23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Saturday, January 28, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Kajian Penyelidik UPM dihantar ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) untuk Ujikaji

Eksplorasi Angkasa Lepas

Saiful Bahari by Saiful Bahari
29/11/2018
in Berita & Peristiwa, Fizik, Teknologi & Kejuruteraan
0 0
0

Oleh : Dr Noramaliza Mohd Noor
Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear

LAPORAN MAJLIS PENYERAHAN SAMPEL PENGESAN SINARAN “SOFPADS” OLEH PARA PENYELIDIK UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM) KEPADA PIHAK JAPAN AEROSPACE EXPLORATION AGENCY (JAXA)

 

PUSAT ANGKASA TSUKUBA – Pengesan sinaran yang menggunakan fiber optik pintar ciptaan tiga saintis Universiti Putra Malaysia (UPM) akan dihantar oleh Agensi Penerokaan Angkasa Jepun (JAXA) bagi diuji di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) tidak lama lagi. Ketua penyelidik UPM ialah Dr. Noramaliza Mohd Noor dan Prof Madya Dr Fathinul Fikri Ahmad Saad, kedua-duanya dari Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear serta Dr. Nizam Tamchek dari Fakulti Sains. Penyelidik bersama dari Fakulti Kejuruteraan UPM, Universiti Multimedia, Universiti Malaya, Universiti Sunway dan Agensi Angkasa Negara. Sampel Pengesan fiber optik pintar tersebut yang dikenali sebagai Smart Optical Fibres for Passive Dosimetry in Space (SOFPADS) akan dihantar oleh JAXA ke Amerika Syarikat pada bulan hadapan untuk dilancarkan ke ISS pada Februari tahun 2019. Majlis penyerahan SOFPADS oleh para penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) kepada pihak Japan Aerospace Exploration Agency (JAXA) telah  berlangsung pada 2 November 2018 di Tsukuba, Jepun. Di majlis yang berhemah tersebut, Dr Noramaliza Mohd Noor mewakili pihak UPM telah menyerahkan SOFPADS yang akan dihantar ke ISS (International Space Station) kepada Shiho Ogawa, Pengarah Pusat Penggunaan JEM, Lembaga Pengarah Teknologi Penerbangan Angkasa Manusia, JAXA, yang ditemani koordinator projek dari JAXA, Tanigaki Fumiaki. Pihak JAXA juga telah menyerahkan sijil penerimaan SOFPADS kepada Dr. Noramaliza Mohd Noor menandakan kejayaan dalam pengendalian projek “Exposure Experiment Using Experiment Handrail Attachment Mechanism (ExHAM) and the Passive Dosimeter for Life Science Experiments in Space on the Japanese Experiment Module”.

Projek ini adalah kerjasama penyelidikan yang dijalankan bersama pihak JAXA dibawah Memorandum Perjanjian (MoA) di antara Universiti Putra Malaysia dan Japan Aerospace Exploration Agency (JAXA)dan diselaraskan oleh pihak ANGKASA (Agensi Angkasa Negara).Projek yang ditaja oleh UPM di bawah Geran Berimpak Tinggi ini merupakan langkah pertama untuk memerhati tindak balas fiber optik terhadap radiasi di dalam persekitaran mikrograviti dan juga potensi sebagai pengesan sinaran pasif untuk digunakan di angkasa lepas. Lazimnya pengesan sinaran pasif ini digunakan untuk memantau tahap radiasi yang diterima oleh angkasawan yang bekerja di ISS.

Terdapat dua jenis sampel yang diserahkan oleh pihak UPM iaitu E-SOFPADS dan I-SOFPADS. E-SOFPADS akan didedahkan kepada sinar radiasi di luar ISS sekitar modul KIBO milik Jepun menggunakan fasiliti Experiment Handrail Attachment Mechanism (ExHAM) manakala I-SOFPADS akan didedahkan kepada sinar radiasi yang berada di dalam modul KIBO, ISS. Setelah setahun, kedua-dua sampel pengesan dihantar semula ke BUMI untuk dianalisis oleh UPM di Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear (PPDN), UPM dan Makmal Dosimetri, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM.

