23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Thursday, February 2, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Isu Nuklear : Keselamatan dan Pembiayaan Paling Membimbangkan

Editor by Editor
07/02/2012
in Berita & Peristiwa, Tempatan
0 0
0
(Bangi 2 Feb) MALAYSIA adalah diantara 61 buah negara yang sedang aktif mencari huraian terhadap dua masalah utama dihadapi negara yang ingin menggunakan tenaga nuklear – pemindahan dan penyimpanan sisa berbahaya dengan selamat selain keupayaan mendapatkan pembiayaan, kata seorang pegawai Jabatan Tenaga Amerika Syarikat dalam satu ceramah di UKM baru-baru ini (2/2/2012). 

Badan Kerangka Antarabangsa untuk Kerjasama Tenaga Nuklear (IFNEC
) sedang giat berusaha mendapatkan sektor komersial menyediakan khidmat pembekalan bahan pembakar nuklear termasuk pemindahan dan penyimpanan sisa buangannya yang boleh diharapkan, kata Dr Edward McGinnis, timbalan penolong setiausaha untuk dasar tenaga nuklear dan kerjasama di jabatan itu. 


Beliau berkata demikian dalam satu ceramah umum mengenai cabaran dan peluang dalam penggunaan tenaga nuklear di kampus UKM, Bangi.

Matlamatnya adalah untuk menyediakan peraturan khidmat bahan pembakar nuklear antarabangsa – dari permulaan penyediaannya hingga bahan itu lupus pada akhirnya – dengan membina satu kerangka untuk kerjasama nuklear awam demi membolehkan negara-negara mengakses tenaga nuklear tanpa meningkatkan risiko penularan, katanya.

Pertubuhan itu, sambil menggesa Bank Dunia mengkaji pengurusan dan pembiayaan loji kuasa nuklear, akan menganjurkan bengkel untuk pemilik dan pakar mereka mengenai pembiayaan. 

Malaysia adalah antara 30 buah negara pemerhati di IFNEC yang sedang berusaha memastikan adanya pampasan bagi kerosakan akibat nuklear di samping rancangan pengurusan kecemasan yang berkesan. 

McGinnis, yang mempengerusikan Kumpulan Pemandu (Steering Group) IFNEC berkata pertubuhan itu kini lebih menekankan peri pentingnya keselamatan dan pengawalan sejak berlakunya kemalangan nuklear di loji Fukushima Jepun tahun lalu. 

Dalam menyokong penggunaan selamat dan bertanggungjawab tenaga nuklear, IFNEC menyediakan satu forum untuk pertukaran maklumat dan pengajaran bukan sahaja untuk kerajaan dan pertubuhan antara-kerajaan tetapi juga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sektor komersial. 

Lantas IFNEC juga “membawa berunding golongan yang tidak bersetuju” penggunaan tenaga nuklear, katanya. 

Matlamatnnya adalah bagi memudahkan pembangunan prasarana yang diperlukan untuk penggunaan tenaga nuklear yang bersih dan lestari di seluruh dunia supaya ia berada dalam keadaan yang selamat dan terkawal hingga boleh pula mengurangkan risiko penularan nuklear. 

McGinnis berulang kali menekankan bahawa penglibatan Amerika dalam IFNEC adalah sebagai rakan setara dengan negara lain dan semua keputusan pertubuhan itu berlandaskan musyawarah. 

“Kerjasama antarabangsa ini berdasarkan satu “pendekatan yang harmoni dan prinsip asasnya adalah hormat-menghormati dan hormat-menghormati,” tegasnya. 

“Sebanyak 43 negara sedang mengambil langkah untuk membangunkan tenaga nuklear, 30 negara sedang mengendalikan reaktor dan lagi 25 berminat untuk membina tenaga nuklear.” 

Pegawai Jabatan Tenaga itu berkata tawaran bantuan Amerika Syarikat dalam penggunaan tenaga nuklear adalah berdasarkan kepada anggapan negara terbabit boleh mendapatkan faedah daripada pengalaman AS dan mereka tidak perlu lagi melalui masaalah yang sudah pun ditangani. 

Menurut McGinnis, pembinaan loji tenaga nuklear bertambah sebanyak 25 peratus sejak 2008 dengan 66 reaktor dibina di 15 buah negara dengan 27 daripadanya adalah di China.

Sebanyak 154 reaktor dirancang dibina di 27 negara dalam masa lapan hingga 10 tahun akan datang dengan menelan belanja AS$740 bilion. 

Kesemuanya 33 reaktor dicadang dibina di seluruh dunia dalam masa 15 tahun akan datang melibatkan perbelanjaan mencecah AS$1.6 trilion. 

Mengenai peraturan tanggungan nuklear global atau Konvensyen Pampasan Tambahan, syarat Jabatan Tenaga AS adalah: 

Memastikan beberapa prinsip asas undang-undang tanggungan nuklear diterapkan ke dalam undang-undang dalaman negara terlibat.

Menggalakkan pendekatan sepakat mengenai pampasan, tafsiran kerosakan nuklear dan jangkauan mahkamah.

Mengatasi ketidaktentuan mengenai kemungkinan tanggungan perundangan.

Mengatasi “satu halangan besar” terhadap pembekal AS dalam menyertai projek nuklear komersial di luar Amerika dan menyediakan peraturan undang-undang yang diperlukan untuk mengendalikan projek nuklear awam dimana kiranya berlaku kemalangan nuklear pampasan yang segera dan bermakna dapat diberikan hingga boleh mengurangkan perlakuan saman.

Sumber: UKM Potal News
Gambar : Earthtime.Org

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: kepakaran teknologi nuklear Malaysiamahasiswa dan isu nuklearnuklearreaktor nuklear fukushimaTenaga Nuklear
ShareTweetShare
Previous Post

Sikap Tidak Sabar Ganggu Siasatan Kejadian Tanah Runtuh, Prof UKM

Next Post

Plastik Dari Bulu Ayam

Editor

Editor

Related Posts

Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel

4 days ago
Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?
Berita & Peristiwa

Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?

1 week ago
Peranan Ibu Bapa Dalam Mengembangkan Kemahiran Matematik Kanak-Kanak Satu Hingga Dua Tahun
Berita & Peristiwa

Peranan Ibu Bapa Dalam Mengembangkan Kemahiran Matematik Kanak-Kanak Satu Hingga Dua Tahun

1 week ago
Sejarah Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Sejarah Sel Fuel

3 weeks ago
Next Post
Plastik Dari Bulu Ayam

Plastik Dari Bulu Ayam

  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengapa Manusia tersedu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Prosedur Intubasi : Kenapa Pesakit Ditidurkan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2022

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2022

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In