23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Sunday, June 15, 2025
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Hymenoptera Si Pendebunga Hutan: Penyumbang Kelestarian Makanan Hidupan Liar Herbivor

Hymenoptera Si Pendebunga Hutan: Penyumbang Kelestarian Makanan Hidupan Liar Herbivor

Editor by Editor
14/04/2023
in Alam Semulajadi, Berita & Peristiwa, Bicara Saintis
0 0
0

Penulis: Muhamad Ikhwan Idris 1,2,, Salmah Yaakop1, Suhainah Pejalis3  & Mohd Fahimee Jaapar4

1Pusat Sistematik Serangga, Fakulti Sains dan Teknologi
2 Pusat Pengajian Pra-Universiti, Universiti Malaysia Sarawak
3Rizab Hidupan Liar Tengku Hasanal, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN),
4 Pusat Penyelidikan Agrobiodiversiti dan Persekitaran, Ibu Pejabat MARDI

 

Malaysia dikenali sebagai negara yang kaya dengan kepelbagaian biologi flora dan fauna. Hidupan liar herbivor seperti gajah, seladang dan primat yang mendiami hutan di Malaysia bergantung sepenuhnya kepada ketersediaan sumber makanan iaitu pokok liar hutan (Rajah 1). Namun begitu, ianya berkemungkinan diancam kepupusan disebabkan oleh aktiviti pemburuan haram, faktor perubahan iklim dan kemusnahan habitat. Oleh yang demikian, program pemuliharaan spesies hidupan liar herbivor ini perlu dijalankan bagi menjaga khazanah alam ini. Pelbagai inisiatif dan langkah telah diambil bertujuan bagi pemuliharaan haiwan liar herbivor ini seperti pewartaan kawasan perlindungan dan pemuliharaan secara ex-situ. Inisiatif ini dapat memberi manfaat kepada hidupan liar ini, walaubagaimanapun ianya masih memerlukan beberapa usaha dan sokongan yang lain. Antaranya, pemuliharaan dan pengenalpastian spesies pendebunga bagi pokok yang menjadi makanan kepada spesies hidupan liar. Ini kerana, adalah amat penting untuk memulihara spesies pendebunga ini bagi memastikan spesies pokok dapat kekal hidup dan secara tidak langsung dapat memulihara spesies ini dari diancam kepupusan.


Di Malaysia terdapat lebih dari 100 spesies agen pendebunga yang terdiri dari pelbagai spesies serangga seperti kupu-kupu, lebah, penyengat dan lain-lain. Kesemua spesies ini adalah sangat aktif menjalankan fungsinya sebagai pendebunga pokok hutan yang menjadi sumber makanan kepada hidupan liar. Namun begitu, spesies penyengat tidak begitu popular dan sering dilupakan kerana terdapat stigma bahawa ianya merupakan serangga yang mengancam manusia serta mampu menyebabkan kematian. Penyengat merupakan serangga dari order Hymenoptera dan bersarang dikebanyakan kawasan hutan dan pertanian di Malaysia. Umumnya penyengat yang difahami oleh masyarakat adalah dari spesies Vespa tropica (Tebuan Tanah) yang biasanya boleh membawa kematian apabila disengat olehnya. Namun begitu, hanya sedikit diketahui umum bahawa penyengat ini mempunyai pelbagai sumbangan penting terhadap kelestarian alam sekitar. Penyengat juga bertindak sebagai pemangsa dan parasit atau parasitoid kepada serangga lain dan juga sebagai pendebunga tumbuhan (Rajah 2).

Mari kita fahami rantaian dan hubungan penyengat ini dengan mengambil beberapa contoh. Sebagai contoh, spesies penyengat agaonid dari superfamili Chalcidoidea (Rajah 3) yang merupakan pendebunga pokok Ara atau Tin (Famili Moraceae) yang menjadi sumber makanan utama burung liar antaranya Enggang, Merbah dan Punai. Pokok Ara adalah antara spesies asas (keystone species) yang mana keseluruhan ekosistem bergantung kepadanya dalam rantaian makanan dan aras trofik (Rajah 4). Rantaian ini mempamerkan kepentingan spesies penyengat itu sendiri sebagai pendebunga kerana pokok Ara tidak dapat didebunga oleh haiwan lain atau agen pendebunga lain seperti air dan udara. Ini kerana penyengat agaonid ini sahaja yang mampu meletakkan telurnya pada ovul buah Ara kerana terdapatnya adaptasi struktur badan penyengat agaonid itu sendiri bagi memenuhi tujuan pendebungaan tersebut.

