah untuk penghasilan bahan api biodiesel.

Gambar 2: (kiri) Isolasi Chlorella vulgaris dari pantai Universiti Malaysia Terengganu. (kanan) Pengkulturan mikroalga dalam medium yang mengandungi kepekatan garam yang tinggi. Biomas yang dihasilkan mengandungi lebih daripada 30% peratus lipid dan berpotensi tinggi dalam penghasilan biodisel.

Walaupun mikroalga lautan mempunyai kegunaan yang begitu luas, ia juga menyumbang kepada beberapa masalah domestik. Salah satunya adalah fenomena eutrofikasi (Eutrophication). Fenomena eutrofikasi ini adalah ledakan populasi mikroalga yang tidak terkawal sehingga mampu membentuk satu lapisan penghalang di permukaan air dan mengurangkan kelarutan oksigen di dalam air. Jika berlarutan, fenomena ini akan menyebabkan kematian haiwan laut secara besar-besaran akibat kekurangan oksigen. Antara punca lamakan nutrient ialah melalui kemasukan sampah-sarap, pembuangan sumber kumbahan dan industri secara tidak bertanggungjawab melalui sumber air.

ARTIKEL BERKAITAN – Prospek Mikroalga sebagai Agen Biorawatan dan Perolehan Sumber
ARTIKEL BERKAITAN- Spesis Purba, Makanan Masa Depan

Ringkasnya, mikroalga adalah sumber akuatik di lautan yang tidak ternilai dan berpotensi dalam pelbagai bidang. Dengan memelihara kebersihan laut kita, habitat semulajadi mikroalga akan sentiasa dalam keadaan seimbang. Marilah kita sama-sama mengenali dan menghargai kewujudan mikroalga, makhluk kecil dan halus tetapi aplikasinya sebesar lautan.

Gambar 3: (Kiri) Permerhatian struktur dan morfologi sel bawah mikroskop kontras fase berfluoresensi yang terdapat di makmal sel kultur di Institut Bioteknologi Marin (IMB) UMT. (Kanan) Fasiliti-fasiliti dalam makmal bioinformatik di IMB UMT seperti komputer berprestasi tinggi membantu penyelidik dalam pengumpulan dan analisis data genetik dan transkriptomik mikroalga.

Tentang Penulis:

Dr. Lau Cher Chien merupakan penyelidik pasca kedoktoran di Institut Bioteknologi Marin. Dr Lau mempunyai kepakaran di dalam bidang mikroalga produksi dan transkriptomik analisis dan kini sedang giat menjalankan penyelidikan mengenai kegunaan mikroalga dalam akuakultur bagi tujuan pembangunan dan aplikasi pernambahbaikan makanan ikan akulkultur. Beliau boleh dihubungi melalui email: lcchien@umt.edu.my 

#LiterasiLautanUntukSemua

*Artikel ini diterbitkan atas inisiatif dan tajaan ‘OceanHOPE Project’ dari Universiti Malaysia Terengganu bagi meningkatkan aras literasi lautan kepada orang ramai bersempena sambutan Hari Lautan Sedunia yang diraikan pada 8 Jun setiap tahun. Sila layari https://oceanhope.umt.edu.my/ untuk maklumat lanjut.

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Hari Lautan SeduniaLau Cher ChienLiterasi Lautan Untuk SemuaUMTUniversiti Malaysia Terengganu
ShareTweetShare
Previous Post

Fenomena Pencahayaan di Dasar Lautan: Suatu Penjelasan dari Sudut Fizik

Next Post

Transformasi Desa: Membangun Akses Tenaga di Malaysia dengan Teknologi Sel Fuel Oksida Pepejal (SOFC) dan Tenaga Keterbaharuan

Editor

Editor

Related Posts

Tuberkulosis di Sekolah: Isyarat Awal yang Tidak Boleh Kita Abaikan
Berita & Peristiwa

Tuberkulosis di Sekolah: Isyarat Awal yang Tidak Boleh Kita Abaikan

1 day ago
Antara Algoritma dan Akal: Adakah AI Mengukuhkan atau Menghakis Daya Fikir Manusia?
Berita & Peristiwa

Antara Algoritma dan Akal: Adakah AI Mengukuhkan atau Menghakis Daya Fikir Manusia?

2 days ago
Kelestarian Dalam Penghasilan dan Penggunaan Produk Herba Serta Kesannya Terhadap Kesihatan Planet
Alam Semulajadi

Kelestarian Dalam Penghasilan dan Penggunaan Produk Herba Serta Kesannya Terhadap Kesihatan Planet

4 days ago
Ludwig Boltzmann: Ahli Fizik yang Tidak Dihargai
Berita & Peristiwa

Ludwig Boltzmann: Ahli Fizik yang Tidak Dihargai

5 days ago
Next Post
Transformasi Desa: Membangun Akses Tenaga di Malaysia dengan Teknologi Sel Fuel Oksida Pepejal (SOFC) dan Tenaga Keterbaharuan

Transformasi Desa: Membangun Akses Tenaga di Malaysia dengan Teknologi Sel Fuel Oksida Pepejal (SOFC) dan Tenaga Keterbaharuan

Kategori Produk

  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In