23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Tuesday, March 21, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Istimewanya Masa Kepada Dunia : Bahagian I

Artikel Untuk Masyarakat

Saiful Bahari by Saiful Bahari
15/04/2021
in Berita & Peristiwa, Sejarah & Falsafah
0 0
0

Oleh : Prof. Madya. Dr. Mohd Bakri Bin Adam
Institut Penyelidikan Matematik & Jabatan Matematik, Universiti Putra Malaysia

 

Kemahiran perbandingan antara objek atau entiti merupakan satu kemahiran pemikiran logik yang sangat berguna dalam kehidupan manusia. Dalam penulisan ini, semua perkataan yang berkait rapat dengan masa dikumpulkan dan dikaji hubungan sama ada secara dekat atau secara jauh. Banyak perkataan timbul dan wujud dalam persekitaran pertuturan dan penulisan yang berkaitan dengan masa. Tanpa kewujudan masa, banyak istilah yang sedia ada dalam kehidupan manusia akan hilang dan lenyap dalam kamus perkataan manusia. Mencari persamaan, perbezaan dan perkaitan sebarang perkataan dengan masa yang memerlukan logik perbandingan dan perhubungan  adalah juga sebenarnya berkait rapat dengan bidang aljabar.

Masa merupakan ciptaan tuhan yang sangat misteri. Masa terbahagi kepada tiga keadaan, iaitu masa yang telah lepas, masa sekarang ini dan masa yang akan datang. Masa lahir ketika dunia ini dicipta dan ianya mungkin akan berakhir bila kiamat berlaku, hanya Tuhan yang Maha Pencipta mengetahuinya. Masa memberikan manusia tarikh-tarikh penting dalam sejarah ketamadunan manusia. Sejarah silam yang tersohor dan agung tercatat dalam lipatan sejarah dalam penemuan tulisan atau lakaran orang yang terdahulu di dinding gua, di atas kertas, kepingan kayu, kepingan logam ataupun batu-batu bersurat.

Kewujudan masa, telah mewujudkan banyak terma bahasa dalam kehidupan manusia, istilah seperti kecil, dewasa, tua, muda begitu sinonim digunakan. Perkataan sejarah itu sendiri berkait dengan masa. Perkataan hidup dan mati jua berkait rapat dengan masa. Status dalam keluarga seperti adik, abang, kakak, ayah, ibu, atuk dan nenek juga timbul selari dengan masa kelahiran seseorang dalam suatu keluarga, siapakah yang dilahirkan terlebih dahulu. Dalam kehidupan seharian, perkataan seperti lama, sekejap, baharu, sementara, kini, akhir, awal, kemudian, seterusnya, sekali, cepat, lambat, sebentar, tiba-tiba, kerap, bila, apabila, lewat, lambat, segera, tempoh, waktu, sedetik, esok, semalam, kelmarin, lusa, tulat, sebelum, selepas, sekarang, dahulu, klasik, pagi, petang, tengahari, siang, malam dan sebagainya juga berhubung kait rapat dengan masa. Juga terdapat perkataan yang lebih spesifik seperti peristiwa, kronometer, forensik, ramalan, rekod, hari kemerdekaan, hari ulang tahun perkahwinan, pesara, insuran, musim menuai, buahan yang random, bunga yang mekar, pokok yang tumbuh dan berbuah, buah yang meranum, hijrah, masehi, bayang, purba, antik, mereput, juga wujud akibat perkaitannya dengan masa.

Banyak negara mempunyai empat musim dalam setahun, musim bunga, musim luruh, musim panas dan juga musim sejuk, dipengaruhi oleh masa. Pusingan bumi, mengelilingi matahari, memberikan jarak yang berlainan pada tahap pencahayaan sinar yang berbeza. Selagi usia bumi masih ada, musim-musim ini akan berterusan berlaku. Begitu juga di kawasan tropika dan khatulistiwa, musim monsun yang datang memberikan hujan yang sangat lebat sehingga kadang-kadang berlakunya banjir di serata tempat terutama kawasan berlembah dan rendah. Menenggelamkan banyak kediaman, merosakkan tanaman, memperlahankan aktiviti ekonomi seterusnya menjadi bencana kepada manusia setempat.