Rentetan daripada penyerahan sampel di Tsukuba, Dr. Noramaliza Mohd Noor dan Prof Madya Dr. Fathinul Fikri juga telah membentangkan tentang pengalaman dan cabaran yang dihadapi bagi melaksanakan projek ini di Asia-Pacific Regional Space Agency Forum (APRSAF-25), pada 7 November 2018, di Sheraton Hotel, Singapura.

Dengan termeterainya kerjasama penyelidikan ini, diharapkan dapat mewujudkan lebih banyak peluang dan ruang kepada penyelidik negara amnya dan khususnya dalam bidang eksplorasi di angkasa lepas pada masa depan.

 

Persedian Flight Sampel Pengesan Sinaran SOFPADS (EVA dan IVA)

 

“Fit check of SOFPADS” dipasang kepada ExHAM mockup

 

Pn. Shiho Ogawa, Direktor Pusat Penggunaan JEM, Lembaga Pengarah Teknologi Penerbangan Angkasa Manusia, JAXA, telah menyerahkan sijil penerimaan SOFPADS kepada Dr. Noramaliza Mohd Noor

 

Sijil penerimaan pengesan sinaran SOFPADS dari Pihak JAXA kepada penyelidik UPM

 

Dr. Noramaliza bersama-sama Dr. Fathinul Fikri menceritakan tentang pengalaman dan cabaran yang dihadapi bagi melaksanakan projek ini di angkasa lepas.

 

Pn. Ogawa diiringi En. Tanigaki menyerahkan sijil penghargaan kepada Dr. Fikri yang diiringi Dr. Noramaliza

 

Presiden JAXA, Yamakawamenyerahkan sijil penghargaan kepada pihak ANGKASA sebagai penyelaras kepada projek penyelidikan tersebut.

 

Untuk Maklumat lanjut, sila hubungi:
Ketua Penyelidik SOFPADS:
Dr Noramaliza Mohd Noor,
Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear,
Universiti Putra Malaysia.
Tel: 0389472519 / 0194811433
Email: noramaliza@upm.edu.my

Kredit Foto : JAXA

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Agensi Angkasa NegaraAgensi Penerokaan Angkasa Jepun (JAXA)apan Aerospace Exploration Agency (JAXA)Dr. Nizam TamchekDr. Noramaliza Mohd NoorFakulti Kejuruteraan UPMFakulti SainsJAXAProf Madya Dr Fathinul Fikri Ahmad SaadPusat Pengimejan Diagnostik NuklearSmart Optical Fibres for Passive Dosimetry in Space (SOFPADS)Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS)Universiti MalayaUniversiti MultimediaUniversiti SunwayUPM
ShareTweetShare
Previous Post

Kepimpinan Penyelidikan Kanser: Di Mana Kita?

Next Post

Soalan Untuk Saintis : Dr. Siti Zaharah Binti Haji Sakimin

Saiful Bahari

Saiful Bahari

Related Posts

Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?
Berita & Peristiwa

Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?

3 days ago
Peranan Ibu Bapa Dalam Mengembangkan Kemahiran Matematik Kanak-Kanak Satu Hingga Dua Tahun
Berita & Peristiwa

Peranan Ibu Bapa Dalam Mengembangkan Kemahiran Matematik Kanak-Kanak Satu Hingga Dua Tahun

3 days ago
Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel

2 weeks ago
Sejarah Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Sejarah Sel Fuel

2 weeks ago
Next Post
Soalan Untuk Saintis : Dr. Siti Zaharah Binti Haji Sakimin

Soalan Untuk Saintis : Dr. Siti Zaharah Binti Haji Sakimin

  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengapa Manusia tersedu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2022

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2022

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In