23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Tuesday, December 5, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Inovasi Terunggul Tahun 2018

Info Inovasi & Teknologi

Saiful Bahari by Saiful Bahari
12/03/2019
in Berita & Peristiwa, Teknologi & Kejuruteraan
0 0
0

Artikel asal telah disunting untuk kesesuaian pembaca

Pada penghujung tahun 2018, didapati kecerdasan buatan telah mampu menguasai pelbagai tugasan. Terdapat kecerdasan buatan algoritma yang memenangi perdebatan manusia, menempah makan malam, mengurus taman / kebun, mengesan kebocoran paip, dan menghubungi unit kecemasan sekiranya berlaku kemalangan. Namun sehingga waktu ini, teknologi kecerdasan buatan masih belum mampu mengambil alih sepenuhnya tugas manusia. Sekurang-kurangnya masih terdapat perkara atau tugasan yang tidak dapat dilaksanakan oleh kecerdasan buatan. Portal Popular Science telah menyiarkan senarai 100 Inovasi Tahun 2018 yang penting, berpengaruh dan hebat.

Senarai inovasi ini merangkumi kemuncak teknologi terkini pada tahun 2018 dalam 10 displin berbeza. Terdapat inovasi yang dianggap remeh, tetapi berpotensi untuk menyebabkan impak nyata dan berkekalan.  Inovasi seperti ini penting, kerana ia mampu menjadi pemangkin untuk cabang penyelidikan baru dan termaju pada masa hadapan.

Majalahsains menyenaraikan 5 inovasi hebat yang mewakili sebahagian dari keseluruhan kategori / displin inovasi. Bacaan lanjut mengenai senarai lengkap 100 inovasi boleh di temui pada pautan ini. Marilah kita mengamati dan menghargai pencapaian yang diperolehi oleh penyelidik hebat ini !

 

Aeroangkasa

Kapal Penjelajahan Angkasa Robotik Parker Nasa

Kapal Angkasa Robotik Terpantas
Kapal Penjelajahan Angkasa Lepas Parker milik NASA secara rasminya merupakan hasil kejuruteraan terpantas pernah dicipta oleh manusia, .Dengan kelajuan 430 000 batu per jam, Kapal Parker ini sedang  dalam misi 7 tahun penjelahan Korona Luar Matahari. Misi bermula ogos 2018 ini memerlukan Kapal Parker mengorbit Matahari secara lebih dekat berbanding ekspedisi sebelum ini. Walaupun berhadapan dengan jangkaan suhu 2500 Fahrenheit, semua instrumen sensitif pada Kapal Parker kekal sejuk pada suhu 85 Fahrenheit. Kestabilan suhu ini disebabkan oleh Penebat Haba busa Karbon setebal 4.5 inci, 8 kaki lebar dan seberat 160 paun yang telah disaluti lapisan karbon superpanas. Busa Karbon ini tersangat ringan, dimana 97 peratus jisimnya dipenuhi udara, menyebabkan hampir tiada jirim pepejal yang boleh dipanaskan Matahari, seterusnya menyebabkan Kapal Angkasa Parker sejuk.

 

Kesihatan

Aimovig Ubat Pencegahan Migrain

Ubat Khusus Pencegahan Migrain 
Dianggarkan, hampir 12 peratus daripada populasi manusia seluruh dunia mengalami sakit kepala teramat dan kesan melesukan disebabkan oleh migrain. Memburukkan keadaan, tiada ubat khusus untuk serangan migrain. Sebelum ini, ubat khusus untuk penyakit seperti tekanan darah tinggi, sawan dan kemurungan digunakan untuk merawat serangan migrain. Ubatan ini tidak berkesan merawat migrain sepenuhnya dan sering menyebabkan kesan sampingan melampau. Aimovig yang baru diluluskan adalah ubat khusus untuk pencegahan migrain dengan mensasarkan interaksi molekular spesifik yang terlibat dengan serangan migrain.  Aimovig bertujuan untuk menghalang neurotransmiter yang digelar calcitonin gene related peptide (CGRP) berfungsi merangsang sel otak aktif ketika migrain. Suntikan bulanan dilapor mengurangkan jumlah serangan migrain bulanan dengan purata penurunan sebanyak 50 peratus disamping kurang kesan sampingan.

