23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Sunday, February 5, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Hutan Bakau: Simbol Jati Diri Masyarakat Pinggir Pantai Tropika

Info Alam Semula jadi

Saiful Bahari by Saiful Bahari
06/08/2020
in Alam Semulajadi, Berita & Peristiwa, Isu Semasa
0 0
0

Terbitan Semula Daripada Sumber Asal 4 Ogos 2020 (Berita Harian)

Oleh : Dr. A. Aldrie Amir
Institut Alam Sekitar & Pembangunan (LESTARI) UKM

 

[LIVE] The Future belongs to the Tropics. People & Mangrove.

 

Hari Pemuliharaan Ekosistem Hutan Bakau Sedunia (atau International Day for the Conservation of the Mangrove Ecosystem) diraikan pada tanggal 26 Julai yang lalu oleh masyarakat dunia terutamanya di negara-negara tropika termasuk Malaysia dengan meningkatkan pemahaman terhadap fungsi dan kepentingan hutan bakau serta memperkukuhkan komitmen untuk melindungi habitat dan ekosistem tersebut.

 

Hutan bakau merupakan hutan tanah lembap yang hanya wujud di kawasan garis pantai terlindung serta muara – muara sungai dan estuari di negara-negara tropika dan subtropika. Hutan bakau dicirikan oleh dirian tumbuhan malar hijau yang berupaya untuk beradaptasi terhadap keadaan pasang surut dan kemasinan air serta kandungan oksigen tanah yang sangat rendah.

 

Ketiga-tiga faktor persekitaran ini mendorong tumbuh-tumbuhan hutan bakau untuk membentuk sistem akar yang istimewa yang membolehkan penyerapan air, oksigen dan nutrien dilakukan secara intensif dan dalam masa yang sama menstabilkan dirian pohon masing-masing di atas tanah yang lembut.

 

Pembentukan sistem akar pokok bakau seperti akar jangkang, akar lutut dan akar pensil juga membolehkan hutan bakau memainkan peranan dalam memerangkap sedimen dan mineral yang dialirkan oleh sungai dan alur yang datang jauh dari hulu sebelum dilepaskan ke lautan.

 

Faktor ini menjadi penyumbang penting kepada negara tropika berpesisiran pantai seperti Malaysia kerana proses dinamik yang dilalui oleh hutan bakau menyumbang kepada pembentukan delta serta melindungi garis pantai negara.

 

Disebabkan kedudukannya di kawasan yang ekstrim, pokok-pokok bakau juga mempamerkan ciri pembiakan yang luar biasa di mana anak-anak benihnya tumbuh sehingga mencapai fasa anak pokok ketika masih bergantung di dahan tumbuhan induknya. Faktor ini menyumbang kepada kebolehan habitat hutan bakau untuk terus mengekalkan dominasi di sepanjang garis pantai dan estuari.

 

Ciri-ciri biologi dan fizikal hutan bakau menjadikan ianya sangat sesuai untuk dihuni oleh pelbagai organisma daratan dan lautan untuk membentuk sebuah ekosistem yang stabil. Hutan bakau dihuni oleh pelbagai spesies mamalia, reptilia, burung, ikan, kerang-kerangan dan mikroorganisma untuk membentuk rantaian makanan dan tenaga yang lengkap dan cekap.

 

Ketam dan bakteria yang mendiami ekosistem hutan bakau sebagai contoh bukan sahaja memainkan peranan sebagai penghuni di dalam habitat istimewa ini, sebaliknya sama-sama menyumbang kepada kebolehan hutan
bakau secara keseluruhannya untuk berfungsi sebagai penyimpan karbon yang paling unggul di muka bumi terutamanya di dalam sedimen atau tanah di bawahnya.

 

Kebolehan hutan bakau selaku penyerap dan penyimpan karbon telah dibuktikan oleh komuniti saintifik jauh melangkaui kebolehan hutan hujan serta hutan tanah lembap yang lain. Faktor ini diperjuangkan oleh organisasi organisasi dunia untuk melindungi hutan-hutan bakau sebagai kaedah terbaik untuk kita mengharungi cabaran perubahan iklim terutamanya dalam menyeimbangkan kandungan karbon di dalam atmosfera bumi.

 

Perjuangan untuk melindungi hutan bakau juga adalah merupakan perjuangan untuk melindungi masyarakat pinggir pantai yang sejak turun temurun telah memperolehi sumbangan secara langsung dan tidak langsung daripada habitat dan ekosistem semulajadi ini.

 

Perkhidmatan ekosistem yang diberikan oleh hutan bakau kepada manusia datang dalam pelbagai bentuk terutamanya sebagai sumber makanan, ubatan dan bahan mentah seperti bahan bakar dan keperluan hidup yang digunakan secara harian. Hutan bakau juga menjadi pelindung dan penahan semulajadi daripada bencana alam seperti ribut dan taufan yang juga merupakan suatu ciri persekitaran utama yang dihadapi oleh semua negara – negara tropika.

