23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Sunday, January 18, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Kajian: Solat Baik Untuk Rawat Sakit Pinggang dan Anjalkan Sendi

Editor by Editor
09/02/2018
in Berita & Peristiwa
0 0
0

LONDON: Solat dapat membantu mengurangkan risiko sakit pinggang dan, jika dilakukan dengan betul dan kerap, ia juga dapat meningkatkan keanjalan sendi.

Menggunakan model komputer berasaskan lelaki dan wanita India, Asia dan Amerika Syarikat, kajian itu meneliti bahagian pinggang dalam pergerakan solat, lapor VectorNews.

Penyelidik di Universiti Binghamton, New York, Profesor Mohammad Khasawneh mendapati rukuk yang paling banyak memberi tekanan pada bahagian bawah belakang badan.

Namun bagi individu yang mengalami masalah sakit pinggang, menggunakan lutut dan pinggang dengan betul ketika bersolat boleh mengurangkan kesakitan itu.

Kesan baik pergerakan ketika solat sama dengan cara beribadat Kristian dan Yahudi — seumpama kebaikan senaman jasmani dan latihan yoga.

“Pergerakan ini sama dengan yoga atau senaman yang digunakan untuk merawat sakit pinggang,” kata pengarang bersama kajian itu Dr Mohammad Khasawneh yang berjudul “An ergonomic study of body motions during Muslim prayer using digital human modelling”

“Sembahyang boleh merawat tekanan jasmani dan keresahan, sementara ada kajian lain menunjukkan solat boleh dianggap sebagai rawatan klinikal berkesan untuk kegagalan sistem saraf, otot dan rangka badan (neuromusculoskeletal dysfunction).”

Dr Mohammad, seorang Profesor Jabatan Sains Sistem dan Kejuruteraan Industri universiti tersebut, berkata sudut pergerakan tersebut bergantung pada bentuk badan seseorang.

“Tekanan maksimum semasa pergerakan solat jauh lebih rendah daripada had yang dibenarkan oleh Institut Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan Kebangsaan,” katanya.

“Pergerakan solat boleh dianggap sebagai rawatan klinikal untuk sakit belakang kerana ia melibatkan pergerakan berlainan badan kita setiap hari.”

Cara melutut, atau sujud, juga boleh meningkatkan keanjalan sendi. Namun jika sudut badan dan pergerakan tidak betul, ia boleh pula meningkatkan rasa sakit.

Ahli-ahli sains itu bagaimanapun berkata kajian lanjut masih diperlukan untuk melihat kesan solat kepada individu kurang upaya, berbadan besar dan wanita hamil.

Mereka merancang untuk mengesahkan penemuan ini dengan ujikaji menggunakan sensor dan kamera bagi mengenal pasti tekanan pada bahagian badan semasa sembahyang.

“Kesihatan jasmani seseorang dipengaruhi oleh faktor-faktor sosioekonomi, gaya hidup dan agama,” kata Dr Mohammad lagi.

“Tambahan pula, kajian-kajian lain menunjukkan ada kaitan kuat antara solat dengan kesedaran tentang penjagaan badan yang sihat.”

Sumber : http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/kajian-solat-baik-untuk-rawat-sakit-pinggang-anjalkan-sendi

Berikan Komen Anda Di Sini

ShareTweetShare
Previous Post

Membudayakan Integriti Penyelidikan di Malaysia

Next Post

Pelancaran Roket Falcon Heavy: Kehebatan Teknologi dan Sains Angkasa

Editor

Editor

Related Posts

Metamaterial; Penyelesaian Inovatif Atasi Pencemaran Bunyi
Berita & Peristiwa

Metamaterial; Penyelesaian Inovatif Atasi Pencemaran Bunyi

10 hours ago
Rawatan untuk Kanser yang Sama bagi Individu Berlainan; Mengapa Hasilnya Berbeza?
Berita & Peristiwa

Rawatan untuk Kanser yang Sama bagi Individu Berlainan; Mengapa Hasilnya Berbeza?

2 days ago
Landskap Galium Nitrida (GaN) sebagai Semikonduktor Elektronik Kuasa Tinggi di Malaysia
Berita & Peristiwa

Landskap Galium Nitrida (GaN) sebagai Semikonduktor Elektronik Kuasa Tinggi di Malaysia

1 week ago
Transformasi Bidang Kimia: Isu Terkini dan Arah Pembangunan Kerjaya
Berita & Peristiwa

Transformasi Bidang Kimia: Isu Terkini dan Arah Pembangunan Kerjaya

2 weeks ago
Next Post
Pelancaran Roket Falcon Heavy: Kehebatan Teknologi dan Sains Angkasa

Pelancaran Roket Falcon Heavy: Kehebatan Teknologi dan Sains Angkasa

Kategori Produk

  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In