23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Sunday, February 5, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Implikasi COVID-19 Terhadap Kemahiran Abad ke-21

Implikasi COVID-19 Terhadap Kemahiran Abad ke-21

Editor by Editor
08/02/2022
in Berita & Peristiwa, Rencana
0 0
0

Oleh: Prof. Madya Dr. Abdul Halim Abdullah
Sekolah Pendidikan, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,
Universiti Teknologi Malaysia

 

Di era globalisasi dan modenisasi ini, negara kita semakin hari semakin pesat membangun dalam pelbagai bidang. Sehubungan itu, masyarakat haruslah melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu dan kemahiran supaya masyarakat dapat menyumbang kepakaran kepada negara serta mengelakkan diri daripada dipinggirkan oleh zaman yang begitu moden ini. Oleh itu, kemahiran abad ke-21 amat diperlukan oleh masyarakat pada masa ini supaya mereka dapat menghadapi cabaran kehidupan serta memiliki keupayaan untuk bersaing di peringkat global. Kemahiran abad ke-21 mengandungi kemahiran dan keupayaan yang harus ada pada segenap lapisan masyarakat, tidak kira pendidik, peniaga, pemimpin ataupun pelajar. Kemahiran abad ke-21 boleh dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu kemahiran pembelajaran, kemahiran literasi dan juga kemahiran kehidupan. Setiap kategori kemahiran mempunyai elemen-elemen tersendiri dan terdapat sebanyak 12 kemahiran secara keseluruhan dalam kemahiran abad ke-21. Seperti yang kita tahu, bukan sahaja negara kita malah seluruh dunia telah dilanda pandemik COVID-19 mulai tahun Mac 2020. Pandemik ini telah memberi kesan yang amat besar terhadap kehidupan rakyat negara kita.

 

Pandemik ini telah banyak menunjukkan betapa penting kemahiran abad ke-21 dalam diri individu dan masyarakat. Hal ini demikian kerana pandemik ini telah mengubah rutin kehidupan harian masyarakat dari awal kemunculannya sehinggalah kini. Sebagai contoh, semua pelajar tidak dibenarkan masuk ke sekolah untuk menuntut ilmu, sesetengah bidang pekerjaan tidak dibenarkan beroperasi, dan juga bilangan maksimum bilangan pelanggan bagi sesebuah kedai atau restoran dihadkan. Dalam keadaan sebegini, kehidupan harian masyarakat mempunyai banyak sekatan dan kekangan. Jika masyarakat tidak mengaplikasikan dan memanfaatkan kemahiran abad ke-21 untuk menangani keadaan ini, kehidupan mereka akan menjadi bertambah sukar. Oleh itu, jika masyarakat ingin meminimumkan implikasi negatif yang disebabkan oleh pandemik COVID-19, mereka haruslah berfikir secara kritis, serta menghasilkan sesuatu pendekatan atau menukar gaya kehidupan mereka. Pandemik COVID-19 telah menuntut masyarakat supaya banyak menggunakan kemahiran abad ke-21 bagi menyelesaikan kesukaran kehidupan mereka, terutamanya semasa situasi pandemik ini.

 

Pandemik ini mempunyai implikasi terhadap kemahiran abad ke-21 terutamanya dalam kalangan masyarakat. Antara implikasi positif adalah masyarakat telah banyak berfikir secara kreatif semasa mereka berada di rumah. Hal ini demikian kerana rakyat Malaysia tidak digalakkan keluar dari rumah tanpa tujuan supaya dapat memutuskan rantaian jangkitan COVID-19. Oleh yang demikian, masyarakat mempunyai banyak masa dan mereka mula memanfaatkan masa seperti menghasilkan berbagai-bagai jenis masakan yang mereka tidak pernah cuba sebelum ini. Di samping itu, disebabkan oleh pandemik ini, kemahiran literasi media dan daya usaha masyarakat dapat ditingkatkan. Walaupun pandemik ini telah menyebabkan sesetengah peniaga tidak boleh berniaga di kedai, mereka mengambil inisiatif dan menukar cara perniagaan mereka. Misalnya, terdapat perniagaan yang menjalankan perniagaan secara dalam talian untuk menggantikan kekurangan akibat tidak boleh mengoperasikan kedai secara fizikal. Lantaran itu, ada yang mula berniaga melalui aplikasi Shopee atau Lazada, ada yang mula bekerjasama dengan syarikat penghantaran makanan seperti Grab, Foodpanda dan sebagainya. Tindakan ini juga memerlukan kemahiran kolaboratif, iaitu kerjasama antara dua atau lebih pihak untuk mendapatkan keuntungan antara kedua-dua pihak. Hal ini menjelaskan bahawa mereka tidak berputus asa walaupun tidak dibenarkan berniaga secara fizikal, sebaliknya mengambil inisiatif mencari jalan lain untuk meneruskan perniagaan mereka. Bukan itu sahaja, terdapat juga peniaga yang membuat siaran langsung di media sosial seperti Facebook untuk meningkatkan jualan. Melihat dari perspektif pembeli, mereka perlu mengakses, menilai dan mempertimbang informasi produk yang dipapar pada dada media massa sebelum membeli. Mereka perlu mengesahkan kesahihan maklumat produk tersebut dan berwaspada sebelum membayar kerana khuatir akan terdapat orang yang mengambil peluang untuk menipu. Hal ini telah menunjukkan bahawa pelanggan yang berbuat sedemikian mengaplikasikan kemahiran media literasi, iaitu suatu amalan yang menunjukkan seseorang itu memiliki kemampuan untuk mengakses, menilai secara kritis dan mencipta atau memanipulasi media.