 

Kejuruteraan

Jubin Iklim oleh Third Nature

Laluan Jalan Kaki Yang Menghentikan Banjir
Perubahan iklim berserta ribut kuat dan hujan lebat, meningkatkan risiko banjir kilat akibat limpahan air pembentung.  Kebanyakkan bandar besar seluruh dunia mengalami banjir kilat akibat pelbagai faktor terutamanya berkaitan sistem pembentungan. Tidak lama lagi, laluan pejalan kaki biasa bakal diganti dengan laluan pejalan kaki termaju. Jubin Iklim, jubin yang dihasilkan untuk mengatasi masalah banjir kilat telah menjalani fasa ujian di Copenhagen pada tahun 2018. Hasil ujian mendapati Jubin Iklim berjaya menyerap 30 peratus air hujan seterusnya mengelakkan kejadian banjir kilat. Air hujan menembusi Jubin Iklim menerusi 42 leliang berukuran 0.2 inci yang terdapat pada permukaan setiap jubin, seterusnya mengalir secara mendatar  ke saliran simpanan bawah tanah. Simpanan air ini kemudiannya digunakan untuk pokok sekitar laluan pejalan kaki dan lebihan air ini disalirkan kembali ke dalam sistem pembentung.

 

Automotif

Kenderaan Elektrik I-Pace oleh Jaguar

Kenderaan Elektrik Off-Road Pertama
Kenderaan Elektrik model I-Pace oleh jaguar mampu memecut sehingga 60 batu per jam dalam 4.5 saat dijana oleh enjin elektrik dengan 394 kuasa kuda dan 512 tork. Namun kehebatan sebenar kenderaan elektrik ini bukanlah di atas jalan berturap, sebaliknya di atas jalan tidak berturap atau off-road. Sistem Cengkaman unik terdapat pada kenderaan elektrik ini menyebabkan ia mampu untuk mendaki dan menuruni cerun curam selain melalui permukaan jalan salji, lumpur atau pasir tanpa masalah. Pemandu tidak perlu risau mengenai kedudukan gear pacuan atau kuasa yang diperlukan untuk pemanduan, sebaliknya  pemandu hanya perlu fokus mengawal stering dan menikmati pemanduan. Melengkapi pakej kenderaan elektrik ini ialah sistem pengecasan pantas arus terus 100-kilowatt yang mampu mengecas sehingga 80 peratus kapasiti bateri dalam masa 40 minit.

 

Keselamatan

Eksorangka Onyx oleh Lockheed Martin

Suit untuk Ketahanan Berganda
Tentera yang letih adalah sasaran mudah musuh untuk melakukan serangan lantas mendatangkan kecederaan. Kebiasaannya tentera akan memikul peralatan hampir 100 paun sambil memanjat rupa bumi berbatu-batan disamping berhadapan dengan cuaca panas, sejuk dan lembab. Situasi ini menyebabkan keletihan dan mengganggu tumpuan anggota tentera. Apabila Eksorangka Onyx dikenakan pada pinggang anggota tentera, pemroses data terbina pada eksorangka ini akan menganalisa langkah dan arah pergerakan menerusi data yang diperolehi dari accelerometer. Pemroses data kemudiannya mengaktifkan motor pada bahagian kaki pengguna eksorangka bagi tujuan sokongan. Eksorangka ini mungkin tidak menjadikan si pemakai lebih kuat, tetapi ia membantu meningkatkan ketahanan mereka. Semasa fasa percubaan, didapati pemakai eksorangka mampu bertinggung sehingga 72 kali sambil memikul beban 185 paun. Manakala tanpa eksorangka, peserta ujian hanya mampu bertinggung sebanyak 26 kali.

 

Kredit Foto :
PopularScience
innovationcoach

 

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: aimovigEksorangka OnyxI-pace JaguarInfo Inovasi & TeknologiJubin IklimKapal Angkasa ParkerKenderaan elektrik off roadLaluan jalan kaki henti banjirNASAubat khusus pencegahan migrain
ShareTweetShare
Previous Post

Serbuk Penaik: Kecantikan, Kesihatan Dan Kebersihan

Next Post

Pesakit Kedua Sembuh H.I.V

Saiful Bahari

Saiful Bahari

Related Posts

Paradoks Pelajar Pintar dan Berbakat dengan Sindrom Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif (ADHD) dan Gangguan Spektrum Autisme (ASD)
Berita & Peristiwa

Paradoks Pelajar Pintar dan Berbakat dengan Sindrom Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif (ADHD) dan Gangguan Spektrum Autisme (ASD)

4 days ago
Young Sheldon & Sains: Sempena Hari Sains Sedunia untuk Keamanan dan Pembangunan
Berita & Peristiwa

Young Sheldon & Sains: Sempena Hari Sains Sedunia untuk Keamanan dan Pembangunan

4 weeks ago
Kriptografi: Seni Penyulitan Data Dunia Maya
Berita & Peristiwa

Kriptografi: Seni Penyulitan Data Dunia Maya

4 weeks ago
Meneroka Rahsia Perisai Tersembunyi di Sekeliling Kanser
Berita & Peristiwa

Meneroka Rahsia Perisai Tersembunyi di Sekeliling Kanser

4 weeks ago
Next Post
Pesakit Kedua Sembuh H.I.V

Pesakit Kedua Sembuh H.I.V

  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Grigory ‘Grisha’ Perelman: Matematikawan Yang Aneh

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2023 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

Copyright @2023 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In