 

 

Masakan tidak, wujud pepatah Melayu yang berbunyi ‘jika takut dilanda badai, jangan berumah di tepi pantai’. Mengamati pepatah ini dan menyingkap susur galur dan susun atur kemasyarakatan pinggir pantai terdahulu, kita  dapati kampung-kampung tidak didirikan di atas garis pantai yang terdedah, sebaliknya kampung-kampung didirikan di belakang lindungan hutan bakau dan hutan pantai.

 

Kehidupan masyarakat pinggir pantai pula jelas dipengaruhi oleh sumber yang diberikan oleh hutan bakau selaku nurseri semulajadi untuk ikan dan hidupan laut yang lain. Kayu-kayu hutan bakau dijadikan bahan api dan
dikenal pasti sebagai sumber pembuatan arang kayu yang paling berkualiti. Daun-daun nipah dijadikan atap manakala buahnya menghasilkan minuman dan manisan yang menjadi resepi penting bagi masyarakat pinggir pantai.

 

Menyingkap sedikit sahaja sumbangan hutan bakau yang disebutkan ini telah dapat memberikan gambaran akan kesesuaian dan kemudahan yang diperolehi oleh masyarakat terdahulu yang mendorong pembentukan
perkampungan di sekitar hutan bakau. Kampung-kampung ini seterusnya membesar menjadi pekan, bandar dan bandaraya dan buktinya boleh dilihat dengan kedudukan bandar-bandar utama di semua negeri di sepanjang garis pantai Malaysia.

 

Pembangunan masyarakat pinggir pantai yang bergantung secara langsung kepada sumber hutan bakau tidak sahaja boleh dilihat di Malaysia, malahan ianya jelas menyumbang kepada pembangunan negara-negara lain
termasuk Singapura, Filipina, Vietnam dan Indonesia di rantau Asia Tenggara sebagai contoh. Bukti ini juga jelas dilihat di keseluruhan rantau tropika yang mana jika disingkap sejarah lama telah wujud banyak ketamadunan di muara-muara dan delta-delta sungai yang kebanyakannya masih wujud sehingga ke hari ini.

 

95 % hutan bakau dunia terletak di dalam zon khatulistiwa, dan lebih 40 % terletak di rantau Asia Tenggara. Hutan-hutan bakau ini menyumbang kepada dunia selaku sumber kepada bekalan protein utama iaitu sebagai tempat pembiakan ikan dan hidupan laut yang dibekalkan ke seluruh pelusuk dunia. Fungsi yang dimainkan oleh hutan bakau selaku penyerap karbon pula dinikmati oleh seluruh masyarakat dunia.

 

Oleh yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memelihara dan memulihara habitat dan ekosistem ini. Malaysia, yang mempunyai keluasan hutan bakau terbesar di dunia selepas Indonesia dan Brazil, mempunyai peranan yang penting di peringkat global untuk menjadi teladan dan menyumbang selaku pemain global dalam mengharungi cabaran perubahan iklim dunia.

 

Perubahan guna tanah dan eksploitasi hutan bakau secara berleluasa mesti dihentikan dalam usaha kita untuk membangunkan negara secara lestari dengan mengambil kira kepentingan habitat dan ekosistem ini kepada alam serta masyarakat tempatan dan sejagat.

 

Perancangan pembangunan serta undang-undang sedia ada mesti diperkemaskan jika tidak diperketatkan, dan mesti dipatuhi secara serius dengan mengambil kira kepentingan ekosistem ini untuk kelestarian ekonomi dan sosial generasi masa kini dan akan datang.

 

Namun begitu, tanggungjawab terhadap pemuliharaan hutan bakau tidak seharusnya hanya terletak di bahu pihak kerajaan sahaja, malah masyarakat juga boleh memainkan peranan dengan menjadi mata dan telinga kepada pihak berkuasa serta menjadi agen kepada pembangunan ilmu dan kesedaran tentang hutan bakau dan peri pentingnya memulihara hutan bakau.

 

Kredit Foto : @OMARALATTAS

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Dr. A. Aldrie AmirHutan BakauInfo Alam Semula jadiInstitut Alam Sekitar & Pembangunan (LESTARI)Universiti Kebangsaan Malaysia
ShareTweetShare
Previous Post

Faktor Genetik Penyebab Alergi Makanan & Cara Pencegahan Alergi Makanan

Next Post

Burung Ciak Urasia Sebagai Biopenunjuk Kualiti Udara

Saiful Bahari

Saiful Bahari

Related Posts

Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel

6 days ago
Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?
Berita & Peristiwa

Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?

1 week ago
Peranan Ibu Bapa Dalam Mengembangkan Kemahiran Matematik Kanak-Kanak Satu Hingga Dua Tahun
Berita & Peristiwa

Peranan Ibu Bapa Dalam Mengembangkan Kemahiran Matematik Kanak-Kanak Satu Hingga Dua Tahun

1 week ago
Sejarah Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Sejarah Sel Fuel

3 weeks ago
Next Post
Burung Ciak Urasia Sebagai Biopenunjuk Kualiti Udara

Burung Ciak Urasia Sebagai Biopenunjuk Kualiti Udara

  • Mengenali dan Memahami Spesies Musang di Malaysia

    Mengenali dan Memahami Spesies Musang di Malaysia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengapa Manusia tersedu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mitos Telur Berdiri Sewaktu Gerhana: Sains Menjelaskan!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2022

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2022

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In