Diyakini bahawa masih terdapat banyak spesies Hymenoptera pendebunga dari famili Agaonidae yang mendebunga pokok hutan seperti Ficus sp. (Mohd Hatta et al. 2021) yang menjadi sumber makanan gajah Asia (Abdullah-Fauzi et al. 2022) dan primat seperti beruk kentoi serta kera (Osman et al. 2020).  Haiwan primat antara herbivor lain yang menjadikan pucuk daun dan buah sebagai sumber makanan selain menjadikan pokok itu sendiri sebagai tempat kediaman mereka. Antara spesies primat tersebut adalah lutong, ungka, kera dan lain-lain yang berstatus terlindung dan terlindung sepenuhnya di bawah Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Sekitar (IUCN) amat penting untuk dipulihara.

Bagaimana pula dengan spesies pokok hutan yang lain dan haiwan liar lain? Pastinya kesemua spesies herbivor yang mendiami hutan belantara bergantung kepada buah, daun, pucuk dan bahagian lain pokok sebagai sumber makanan mereka.  Seperti contoh, Gajah Asia (Elephas maximus) yang menjadikan pokok hutan seperti Curcuma sp. (Famili Zingiberacea), Maackia sp. (Famili Fabaceae), Phoenix sp. (Famili Aracaceae) dan Ficus sp. (Famili Moraceae) sebagai makanannya (Mohd-Radzi et al. 2022). Maklumat ini adalah hasil kajian bersama oleh pasukan penyelidik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM).

Oleh itu, langkah memulihara spesies tersebut menjadi keutamaan di mana sumber makanannya perlu dijaga dan memastikan spesies pendebunga tersebut sentiasa ada bagi menjalankan pendebungaan. Bertitik tolak daripada faktor tersebut, usaha murni oleh agen pendebungaan hutan khususnya serangga memainkan peranan penting dalam memastikan keberadaan pokok tersebut kekal utuh sebagai makanan mereka. Tahukah anda bahawa spesies badak Sumatra merupakan spesies herbivor yang telah mengalami kepupusan di Malaysia? Sejajar dengan perkara tersebut, apakah langkah yang perlu diambil kira oleh pihak berwajib bagi menjalankan program pemuliharaan spesies hidupan liar lain agar ianya dapat meneruskan kelangsungan hidup mereka? Persoalan keduanya, apakah faktor penyebab utama kepupusan spesies tersebut dan adakah faktor makanannya menjadi salah satu faktor penyumbang? Meskipun, faktor makanan bukan menjadi faktor utama tetapi sumber makanan herbivor ini perlu dipulihara agar keseimbangan ekosistem dapat dikekalkan.

Sehingga kini, tidak banyak kajian yang dijalankan di Malaysia yang menjurus kepada serangga Hymenoptera sebagai pendebunga. Kajian yang pernah dijalankan lebih merujuk kepada spesies lebah oleh kerana ianya memberi manfaat dari segi ekonomi melalui penghasilan madu. Di Malaysia terdapat lima spesies lebah madu (Apis dorsata, Apis florea, Apis cerana, Apis andreniformis dan Apis mellifera ) dan lebih dari 40 spesies lebah kelulut dari Malaysia yang telah direkodkan sebagai pendebunga dari kawasan hutan (Jaapar et al. 2016; Salim et al. 2012)(Rajah 5) .

Terdapat beberapa kajian berkaitan serangga pendebunga hutan di Malaysia yang menyenaraikan spesies pendebunga pokok hutan, di mana proses pengecaman dijalankan berdasarkan ciri morfologi semata-mata. Oleh itu, kajian seumpama ini amat jelas dan signifikan untuk dijalankan dan dikaji dengan lengkap. Antara spesies yang berfungsi sebagai pendebunga dapat dilihat seperti lebah, penyengat, kupu-kupu dan lain-lain. Cuma, maklumat terperinci berkaitan spesies pendebunga pokok tertentu dengan spesies hidupan liar masih menjadi tanda tanya.

