23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Thursday, April 15, 2021
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Kanser Mulut

Info Kesihatan

Saiful Bahari by Saiful Bahari
30/03/2020
in Berita & Peristiwa, Perubatan & Kesihatan
0 0
0

Oleh : Dr. Syed Nabil Bin Syed Omar Al-Saggaf
Pakar Perunding, Jabatan Bedah Mulut & Maksilofasial UKM

PENGENALAN

Kanser mulut adalah apa-apa ketumbuhan malignan di dalam mulut. Ia juga boleh dipanggil secara lebih spesifik sebagai kanser-kanser tertentu berdasarkan lokasinya seperti “kanser gusi”, “kanser pipi”, “kanser rahang”, “kanser kelenjar air liur”, “kanser bibir” dan lain-lain lagi (Rajah 2). Di Malaysia, dianggarkan terdapat 2 kes baharu untuk setiap 100000 orang [1].

Rajah 1. Contoh kanser mulut. Gusi (A), Pipi (B), Lidah (C), Lelangit (D), Lantai Mulut (E) dan Bibir (F)

PENYEBAB

Kanser mulut berlaku akibat mutasi pada sel-sel tisu mulut samada dari gusi, kelenjar air liur mahupun tulang. Mutasi berlaku di peringkat asid deoksiribonukleik (DNA) yang mengawal kadar pembahagian sel-sel terlibat[2]. Mutasi tersebut mengakibatkan pembahagian sel-sel ini dengan lebih pantas. Penyebab khusus berlakunya mutasi sel-sel di mulut yang akhirnya menjadi kanser ini masih belum diketahui. Dipercayai beberapa faktor-faktor (multi-faktorial) menyumbang kepada proses terjadinya mutasi tersebut[3].

 

FAKTOR RISIKO

Walaupun tiada penyebab khusus yang diketahui secara pasti, kajian sebelum ini telah dapat mengenalpasti beberapa faktor yang meningkatkan risiko untuk terjadinya kanser mulut ini. Faktor- faktor risiko ini boleh dibahagikan kepada faktor dalaman dan faktor luaran[4] (Jadual 2).

Kajian sebelum ini menunjukkan kebanyakan insiden kanser mulut ada berkait dengan faktor luaran berbanding faktor dalaman[5]. Adalah dianggarkan 90% insiden kanser mulut berkaitan dengan samada penggunakan produk tembakau, alkohol atau pemakanan tidak sihat [6]. Faktor luaran ini sangat berkait rapat dengan gaya hidup seseorang[5]. Oleh itu, risiko seseorang untuk mendapat kanser mulut boleh dikurangkan dengan manjalani gaya hidup yang sihat.

Jadual 1. Faktor Risiko Kanser Mulut [4]

Tanda-tanda dan gejala kanser mulut

Gejala adalah simptom yang dialami oleh penderita. Tanda pula adalah perubahan yang boleh dilihat secara fizikal. Didalam kanser mulut, tanda dan gejala boleh dibahagikan ke peringkat awal atau peringkat lanjut

 

Peringkat awal (Rajah 2) Gejala –

  • Selalunya pada peringkat awal tiada gejala yang dapat dirasai

Tanda –

  • Kehadiran luka/ulser yang tidak sakit di tempat yang sama  selama lebih 2 minggu. Atau kehadiran tompok-tompok/bonjolan merah atau putih di tempat yang sama secara berterusan selama lebih 2 minggu

 

Peringkat lanjut (Rajah 2)

Gejala –

  • Gejala utama di peringkat lanjut adalah sakit. Sakit ini menggangu pesakit secara berterusan dan semakin sakit dengan sentuhan atau pergerakan mulut.
  • Perdarahan yang mana kebanyakannya daripada ulser.
  • Kesukaran membuka mulut dan pergerakan lidah terhad juga boleh terjadi dan menyebabkan kesukaran percakapan, menelan dan juga mengunyah.
  • Rasa kebas di lidah, bahagian bibir atau pipi
  • Bengkak di leher yang tidak sakit secara berterusan di tempat yang sama selama lebih dua minggu Gigi yang goyang tanpa sebab
  • Penyusutan berat badan yang tidak terancang secara mendadak

Tanda –

  • Ulser dan bonjolon seperti di peringkat awal masih tanda utama tetapi di peringkat lanjut ulser ini lebih besar dan mengakibatkan gejala-gejala seperti disebut di atas. Kehadiran pembengkakan di kawasan ulser atau di leher juga adalah tanda-tanda yang dicari untuk menunjukkan kehadiran kanser mulut peringkat lanjut.
Rajah 2. Kanser Lidah dengan tahap berbeza iaitu tahap I (atas kiri), tahap II (atas kanan), tahap III (bawah kiri) dan tahap IV (bawah kanan)

TAHAP PENYAKIT

Tahap kanser mulut yang terdiri daripada tahap satu hingga tahap 4. Tahap yang berbeza memerlukan rawatan yang berbeza (Jadual 3). Contohnya tahap 1 kanser mulut bermaksud besar kanser mulut kurang daripada 2cm dan tiada tanda metastasis ke nodus limfa leher atau organ lain. Rawatan untuk tahap I adalah salah satu samada surgeri untuk membuang kanser di mulut atau radioterapi ke bahagian kanser sahaja. Tahap – tahap seterusnya pula rawatan selalunya selain melibatkan surgeri membuang kanser di mulut, ada juga surgeri tambahan membuang nodus limfa di leher dan kerapkali juga ditambah dengan radioterapi ke mulut / leher dan kemoterapi juga.

