23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Saturday, January 28, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Jika Ingin Memesan Makanan Secara Dalam Talian, Tentukan Dahulu Tahap Kebersihan & Status Halal

Info Perubatan & Kesihatan

Saiful Bahari by Saiful Bahari
30/07/2021
in Berita & Peristiwa, Isu Semasa, Perubatan & Kesihatan
0 0
0

Oleh : Prof Madya Dr Nik Rosmawati Nik Husain, Dr Aspalilah Alias

 

Pandemik COVID-19 telah mengakibatkan kehilangan nyawa manusia yang besar di seluruh dunia. Dalam tempoh setahun setengah, lebih 181 juta manusia dijangkiti COVID-19 dan hampir 4 juta kematian seluruh dunia. Bukan itu sahaja, COVID-19 telah menimbulkan ancaman yang serius terhadap sistem kawalan keselamatan makanan. Sepanjang pandemik dan menjalani tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) yang panjang dan berulang, permintaan kepada bahan makanan masih tetap tinggi kerana ianya adalah keperluan asas untuk hidup. Oleh sebab itulah, makanan dikategorikan sebagai perkhidmatan penting (Essential service) yang dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh PKP. Begitu juga permintaan terhadap makanan secara dalam talian juga semakin meningkat. Kita dapat melihat di jalan raya ramai pemandu Grab, Foodpanda dan macam-macam lagi sibuk menghantar makanan yang dipesan. Arahan kawalan pergerakan juga menyaksikan peningkatan makanan yang dipesan dengan menggunakan khidmat pos kerana masyarakat lebih banyak berada di rumah dan sukar keluar membeli makanan bagi mengekang jangkitan COVID-19.

Kesan pandemik cukup ketara terhadap ekonomi negara dan masyarakat. Ramai yang kehilangan mata pencarian dan putus duit poket untuk belanja keluarga. Antara langkah yang diambil adalah dengan menjual makanan melalui media sosial. Secara peribadi, tindakan sebegini wajar disokong demi kelangsungan hidup. Mereka perlukan duit untuk sekampit beras, membeli susu anak, membayar bil internet bagi proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) anak-anak dan perlbagai urusan lagi.

Isu penting yang perlu diberi perhatian oleh semua pihak adalah kualiti, kebersihan, keselamatan dan kehalalan makanan tersebut. Makanan yang selamat adalah makanan yang dapat menjamin bebas dari risiko kesihatan sama ada dari agen bakteria, virus, parasit dan juga dari pencemaran kimia serta fizikal.   Bilangan kes penyakit berkaitan bawaan makanan yang dianggarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia adalah 600 juta setahun dengan lebih 420 ribu  kematian secara global. Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2007, sebab utama berlaku pencemaran makanan adalah 50 peratus berlaku semasa proses penyediaan makanan. Ini termasuklah proses memasak yang tidak sempurna, penyimpanan makanan yang bercampur dengan makanan mentah, makanan disimpan di dalam suhu yang tidak sesuai dan kebersihan diri pengendali serta kebersihan kawasan sekitar tempat memasak. Oleh itu, amat penting untuk memastikan sepanjang proses menghasilkan satu-satu produk makanan yang bermula dari ladang lagi hingga sampai dihidangkan adalah selamat. Ini menunjukkan bahawa kawalan keselamatan dan kebersihan makanan amat perlu dilakukan pada setiap tahap rantai bekalan makanan untuk mengekang risiko berlakunya pencemaran dan seterusnya mencegah bahaya kepada pengguna. Selaku orang islam, isu halal dan haram adalah suatu kewajipan. Maka, setiap bahan yang dimasukkan dalam makanan perlu yang halal dan suci.

 

Artikel Berkaitan – Minum Madu Tetapi Penyakit Yang Dapat

 

Sebelum pandemik, proses menentukan status halal dan juga tahap keselamatan makanan dapat dilaksanakan dengan lancar oleh pihak berwajib seperti mengadakan lawatan pematauan premis, sekatan serta pemeriksaan di pintu masuk dan pengambilan sampel makanan untuk ujian lanjut di makmal berkaitan. Namun, sepanjang pandemik ini, kita menyaksikan ramai pekerja bekerja dari rumah dan majikan menghadkan bilangan pekerja berada di pejabat atau lapangan. Lantaran itu, ianya pasti memberi impak yang besar kepada implementasi pemeriksaan dan pemantauan kualiti makanan serta penguatkuasaan undang-undang berkaitan.

Dalam norma biasa, setiap pengendali makanan perlu melalui latihan berkaitan pengendalian dan keselamatan makanan terlebih dahulu, diperiksa tahap kesihatan dan diberi suntikan vaksin tifoid barulah layak untuk terlibat dalam sebarang industri makanan. Keperluan ini sebagaimana termaktub dalam Akta Makanan 1983 dan Peraturan Kebersihan Makanan 2009. Namun, untuk mengimbangi aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan dengan percambahan bilangan individu atau ‘kedai’ baru dalam talian adalah suatu yang agak sukar di era pandemik ini.

