23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Monday, August 15, 2022
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Karies: Cegah atau Rawat?

Info Sains Pergigian

Saiful Bahari by Saiful Bahari
23/12/2021
in Berita & Peristiwa, Perubatan & Kesihatan
0 0
0

Oleh: Dr Rosnani Mamat & Dr Huwaina Abd Ghani
Pusat Pengajian Sains Pergigian, Universiti Sains malaysia

 

Karies dan Pandemik Covid-19

Pandemik Covid-19 bukan sahaja menjejaskan ekonomi negara malah memberi impak yang agak besar dalam bidang kesihatan termasuk pergigian. Temujanji pesakit terpaksa dihadkan dan keutamaan rawatan diberikan kepada kes-kes kecemasan sahaja. Ini berlaku bagi menggelakkan hubungan secara dekat dan langsung antara pesakit dan perawat.

Memandangkan pemeriksaan gigi secara berkala terpaksa dihadkan, maka beberapa kajian telah dijalankan untuk melihat impak pandemik ini kepada kesihatan mulut di kalangan masyarakat. Hasil kajian menunjukkan kekerapan menggosok gigi telah menurun dengan alasan mereka hanya berada di rumah dan tiada aktiviti sosial, maka kebersihan mulut tidak diutamakan. Malah kadar pengambilan makanan juga meningkat dan kualiti tidur juga turut terjejas. Secara tidak langsung, keadaan ini telah menyumbang kepada peningkatan peratus karies di kalangan masyarakat.

Karies adalah perkataan yang agak sinonim dan lebih dikenali sebagai ‘gigi berlubang’ di kalangan masyarakat kita. Tahukah anda maksud sebenar karies? Kamus Dewan Edisi Keempat mendefinisikan karies sebagai kerosakan atau keadaan busuk pada gigi dan tulang. Sejak kecil, kita selalu disajikan dengan iklan mengenai kepentingan penggunaan ubat gigi berfluorida untuk mengelakkan pembentukan kaviti pada permukaan gigi. Karies bukan hanya memberi masalah pada gigi tetapi boleh memberi kesan kepada kesihatan badan. Apabila gigi sakit, keupayaan untuk makan akan menurun dan menyebabkan kekurangan zat nutrisi kepada badan. Ini akan menyebabkan sistem ketahanan badan berada pada tahap yang rendah dan tidak mampu melawan jangkitan virus dan bakteria.

Masalah gigi berlubang boleh dialami oleh semua golongan masyarakat tidak kira kanak-kanak atau dewasa. Ianya boleh berlaku pada gigi susu atau gigi kekal. Tahukah anda yang pembentukan karies bukan bermula hanya apabila terjadinya kaviti pada permukaan gigi tetapi ianya bermula daripada pembentukan tompokan putih yang dikenali sebagai “white spot lesions“.

 

Bagaimanakah karies gigi terjadi?

Lapisan nipis yang dikenali sebagai plak sentiasa terbentuk pada permukaan gigi. Lapisan ini didiami oleh mikroorganisma yang tersedia ada di dalam mulut kita. Terdapat 700 spesis mikroorganisma yang berbeza di dalam mulut dan membentuk ekosistem yang sangat unik. Mikroorganisma ini memang diperlukan untuk membantu penguraian makanan, penyerapan zat nutrisi dan membersih permukaan gigi.

Ekosistem ini akan terganggu apabila berlaku perubahan pada persekitaran mulut seperti suhu, pH dan sistem ketahanan badan kita. Apabila kita mengambil makanan atau minuman yang mengandungi gula, gula tersebut akan digunakan oleh mikroorganisma untuk menghasilkan asid. Asid yang melekat pada permukaan gigi akan melembutkan lapisan gigi melalui proses yang dinamakan proses demineralisasi. Sekiranya proses ini berterusan dan tidak dineutralkan, maka pembentukan karies akan berlaku. Oleh itu, langkah pencegahan dan rawatan diperlukan supaya proses pembentukan karies dapat dihentikan.

 

Cegah atau rawat ?

