23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Friday, February 3, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Influenza ; Virus Babi Bermutasi | Bahagian II

Editor by Editor
02/09/2009
in Perubatan & Kesihatan
0 0
0

drzakirnaikzs1

Oleh: Samhani Ismail

Pandangan Islam Tentang Pengharaman Babi

Dalam Islam, babi jelas haram. Daripada isi, lemak mahupun tulang, babi haram dimakan, dipakai bahkan disentuh. Dalam surah Al-Baqarah ayat 173, Allah menjelaskan, ”Sesungguhnya Allah mengharamkan kepadamu bangkai, darah dan daging babi.” berdasarkan ayat ini umat Islam diharamkan memakan daging babi dan segala produk-produknya secara mutlak, melainkan di waktu darurat.

 

Al-Quran secara tegas menyatakan babi adalah najis dan mengharamkan umat Islam memakan daging, lemak atau terbitannya lantaran kemudaratannya begitu besar. Babi adalah binatang yang najis dan tidak boleh dipelihara apatah lagi dimakan. Terdapat empat ayat a-Quran menjelaskan tentang pengharaman beberapa jenis makanan. Didapati kesemuanya melibatkan babi.

 

Firman Allah yang bermaksud, “ Katakanlah wahai Muhammad, Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaKu, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai atau darah yang mengalir atau daging babi, kerana sesungguhnya ia adalah kotor atau sesuatu yang dilakukan secara fasik iaitu binatang yang disembelih atas nama selain Allah. Kemudian sesiapa yang terpaksa memakannya kerana darurat dan tidak melampaui batas sedang ia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhanmu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.”

 

Bagi penganut Kristian, memakan babi diharuskan. Ini adalah hasil peyelewengan Paul yang mengatakan kononnya ia mendapat arahan berbuat demikian melalui mimpinya. Paul adalah orang yang pertama melakukan penyelewengan dalam agama Kristian. Beliaulah orang yang bertanggungjawab mengangkat martabat Nabi Isa dari darjat seorang nabi kepada darjat Tuhan bagi mengambil hati penyembah-penyembah berhala supaya menerima ajarannya.

 

Seorang paderi Kristian bernama Fawrice menjelaskan Injil mengharamkan dengan jelas memakan babi. Baginya, setiap orang yang cintakan kalimah Tuhan tidak perlu ragu dengan larangan tersebut. Mereka tidak harus sama sekali memakan binatang yang kotor itu.

 

Seorang penyair Amerika pernah meluahkan kesedihannya melihat orang-orang Kristian memakan babi. Beliau meluahkan kekesalannya didalam ungkapan syairnya;

Allah mencipta babi untuk hidup di dalam kekotoran.

Allah menyatakan ianya adalah najis..

Adakah kita mendapati sesuatu yang lebih busuk dan najis selainnya..

Beliau menyambung lagi,

Ya wahai saudaraku, ini adalah Kalimah Allah, Kalimah Tuhan..

Tetapi malangnya kita masih memakan daging binatang berminyak yang keji ini..

Ya, kita masih memakannya,

Ya, kita memakan sekotor-kotor daging dan senajis-najis binatang liar yang

tinggal di hutan..

Ya kita memakannya dari ekornya sehingga ke muncungnya..

 

 

Islam juga mengharamkan haiwan-haiwan liar memandangkan Imam Bukhari pernah menuliskan, ” Raslullah s.a.w melarang umat Islam memakan semua binatang buas yang bertaring dan burung yang memiliki kuku yang mencengkam.” Istilah binatang buas bertaring bermaksud binatang yang menangkap binatang lain seperti singa, serigala, buaya dan seumpamanya. Burung bertaring pula adalah burung yang mampu melukai haiwan lain dan memakan bangkai haiwan tersebut.

 

Malah syariah menggalakkan bagi mereka yang ingin menyembelih ayam atau ternakan lain yang memakan kotorannya sendiri supaya mengurung haiwan tersebut selama tiga hari dan memberinya makan. Sehingga perutnya bersih dari kotoran yang mengandungi bakteria dan mikrob. Karena penyakit ini akan berpindah kepada manusia, tanpa diketahui dan dirasakan oleh orang yang memakannya. Itulah hukum Allah dan begitulah besarnya kebaikan untuk manusia.

Karakter Babi

 

Umat Islam perlu menitikberatkan persoalan mengenai makanan dan minuman samada ia berkhasiat atau membahayakan kesihatan tubuh badan, mental dan fizikal. Prof Dr Yusof al-Qaradhawi menegaskan di dalam bukunya 'The Lawful and The Prohibited in Islam' bahawa memakan makanan yang boleh memudaratkan diri adalah haram.

 

Islam memandang berat persoalan ini kerana setiap menu yang diambil akan terserap sebati dalam setiap titis darah dan ketul daging kita. Zat babi yang dimakan akan memberi kesan kimia ke atas tubuh badan dan oleh itu mempengaruhi karakter dan sikap seseorang individu.

