23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Sunday, May 25, 2025
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Insiden Kapal Ever Given Tersangkut Di Terusan Suez Satu Peringatan Kepada Selat Melaka

Info Maritim

Saiful Bahari by Saiful Bahari
04/04/2021
in Berita & Peristiwa, Isu Semasa
0 0
0

Oleh :Dr Jagan Jeevan
Pusat Pengajian Maritim, Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

 

Pada 25 Mac 2021, aktiviti perdagangan dunia telah digegarkan dengan insiden kapal kontena Ever Given milik syarikat perkapalan Evergreen Marine Corporation yang tersangkut di terusan Suez akibat ribut pasir. Akibatnya, aktiviti perdagangan dunia yang melibatkan sektor perkapalan telah terbantut dan menimbulkan pelbagai spekulasi.

Terusan Suez adalah terusan buatan manusia yang menghubungkan laut Mediteranian dan Laut Merah yang mempunyai panjang lebih kurang 193 kilometer. Terusan ini mula beroperasi pada 17 November 1869 dan telah memainkan peranan penting dalam menghubungkan aktiviti perdagangan dari Asia ke Eropah melalui Afrika.

Mengikut statistik, terusan ini dinavigasi lebih daripada 17,000 kapal terdiri daripada pelbagai saiz setiap tahun dan ini meragkumi hampir 10 peratus daripada komuditi dunia. Akibat daripada insiden Kapal Ever Given ini, kesesakan yang teruk telah berlaku di sepanjang Laut Merah.

Ini seterusnya telah menyebabkan kelewatan kepada proses navigasi kapal yang bersedia untuk berlepas dari pelabuhan. Dalam masa yang sama, ia turut  menjejaskan jangkaan waktu tiba (estimated time arrival) sesebuah kapal di pelabuhan yang seterusnya dalam rangkaian logsitik di sesebuah negara.

Insiden ini dikhuatiri turut berlaku kepada Selat Melaka yang juga antara laluan utama perdagangan dunia. Selat Melaka yang menghubungkan Asia dengan Eropah melalui Laut China Selatan dengan Lautan Hindi telah sekian lama menggalas tanggungjawab yang lebih besar berbanding dengan selat atau terusan lain di dunia.

Selat Melaka yang berukuran 800 kilometer panjang telah dilayari sebanyak lebih 80, 000 kapal komuditi setiap tahun yang mana ini merangkumi 25 peratus daripada komposisi perdagangan dunia. Justeru  langkah berjaga jaga harus diambil  supaya kejadian sama seperti yang menimpa Terusan Suez tidak berlaku di Selat Melaka

Di Selat Melaka terdapat 6 zon ‘Choke Points’ yang bermula dari Port Klang sehingga Batu Berhanti di Singapura. Kesemua zon ini memerlukan sistem pengawasan yang kritikal bagi meneruskan sistem perdagangan yang efektif di rantau ini.

Antaranya langkah yang boleh diambil ialah mewujudkan Emergency Logistics Centre (ELC) di pelabuhan Malaysia terutamanya di Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Fungsi utama ELC adalah untuk memastikan operasi di Selat Melaka tidak terjejas jika musibah maritim (maritime disasters) berlaku contohnya perlanggaran antara kapal, kapal tenggelam atau tersangkut, kebakaran kapal dan sebagainya.

Penubuhan ELC ini adalah kritikal dan boleh dilaksanakan dengan kerjasama pihak Lembaga Pelabuhan Malaysia, Kementerian Pengangkutan Malaysia, Agensi Penguatkuasa Maritim serta kerjasama dengan agensi yang berkaitan dari negara serantau yang bersempadan dengan Selat Melaka iaitu Indonesia, Thailand serta Singapura.

Kumpulan penyelidik di bawah kumpulan penyelidikan Maritime Business and Hinterland, Universiti Malaysia Terengganu sedang giat membuat penyelidikan berkaitan dengan sistem ELC dan Humanitarian Logistik.  Kedua dua komponen ini bakal menjadi daya penarik utama kepada kapal kapal kargo mega yang bakal mengunakan Selat Melaka sebagai laluan utama dalam aktiviti navigasi mereka di masa hadapan.

Melalui pelaksanaan dua komponen ini, diyakini  pelabuhan utama di Malaysia yang berada di sepanjang Selat Melaka akan menjadi Port of Destination (POD) atau Port of Transhipment (POT) seterusnya dapat menyuntik perkembangan ekonomi Negara dan serantau.

 

 

 

Dr Jagan Jeevan adalah pensyarah kanan di Fakulti Pengajian Maritim, Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

 

 

 

 

 

Kredit Foto : CNN

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Dr Jagan JeevanInfo MaritimKapal Ever GivenPusat Pengajian MaritimTerusan SuezUniversiti Malaysia Terengganu (UMT)
ShareTweetShare
Previous Post

Salah Faham Konsep Matematik Berkaitan Nombor Pembiakan bagi COVID-19

Next Post

Teknologi Gentian Optik

Saiful Bahari

Saiful Bahari

Related Posts

Kenderaan EV Semakin Popular: Masa Depan Pemanduan Lebih Hijau dan Pintar
Berita & Peristiwa

Kenderaan EV Semakin Popular: Masa Depan Pemanduan Lebih Hijau dan Pintar

1 day ago
Teknologi Perubatan Nuklear – Revolusi dalam Pengesanan Sentinel Kanser Payudara
Berita & Peristiwa

Teknologi Perubatan Nuklear – Revolusi dalam Pengesanan Sentinel Kanser Payudara

2 weeks ago
Kitaran Batuan: Nadi Dinamik Bumi
Alam Semulajadi

Kitaran Batuan: Nadi Dinamik Bumi

3 weeks ago
Rahsia Monsun Timur Laut: Di Sebalik Hujan, Angin dan Gelombang
Alam Semulajadi

Rahsia Monsun Timur Laut: Di Sebalik Hujan, Angin dan Gelombang

1 month ago
Next Post
Teknologi Gentian Optik

Teknologi Gentian Optik

Kategori Produk

  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In