Banyak majlis keraian yang diadakan juga ada kaitan dengan masa, majlis perrtunangan dan perkahwinan juga memerlukan penetapan tarikh yang sesuai. Majlis menyambut hari kelahiran yang diraikan hampir setiap tahun, secara berkala diadakan. Majlis hari ulang tahun perkahwinan juga sama. Hatta, hari terakhir pekerjaan dan bermulanya hidup sebagai pesara ditentukan oleh masa. Aktiviti yang dinamakan sarapan atau menyorok, kudapan, mengarai, merarau, enduruk, gabi, cicipan, iftar dan sahur, adalah panggilan acara makan yang ditentukan oleh masa makanan atau minuman itu diambil. Sebagai contoh, sarapan adalah berkait rapat dengan makanan yang diambil pada waktu pagi, manakala bersahur pula adalah makanan yang diambil sebelum masuk waktu fajar di dalam bulan Ramadan.

Masa yang sentiasa hidup, dan bergerak setiap ketika dan detik, sama ada dalam bentuk saat, minit, jam, hari, minggu, bulan, tahun, dekad, abad mahupun alaf. Masa sangat panjang usianya. Hanya tuhan sahaja yang tahu. Enam puluh saat adalah satu minit, enam puluh minit menjadi satu jam, manakala dua puluh empat jam menjadi satu hari, tujuh hari menjadi seminggu, lebih kurang empat minggu menjadi sebulan, dua belas bulan menjadi setahun, sepuluh tahun, menjadi sedekad, seratus tahun menjadi seabad dan seribu tahun menjadi sealaf. Kebanyakan manusia, hanya sedikit sahaja hayatnya melangkaui seabad. Untuk hari wujudnya Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat dan Sabtu. Untuk bulan wujudnya Januari, Februari, Mac, April, Mei, Jun, Julai, Ogos, September, Oktober, November dan Disember. Kalau mengikut kalendar cina pula, setiap tahun dikaitkan pula dengan pelbagai jenis binatang, seperti penulis yang lahir pada tahun 1971 dikaitkan dengan tahun babi.

Setiap warganegara di Malaysia, mereka kebiasaannya adalah manusia yang beragama, sama ada, Islam, Buddha, Hindu, Kristian, hari ibadat mereka juga ditentukan pada tarikh-tarikh tertentu. Bagi yang beragama Islam hanya dua perayaan sahaja yang dibesarkan dan diiktiraf, iaitu pada 1 Syawal merupakan satu hari kebesaran yang sentiasa dirayakan setiap tahun. Pada 10 Zulhijah pula, perayaan yang besar kedua diraikan ialah sambutan hari raya Aidil Adha. Manakala yang beragama Buddha menyambut hari Wesak, yang beragama Hindu menyambut hari Deepavali dan Thaipusam, serta Kristian merayakan hari natal. Kesemuanya berkait rapat dengan masa.

 

Bersambung – Istimewanya Masa Kepada Dunia : Bahagian II

 

Penulis :

Prof Madya Dr Mohd Bakri Adam,
Penyelidik Bersekutu & Pensyarah Kanan,
Institut Penyelidikan Matematik,
Universiti Putra Malaysia.
bakri@upm.edu.my
019-9352337

 

 

Kredit Foto : techexplorist

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Artikel Untuk MasyarakatInstitut Penyelidikan MatematikJabatan MatematikMasaProf Madya Dr Mohd Bakri Bin AdamUniversiti Putra Malaysia
ShareTweetShare
Previous Post

Kesihatan Mental Pesakit COVID-19 Di Unit Rawatan Rapi (ICU), Entiti Yang Hampir Dilupakan

Next Post

Istimewanya Masa Kepada Dunia : Bahagian II

Saiful Bahari

Saiful Bahari

Related Posts

Peranan Enzim dalam Memangkin Industri Makanan
Berita & Peristiwa

Peranan Enzim dalam Memangkin Industri Makanan

1 week ago
Vaksin Tifoid diwajibkan kepada Semua Pengendali Gerai Bazar Ramadan
Berita & Peristiwa

Vaksin Tifoid diwajibkan kepada Semua Pengendali Gerai Bazar Ramadan

3 weeks ago
Potensi Propolis Lebah Kelulut Dalam Perawatan Alternatif Kesakitan
Alam Semulajadi

Potensi Propolis Lebah Kelulut Dalam Perawatan Alternatif Kesakitan

3 weeks ago
Plastik Oksodegradasi: Mitos Industri Plastik yang Mengaburi Realiti
Alam Semulajadi

Plastik Oksodegradasi: Mitos Industri Plastik yang Mengaburi Realiti

3 weeks ago
Next Post
Istimewanya Masa Kepada Dunia : Bahagian II

Istimewanya Masa Kepada Dunia : Bahagian II

  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Keindahan Nombor Fibonacci di Alam Semulajadi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Prosedur Intubasi : Kenapa Pesakit Ditidurkan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2023

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2023

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In