23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Saturday, April 11, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

HARI LAUTAN SEDUNIA: Warisan Laut Dalam Yang Tidak Didendang

HARI LAUTAN SEDUNIA: Warisan Laut Dalam Yang Tidak Didendang

Editor by Editor
20/10/2023
in Alam Semulajadi, Berita & Peristiwa
0 0
0

Oleh: Prof. Madya Dr Izwandy Idris
Institut Oseanografi dan Sekitaran, Universiti Malaysia Terengganu

Baru baru ini dunia digemparkan dengan kemalangan yang menimpa kapal selam ‘Titan’ akibat ledukan (implosion) semasa dalam aktiviti lawatan ke bangkai kapal ‘Titanic’ pada 18 Jun 2023. Kejadian ini adalah disebabkan oleh pelbagai faktor, namun salah satunya adalah kerana tekanan air yang sangat kuat di kawasan laut dalam. Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan laut dalam ini?

Laut dalam (deep sea) adalah kawasan lautan yang mempunyai kedalaman yang melebihi daripada 200 m dari permukaan laut. Kawasan laut dalam ini secara umumnya adalah gelap, sejuk dan bertekanan tinggi akibat daripada jisim air. Semakin menuruni kedalaman air, cahaya akan berkurangan, suhu akan semakin menurun dan tekanan air akan bertambah. Tekanan air yang diukur dengan unit atmosfera atau psi (per square inch). Bagi setiap penurunan 10 m di dalam air, tekanan air bertambah sebanyak 1 atmosfera (1 atm).

Laut dapat dibahagikan kepada lima zon kedalaman utama (Gambar 1). Zon yang pertama adalah epipelagik yang bermula dari permukaan air sehingga 200 m. Zon ini merupakan zon yang sangat produktif kerana menerima sinaran cahaya matahari yang tinggi membolehkan organisma yang mempunyai klorifil menjalankan fotosintesis.


Gambar 1: Zon lautan berdasarkan kedalaman. Kredit kepada VectorMine, lessen standard dari istockphoto.com

Lautan dalam terdiri dari baki empat zon kedalaman. Melepasi kedalaman 200 m sehingga 1000 m, adalah zon yang dipanggil sebagai mesopelagik. Pada julat kedalaman ini, cahaya beransur-ansur hilang dan persekitaran menjadi semakin kelam atau samar-samar (twilight). Suhu juga akan menurun dengan mendadak.

Melepasi kedalaman 1000 m sehingga 4000 m adalah zon yang dipanggil sebagai batipelagik. Pada kedalaman ini, persekitaran adalah gelap sepenuhnya kerana tiada cahaya yang dapat menembusi kedalaman ini. Ini juga menyebabkan suhu di kedalaman ini adalah sangat rendah iaitu 4 darjah celsius (sama dengan suhu bahagian dingin di peti sejuk rumah).

Zon kedalaman seterusnya adalah abisopelagik (abyss) iaitu kedalaman melebihi 4000 m sehingga 6000 m atau mencapai lantai lautan atau dataran abis. Keadaan fizikal disini adalah sama seperti di zon mesopelagik, namun tekanan air akan terus bertambah sehingga 600 atm. Manakala zon yang terakhir adalah hadalpelagik iaitu kedalaman melebihi 6000m. Kebanyakan kawasan dalam zon ini adalah jurang lautan.  Kedalaman yang paling dalam direkodkan adalah di Jurang Mariana (11,000 m) yang terletak berhampiran Pulau Guam di tengah lautan Pasifik. Kedalaman jurang Mariana ini adalah lebih tinggi dari ketinggian dari Gunung Everest (8,848 m).

Seperti mana yang dimaklumkan pada permulaan artikel, tekanan air di kawasan laut dalam akan semakin meningkat berkadar terus dengan kedalaman air. Berdasarkan perkiraan, tekanan air pada kedalaman di mana bangkai kapal Titanic terdampar (sekitar 3800 m) adalah 380 atm (5600 psi). Ini bersamaan dengan berat seekor gajah dewasa berdiri di setiap inci kulit manusia! Hanya organisma tertentu sahaja yang dapat hidup pada tekanan sebegini dan menjadikan kedalaman tersebut sebagai habitat.

Secara umumnya, masih banyak yang belum diketahui mengenai permukaan dasar lautan. Jika di daratan mempunyai bentuk muka bumi yang pelbagai seperti lembah, bukit dan banjaran gunung serta gunung berapi, sebenarnya ciri-ciri yang sama juga terdapat di bawah permukaan air. Malah terdapat terdapat ciri-ciri fizikal yang unik di laut dalam seperti corong hydroterma (hydrothermal vent) (Gambar 2), tasik air masin (brine lake), dan resapan sejuk (cold seeps). Kesemua ciri-ciri permukaan di dasar lautan adalah terhasil daripada pergerakan plat tektonik bumi, aktiviti gunung berapi serta akibat daripada tekanan air yang sangat tinggi.

