23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Thursday, February 9, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Jom Kitar Semula Sisa Elektronik

Info Isu Semasa

Saiful Bahari by Saiful Bahari
02/04/2019
in Alam Semulajadi, Berita & Peristiwa, Isu Semasa
0 0
0

Oleh : Nurul Izzatie Binti Mohd Zulkifli
Jabatan Pengajian Sains dan Teknologi
Fakulti Sains Universiti Malaya

 

 

 

 

Pada era globalisasi ini, penggunaan peranti elektrik dan elektronik seperti telefon pintar, komputer dan barang perkakasan rumah semakin meningkat selari dengan kemajuaan teknologi. Fenomena ini menyebabkan sisa elektronik yang dihasilkan juga meningkat. Namun demikian, tidak dapat dinafikan bahawa peranti elektrik dan elektronik menjadi satu keperluan dalam urusan seharian kita.

Jenis Sisa Elektronik

Persoalannya, sedarkah anda bahawa peranti elektrik dan elektronik dapat dikitar semula selepas tamat jangka hayat pengunaannya? Hal ini kerana peranti elektrik dan elektronik mempunyai logam yang sangat bernilai yang boleh digunakan semula sekali gus dapat menyelamatkan sumber bumi. Sebagai contoh, emas dan tembaga boleh didapati di dalam processor komputer manakala aluminium boleh didapati di dalam barang perkakasan rumah seperti peti sejuk. Oleh itu, amatlah rugi jika ianya tidak di kitar semula.

 

Jom Kitar Semula Perkakasan Elektronik

Terdapat beberapa isu yang disebabkan oleh teknologi seperti pencemaran tanah dan pencemaran air. Sisa elektronik akan mengeluarkan logam berat ke tanah dan air apabila tidak dilupuskan atau dikitar semula dengan cara yang betul. Tambahan pula, sisa elektronik bukan sahaja menimbulkan ancaman kepada alam sekitar tetapi juga ancaman kepada kesihatan dan keselamatan manusia. Ini berikutan bahawa sisa elektronik mengandungi bahan berbahaya yang memberi kesan kepada kesihatan manusia dan alam sekitar.

 

Kitaran Hidup Perkasan Elektronik

 

Di Malaysia, pengurusan sisa elektronik telah diperkenalkan sejak tahun 2005 di bawah bidang kuasa Jabatan Alam Sekitar. Menurut Eksekutif Operasi Recycling & Waste Treatment Technology, DRB-Hicom Environmental Services SDN BHD atau lebih dikenali sebagai DHES, iaitu Encik Mohd Farid Wajdi berkata pihaknya telah bekerjasama dengan Alam Flora SDN BHD dengan mengadakan program 3R On Wheels baru-baru ini. Menurut beliau, pengguna boleh menikmati insentif tunai dan mata ganjaran Petronas Mesra dengan menjual sisa elektronik dan barangan kitar semula yang lain seperti seperti surat khabar lama, majalah dan tin. Selain itu, terdapat beberapa Buy Back Centre yang telah ditubuhkan di Putrajaya, Cyberjaya, dan Kuala Lumpur bagi memudahkan masyarakat melakukan aktiviti kitar semula. Namun demikian, mengikut pandangan beliau, masih lagi terdapat masyarakat yang kurang prihatin terhadap alam sekitar dengan membuang sisa elektronik di belakang rumah, sungai dan sebagainya.

Negara Yang Menghasilkan Sisa Elektronik Terbanyak Tahun 2016

 

Di samping itu, satu kajian yang diterbitkan di dalam jurnal Geografi mendapati bahawa masyarakat lebih memilih untuk melupuskan peralatan elektronik terpakai bersama dengan sampah domestik. Menurut kajian itu, sebanyak 28% televisyen, 13% komputer, 15% komputer riba, 27% telefon bimbit, 25% mesin basuh, 17% ketuhar dan 15% penyaman udara telah dibuang ke dalam tong sampah. Senario ini menunjukkan bahawa masyarakat kita masih lagi cetek ilmu mengenai sisa elektronik.

Isu ini tidak seharusnya dibiarkan menjadi barah. Kesimpulannya, kesedaran terhadap kitar semula sisa elektronik perlu dititik beratkan dan diterapkan di dalam sanubari terutama berkaitan dengan alam sekitar. Di samping itu, pelbagai pemantauan dan inisiatif yang telah dilakukan oleh pihak berwajib dapat sedikit sebanyak membendung masalah ini daripada terus meranapkan alam sekitar. Sehubungan dengan itu, semua pihak perlu menggembleng tenaga dan usaha dalam menangani kemelut ini, seperti peribahasa melayu, “bagai aur dengan tebing” demi menjaga kelestarian alam agar dapat dinikmati bersama dengan generasi akan datang. Oleh itu, jom kitar semula sisa elektronik.

Rujukan
Mapa, T., George, F., Eva Sunsearry Binti Potirik, M. S. A. D. E., & Sebi Anak Dinggai, M.
(2018). Pengurusan Sisa Elektrik dan Elektronik dalam Kalangan Isi Rumah Kajian Kes Wilayah Persekutuan Labuan. Jurnal Geografi. 6(2), 57-66.
Mohd Farid Wajdi. (2019, Mac 18). Challenges in E-waste Recycling Practice. (Temubual)

 

Kredit Foto:
Nationalgeographic
Floodbrotherdisposal
Statista
Weforum
Osu.edu

 

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Fakulti Sains Universiti MalayaInfo Isu SemasaKitar Semula ElektronikNurul Izzatie Binti Mohd Zulkifli
ShareTweetShare
Previous Post

Pencairan Ais Gunung Everest Menampakkan Pemandangan Menakutkan ! Banyak Mayat Tertimbus

Next Post

Kem Cuti Sekolah Anjuran IMEN-UKM Tarik Penyertaan Ramai Pelajar

Saiful Bahari

Saiful Bahari

Related Posts

Interaksi Haiwan Terhadap Persekitaran
Alam Semulajadi

Interaksi Haiwan Terhadap Persekitaran

17 hours ago
Tanah Runtuh di Malaysia dan Teknik Geofizik untuk Menilai Kestabilan Cerun
Alam Semulajadi

Tanah Runtuh di Malaysia dan Teknik Geofizik untuk Menilai Kestabilan Cerun

1 day ago
Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel

1 week ago
Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?
Berita & Peristiwa

Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?

2 weeks ago
Next Post
Kem Cuti Sekolah Anjuran IMEN-UKM Tarik Penyertaan Ramai Pelajar

Kem Cuti Sekolah Anjuran IMEN-UKM Tarik Penyertaan Ramai Pelajar

  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Nanoteknologi dalam Sektor Pertanian di Malaysia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Nanoteknologi: Ilmu yang Mengubah Kualiti Kehidupan Manusia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aplikasi Nanoteknologi Dalam Bidang Perubatan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2022

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2022

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In