 

Perkara ini bukanlah sesuatu yang baru kerana telah banyak eksperimen membuktikan kesan makanan ke atas karakter manusia. Kekurangan vitamin, karbohidrat dan asid amino memberi kesan ke atas kelakuan kanak-kanak. Menyusu susu ibu menanam karakter yang lebih baik berbanding memberi susu botol. Memakan daging anak lembu yang disuntik hormon DES (diethylstilbestrol) didapati meninggikan paras homoseksualiti.

 

Pemakanan memberi kesan ke atas fizikal, mental, fisiologi dan karakter kita. Dari sudut psikologi, memakan makanan yang baik-baik meninggikan kredibiliti seseorang individu, menghasilkan hati yang lembut serta suci. Memilih makanan yang tidak diyakini kehalalannya bahkan memasukkan babi ke dalam tubuh kita bereri kita membenarkan karakter babi menguasai diri dan keturunan kita.

 

Al-Imam Ibn Al-Qayyim menyatakan, “ Memakan benda yang haram akan memberi kesan buruk secara langsung kepada badan dan roh manusia.” Ini sebab, daging manusia akan tumbuh menggunakan hasil pemprosesan makanan yang diambil. Oleh sebab itulah Islam mengharamkan makanan dan minuman yang keji kepada umatnya. Allah juga mengharamkan hambaNya memakai pakaian yang keji kerana ia akan menimbulkan sifat-sifat yang keji kepada si pemakai.

 

Babi mempunyai karakter makan yang sangat buruk. Babi makan apa sahaja yang melintas di depannya dengan rakus. Tidak kira sampah, tikus ataupun bangkai. Ia makan dan minum dengan gelojoh. Jika perutnya telah penuh atau makanannya telah habis, ia akan memuntahkan kunyahannya dan memakannya kembali.

 

Babi juga memakan najis. Tidak kira najis manusia, najis haiwan lain atau najisnya sendiri, ia akan memakannya sampai habis. Malah, babi mempunyai tabiat yang sangat teruk. Babi suka kencing najisnya dan memakannya tanpa rasa jijik. Babi juga satu-satunya haiwan mamalia yang memakan tanah dan selut. Babi memakannya dalam jumlah besar sehingga kulit orang yang memakan babi akan mengeluarkan bau yang kurang nyaman. Pakar psikologi bimbang pemakan-pemakan babi akan mewarisi karakter buruk yang terdapat pada babi.

 

 

 

 

Satu lagi tabiat buruk yang diperhatikan pada babi ialah ia tidak bertanggungjawab terhadap keluarganya. Ia akan menetap di mana-mana sahaja. Kebiasaannya ia memilih lubang-lubang kayu. Ia makan, minum dan beranak pinak di situ. Tetapi apabila kediamannya diserang oleh binatang atau babi lain, ia tidak akan mempertahankannya. Dengan kata lain, babi tidak mempunyai rasa bertanggungjawab. Babi juga tidak bertanggungjawab terhadap pasangan dan anak-anaknya sebaliknya meninggalkan mereka tanpa belas kasihan.

 

Masyarakat Eropah dihujani dengan pelbagai kegawatan sosial dan keruntuhan rumahtangga. Mereka mengamalkan sikap tidak bertanggungjawab terhadap keluarga malah tiada komitmen untuk berkeluara. Mereka hanya mahu melampiaskan nafsu. Banyak kejadian jenayah, liwat, perkosaan dan keruntuhan institusi keluarga dan kejatuhan nilai mulia kemanusiaan. Malah kadar jenayah rogol sudah dikira berdasarkan minit.

 

Bangsa ini mempunyai ladang ternak babi yang komersial. Selain daging dan lemak, mereka kerap memakan makanan berasaskan babi seperti bacon, iaitu yang dibuat daripada lemak babi. Makanan ini biasa diambil semasa sarapan, bersama telur.

Berdasarkan catatan sejarah, Imam Muhammad Abduh pernah mengunjungi Perancis. Mereka datang kepada beliau dan bertanya mengapa Islam mengharamkan babi, "Kalian (umat Islam) mengatakan bahawa babi adalah haram kerana babi memakan sampah yang mengandung cacing pita, mikrob-mikrob dan bakteria-bakteria lainnya. Tapi sekarang sudah berbeza. Babi diternak dengan kaedah moden, bersih, dan steril. Bagaimana mungkin babi-babi itu terjangkit cacing pita atau bakteri dan mikroba lainnya.?"

Imam Muhammad Abduh tidak langsung menjawab pertanyaan itu, dan dengan kecerdikannya beliau meminta mereka untuk membawa dua ekor ayam jantan dan seekor ayam betina, serta dua ekor babi jantan dan seekor.

Lantas, mereka bertanya, "Untuk apa semua ini?" Beliau menjawab, "Penuhi apa yang saya pinta, akan saya perlihatkan kalian suatu rahasia."