Meskipun spesies pokok hutan ini tidak mendapat ancaman kepupusan sehingga kini, namun perkara ini amat dikhuatiri memandangkan banyak masalah penebangan hutan secara haram yang berlaku secara berleluasa. Perkara tersebut menjadikan sumber makanan haiwan herbivor ini hilang dan berkurang. Secara tidak langsung ini juga menyebabkan masalah kepada hidupan liar yang akhirnya mampu meyumbang kepada masalah kepupusan.

Sejajar dengan perkembangan sains  dan teknologi, terdapat kajian terkini yang digunapakai melalui Penjujukan Generasi Hadapan (Next Gene Sequencing, NGS) iaitu analisis yang bertujuan untuk mengkaji subset kepada gen dari sampel pukal keseluruhan organisma. Pendekatan ini digunapakai bagi mengesahkan komposisi makanan atau diet haiwan herbivor ini selain dari menggunakan kaedah tradisional melalui pemerhatian di lapangan. Melalui analisis NGS ini, diet haiwan dapat diketahui secara terperinci dan jitu menggunakan data molekul. Walaubagaimanapun, kos yang tinggi diperlukan, namun ianya amat berkesan bagi mendapatkan hasil yang efektif dan meyakinkan. Analisis ini juga merupakan kaedah yang digunapakai oleh pengarang pertama dalam penyelidikan PhDnya yang berkisar topik kajian.

Isu pemuliharaan hidupan liar ini tidak hanya menjadi tanggungjawab utama agensi seperti PERHILITAN semata-mata. Namun, ia menjadi tanggungjawab kepada semua pemegang taruh iaitu individu, badan berkuasa dan kementerian berkaitan untuk menanamkan rasa dan nilai tanggungjawab kepada alam sekitar dan menyayangi khazanah bumi. Sebagai insan yang memahami proses pendebungaan semulajadi ini, adalah menjadi keutamaan untuk membantu memulihara spesies pendebunga yang sekaligus dapat menjaga hidupan liar khazanah negara kita.

Spesies serangga ini meskipun bersaiz kecil tetapi usaha dan peranan dalam mendebunga amat tinggi dan berkesan. Lantas, siapa yang harus dipulihara dan diuruskan? Sudah pasti kesemua peringkat yang merangkumi serangga pendebunga, pokok hutan dan hidupan liar herbivor harus dititikberatkan. Oleh itu, dengan menjaga iaitu tanpa memusnahkan dan mengganggu hutan ini mampu membantu dalam mengurus dan memulihara ketiga-tiga  peringkat penting ini. @MAJALAHSAINS

RUJUKAN

Abdullah-Fauzi NAF, Karuppannan KV, Mohd-Radzi NHS, Gani M, Mohd-Ridwan AR, Othman N, Haris H, Sariyati NH, Aifat NR, Abdul-Latiff MAB, Abdul-Razak MFA, and Md-Zain BM. 2022.  Zoological Studies 61:60.

Jaapar, M.F., Halim, M., Mispan, M.R., Jajuli, R., Masri Saranum, M., Yusri Zainuddin, M., Ghazi, R. & Idris, A.G. 2016. AENSI Journals Advances in Environmental Biology the Diversity and Abundance of Stingless Bee (Hymenoptera: Meliponini) in Malaysia, Peninsular. Advances in Environmental Biology 10(9): 1–7.

Mohd Hatta, S.K., Quinnell, R.J., Idris, A.G. & Compton, S.G. 2021. Making the most of your pollinators: An epiphytic fig tree encourages its pollinators to roam between figs. Ecology and Evolution 11(11): 6371–6380.

Mohd-Radzi NHS, Karuppannan KV, Abdullah-Fauzi NAF, Mohd-Ridwan AR, Othman N, MuhammadAbu Bakar A-L, Gani M, Abdul-Razak MFA, Md-Zain BM (2022) Determining the diet of wild Asian elephants (Elephas maximus) at human–elephant conflict areas in Peninsular Malaysia using DNA metabarcoding. Biodiversity Data Journal 10: e89752.

