23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Tuesday, March 17, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Karbon Biru Senjata Bumi Melawan Perubahan Iklim

Karbon Biru Senjata Bumi Melawan Perubahan Iklim

Editor by Editor
06/04/2023
in Alam Semulajadi, Berita & Peristiwa
0 0
0

Penulis:
Athirah Binti Abd Halim dan Dr. Chee Su Yin
Pusat Kajian Kelestarian Global, Universiti Sains Malaysia

Karbon biru merupakan karbon yang wujud di ekosistem laut dan tersimpan di persisiran pantai. Ekosistem pesisiran pantai menyerap karbon dari atmosfera dan lautan lalu menyimpannya di dalam paya bakau, paya garam, rumput laut, biojisim yang hidup di atas tanah seperti daun, batang dan biojisim yang hidup  bawah tanah seperti akar. Karbon yang diserap di laut berbeza daripada karbon hijau yang diserap di darat. Karbon biru yang diserap di persisiran pantai dapat disimpan selama beberapa juta tahun lamanya berbanding yang tersimpan di atas darat. Laut merupakan penyerap karbon yang terbesar di dunia melebihi karbon hijau di daratan. Sekurang-kurangnya 55% karbon telah diserap oleh organisma yang hidup di laut berbanding di darat.

Karbon boleh terbahagi kepada dua jenis iaitu Autochthonous Carbon dan  Allochthonous carbon. Autochthonous Carbon ialah karbon yang dihasilkan oleh laut dan diserap oleh tumbuhan melalui proses fotosintesis yang disimpan sebagai tisu tumbuhan. Manakala,   Allochthonous Carbon merupakan karbon yang dihasilkan oleh ombak di laut, pesisir pantai dan juga air pasang surut yang membawa organik karbon daripada ekosistem sekitarnya .

Karbon biru amatlah penting bagi menjaga kestabilan gas rumah hijau (GHG) yang terancam disebabkan oleh pembangunan, sosial, ekonomi yang berlaku di persisiran pantai, sehingga menyebabkan sedimen yang menyerap karbon terdedah kepada atmosfera dan membebaskan  karbon dioksida (CO2) ke atmosfera. Hal ini mengakibatkan berlakunya terganggu biodiversiti dan menyebabkan perubahan iklim yang kritikal.

Pengawalan GHG yang terhasil daripada penggunaan tanah mestilah diukur untuk mengurangkan dampak perubahan iklim dengan melakukan aktiviti pemuliharaan yang memerlukan inventori karbon biru. Contoh aktiviti bagi memulihkan persisiran pantai ialah penanaman pokok bakau. Ia membantu bagi mengelakkan berlakunya hakisan tanah dan sekaligus dapat mengecilkan ombak. Ia juga dapat mengelakkan berlakunya tsunami di samping dapat menyediakan tempat baru kepada habitat laut.

Salah satu contoh ekosistem karbon biru yang terkenal di Malaysia ialah Hutan Simpan Paya Bakau Matang, Perak.  Hutan ini juga telah dinobatkan sebagai Hutan Simpan Kekal pada tahun 1906 dan diuruskan oleh Jabatan perhutanan  dan ianya telah menjadi salah satu tarikan pelancong di Perak. Antara spesies pokok bakau yang terdapat di hutan ini ialah genus Avicennia dan Sonneratia.

Hutan paya bakau ini berperanan sebagai pelindung alam semula jadi daripada bencana alam seperti tsunami, ribut, serta angin kencang yang memberi impak bencana kepada sesuatu kawasan. Hal ini kerana hutan paya bakau dapat mengurangkan kesan gelombang besar dari arah laut. Ianya juga berfungsi dalam mempengaruhi pergerakan udara atau ribut yang bertiup kencang. Selain itu, hutan bakau ini berperanan sebagai sempadan antara laut dan darat kerana mampu untuk mengurangkan kadar hakisan disebabkan ombak. Pokok paya bakau yang mempunyai akar jangkang berperanan untuk memberi sokongan kepada tanah. Di samping itu, ianya juga berperanan sebagai tempat perlindungan habitat marin seperti ikan, ketam, kerang, udang dan banyak lagi. Hutan paya bakau juga berfungsi sebagai pusat pelancongan di samping dapat menyediakan sumber ekonomi kepada masyarakat setempat.