 

Selain itu, pandemik COVID-19 juga telah meningkatkan kemahiran literasi teknologi masyarakat, terutamanya dalam aspek pengajaran dan pembelajaran. Hal ini demikian kerana pembelajaran secara dalam talian dijadikan amalan di semua peringkat sama ada di sekolah mahupun di universiti sejak pandemik ini melanda negara. Memang tidak dapat dinafikan bahawa pembelajaran dalam talian mempunyai hubungan rapat dengan unsur teknologi kerana semua pendidik perlu menggunakan aplikasi pengajaran atas talian untuk melaksanakan pembelajaran dalam talian. Sebagai contoh, sebelum guru atau pensyarah memulakan sesi pengajaran, mereka perlu memuat naik nota atau bahan-bahan lain ke atas google classroom atau platform lain. Jika mereka merasakan bahan pengajaran tidak cukup menarik, mereka akan membuat nota tambahan menggunakan PowerPoint atau Canvas. Semasa sesi pengajaran berlangsung, para pendidik mengajar menggunakan Webex, Google Meet atau Microsoft Teams. Manakala terdapat sesetengah pendidik yang melaksanakan kuiz menggunakan pelbagai aplikasi seperti kahoot untuk mengurangkan kebosanan pelajar dan juga menilai kefahaman pelajar terhadap topik-topik tertentu. Selepas sesi pembelajaran, guru mahupun pensyarah biasanya akan menyunting video pengajaran sebelum dimuat naik untuk dijadikan bahan rujukan pelajar. Segala aktiviti tersebut memerlukan pendidik memasukkan unsur teknologi ke dalam pengajaran dan pembelajaran. Semasa di awal pelaksanaan pengajaran dan  pembelajaran dalam talian diwajibkan, kebanyakan pendidik berasa khuatir kerana tidak mengetahui bagaimana menggunakan aplikasi pembelajaran dalam talian secara berkesan dan efektif. Namun begitu, para pendidik pada masa kini sudah membiasakan diri dalam melaksanakan kaedah pengajaran sebegini dan malah mereka sudah mahir memanfaatkan teknologi untuk memaksimumkan keberkesanan pengajaran mereka. Secara tidak langsung, kemahiran literasi teknologi para pendidik yang merupakan salah satu elemen dalam kemahiran abad ke-21 telah ditingkatkan.

 

Jika kita melihat dari perspektif pelajar pula, mereka juga didedahkan dengan teknologi yang diaplikasikan dalam sesi pengajaran. Melalui cara ini, pelajar dapat mengakses dan menggunakan teknologi pembelajaran tersebut dan mereka juga boleh menggunakan teknologi tersebut ketika menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru atau pensyarah mereka. Mereka boleh menggunakan Canvas untuk menghasilkan poster yang cantik dan menarik ataupun belajar cara membina soalan melalui kahoot atau quizizz. Bukan itu sahaja, pelajar yang menjalani perniagaan secara dalam talian, mereka juga telah meningkatkan kemahiran literasi teknologi mereka. Natijahnya, pandemik COVID-19 telah mengehadkan masyarakat melakukan sebarang aktiviti secara fizikal. Namun, keadaan ini telah memberi peluang kepada rakyat supaya melakukan aktiviti menggunakan teknologi.