Jadual 2. Jadual Tahap-tahap kanser mulut dengan modifikasi daripada “AJCC Cancer Staging Manual, 8th edition”

 

RAWATAN

Secara umumnya, rawatan yang mungkin diterima adalah rawatan pembedahan, rawatan radioterapi, rawatan kemoterapi atau kombinasi daripada tiga jenis rawatan tersebut. Untuk kanser mulut tahap 1, pembedahan untuk membuang tisu kanser terbabit adalah rawatan utama. Rawatan kombinasi (pembedahan bersama radioterapi/kemoterapi) secara umumnya akan diperlukan dalam merawat pesakit kanser mulut tahap 2 dan seterusnya.

 

PENCEGAHAN

Walaupun punca sebenar kenapa kanser mulut belum dapat dikenalpasti, ada bukti-bukti jelas tentang beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko seseorang untuk mendapat kanser mulut. Maka, pencegahan kanser mulut berkait rapat dengan faktor-faktor risiko ini. Kaedah pencegahan bermula dengan memahami faktor-faktor risiko kanser mulut dan mengelakkan diri dari terdedah pada faktor-faktor risiko tersebut (Jadual 2).

Faktor risiko paling utama kanser mulut adalah penggunaan apa jua bentuk produk tembakau. Ini termasuk merokok atau mengunyah tembakau. Kajian telah membuktikan bahawa penggunaan bahan tembakau meningkatkan risiko kanser mulut sebanyak 2 hingga 10 kali [7]. Risiko kanser berkait rapat dengan tempoh dan kekerapan penggunaan bahan tembakau tersebut[8]. Oleh itu perokok yang berhenti merokok pada bila-bila masa akan secara tidak langsung akan mengurangkan risiko beliau mendapat kanser mulut berbanding jika meneruskan tabiat tersebut. Untuk membantu perokok menghentikan tabiat ini, Kementerian Kesihatan Malaysia ada menyediakan Klinik Berhenti Merokok di seluruh Malaysia dan juga bimbingan lain seperti kempen Tak Nak Merokok (http://taknak.myhealth.gov.my/) atau Jom Quit (http://jomquit.moh.gov.my/).

Pengambilan alkohol juga didapati meningkatkan risiko kanser mulut sebanyak 2 hingga 6 kali [9]. Risiko kanser mulut juga berkait dengan kuantiti penggunaan alkohol[8]. Laporan kajian sebelum ini mendapati 80 peratus kanser mulut boleh dikaitkan dengan penggunaan salah satu tembakau atau alkohol atau kombinasi keduanya[10]. Pengurangan pengambilan minuman beralkohol dengan itu dapat akan mengurangkan risiko seseorang untuk mendapat kanser mulut.

Pemakanan tidak sihat adalah salah satu faktor penyumbang kepada risiko kanser mulut. Kajian telah menunjukkan pengambilan buah-buahan dan sayuran yang tinggi mengurangkan risiko kanser mulut[11]. Pemakanan yang sihat dan seimbang dengan mengamalkan konsep “suku suku separuh” iaitu suku karbohidrat, suku protein dan separuh sayuran atau buah-buahan adalah langkah baik untuk mencegah kanser mulut.

Tabiat mengunyah daun sirih bersama buah pinang adalah salah satu risiko kanser mulut. Tabiat ini selalunya dilihat di kalangan golongan generasi lama dan semakin jarang dilihat. Walaubagaimanapun ia adalah salah satu tabiat yang patut dielakkan kerana ia meningkatkan risiko kanser mulut. Ia diketahui menyebabkan “fibrosis submukosa oral” iaitu sejenis keadaan pra – malignan di dalam mulut. Dengan adanya fibrosis submukosa oral ini, risiko kanser mulut seseorang meningkat.

Jangkitan dalam mulut, secara spesifiknya jangkitan “human papillomavirus” adalah salah satu faktor risiko kanser mulut. Jangkitan ini selalunya didapati melalui hubungan seks. Faktor risiko mendapat jangkitan HPV adalah apabila seseorang mempunyai pasangan seks yang ramai atau apabila mengamalkan seks oral. Oleh itu risiko kanser mulut dapat dikurangkan dengan mengamalkan amalan seks yang sihat seperti tidak bertukar-tukar pasangan dan menggunakan kondom untuk mengurangkan risiko jangkitan.