Gambar 2: Contoh corong hydroterma di laut dalam. Kredit image kepada Oregon State University

Organisma yang hidup di kawasan laut dalam terutama kawasan betipelagik, abipelagik dan hadal mempunyai adaptasi bagi membolehkan mereka hidup di kawasan yang sangat gelap, sejuk dan bertekanan tinggi serta sumber makanan yang terhad. Terdapat haiwan invertebrata (tidak bertulang belakang) seperti kerang dan cacing laut yang mempunyai bakteria symbiosis dalam badan yang menjalankan kemosintesis bagi menghasilkan sumber tenaga menggunakan tindakbalas kimia. Segelintir haiwan seperti ikan mempunyai badan lutsinar bagi mengelakkan menjadi buruan pemangsa atau dikesan oleh mangsa, selain daripada enzim anti-beku serta badan yang mempunyai kandungan air yang sangat tinggi untuk mengurangkan kesan tekanan air.

Pengalaman penulis mengikuti ekspedisi laut dalam di timur Australia pada 2017 telah melihat sendiri keunikan organisma laut dalam. Terdapat organisma yang mempunyai bentuk yang pelik, seolah-olah bukan datang dari planet bumi, misalnya ikan ‘tidak bermuka’ faceless cusk (Typhlonus nasus) (Gambar 3) yang dijumpai pada kedalaman 4000m.

Gambar 3: Ikan ‘tidak berwajah’, faceless cusk (Typhlonus nasus) yang dijumpai semasa ekspedisi laut dalam yang disertai oleh penulis pada tahun 2017. Kredit gambar kepada Rob Zugero dari Muzium Victoria, Australia.

Kawasan laut dalam mempunyai sumber alam yang besar  untuk kegunaan manusia. Beberapa kawasan dasar lautan dalam seperti di Clarion-Clipperton Fracture Zone, Central Indian Ocean Basin dan Papua New Guinea kaya dengan bahan mineral seperti hidrokarbon (minyak dan gas), dan nodul polymetalik (nikel, tembaga, mangan, dan kobalt) yang banyak digunakan dalam peralatan elektronik. Selain itu terdapat juga spesis ikan laut dalam seperti ‘orange roughy’ (Hoplostethus atlanticus) yang ditangkap secara komersil sebagai sumber protein. Terdapat juga organisma marin laut dalam yang mempunyai khasiat dalam bidang perubatan seperti dalam rawatan kanser dan luka.

Gambar 4: Penulis memeriksa batuan lumpur yang diambil pada kedalaman 4000 m bagi mencari organisma yang hidup semasa menyertai ekspedisi laut dalam di timur Australia menggunakan kapal RV Investigator (2017). Kredit gambar kepada Asher Flatt.

Oleh kerana kebanyakan kawasan laut dalam adalah di luar daripada zon ekonomi ekslusif (EEZ) sesebuah negara, International Seabed Authority telah diwujudkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi mengawalselia sebarang aktiviti ekonomi laut dalam supaya ianya tidak mendatangkan mudarat kepada alam sekitar.

Adakah terdapat lautan dalam di peraiaran Malaysia?

Keluasan perairan Malaysia adalah 570,000 kilometer persegi dan sebahagian besarnya terletak di atas Pelantar Sunda (Sunda Shelf). Secara purata, kedalaman Pelantar Sunda ini adalah kurang dari 100 m dan dikira lautan yang cetek (Gambar 5). Oleh itu, bagi kebanyakan pihak di Malaysia, laut dalam adalah sesuatu yang asing.

Walau bagaimanapun, laporan kedamparan ikan naga (Oarfish) dari genus Regalicus pada Julai 2023 di Kuala Nerus, Terengganu menimbulkan persoalan mengenai kewujudan kawasan laut dalam di negara kita. Ini kerana ikan ini secara alaminya tinggal laut dalam di antara 200-1000 m, iaitu lebih dalam dari purata kedalaman Pelantar Sunda <100 m. Malah bila diselidiki lebih lanjut, kejadian ikan naga terdampar di pantai Malaysia bukanlah perkara baru kerana kejadian yang sama telah berlaku di Pulau Redang (2015), Kuala Nerus dan Kertih (2012), Terengganu, dan di Miri, Sarawak (2020). Maka, adakah Malaysia sebenarnya mempunyai laut dalam?

Jawapannya adalah ya, negara kita juga mempunyai perairan yang di kira sebagai laut dalam (melebihi 200 m) dan kebanyakannya adalah terletak di utara Sarawak dan Sabah dalam zon ekonomi ekslusif Malaysia.

Di kawasan laut dalam Malaysia, kedalaman yang tertinggi direkodkan adalah di Palung Sabah (Sabah Trough, juga dikenali sebagai Palung Palawan-Borneo) iaitu 2900 m (dalam zon betipelagik). Malah lebih menarik adalah kewujudan gunung bawah laut yang dinamakan Santubong yang terletak berhampiran dengan Palung Sabah. Puncak tertinggi gunung Santubong adalah 493 m dari permukaan laut manakala dasar gunung tersebut berada pada kedalaman 1910 m.