Salah satu contoh lagi ekosistem karbon biru yang terkenal ialah di Australia Tenggara iaitu ekosistem paya garam. Tumbuhan paya garam di Australia ini mempunyai pelbagai spesies tumbuhan berdasarkan kriteria stuktur dan floristik. Terdapat  130 spesies asli dan 121 spesies eksotik yang telah membentuk sekurang-kurangnya tujuh bentuk struktur paya garam di Australia yang didominasi oleh tumbuhan herba, rumput dan pokok renek. Di dalam ekosistem ini, kebanyakan stok karbon disimpan di dalam lapisan bawah tanah melalui akar. Paya garam berperanan untuk mengekalkan kualiti air dengan menyerap dan menapis sedimen dan nutrien yang berlebihan. Proses ini dapat membantu untuk mengurangkan pencemaran di persisiran pantai. Ekosistem paya garam yang mengalami pasang surut ini juga penting bagi organisma-organisma yang kecil kerana ianya dapat melindungi daripada pemangsa yang besar. Keadaan pasang surut menyebabkan pemangsa tidak dapat bertahan kerana paras oksigen yang kurang.

Seterusnya, ekosistem rumpai laut. Antara tempat yang terbesar ekosistem rumpai laut ialah di Filipina. Sebanyak 23% bersamaan 59,000 ha kawasan daripada keseluruhan Filipina telah digunakan untuk penternakan rumpai laut. Hal ini menunjukkan Filipina berpotensi luas dalam penternakan ini. Hampir 90% daripada rumpai laut yang diternak aadalah daripada jenis Kappaphycus alvarezii, Eucgeuma spinosum dan Gracilaria. Kebanyakan tumbuhan-tumbuhan ini dapat dijumpai di kepulauan Mindanao di bahagian selatan Filipina kerana kawasan ini tidak dilanda angin taufan. Di dalam ekosistem ini, tempat penyimpanan karbon yang terbesar ialah di bawah tanah dan kebiasaannya rumpai laut akan diabaikan kerana akan dibawa air pasang ataupun akan di kompos. Peranan rumpai laut ialah membekalkan habitat perlindungan, pembiakan, pembesaran dan makanan buat ribuan spesies marin seperti tapak sulaiman, ikan-ikan kecil dan alga kecil. Rumpai laut juga dapat bertindak sebagai benteng untuk mengurangkan daya ombak yang boleh mengakibatkan tsunami dan dapat menahan hakisan pesisir pantai.

Setelah mengetahui kepentingan karbon biru ini, pelbagai usaha yang dijalankan di seluruh dunia bagi memulihara ekosistem karbon biru ini. Antara usaha yang dilakukan bagi memulihara ekosistem karbon biru di peringkat tempatan  adalah di negeri Sabah, Malaysia. Negeri Sabah mempunyai pelbagai jenis ekosistem karbon biru seperti paya bakau, dataran berlumpur, dan rumpai laut yang mempunyai banyak spesies hidupan liar dan tumbuhan yang sekaligus menjadi satu kegiatan ekonomi bagi rakyat  di Sabah. Terdapat beberapa tindakan yang perlu diambil bagi memulihara dan mengurusi ekosistem ini. Pihak berkuasa sedang membangunkan pengaturan tadbir urus yang kukuh bagi memulihara ekosistem biru ini dan penggunaan yang bijak pada pelbagai peringkat dan sektor. Antara langkah yang dijalankan ialah menyedarkan masyarakat sekitar akan kepentingan karbon biru. Masyarakat sekitar juga masih kurang peka akan kesedaran kepentingan karbon biru ini terhadap alam sekitar.