Penjagaan kesihatan mulut juga adalah penting untuk mengurangkan risiko kanser mulut. Kesihatan mulut yang baik dapat mengelakkan jangkitan candida. Penjagaan kesihatan mulut yang baik dapat mengurangkan risiko trauma kronik. Trauma kronik ini terjadi bila ada trauma minor yang menyebabkan kecederaan sedikit pada mukosa mulut secara berterusan. Ini contohnya berlaku jika ada trauma berterusan daripada gigi berlubang yang tajam, tampalan yang kasar, gigi palsu yang menggeres[12].

 

RUJUKAN

  1. Ferlay J, E.M., Lam F, Colombet M, Mery L, Piñeros M, Znaor A, Soerjomataram I, Bray F Global Cancer Observatory: Cancer Today. Lyon, France: . 2018 [cited 2020 10th March]; Available from: https://gco.iarc.fr/today.
  2. Feller, L.L., et al., Oral squamous cell carcinoma in relation to field precancerisation: pathobiology. Cancer Cell Int, 2013. 13(1): p.
  3. Rivera, C., Essentials of oral cancer. Int J Clin Exp Pathol, 2015. 8(9): p. 11884-94.
  4. Kumar, , et al., Oral cancer: Etiology and risk factors: A review. J Cancer Res Ther, 2016. 12(2): p. 458-63.
  1. Petti, S., Lifestyle risk factors for oral cancer. Oral Oncol, 2009. 45(4-5): p. 340-50.
  2. Shah, J.P., N.W. Johnson, and J.G. Batsakis, Etiology and risk factors for oral cancer, in Oral Cancer. 2003, Taylor & Francis Ltd: London, United Kingdom. p. 33-74.
  3. Humans, I.W.G.o.t.E.o.C.R.t., Tobacco smoke and involuntary smoking, in IARC Monogr Eval Carcinog Risks Hum. 2004. p. 1-1438.
  4. Sankaranarayanan R., et al., Oral Cancer: Prevention, Early Detection, and Treatment, in Disease Control Priorities, Gelband H., et al., Editors. 2015, The World Bank: Washington (DC).
  5. Cancer), I.I.A.f.R.o., IARC Monographs on the Evaluation of Carcinogenic Risks to Humans,, in Alcohol Consumption and Ethyl Carbamate. 2010, IARC: Lyon, France.
  6. Radoi, L., et al., Tobacco smoking, alcohol drinking and risk of oral cavity cancer by subsite: results of a French population-based case-control study, the ICARE study. Eur J Cancer Prev, 2013. 22(3): p. 268-76.
  7. Pavia, M., et al., Association between fruit and vegetable consumption and oral cancer: a meta-analysis of observational studies. Am J Clin Nutr, 2006. 83(5): p. 1126-34.
  8. Piemonte, E.D., J.P. Lazos, and M. Brunotto, Relationship between chronic trauma of the oral mucosa, oral potentially malignant disorders and oral cancer. J Oral Pathol Med, 2010. 39(7): p. 513-7.

 

Kredit Foto : medicalnewstoday

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Dr. Syed Nabil Bin Syed Omar Al-SaggafInfo KesihatanJabatan Bedah Mulut & MaksilofasialKanser MulutUKM
ShareTweetShare
Previous Post

Covid19: Adakah Pemulihan Alam Waktu Ini Kekal Atau Hanya Sementara?

Next Post

Pakar Kebarangkalian Dinobatkan Sebagai Pemenang Hadiah Abel 2020

Saiful Bahari

Saiful Bahari

Related Posts

Kesihatan Mental Pesakit COVID-19 Di Unit Rawatan Rapi (ICU), Entiti Yang Hampir Dilupakan
Berita & Peristiwa

Kesihatan Mental Pesakit COVID-19 Di Unit Rawatan Rapi (ICU), Entiti Yang Hampir Dilupakan

18 hours ago
Pepatah Berkepit Macam Belangkas: Satu Tinjauan Saintifik
Alam Semulajadi

Pepatah Berkepit Macam Belangkas: Satu Tinjauan Saintifik

1 day ago
Burung Nokturnal: Burung Hantu, Burung Tukang dan Burung Segan
Alam Semulajadi

Burung Nokturnal: Burung Hantu, Burung Tukang dan Burung Segan

2 days ago
Inovasi Pengusaha Kolam Udang Mencipta Alat Pengukur Kekeruhan Air
Alam Semulajadi

Inovasi Pengusaha Kolam Udang Mencipta Alat Pengukur Kekeruhan Air

2 days ago
Next Post
Pakar Kebarangkalian Dinobatkan Sebagai Pemenang Hadiah Abel 2020

Pakar Kebarangkalian Dinobatkan Sebagai Pemenang Hadiah Abel 2020

  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengapa Manusia tersedu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rumah Tradisional Melayu: Antara Seni, Sains & Realiti

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bagaimanakah Melegakan Sedu Semasa Berpuasa?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

Majalah Sains © 2020

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

Majalah Sains © 2020

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In