 

Pandemik COVID-19 juga menguji kemahiran fleksibiliti masyarakat. Kemahiran ini merujuk kepada keupayaan seseorang menyesuaikan diri dalam keadaan yang berubah-ubah. Pandemik ini telah banyak mengubah gaya kehidupan seharian rakyat Malaysia dan juga telah mendatangkan pelbagai kekangan dan ketidakselesaan kepada kita. Justeru, kita haruslah menyesuaikan diri dalam suasana yang mencabar ini. Contohnya, para pendidik bukan sahaja perlu menyesuaikan diri kerana menggunakan kaedah pengajaran secara dalam talian sepanjang sesi pengajaran berlangsung, malah perlu berusaha mengharungi masalah yang dihadapi ketika mengajar secara maya. Hal ini demikian kerana pengajaran secara maya mempunyai lebih banyak cabaran berbanding dengan pengajaran secara fizikal. Sebagai contoh, interaksi dengan pelajar menjadi kurang jika pelajar senyap di hadapan peranti mereka dan kesukaran untuk sentiasa menarik perhatian pelajar. Konklusinya, seseorang pendidik itu perlu menyesuaikan diri dengan sepenuhnya dalam gaya pengajaran baharu.

 

Bagi pelajar pula, mereka haruslah menyesuaikan diri untuk belajar di rumah. Mereka bukan sahaja akan mengalami ketidakbiasaan disebabkan oleh pertukaran kaedah pembelajaran, malah akan menghadapi cabaran yang datang dari persekitaran pembelajaran yang tidak kondusif. Sebagai contoh, bagi pelajar yang tidak memiliki bilik sendiri, mereka mungkin perlu berkongsi ruangan pembelajaran dengan adik-beradik mereka. Lantaran itu, pelajar perlulah mencari pendekatan, membiasakan diri dalam suasana tersebut. Bukan itu sahaja, gaya pengajaran juga berbeza jika belajar secara dalam talian. Hal ini demikian kerana pembelajaran dalam talian terdiri daripada pembelajaran secara bergerak (synchronous learning) dan juga pembelajaran secara tidak segerak (asynchronous learning). Kedua- dua cara ini mempunyai kebaikan dan keburukan masing-masing. Oleh itu, pelajar perlu berfikir cara untuk menyesuaikan kedua-dua kaedah ini ke dalam gaya pembelajaran tersendiri. Bagi peniaga yang bekerja di kedai, mereka haruslah memastikan setiap pelanggan telah menerima vaksin yang lengkap dan menjaga kebersihan dengan sangat teliti. Bagi seluruh rakyat Malaysia pula, mereka haruslah sentiasa memakai penutup muka ketika berada di luar. Mereka juga perlu mengingatkan diri supaya mengimbas kod QR sebelum memasuki apa-apa premis perniagaan. Pendek kata, pandemik COVID-19 ini dapat menguji betapa tinggi fleksibiliti seseorang ketika menghadapi situasi yang berbeza-beza.

 

Natijahnya, pandemik COVID-19 memberi kesan terhadap kemahiran abad ke-21 individu dan masyarakat. Pandemik ini telah menunjukkan kemahiran abad ke-21 ini adalah sangat penting dan harus diamalkan oleh segenap lapisan masyarakat supaya dapat menghadapi situasi yang sukar dijangka. Oleh itu, kemahiran abad ke-21 perlu ada dalam kalangan masyarakat untuk melahirkan modal insan yang sentiasa bersedia dalam apa jua keadaan.

ARTIKEL BERKAITAN:
Mengembangkan Deria Matematik Bayi Dalam Masa Enam Bulan Pertama
TIMSS 2019: Bagaimana Pencapaian Matematik Malaysia Berbanding Singapura?
Galakkan Pelajar Menjawab Soalan Subjektif
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan untuk Subjek Matematik
COVID-19 Dan Pemikiran Statistik Pelajar
Pentaksiran PISA: Di Mana Kedudukan Malaysia Untuk Literasi Matematik Dalam Kalangan Negara Asia Tenggara?
Pendekatan Inkuiri Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) Dalam Tragedi “Budak Gua” Thailand

Berikan Komen Anda Di Sini

ShareTweetShare
Previous Post

Pengurusan Emosi di Kalangan Pesakit Kanser

Next Post

Hampas Kelapa Berpotensi Sebagai Sumber Penghasilan Biodiesel

Editor

Editor

Related Posts

Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel

6 days ago
Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?
Berita & Peristiwa

Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?

1 week ago
Peranan Ibu Bapa Dalam Mengembangkan Kemahiran Matematik Kanak-Kanak Satu Hingga Dua Tahun
Berita & Peristiwa

Peranan Ibu Bapa Dalam Mengembangkan Kemahiran Matematik Kanak-Kanak Satu Hingga Dua Tahun

1 week ago
Sejarah Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Sejarah Sel Fuel

3 weeks ago
Next Post
Hampas Kelapa Berpotensi Sebagai Sumber Penghasilan Biodiesel

Hampas Kelapa Berpotensi Sebagai Sumber Penghasilan Biodiesel

  • Mengenali dan Memahami Spesies Musang di Malaysia

    Mengenali dan Memahami Spesies Musang di Malaysia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengapa Manusia tersedu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mitos Telur Berdiri Sewaktu Gerhana: Sains Menjelaskan!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2022

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2022

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In