23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Friday, February 13, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

HARI LAUTAN SEDUNIA: Lautan Purba Pemula Segala

HARI LAUTAN SEDUNIA

Editor by Editor
16/06/2023
in Alam Semulajadi, Berita & Peristiwa
0 0
0

Penulis: Fatin Izzati Minhat, PhD
Fakulti Sains dan Sekitaran Marin, Universiti Malaysia Terengganu

 

Tumbuhan hijau merupakan penyumbang utama kepada komposisi oksigen di Bumi. Tahukah anda, Bumi merupakan satu-satunya planet yang mempunyai oksigen di dalam atmosferanya? Lebih menarik lagi, gas oksigen sebenarnya adalah produk sampingan yang terhasil melalui proses fotosintesis. Proses fotosintesis ini berlaku apabila organel di dalam sel tumbuhan hijau yang dikenali sebagai kloroplas menukarkan tenaga cahaya kepada tenaga kimia.

Namun begitu, kira-kira 3.7 bilion tahun dahulu, proses fotosintesis yang menghasilkan oksigen ini belum wujud. Pada ketika itu, atmosfera di Bumi tidak mempunyai gas oksigen tetapi penuh dengan gas seperti hidrogen dan metana. Keadaan Bumi tanpa oksigen pada zaman tersebut tidak sesuai  didiami oleh organisma multisel seperti yang kita lihat sekarang. Persoalannya, bagaimana proses fotosintesis bermula? Apakah yang berlaku di Bumi yang membolehkan evolusi fotosintesis terjadi pada zaman dahulu? Mari kita selami kisah evolusi fotosintesis yang bermula dengan organisma kecil yang dikenali sebagai mikrob.

Evolusi

Kira-kira 3 bilion tahun dahulu hidupan di Bumi hanya terdiri daripada organisma kecil, satu sel seperti archaea dan bakteria yang mendominasi lantai lautan. Pada zaman tersebut, hidupan hanya wujud di dalam lautan kerana kawasan daratan dipenuhi dengan batuan lahar yang panas. Lautan purba ini mempunyai kandungan sulfur dan metana yang tinggi hasil daripada aktiviti gunung berapi di bawah laut dan lohong hidroterma.

Saintis percaya bahawa archaea dan bakteria yang hidup di lantai lautan pada ketika itu merupakan kumpulan organisma anaerobic, iaitu organisma yang tidak memerlukan oksigen untuk hidup. Selama berjuta-juta tahun archaea dan bakteria ini menghasilkan makanan melalui proses kimosintesis. Proses kimosintesis ini adalah proses dimana archaea dan bakteria menukar bahan kimia seperti sulfur dan hidrogen kepada makanan.

Namun begitu, proses kimosintesis adalah proses yang tidak mampan kerana sumber gas ini adalah terhad dan sentiasa kehabisan. Oleh itu, untuk kelangsungan hidup, sebahagian kecil bakteria mula beradaptasi dan berevolusi. Ada sesetengah kumpulan bakteria mula berhijrah ke kawasan lautan cetek sebagai adaptasi kepada persaingan ruang dan sumber bahan kimia.

Adaptasi bakteria

Proses adaptasi yang memakan masa berjuta-juta tahun ini akhirnya membolehkan kumpulan bakteria yang dikenali sebagai cyanobakteria mula menukarkan tenaga cahaya kepada makanan. Di sinilah lahirnya proses fotosintesis. Proses ini bermula dengan bakteria menyerap tenaga cahaya dan menukarkan tenaga cahaya kepada tenaga kimia. Kejayaan cyanobakteria menukarkan tenaga cahaya kepada makanan bermakna kumpulan ini tidak lagi bergantung kepada sumber kimia di dasar lautan sebaliknya kumpulan ini memperoleh sumber tenaga yang tidak kehabisan dari matahari.

Selang beberapa juta tahun, cyanobakteria mula mendominasi kawasan lautan cetek di seluruh permukaan Bumi. Kejayaan cyanobakteria ini dan fotosintesis merupakan titik permulaan beberapa perubahan besar di Bumi. Saintis percaya penghasilan gas oksigen melalui proses fotosintesis telah menyebabkan perubahan besar kepada Bumi dan membolehkan Bumi didiami oleh organisma yang lebih kompleks.