Osman, N.A., Abdul-Latiff, M.A.B., Mohd-Ridwan, A.R., Yaakop, S., Nor, S.M. & Md-Zain, B.M. 2020. Diet composition of the wild stump-tailed macaque (Macaca arctoides) in Perlis State Park, Peninsular Malaysia, using a chloroplast trnl DNA  metabarcoding approach: A preliminary study. Animals 10(12): 1–14.

Salim, H.M.W., Dzulkiply, A.D., Harrison, R.D., Fletcher, C., Kassim, A.R. & Potts, M.D. 2012. Stingless Bee (Hymenoptera: Apidae: Meliponini) Diversity in Dipterocarp Forest Reserves In Peninsular Malaysia. The Raffles Bulletin of Zoology 60(1): 213–219.

BIODATA PENULIS

Muhamad Ikhwan Idris-  p117979@siswa.ukm.edu.my

Penulis adalah calon PhD program Zoologi di Universiti Kebangsaan Malaysia.  Beliau bergraduat dari Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) dalam Sains & Pengurusan Sumber Haiwan dengan pengkhususan dalam bidang Entomologi.  Kajian beliau kini berkisar tentang kepelbagaian dan kelimpahan spesies, barkod DNA dan metabarkod DNA Hymenoptera di salah satu kawasan terlindung di Semenanjung Malaysia.

Prof. Madya Dr. Salmah Yaakop – salmah78@ukm.edu.my

Salmah Yaakop merupakan pensyarah kanan di Pusat Sistematik Serangga, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Bidang kepakarannya adalah dalam Sistematik Serangga khususnya spesies Hymenoptera.

Puan Suhainah Pejalis @ Farhana- suhainah@wildlife.gov.my
– Penguasa di Rizab Hidupan Liar Tengku Hassanal, Jabatan PERHILITAN

Berpengalaman bertugas di Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) 2002-2007 dan mula bertugas di Jabatan PERHILITAN pada tahun 2007 sehingga kini dalam bidang Konservasi, Penguatkuasaan dan Kawasan Perlindungan.

 

Dr Mohd Fahimee Jaapar- miesre@mardi.gov.my

Mohd Fahimee merupakan pegawai penyelidik di Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI). Bidang kepakaran adalah biologi serangga khususnya Hymenoptera (Apidae).

 

 

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: faunaflorapendebunga Hutan
ShareTweetShare
Previous Post

Punca Berlakunya Kejadian Tanah Runtuh

Next Post

Tuberkulosis; Batuk, Nyahlah!

Editor

Editor

Related Posts

HARI LAUTAN SEDUNIA: Dunia Tersembunyi Karang Mesofotik di Lautan Dalam
Alam Semulajadi

HARI LAUTAN SEDUNIA: Dunia Tersembunyi Karang Mesofotik di Lautan Dalam

18 hours ago
HARI LAUTAN SEDUNIA: Siapa Sangka ‘Tanah Mati’ Ini Sebenarnya Menyimpan Ubat Masa Depan
Alam Semulajadi

HARI LAUTAN SEDUNIA: Siapa Sangka ‘Tanah Mati’ Ini Sebenarnya Menyimpan Ubat Masa Depan

2 days ago
HARI LAUTAN SEDUNIA: Bahtera Bidong Dalam Sorotan Kajian Saintifik dan Sejarah Maritim Nusantara
Alam Semulajadi

HARI LAUTAN SEDUNIA: Bahtera Bidong Dalam Sorotan Kajian Saintifik dan Sejarah Maritim Nusantara

3 days ago
HARI LAUTAN SEDUNIA: Bukan Sahaja Ombak, Kini Lautan Bersuara Melalui Kelunturan Karangnya
Alam Semulajadi

HARI LAUTAN SEDUNIA: Bukan Sahaja Ombak, Kini Lautan Bersuara Melalui Kelunturan Karangnya

4 days ago
Next Post
Tuberkulosis; Batuk, Nyahlah!

Tuberkulosis; Batuk, Nyahlah!

Kategori Produk

  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In