23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Thursday, February 9, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

James Clerk Maxwell (1831 – 1879)

Editor by Editor
16/06/2013
in Tokoh
0 0
0

Oleh Mohd Faizal Aziz

Saintis fizik-matematik terkenal pada kurun ke 19 James Clerk Maxwell dilahirkan pada 13 Jun 1831 di Edinburgh dan meninggal pada tahun 1879. Ketika berusia 15 tahun, Maxwell telah menerbitkan kertas penyelidikan matematik berjudul ‘On the Decription of Oval Curves, and those having a Pluraility of Foci’ dalam Proceeding of the Royal Society of Edinburgh. Beliau pernah memenangi pingat Edinburgh Academy bagi kecemerlangan dalam matematik.

Maxwell memulakan pengajiannya di Aberdeen University dan kemudiannya diterima masuk ke Cambridge University dalam bidang matematik pada tahun 1850. Pada tahun 1856, dia dilantik menjadi profesor falsafah di Marischal College, Aberdeen dan seterusnya memegang jawatan profesor di King’s College, London University pada tahun 1860 hingga 1865. Beliau telah meramalkan gegelang di sekeliling planet Zuhal yang terdiri daripada jasad-jasad kecil yang dinyatakan dalam kertas kerja berjudul ‘On the stability of Motion of Saturn’s Rings. Tulisannya itu memenangi Hadiah Adams di Cambridge pada tahun 1857 dan menjadikan nama Maxwell disegani di kalangan ahli sains.

Lantaran sumbangannya yang banyak dalam bidang fizik, beliau dilantik menjadi profesor fizik amali di Cambridge University pada tahun 1871 dan dilantik menjadi pengarah Makmal Cavendish yang pertama pada tahun 1874. Malangnya Maxwell meninggal dunia lima tahun kemudian di Cambridge kerana menghidap penyakit barah.

Antara sumbangan Maxwell dalam bidang fizik ialah persepsi warna, teori kinetik gas dan bidang keelektromagnetan.

Persepsi warna

Kajian Maxwell mencampurkan warna-warna primer daripada spektrum semulajadi menjadi asas penyelidikan dalam bidang fotografi berwarna. Beliau merupakan orang yang pertama memperkenalkan fotografi berwarna.

Teori Kinetik gas

Maxwell mengemukakan taburan kelajuan molekul gas unggul dan juga menunjukkan suhu gas bergantung pada tenaga kinetik purata molekul gas yang terlibat. Taburan Maxwell kemudiannya diperkembangkan oleh Ludwig Boltzmann dan menjadi Taburan Maxwell-Boltzman yang terkenal, iaitu asas mekanik statistik yang memberi kebarangkalian suatu molekul mempunyai tenaga tertentu. Maxwell juga menerangkan kelikatan gas tidak bergantung pada tekanan gas dan seterusnya membuktikan kebenarannya secara eksperimen.

Bidang Keelektromagnetan
Sumbangan Maxwell yang diangap paling penting dan mungkin juga yang paling diketahui ramai merangkumi bidang keelektromagnetan. Pada tahun 1864, beliau merangkumkan kesemua hukum kelektromagnetan kepada empat persamaan asas. Keempat-empat persamaan tersebut yang dikenali sebagai Persamaan Maxwell menghubungkan cas dan arus serta medan magnet dan medan elektrik yang dijanakan. Empat persamaan tersebut sah dalam pelbagai fenomenon termasuk operasi peranti elektromagnet dan optik seta teknologi elektronik.

Teori keelektromagnetannya diperihalkan dalam ‘Treatise on Electricity and Magnetism’ yang diterbitkan pada tahun 1873. Persamaan ini meramalkan perambatan gelombang medan elektrik dan medan magnet ini boleh berlaku dalam ruang bebas. Gelombang jenis ini dikenali sebagai gelombang elektromagnet. Seterusnya halaju gelombang tersebut juga dapat diramalkan, iaitu menghampiri nila 3 x 10ms-1. Nilai halaju ini menghampiri nilai ukuran halaju cahaya yang dibuat oleh Fizeau, seorang ahli fizik berbangsa Perancis. Justeru itu, Maxwell merumuskan bahawa cahaya ialah gelombang elektromagnet. Kewujudan gelombang elektromagnet dibuktikan secara eksperimen oleh Heinrich Hertz pada tahun 1888. 

Kredit foto : http://image2.findagrave.com/photos/2012/164/16871396_133960674056.jpg

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: James Clerk MaxwellSaintisTokoh
ShareTweetShare
Previous Post

Kereta Lumba CARevo UKM Miliki Aerodinamik Terbaik

Next Post

Superhero Stephen Hawking dalam Komik

Editor

Editor

Related Posts

Ulasan Buku: Einstein di Malaya
Berita & Peristiwa

Ulasan Buku: Einstein di Malaya

1 year ago
Srinivasa Ramanujan- Ahli Matematik Terbilang India (1887-1920)
Berita & Peristiwa

Srinivasa Ramanujan- Ahli Matematik Terbilang India (1887-1920)

3 years ago
7 Fakta Menarik Mengenai Terence Tao
Berita & Peristiwa

7 Fakta Menarik Mengenai Terence Tao

3 years ago
Abdus Salam: Genius Fizik yang diabaikan di Negara Sendiri
Berita & Peristiwa

Abdus Salam: Genius Fizik yang diabaikan di Negara Sendiri

3 years ago
Next Post
Superhero Stephen Hawking dalam Komik

Superhero Stephen Hawking dalam Komik

  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Nanoteknologi dalam Sektor Pertanian di Malaysia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Nanoteknologi: Ilmu yang Mengubah Kualiti Kehidupan Manusia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aplikasi Nanoteknologi Dalam Bidang Perubatan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2022

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2022

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In