Selepas komposisi oksigen di dalam atmosfera bumi mula menjadi lebih tinggi, organisma multisel mula terbentuk dan membuka ruang kepada evolusi organisma seperti haiwan dan tumbuhan. Sejarah permulaan dan evolusi fotosintesis di dalam tumbuhan hijau merupakan proses yang rumit dan memakan masa yang amat panjang. Oksigen yang terhasil secara tidak sengaja dalam proses ini membolehkan hidupan lebih kompleks mendominasi Bumi pada masa kini.  Oleh yang demikian, selagi adanya tenaga cahaya dari matahari di Bumi dan tumbuhan hijau, oksigen tidak akan kehabisan.

Bidang kaji bumi merupakan antara bidang yang merungkai persoalan-persoalan kajian bumi dan hidupan pada masa lampau. Melalui kajian fosil dan batuan, cerita menarik seperti di atas dapat di pelajari dan di sampaikan kepada masyarakat.

 

Nota: Penulis merupakan pensyarah Program Sarjana Muda Sains (Geologi Marin) di Universiti Malaysia Terengganu yang terlibat aktif dengan Institut Oseanografi dan Sekitaran dalam pelayaran di Laut China Selatan dan Selat Melaka bagi projek pembinaan semula peta permukaan lautan dan suhu persekitaran semasa Zaman Holosen (bermula 10 ribu tahun dahulu). Penulis boleh dihubungi melalui fatinminhat@umt.edu.my 

 

Gambar 1: Kultur bakteria dan yis yang di pamerkan di muzium Micropia, Amsterdam, Netherlands.
Gambar 2: Pameran fosil di Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT) oleh pelajar program Geosains Marin sempena minggu “Meet the Scientist”.
Gambar 3: Perkongsian tentang fosil marin dengan para pengunjung di Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT)
Gambar 4: Pameran fosil dan perkongsian tentang fosil-fosil Terengganu di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.

#LiterasiLautanUntukSemua

*Artikel ini diterbitkan atas inisiatif dan tajaan ‘OceanHOPE Project’ dari Universiti Malaysia Terengganu bagi meningkatkan aras literasi lautan kepada orang ramai bersempena sambutan Hari Lautan Sedunia yang diraikan pada 8 Jun setiap tahun. Sila layari https://oceanhope.umt.edu.my/ untuk maklumat lanjut.

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: evolusiHari Lautan SeduniaINOSLiterasi Lautan Untuk SemuaUMTUniversiti Malaysia Terengganu
ShareTweetShare
Previous Post

Transformasi Desa: Membangun Akses Tenaga di Malaysia dengan Teknologi Sel Fuel Oksida Pepejal (SOFC) dan Tenaga Keterbaharuan

Next Post

Pengkomposan Sisa Makanan Menggunakan Black Soldier Fly (BSF) dan Teknik Bokashi; Pilihan Alternatif Pengurusan Sisa Secara Lestari

Editor

Editor

Related Posts

STEM Teras Pembangunan Negara: Cabaran, Kesan dan Hala Tuju Masa Depan
Berita & Peristiwa

STEM Teras Pembangunan Negara: Cabaran, Kesan dan Hala Tuju Masa Depan

21 hours ago
Ekosistem Nematod Di Persekitaran Sawah Padi di Malaysia
Alam Semulajadi

Ekosistem Nematod Di Persekitaran Sawah Padi di Malaysia

5 days ago
Teknologi Percetakan 4D Polimer
Berita & Peristiwa

Teknologi Percetakan 4D Polimer

5 days ago
Potensi Elastomer Termoplastik Getah Asli Berprestasi Tinggi untuk Aplikasi Industri melalui Penyinaran Gama
Berita & Peristiwa

Potensi Elastomer Termoplastik Getah Asli Berprestasi Tinggi untuk Aplikasi Industri melalui Penyinaran Gama

5 days ago
Next Post
Pengkomposan Sisa Makanan Menggunakan Black Soldier Fly (BSF) dan Teknik Bokashi; Pilihan Alternatif Pengurusan Sisa Secara Lestari

Pengkomposan Sisa Makanan Menggunakan Black Soldier Fly (BSF) dan Teknik Bokashi; Pilihan Alternatif Pengurusan Sisa Secara Lestari

Kategori Produk

  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In