Antara tindakan pihak berkuasa yang wajar dipuji adalah dengan melaksanakan tindakan penguatkuasaan terhadap iklan menjual makanan secara dalam talian yang tidak mamatuhi Akta Makanan 1983. Mereka melakukan pemantauan secara berkala di media sosial seperti Facebook, Instagram dan kedai dalam talian termasuklah Shopee dan Lazada. Latihan keselamatan makanan kepada pengendali makanan juga dibuat secara dalam talian bagi memastikan makanan yang dijual disediakan dalam keadaan yang mematuhi standard yang ditetapkan.

Bagi meningkatkan tahap keselamatan makanan, peranan semua pihak juga amat perlu. Kesedaran berkaitan keselamatan makanan perlu diterapkan kepada seluruh anggota masyarakat. Penjual makanan perlu lebih jujur dalam menjaga kebersihan sepanjang menyediakan makanan tersebut serta juga jujur dalam mempastikan bahan mentah yang digunakan adalah halal. Kedai dalam talian juga wajar mengenakan syarat tambahan dengan meminta individu atau syarikat yang ingin menjual produk makanan menyatakan secara jelas status halal dan juga persijilan yang mereka terima daripada pihak berkuasa seperti GMP (Good Manufacturing Practice) bagi membuktikan mereka mengamalkan proses penyediaan makanan yang selamat.

Pembeli adalah pihak yang paling berkuasa. Dengan kuasa beli, mereka wajar memilih. Langkah pertama adalah menentukan sama ada perlu atau tidak mereka membeli secara dalam talian. Jika perlu, langkah kedua adalah mengenal pasti pengendali atau kedai tersebut dapat menyediakan makanan yang selamat dan halal. Langkah ketiga adalah memilih makanan yang dibeli agar tidak menimbulkan risiko bahaya kepada kesihatan sepanjang proses penyediaan dan penghantaran. Langkah ketiga adalah penting kerana kita tidak ingin insiden yang berlaku melibatkan puding buih tahun 2020 berulang kembali. Dalam insiden tersebut, seramai 99 orang terkena keracunan makanan dan satu kematian. Jadilah pembeli yang bijak yang boleh menilai risiko terutama di era pandemik ini.

Makanan bukan sahaja memberi tenaga dan menjamin kesihatan tubuh badan, malah ianya penentu kepada akhlak kita menjadi manusia yang baik dan sentiasa ingin membuat kebaikan. Sebagaimana ALLAH SWT telah berfirman dalam surah al-Mukminun ayat 5 yang bermaksud “Wahai para rasul, makanlah dari (makanan) yang baik-baik dan kerjakanlah amal kebajikan. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan”.

Oleh itu, semua anggota masyarakat apatah lagi orang Islam hendaklah berusaha mendapatkan makanan yang halal, baik dan bersih kerana ia merupakan salah satu perintah ALLAH SWT.  Terlalu banyak hikmah yang luar biasa yang akan kita dapat apabila kita menjalankan perintah ALLAH SWT ini. Kita akan mendapat keredhaan ALLAH SWT, keberkatan kehidupan, mendapat ketenangan jiwa dan dapat menghindarkan diri daripada pelbagai penyakit. Wallahualam.

 

Penulis

Prof Madya Dr Nik Rosmawati Nik Husain (MD, MCM, PhD)
Pensyarah Perubatan, Jabatan Perubatan Masyarakat, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM)

Dr Aspalilah Alias (DDS, MMEDSC, PhD)
Pensyarah Anatomi, Fakulti Pergigian, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

 

Kredit Foto : CNET

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Dr Aspalilah AliasInfo Perubatan & KesihatanMakanan dalam talianProf Madya Dr Nik Rosmawati Nik HusainStatus Halal
ShareTweetShare
Previous Post

Koya Nanas : Perosak Tanaman Nanas di Malaysia

Next Post

Menghadapi Jangkitan Ganas COVID-19: Apa yang perlu kita lakukan?

Saiful Bahari

Saiful Bahari

Related Posts

Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?
Berita & Peristiwa

Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?

3 days ago
Peranan Ibu Bapa Dalam Mengembangkan Kemahiran Matematik Kanak-Kanak Satu Hingga Dua Tahun
Berita & Peristiwa

Peranan Ibu Bapa Dalam Mengembangkan Kemahiran Matematik Kanak-Kanak Satu Hingga Dua Tahun

3 days ago
Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel

2 weeks ago
Sejarah Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Sejarah Sel Fuel

2 weeks ago
Next Post
Menghadapi Jangkitan Ganas COVID-19: Apa yang perlu kita lakukan?

Menghadapi Jangkitan Ganas COVID-19: Apa yang perlu kita lakukan?

  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengapa Manusia tersedu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2022

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2022

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In