Di samping itu, pasaran pertukaran karbon perlu lebih berkembang untuk mengatasi kesan GHG di Malaysia. Dengan berbuat demikian, Malaysia perlu membina undang-undang pertukaran karbon untuk memasarkan karbon ini supaya dapat menjadi  peneraju di pasaran ini. Perdagangan kredit karbon ialah sistem berasaskan pasaran yang direka untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau yang menyumbang kepada pemanasan global, terutamanya karbon dioksida, dengan mewujudkan insentif kewangan untuk berbuat demikian.

Selain itu, di peringkat antarabangsa Malaysia terlibat dengan Intergovernmental Oceanographic Commission (IOC) UNESCO untuk melindungi, mengurus atau memulihkan ekosistem karbon biru global untuk menangani perubahan iklim. Blue Carbon Initiative (BCI) anjuran bersama IOC, Conservation International (CI) dan International Union for Conservation of Nature (IUCN) berfungsi untuk membangunkan pendekatan pengurusan, insentif kewangan dan mekanisme dasar untuk memastikan pemuliharaan dan penggunaan ekosistem karbon biru. Matlamat adalah untuk menyediakan forum terbuka untuk agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan, pertubuhan antara kerajaan dan institusi penyelidikan untuk berhubung, berkongsi dan bekerjasama untuk membina penyelesaian, mengambil tindakan, dan mendapat manfaat daripada pengalaman dan kepakaran komuniti global, dengan visi untuk melindungi, mengurus dan memulihkan ekosistem karbon biru pantai global secara mampan.

Kesimpulannya, ekosistem karbon biru penting bagi mengurangkan impak perubahan iklim dunia. Karbon biru mempunyai peranan yang amat besar dalam penyerapan karbon berbanding penyerapan karbon di darat. Usaha-usaha dalam memulihara ekosistem hutan paya bakau, paya garam, dan rumpai laut haruslah giat dijalankan bagi membendung proses kesan rumah hijau dan pemanasan global. Pihak kerajaan mahupun swasta hendaklah bersatu padu dalam menjaga ekosistem persisiran pantai dengan mengetatkan undang-undang dengan lebih efektif dan mengadakan pelbagai aktiviti untuk pemuliharaan ekosistem marin dan pantai. Masyarakat setempat juga hendaklah didedahkan akan kepentingan ekosistem ini agar mereka mempunyai kesedaran dalam menjaga persisiran pantai yang menjadi tempat penyimpanan karbon yang efektif di samping menampung sektor ekonomi masyarakat setempat. Semua pihak haruslah memainkan peranan penting dalam menjaga alam sekitar.

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: blue carbonkarbon biruUSM
ShareTweetShare
Previous Post

Kajian: Aktiviti Berjalan 8,000 Langkah Dua Kali Seminggu Kurangkan Risiko Kematian Penyakit Vaskular

Next Post

Alga dan Lumut: Adakah sama kedua-duanya?

Editor

Editor

Related Posts

Kepentingan Bahan Plastik/Polimer dalam Membentuk Dunia Moden
Berita & Peristiwa

Kepentingan Bahan Plastik/Polimer dalam Membentuk Dunia Moden

1 day ago
Antibiotik Tidak Lagi Berkesan? Memahami Ancaman Kerintangan Antimikrob (AMR) Dalam Patogen Penyakit
Berita & Peristiwa

Antibiotik Tidak Lagi Berkesan? Memahami Ancaman Kerintangan Antimikrob (AMR) Dalam Patogen Penyakit

1 day ago
Peranan Jangkitan Virus dalam Perkembangan Kanser
Berita & Peristiwa

Peranan Jangkitan Virus dalam Perkembangan Kanser

1 day ago
Spesies Asing Invasif di Malaysia
Alam Semulajadi

Spesies Asing Invasif di Malaysia

2 days ago
Next Post
Alga dan Lumut: Adakah sama kedua-duanya?

Alga dan Lumut: Adakah sama kedua-duanya?

Kategori Produk

  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In