23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Friday, March 13, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Kangaroo Mother Care (KMC) – Harapan Alternatif Bayi Pramatang

Editor by Editor
01/02/2013
in Perubatan & Kesihatan
0 0
0
Kredit foto ; buzzle.com
Oleh : Nur Diana Ahmad Takri

Penuntut Sarjana Muda Doktor Perubatan, USM

Bayi pramatang sering dikaitkan dengan masalah berat badan semasa lahir yang rendah dan ia menjadi satu masalah besar dalam kesihatan awam di seluruh dunia. Menurut satu kajian ilmiah yang dijalankan oleh sekumpulan doktor Jabatan Pediatrik Bangalore India, negara-negara  membangun seperti India, Afrika Selatan dan Brazil berdepan dengan bebanan apabila kadar kematian tinggi di kalangan bayi pramatang yang mempunyai berat badan lahir yang rendah. Hampir lima juta ‘neonates’ atau bayi yang baru lahir meninggal dunia saban tahun di negara-negara yang berpendapatan rendah. Jumlah ini mungkin dapat dikurangkan dengan peningkatan serta pendekatan intensif dan profesional dari sudut kualiti kesihatan negara yang terlibat.

Neonatal period adalah suatu keadaan tempoh masa yang sensitif bagi bayi yang baru lahir.  Dalam tempoh tersebut, bayi-bayi mudah untuk dijangkiti patogen (mikroorganisma yang boleh menyebabkan sesuatu penyakit) yang berkemungkinan jangkitan awal tersebut boleh memberi kesan jangka masa panjang. Bertitik tolak daripada pengetahuan ini, penjagaan bayi yang baru lahir yang lebih rapi meliputi kemajuan teknologi dan perubatan terkini di ambil seiring dengan perspektif kemanusiaan.

Satu pendekatan alternatif yang menjanjikan kesan yang positif untuk bayi yang baru lahir khususnya bagi bayi yang pramatang, ialah terapi Kangaroo Mother Care (KMC). KMC diperkenalkan serta dibangunkan sebagai alternatif kekurangan alat inkubator untuk penjagaan bayi berisiko tinggi (bayi pramatang) dan dengan erti kata lain, terapi KMC adalah inkubator semulajadi yang menggunakan manusia.

[ BACA : Susu Ibu Mampu Tingkatkan Kepintaran Bayi ]


Pada hari ini terapi KMC dilihat sebagai satu keperluan dan terapi tambahan di negara-negara membangun membangun seperti Malaysia, Filipina, India dan Afrika dalam usaha mempromosikan penjagaan kesihatan yang positif kepada bayi baru lahir yang berada pada tahap kesihatan yang kurang baik khususnya kepada bayi pramatang.

Pelaksanaan terapi KMC di hospital-hospital di Malaysia masih belum begitu meluas disebabkan beberapa faktor termasuklah jumlah bayi pramatang yang rendah, alat inkubator yang mencukupi untuk menampung bilangan bayi serta penerimaan dan persepsi pengamal kesihatan (doktor dan jururawat) dan  ibu bapa yang mempunyai bayi pramatang.

Terapi KMC telah diperkenalkan pertama kalinya di Central Hospital of Maputo pada tahun 1984 dan konsep KMC ini kemudian mendapat sambutan memberangsangkan di Amerika Selatan dan negara Eropah. KMC juga mendapat perhatian Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) pada tahun 1993 dan 2003 apabila WHO mencadangkan KMC sebagai satu kaedah yang ideal untuk mengekalkan suhu badan bayi pada julat yang normal.

KMC boleh dan sesuai dilaksanakan untuk semua kumpulan bayi. Terapi KMC ini lebih tertumpu dan sangat berguna kepada bayi yang mempunyai berat lahir kurang daripada 2.5 kilogram. Seterusnya, KMC menyediakan si comel dengan keperluan asasi yang diperlukan iaitu kasih sayang. Menjadi suatu fitrah bagi bayi yang baru lahir yang memerlukan kehangatan dan perlindungan yang penuh kasih sayang daripada ibubapanya. KMC juga membantu dalam merangsang pengeluaran susu ibu dengan lebih banyak.  

KMC terdiri daripada beberapa komponen iaitu posisi (kulit ke kulit), sokongan, nutrisi dan pengeluaran susu ibu. Posisi bayi semasa terapi KMC di jalankan dengan meletakkan bayi di atas dada si ibu di antara dua payudara. Daripada segi nutrisi pula, bayi mendapat susu badan secara eksklusif yang mudah apabila berada pada posisi yang betul.
 
Kesimpulannya, terapi KMC ini bukan sahaja memberi faedah kepada bayi pra-matang tetapi juga kepada ibu dengan membantu memulihkan psikologi dan yakin diri si ibu setelah melahirkan bayi pra-matang atau bayi yang di luar julat normal berat badan.


Rujukan

1) Nirmala, P. Rekha, S., and Washington, M. (2006). Kangaroo Mother Care: Effect and perception of mothers and health personnel. Journal of Neonatal Nursing 12: 177-184.


2) Venancio, S. I., and de Almeida, H. (2004). Kangaroo Mother Care: scientific evidence and impact on breastfeeding. Jornal de Pediatria 80 (5): 173-180.

3) Kangaroo mother care: a practical guide. Geneva, World Health Organization, 2003. (ISBN: 9241590351)            

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: bayi pra matangkangaroo mother care
ShareTweetShare
Previous Post

Kumbang Najis Jadikan Galaksi Bima Sakti Petunjuk Arah

Next Post

Mengenang 10 Tahun Tragedi Kapal Angkasa Columbia

Editor

Editor

Related Posts

Benarkah Masa Hubungan Intim Boleh Tentukan Jantina Bayi? Antara Hadith, Teori Sains dan Realiti Biologi
Berita & Peristiwa

Benarkah Masa Hubungan Intim Boleh Tentukan Jantina Bayi? Antara Hadith, Teori Sains dan Realiti Biologi

12 hours ago
Literasi Penjagaan sebagai Sains Kehidupan: Keperluan Baharu Masyarakat Malaysia
Berita & Peristiwa

Literasi Penjagaan sebagai Sains Kehidupan: Keperluan Baharu Masyarakat Malaysia

2 days ago
Penyakit Gusi dan Diabetes: Hubungan Tersembunyi Dua Hala
Berita & Peristiwa

Penyakit Gusi dan Diabetes: Hubungan Tersembunyi Dua Hala

3 days ago
Tiga Masalah Utama Tangan di Kalangan Pekerja Pejabat
Berita & Peristiwa

Tiga Masalah Utama Tangan di Kalangan Pekerja Pejabat

2 weeks ago
Next Post
Mengenang 10 Tahun Tragedi Kapal Angkasa Columbia

Mengenang 10 Tahun Tragedi Kapal Angkasa Columbia

Kategori Produk

  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In