23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Thursday, July 10, 2025
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

HARI LAUTAN SEDUNIA: Menyingkap Rahsia Makhluk Tersembunyi di Lautan

HARI LAUTAN SEDUNIA: Menyingkap Rahsia Makhluk Tersembunyi di Lautan

Editor by Editor
24/07/2023
in Alam Semulajadi, Berita & Peristiwa
0 0
0

Oleh: Dr. Afiq Durrani M. Fahmi
Fakulti Sains dan Sekitaran Marin (FSSM), Universiti Malaysia Terengganu

Paus biru merupakan mamalia yang terbesar di dunia. Persoalannya, bagaimana paus biru boleh menjadi sebesar itu? Mengapa pula ikan lumba-lumba tidak mampu menandingi saiz paus biru? Bukankah ikan lumba-lumba juga mamalia lautan yang lebih cekap dalam memburu makanan mereka?

Bagi mamalia laut seperti paus biru dan lumba-lumba, haba dan kuantiti makanan merupakan faktor yang penting bagi sel-sel dan proses tumbesaran. Haba yang hilang ke persekitaran lautan perlu digantikan oleh haba yang dihasilkan dari sel-sel dalaman mereka semasa proses metabolisma. Oleh sebab itu, boleh difahami bahawa saiz bagi haiwan mamalia sebenarnya dipengaruhi oleh haba dan metabolisma.

Jika saiz mamalia itu kecil, maka haba yang dijana mudah hilang ke persekitaran. Mamalia di lautan perlu kekal besar kerana sel-sel mamalia perlu menjana haba untuk mengekalkan fisiologi dalaman, di samping menghasilkan haba melalui pencernaan makanan.

Adakah paus biru perlu memburu ikan lumba-lumba atau haiwan-haiwan yang besar sahaja untuk mendapatkan tenaga yang mencukupi? Tenaga yang diperlukan oleh seekor paus biru mestilah mencukupi untuk membekalkan haba kepada seluruh badannya yang sebesar 15 buah bas sekolah.

Walau bagaimanapun, paus biru sebenarnya bukanlah haiwan pemangsa yang mampu bergerak dengan laju seperti lumba-lumba. Dalam hal ini, sudah tentu paus biru tidak mampu menjadikan mamalia yang lebih kecil daripadanya sebagai diet utama mereka.  Apa yang menarik, ikan paus biru sebenarnya menjadikan kril, iaitu sejenis udang kecil sebagai diet utama mereka.

Makanan

Kril adalah makhluk kecil yang perlu membiak dengan cepat sebagai strategi kelangsungan hidup mereka. Haiwan kecil ini membiak dengan pantas sehingga mampu menghasilkan populasi yang besar dalam masa yang singkat. Kril pula memerlukan sumber makanan yang banyak bagi menampung pertumbuhan populasi mereka.

Makanan utama bagi kril ini pula adalah pengeluar primer yang menghasilkan makanan mereka sendiri sebagaimana tumbuh-tumbuhan di daratan.  Tumbuhan di lautan juga wujud dengan pelbagai rupa dan bentuk. Kebanyakannya bersaiz mikroskopik dan mampu membiak sehingga seluas sebuah benua. Tumbuhan sebesar sel seperti sianobakteria dan mikroalga membentuk rangkaian makanan lain yang sukar dilihat dengan mata kasar, iaitu rantaian mikrob.

Organisma satu sel seperti sianobakteria dan mikroalga menghasilkan makanan menggunakan tenaga matahari. Makanan itu bukan hanya dikandungi sel tersebut tetapi juga boleh meresap melalui air laut yang digunakan bakteria heterotrofik, iaitu bakteria yang tidak boleh menghasilkan makanan sendiri. Sisa-sisa makanan dan bahan buangan bakteria heterotrofik menjadi makanan bagi spesis bakteria heterotrofik yang lain dan ini berterusan sehingga ke dasar laut. Di sini, bakteria tidak memerlukan cahaya matahari untuk membuat makanan sendiri.

Tenaga

Sumber tenaga lain seperti lohong hidrotermal atau aliran minyak memberikan bakteria sumber karbon di samping sulfur, nitrogen dan fosforus yang mereka perlukan untuk berkembang biak. Sisa mereka kemudian disalurkan ke atas kolum air laut melalui bakteria heterotrofik tadi sebagai ramuan makanan sehingga bahan-bahan makanan ini berubah bentuk dan boleh digunakan sianobakteria dan mikroalga di permukaan air laut.

Kerana saiz yang kecil, bakteria dapat memanfaatkan sebarang ruang yang mereka temui. Laut yang disangka kosong dan biru sebenarnya penuh dengan organisma satu sel yg tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Mereka bekerjasama untuk mengguna semula sumber nutrient seperti karbon, nitrogen, sulfur, dan fosforus terpakai supaya memberi manfaat kepada haiwan laut yang lain.

Dengan adanya komuniti mikroorganisma yang saling membantu, bekalan makanan komuniti ini tidak pernah terputus, dan manfaatnya dikongsi bersama haiwan laut lain yang jauh lebih besar dari mereka. Komuniti ini sentiasa sedia adaptasi dengan perubahan persekitaran. Yang berubah sama adalah bilangan dalam populasi yang sama, tetapi setiap ahli meainkan peranan yang penting untuk memastikan rantaian ini tidak terputus.

