23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Sunday, November 9, 2025
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Keajaiban Fungsi Air Liur Manusia

Keajaiban Fungsi Air Liur Manusia

Editor by Editor
31/05/2024
in Berita & Peristiwa, Perubatan & Kesihatan
0 0
0

Oleh: Siti Nur Rasyidah Md Ramli
Pensyarah Biokimia, Jabatan Sains Asas
Fakulti Pergigian, Universiti Sains Islam Malaysia

Pernahkah anda terfikir tentang air liur? Ia memang sentiasa ada dalam mulut kita, tetapi jarang yang mengambil tahu mengenainya. Mari kita sama-sama terokai keajaiban air liur manusia.

 

Apa itu air liur?

Air liur atau saliva adalah cecair jernih yang dihasilkan oleh kelenjar air liur Air liur mengandungi hampir 99% air dan selebihnya terdiri daripada protein, enzim, hormon, elekrolit dan juga biopenanda. Setiap hari, mulut menghasilkan kira-kira 1 hingga 1.5 liter air liur.

Kenapa kita perlukan air liur?

Kita seringkali tidak menyedari betapa pentingnya air liur dalam kehidupan seharian kita. Jom kita lihat beberapa fungsi utama air liur.

Membantu penghadaman

Air liur adalah langkah pertama dalam proses penghadaman? Enzim amilase dalam air liur membantu memecahkan karbohidrat kompleks kepada molekul-molekul yang lebih kecil. Ini menjadikan makanan lebih mudah dihadam dan menjadi sumber tenaga apabila diserap oleh tubuh.

Melindungi gigi

Air liur bertindak seperti pengawal keselamatan untuk gigi kita. Ia mengandungi mineral seperti kalsium dan fosfat yang menguatkan enamel gigi dan mencegah gigi berlubang. Ia juga membantu menyingkirkan sisa makanan dan plak dari gigi.

Menjaga kesimbangan pH

Air liur membantu menjaga keseimbangan pH dalam mulut dan pada masa yang sama meneutralkan asid yang dihasilkan oleh bakteria dalam mulut. Ini mengurangkan risiko gigi berlubang dan penyakit gusi.

Membasahkan mulut

Air liur berfungsi membasahkan mulut, menjadikan ia lebih mudah untuk bercakap, mengunyah, dan menelan makanan. Bayangkan kalau mulut kita kering – pasti sukar dan tidak selesa!

Melindungi mukosa mulut

Mukosa mulut kita adalah lapisan lembut dalam mulut yang mudah tercedera. Air liur membantu melindungi mukosa mulut daripada kecederaan, dan juga mempercepatkan proses penyembuhan jika ada luka atau ulser.

Antibakteria dan antiviral

Air liur mengandungi komponen antibakteria seperti lisozim, laktoferin dan immunoglobulin yang sangat penting dalam membantu melindungi mulut dari jangkitan bakteria dan virus.

Pengesan penyakit

Air liur kita sebenarnya mengandungi enzim, hormon, antibodi, dan mikroorganisma. Oleh itu air liur sesuai digunakan untuk ujian diagnostik penyakit. Selain itu, pengambilan sampel air liur lebih mudah berbanding pengambilan darah.

Fakta Menarik Tentang Air Liur

  • Air liur anjing: Pernah nampak tak anjing menjelirkan lidah dan melelehkan air liur? Ini kerana mereka tidak berpeluh seperti manusia. Air liur membantu menyejukkan badan mereka.

 

  • Air liur dan rasa:Air liur juga membantu kita merasai makanan dengan lebih baik. Tanpa air liur, lidah kita tidak dapat mengenalpasti rasa manis, masam, masin, umami atau pahit dengan betul.

 

  • Air liur basi: Pernah tak anda bangun pagi dengan mulut berbau tak sedap? Itu air liur basi! Biasanya bau dan rasa air liur basi membuatkan seseorang tidak selesa disebabkan bakteria dan sisa makanan terkumpul dalam mulut sepanjang malam. Bakteria ini memcahkan sisa makanan dan hasilkan sulfur yang membuatkan mulut berbau.