Hasil dari aktiviti hidrografi yang dijalankan oleh Pusat Hidrografi Nasional (PHN), Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM) juga telah menemui, menamakan dan mewartakakn beberapa lagi ciri-ciri dasar laut dalam yang berada dalam wilayah Malaysia. Adalah dijangkakan lebih banyak kawasan laut dalam di negara kita akan dapat dijumpai dan direkodkan apabila proses pengukuran semula hidrografi menggunakan peralatan canggih ‘multibeam echosounder’ selesai dijalankan. Tidak mustahil jika satu hari nanti satu kawasan laut dalam (>200 m) dijumpai di pantai timur Semenanjung Malaysia, dan mungkin merupakan habitat kepada ikan naga yang kerap terdampar di pantai kita.

Kewujudan kawasan dan ciri-ciri laut dalam di dalam wilayah Malaysia adalah satu rahmat kepada rakyat dan amat perlu dihargai serta dipertahankan. Masih banyak perkara yang belum diketahui di kawasan terbabit yang mungkin membawa impak ekonomi yang positif kepada negara. Contohnya potensi kepada sumber mineral dan tenaga, serta sumber protein dan perubatan yang berada di kawasan tersebut. Sebagai penyelidik marin, penulis berharap agar satu hari nanti akan ada ekspedisi saintifik yang mengkhusus kepada kawasan laut dalam Malaysia bagi mengetahui apa yang terdapat di kawasan ini.

Gambar 5: Kedudukan Malaysia di atas Pelantar Sunda (warna biru cair). Kelihatan dalam peta adalah sungai-sungai purba yang wujud semasa era Maksimum Glasier Terakhir (Last Glacier Maximum) antara 26,500 sehingga 19,000 tahun dahulu. Adaptasi dari Solihuddin (2014). Indonesian Journal of Geoscience, 1: 99-107.
Gambar 6: Peta batimetri Laut China Selatan menunjukkan kawasan laut dalam di utara Sarawak dan Sabah termasuk juga Palung Sabah/Palawan-Borneo (Sabah/Palawan-Borneo Trough; anak panah kuning). Kepulauan Layang-Layang terletak diatas daripada Palung ini. Adaptasi dari Cheng and Qi (2007), Global and Planetary Change, 57(3): 371-382.

Rujukan Tambahan

Danielle Hall. The Deep Sea. The Ocean Portal. Smithsonian Institution. Dicapai pada 8 Oktober 2023 melalui https://ocean.si.edu/ecosystems/deep-sea/deep-sea

 

Nota: Penulis merupakan Prof. Madya di Institut Oseanografi dan Sekitaran (INOS) serta merupakan Ketua, Pusat Rujukan dan Repositori Laut China Selatan, Universiti Malaysia Terengganu. Penulis berpengalaman menyertai ekspedisi laut dalam di timur Australia selama 42 hari dengan tajaan International Seabed Authority pada tahun 2017. Penulis boleh dihubungi melalui izwandy.idris@umt.edu.my

 

#LiterasiLautanUntukSemua

*Artikel ini diterbitkan atas inisiatif dan tajaan ‘OceanHOPE Project’ dari Universiti Malaysia Terengganu bagi meningkatkan tahap literasi lautan kepada orang ramai bersempena sambutan Hari Lautan Sedunia yang diraikan pada 8 Jun setiap tahun. Sila layari https://oceanhope.umt.edu.my/ untuk maklumat lanjut.

Tags: Hari Lautan SeduniaLautan MalaysiaLiterasi Lautan Untuk Semuaocean hopeUMTUniversti Malaysia Terengganu
ShareTweetShare
Previous Post

Gambaran Konsep Analitis Data Raya Dalam Pengurusan Bencana

Next Post

Menjual Anak Pokok Secara Dalam Talian: Peluang dan Cabaran

Editor

Editor

Related Posts

Inovasi Baharu Tulang Tiruan Menggunakan Teknologi Bioseramik Berkos Rendah
Berita & Peristiwa

Inovasi Baharu Tulang Tiruan Menggunakan Teknologi Bioseramik Berkos Rendah

6 days ago
Kerjaya Ahli Biologi Marin dalam Agenda Ekonomi Biru Negara
Alam Semulajadi

Kerjaya Ahli Biologi Marin dalam Agenda Ekonomi Biru Negara

7 days ago
Teknologi Salutan Polimer, Bukan Sekadar Cat
Berita & Peristiwa

Teknologi Salutan Polimer, Bukan Sekadar Cat

1 week ago
Ancaman Mikroplastik dalam Rantai Makanan Kita
Alam Semulajadi

Ancaman Mikroplastik dalam Rantai Makanan Kita

2 weeks ago
Next Post
Menjual Anak Pokok Secara Dalam Talian: Peluang dan Cabaran

Menjual Anak Pokok Secara Dalam Talian: Peluang dan Cabaran

Kategori Produk

  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In