Mereka memenuhi kata-kata Imam Muhammad Abdul. Lalu, beliau menyuruh orang-orang Perancis itu melepaskan ketiga-tiga ekor ayam tersebut dalam satu kandang. Mereka mengambil sedikit masa memperhatikan apa yang berlaku sesudah itu. Kedua ayam jantan tersebut berkelahi dan saling membunuh untuk merebut ayam betina. Mereka bermati-matian sehingga salah seekor ayam jantan hampir mati dan tewas. Lalu mereka mengurung kedua-dua ayam jantan yang menang itu bersama ayam betina tersebut.

 

Kemudian beliau memerintahkan mereka untuk melepaskan dua ekor babi jantan bersama dengan seekor babi betina. Kali ini mereka terpegun menyaksikan suatu keanehan yang sangat jelek. Babi jantan yang pertama membantu babi jantan yang satu lagi melakukan hubungan seksual tanpa rasa cemburu, tanpa harga diri atau keinginan untuk mempertahankan maruah babi betina. Babi betina pula umpama pelacur yang hina, merelakan kedua-dua jantan yang rakus memperkosanya.

Selanjutnya Imam Muhammad Abduh berkata, "Saudara-saudaraku, daging babi membunuh 'ghairah' orang yang memakannya. Itulah yang terjadi pada kalian. Seorang lelaki dari kalian melihat isterinya bersama lelaki lain, dan membiarkannya tanpa rasa cemburu, dan seorang bapa di antara kalian melihat anak perempuannya bersama lelaki asing, dan kalian membiarkannya tanpa rasa cemburu, tanpa was-was. Kerana daging babi itu menularkan sifat-sifat buruknya kepada orang yang memakannya."

 

Penutup

 

Dewasa ini, semakin banyak kemungkaran yang berlaku seolah-olah masyarakat Islam sudah hilang rasa malu untuk melakukan kejahatan secara terang-terangan. Banyak keluarga porak-peranda, zina dan liwat sudah menjadi perkara biasa dan anak-anak membesar dengan sogokan maksiat yang melalaikan.

 

Inilah dia bahana mengingkari suruhan Allah. Allah telah mendatangkan pelbagai penyakit seperti AIDS, JE, sifilis dan sebagainya untuk menyedarkan manusia. Malah semakin banyak penyakit baru yang timbul dan sukar dirawat, tetapi manusia semakin hari semakin bongkak dan lupa kepada Tuhan.

 

Berbahagialah hati yang menerima arahan Tuhan tanpa banyak soal. Kerana pada setiap perkara yang dilarang oleh al-Quran jelas mengandungi kemudaratan yang tidak terjangka oleh pemikiran manusia.

 

Marilah kita memohon perlindungan kepadaNya dengan hati yang khusyuk, semoga Allah sentiasa melindungi kita dan memandang dengan pandangan rahmat, bukan pandangan murka..

 

Ya Allah ya Tuhan kami

Tunjukkanlah kami jalan yang lurus,

Jalan orang-orang yang Kau beri nikmat,

Bukan jalan orang-orang yang Kau murkai,

Dan bukan pula jalan mereka yang sesat..

Lihat Bahagian I (Pengenalan Tentang Bahaya Babi)

 

Rencana ini tersiar di Dewan Kosmik Bulan Julai dan Ogos. Ia disiarkan semula di MajalahSains atas persetujuan penulis artikel

p/s : Samhani Ismail merupakan seorang Penuntut Sarjana dalam bidang Neurosains di USM

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: babi dan penyakitbabi haram dalam islammengapa islam mengharamkan babimutasivirus babi bermutasivirus dari babi
ShareTweetShare
Previous Post

Influenza ; Virus Babi Bermutasi | Bahagian I

Next Post

Fungsi Bioteknologi Menangani Wabak H1N1

Editor

Editor

Related Posts

Sistem Pertahanan Badan dan Kanser
Berita & Peristiwa

Sistem Pertahanan Badan dan Kanser

2 months ago
Kesan Sampingan dan Ketoksikan Radioterapi berkait dengan Faktor Genetik
Berita & Peristiwa

Kesan Sampingan dan Ketoksikan Radioterapi berkait dengan Faktor Genetik

4 months ago
Pasukan Inovasi SEBARU Hasilkan “AnaSer-iii”: Produk Larvicidal Bergred Makanan untuk Kawalan Pembiakan Nyamuk
Berita & Peristiwa

Pasukan Inovasi SEBARU Hasilkan “AnaSer-iii”: Produk Larvicidal Bergred Makanan untuk Kawalan Pembiakan Nyamuk

6 months ago
Ektoparasit pada Haiwan Peliharaan Anda
Alam Semulajadi

Ektoparasit pada Haiwan Peliharaan Anda

6 months ago
Next Post
Fungsi Bioteknologi Menangani Wabak H1N1

Fungsi Bioteknologi Menangani Wabak H1N1

  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengapa Manusia tersedu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2022

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2022

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In