Bakteria, walaupun kebanyakannya memberi manfaat, hanya mendapat perhatian apabila mereka memudaratkan. Penyakit yang diakibatkan bakteria yang memudaratkan hanya mengisi ruang yang diberikan sehingga populasi mereka terlalu tinggi hingga mengakibatkan kemudaratan.  Ancaman kepada haiwan dan manusia hanya terjadi jika saiz populasi menjadi tidak terkawal apabila bakteria oportunistik meraih peluang untuk mendominasi rantaian mikrob ini.

Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Setiap bakteria mengisi ruang yang penting bagi kitaran nutrien. Ini tidak bermakna kerana adanya segelintir bakteria yang mampu membawa kemudaratan, kesemua bakteria harus dihapuskan. Malah, bakteria sangat penting bagi penjagaan kulit, perut dan kesihatan umum setiap organisma yang ada, samada di laut ataupun di atas dan dalam badan kita sendiri.

Setiap permukaan kita yang bersentuhan dengan air dan udara adalah tempat perlindungan bagi pelbagai jenis bakteria. Bakteria ini bekerjasama dengan dan sel-sel perumah. Perumah yang dimaksudkan termasuklah paus biru, ikan lumba-lumba, penyu, karang, malah manusia juga.  Terdapat pelbagai vitamin penting yang hanya boleh dihasilkan oleh bakteria, jadi sel-sel perumah akan memberi pelindungan untuk menerima manfaat vitamin yang dihasilkan. Sebagai perumah, selain dari pelindungan bakteria juga diberikan makanan yang cukup supaya bekalan vitamin tidak terputus, dan populasi bakteria terimbang.

Jadi, apakah peranan mikrobiom selain memberi nutrien dan vitamin yang tidak dapat kita hasilkan? Mereka juga boleh bertindak sebagai barisan pertahanan pertama bagi bakteria yang memudaratkan dengan memberi saingan bagi sumber makanan yang sama. Tanpa mereka, peningkatan populasi bakteria oportunis boleh berlaku sehinggakan menyebabkan kemudaratan kepada perumah. Perhubungan antara perumah dan mikrobiom ini telah dibina sejak manusia yang pertama dan berkembang seiring dengan perubahan persekitaran. Perbezaan spesis perumah juga mengubah komuniti mikrobiom bagi membolehkan kelangsungan hidup mereka. Mikrobiom ini walaupun kecil saiznya, begitu besar jasanya kepada kita.

Gambar 1. Lapisan mikrob yang jelas di sedimen yang berlainan warna juga menjalankan peranan yang berbeza dalam kitaran nutrien.

 

Gambar 2. Kajian perubahan rantaian mikrob di permukaan air sekiranya berlaku tumpahan minyak.
Gambar 3. Dinoflagellate merupakan mikroalga yang menggunakan tenaga solar untuk penghasilan nutrient bagi rantaian mikrob.
Gambar 4. Arca berskala besar bakteria.


Nota
: Penulis merupakan pensyarah Program Sarjana Muda Sains (Biologi Marin) di Universiti Malaysia Terengganu yang terlibat aktif dengan penyelidikan ekologi bakteria marin. Penulis boleh dihubungi melalui afiq.mohd@umt.edu.my

#LiterasiLautanUntukSemua

*Artikel ini diterbitkan atas inisiatif dan tajaan ‘OceanHOPE Project’ dari Universiti Malaysia Terengganu bagi meningkatkan tahap literasi lautan kepada orang ramai bersempena sambutan Hari Lautan Sedunia yang diraikan pada 8 Jun setiap tahun. Sila layari https://oceanhope.umt.edu.my/ untuk maklumat lanjut.

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Hari Lautan Sedunialiterasilautanuntuksemuaocean hopeUniversiti Malaysia Terengganu (UMT)
ShareTweetShare
Previous Post

Pengenalan Kepada Sistem Maklumat Geografi

Next Post

Menjejaki bibit-bibit Pemikiran Euler

Editor

Editor

Related Posts

Tanah Liat Lembut: Cabaran, Punca dan Penyelesaian Mampan dalam Sektor Pembinaan dan Pertanian di Malaysia
Alam Semulajadi

Tanah Liat Lembut: Cabaran, Punca dan Penyelesaian Mampan dalam Sektor Pembinaan dan Pertanian di Malaysia

4 days ago
Plastik Terbiodegradasi Pilihan Mesra Alam untuk Masa Depan
Alam Semulajadi

Plastik Terbiodegradasi Pilihan Mesra Alam untuk Masa Depan

6 days ago
Ancaman Patogen Selepas Bencana Banjir: Peranan Komuniti dan Kesihatan Planet
Berita & Peristiwa

Ancaman Patogen Selepas Bencana Banjir: Peranan Komuniti dan Kesihatan Planet

6 days ago
Memperkukuh Pengetahuan STEM di Kalangan Murid Dalam Suasana Yang Menyeronokkan
Berita & Peristiwa

Memperkukuh Pengetahuan STEM di Kalangan Murid Dalam Suasana Yang Menyeronokkan

7 days ago
Next Post
Menjejaki bibit-bibit Pemikiran Euler

Menjejaki bibit-bibit Pemikiran Euler

Kategori Produk

  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In