Umumnya masyarakat selalu berfikir yang rawatan pada karies gigi adalah tampalan sahaja. Tahukah anda bahawa ianya tidak lagi begitu. Dengan perkembangan teknologi dan kajian yang diperluaskan, kaedah rawatan untuk masalah karies gigi telah bertambah baik. Garis panduan rawatan yang diberikan bukan sekadar mengawal proses karies malah mencegahnya daripada peringkat awal lagi.

Protokol rawatan klinikal telah diperkenalkan pada tahun 2012 di bengkel pengurusan karies Temple University untuk memberi rawatan pada masalah karies dengan lebih komprehensif. Jika terdapat karies di dalam mulut, keputusan untuk ditampal atau tidak berdasarkan kepada saiz, kedalaman dan status karies yang terbentuk dan faktor risiko yang menyumbang kepada pembentukannya. Faktor risiko ini terbahagi kepada dua iaitu tinggi dan rendah seperti gambar rajah 1 di bawah:

 

Gambar Rajah 1. Jenis Faktor Risiko

 

Perancangan rawatan yang spesifik sangat penting bagi memastikan doktor gigi dapat merawat masalah karies ini bermula dari puncanya. Ini akan menghasilkan kesihatan yang lebih optimum dan dapat mencegah daripada karies gigi yang berulang. Maka, rawatan yang disyorkan adalah berdasarkan pengkelasan pesakit sama ada kategori rendah, sederhana atau tinggi seperti dirumuskan dalam gambar rajah 2.

 

 

Gambar Rajah 2. Rawatan Karies Gigi

 

Rawatan pencegahan iaitu menggunakan ubat gigi yang berfluorida, kumuran atau sapuan berfluorida sangat ditekankan kerana dipercayai dapat meneutralkan asid yang dihasilkan oleh bakteria, yang juga dikenali sebagai proses remineralisasi., Pembentukan karies pada peringkat awal dapat mencegah apabila proses remineralisasi berlaku. Bukan itu sahaja, malahan dalam masa yang sama, dapat mengurangkan kos rawatan, menjimatkan masa pesakit dan perawat dan memastikan sistem ketahanan badan pada tahap yang maksimum. Seperti kata pepatah “Mencegah itu lebih baik daripada merawat”.

 

Kredit Foto : todaysrdh

 

 

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Dr Huwaina Abd GhaniDr Rosnani Mamatkaries gigiPusat Pengajian Sains PergigianUniversiti Sains Islam Malaysia
ShareTweetShare
Previous Post

Asid Benzoik Dalam Makanan

Next Post

Inovasi IVC Protector Bantu Kurangi Sakit Penggunaan Cannula

Saiful Bahari

Saiful Bahari

Related Posts

Pasukan Inovasi SEBARU Hasilkan “AnaSer-iii”: Produk Larvicidal Bergred Makanan untuk Kawalan Pembiakan Nyamuk
Berita & Peristiwa

Pasukan Inovasi SEBARU Hasilkan “AnaSer-iii”: Produk Larvicidal Bergred Makanan untuk Kawalan Pembiakan Nyamuk

2 hours ago
Pengvisualan dan Penceritaan Membawa Makna kepada Data
Berita & Peristiwa

Pengvisualan dan Penceritaan Membawa Makna kepada Data

1 week ago
Ektoparasit pada Haiwan Peliharaan Anda
Alam Semulajadi

Ektoparasit pada Haiwan Peliharaan Anda

1 week ago
Memperkasakan Produktiviti Ternakan Melalui Teknik Penyelarasan Estrus Bagi Menjamin Sekuriti Makanan Negara
Berita & Peristiwa

Memperkasakan Produktiviti Ternakan Melalui Teknik Penyelarasan Estrus Bagi Menjamin Sekuriti Makanan Negara

2 weeks ago
Next Post
Inovasi IVC Protector Bantu Kurangi Sakit Penggunaan Cannula

Inovasi IVC Protector Bantu Kurangi Sakit Penggunaan Cannula

  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengapa Manusia tersedu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • ‘Monday Blues’ – Fakta atau Mainan Psikologi?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2022

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2022

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In