 

  • Pelindung semula jadi: Air liur mengandungi bahan-bahan antimikrob yang membantu melawan kuman dan mencegah jangkitan dalam mulut. Hebat, kan?

 

Kuantiti air liur yang berlebihan atau terlalu sedikit boleh menjadi petunjuk kepada masalah kesihatan.

Masalah air liur berlebihan

Penghasilan air liur yang berlebihan boleh menunjukkan keadaan seperti kehamilan, jangkitan dalam mulut, refluks asid atau penyakit neuromuskular.

 

Masalah Kekurangan Air Liur

Ada sesetengah orang mengalami masalah kekurangan air liur, yang dikenali sebagai xerostomia atau mulut kering. Masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti:

  • Dehidrasi:Kekurangan air boleh menyebabkan mulut kering.
  • Ubat-ubatan: Sesetengah ubat boleh mengurangkan pengeluaran air liur atau kesan dari rawatan kemoterapi.
  • Penyakit: Penyakit seperti sindrom Sjogren, anemia, darah tinggi dan diabetes boleh menyebabkan mulut kering.

Mulut kering bukan sahaja tidak selesa, tetapi juga boleh meningkatkan risiko kerosakan gigi dan jangkitan mulut. Justeru, pastikan anda meminum air yang cukup.

 

Tips menjaga air liur dan kesihatan mulut

Berikut adalah beberapa tips mudah untuk menjaga kesihatan air liur dan mulut:

  • Minum air secukupnya: Pastikan anda meminum air yang mencukupi setiap hari untuk kekal hidrasi.
  • Kurangkan gula: Gula adalah musuh utama gigi. Kurangkan makanan dan minuman manis untuk melindungi gigi dan mengelakkan kerosakan.
  • Elakkan makanan dan minuman yang boleh buat mulut berbau: makanan yang boleh buat mulut berbau termasuk bawang putih, bawang merah, jering, petai, durian, teh, dan kopi
  • Berus gigi dan flos:Berus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari dan gunakan flos untuk membersihkan celah-celah gigi.
  • Lawat doktor gigi:Jangan lupa buat janji temu dengan doktor gigi setiap enam bulan untuk pemeriksaan gigi.
  • Elakkan rokok dan alkohol: Merokok dan minum alkohol boleh mengurangkan pengeluaran air liur dan merosakkan kesihatan mulut.

Kesimpulan

Air liur mungkin bunyinya suatu isu yang biasa, tetapi ia memainkan peranan yang sangat penting dalam kesihatan mulut dan keseluruhan badan kita. Dengan memahami betapa pentingnya air liur dan bagaimana untuk menjaganya, kita boleh memastikan mulut kita kekal sihat dan segar.

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: fungsi air liurkesihatanUSIM
ShareTweetShare
Previous Post

Syarahan Umum: Pengenalan Pengkomputeran Kuantum

Next Post

Sindrom Gigi Retak

Editor

Editor

Related Posts

Vape dan Kesihatan Mulut Remaja
Berita & Peristiwa

Vape dan Kesihatan Mulut Remaja

1 week ago
Pengembaraan Matematik Si Bulus Penjelajah Dengan Algoritma Dijkstra
Berita & Peristiwa

Pengembaraan Matematik Si Bulus Penjelajah Dengan Algoritma Dijkstra

2 weeks ago
Retak Rapuh (fragility fracture): Ancaman Senyap Tulang Lemah
Berita & Peristiwa

Retak Rapuh (fragility fracture): Ancaman Senyap Tulang Lemah

2 weeks ago
Tarikan Warga Emas: Permainan Interaktif Menjadi Pilihan Meniti Hari Tua
Berita & Peristiwa

Tarikan Warga Emas: Permainan Interaktif Menjadi Pilihan Meniti Hari Tua

2 weeks ago
Next Post
Sindrom Gigi Retak

Sindrom Gigi Retak

Kategori Produk

  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In