23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Sunday, June 15, 2025
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Keajaiban Sains dalam Memacu Inovasi Malaysia

Sempena Majlis Pelancaran Minggu Sains Negara 2020 Peringkat Negeri Sembilan

Adee by Adee
06/09/2020
in Berita & Peristiwa
0 0
0

Oleh: Prof. Madya Dr. Nurfadhlina Mohd Sharef
Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Putra Malaysia

Minggu Sains Malaysia Peringkat Negeri Sembilan 2020 telah berlangsung di Dewan Biduanda, UiTM Rembau pada 5 September 2020. Acara anjuran Kementerian Sains dan Teknologi (MOSTI) ini selalunya diadakan pada minggu pertama bulan April. Namun oleh kerana wabak COVID-19, sambutan tahun ini perlu diubahsuai mengikut keadaan semasa dan pematuhan kepada Tatacara Pengendalian Piawai (Standard Operating Procedure atau SOP) ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Sambutan ini merupakan kelangsungan keraian cinta kepada sains di Malaysia. Pada tahun ini ia dilaksanakan secara sederhana di dalam kelaziman baharu sebagai kesinambungan melestarikan kesejahteraan rakyat Malaysia menangani cabaran COVID-19.

Program diserikan dengan pelbagai aktiviti merangkumi pameran, pertandingan, bengkel dan seminar kelolaan beberapa agensi dan badan berkanun di bawah naungan MOSTI, seperti Akademi Sains Malaysia (melalui Young Scientist Network; YSN-ASM), Agensi Nuklear Malaysia, Technology Park Malaysia (TPM), Pusat Nanoteknologi Kebangsaan, MIMOS, LESTARI, MaGIC, Pusat Sains Negara, Planetarium Negara dan pelbagai lagi pihak terlibat.

Urusetia dan sukarelawan daripada YSN-ASM yang terlibat sepanjang Kembara STIE dengan dua aktiviti menarik; ‘Who Killed Manitaraj?’ dan ‘Adakah Anda Manusia atau Kecerdasan Buatan’?
Teknologi realiti maya menanti pengunjung di reruai Pusat Nanoteknologi Kebangsaan

Acara perasmian telah disantuni oleh YB Khairy Jamaluddin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi. Di dalam ucapan perasmiannya, YB Khairy Jamaluddin telah menekankan suatu rangkap inspirasi yang perlu dihayati oleh rakyat Malaysia di dalam menjiwai pencapaian sains sedia ada dan mengembangkan lagi potensi inovasi rakyat Malaysia. Rangkap keramat itu ialah “rakyat Malaysia kini sudah percaya kepada sains dan nasihat pakar sains”. Fakta ini berpunca daripada kejayaan Malaysia menangani COVID-19 dengan baik kerana percaya dan patuh kepada panduan daripada kajian sains.

Rakyat menuruti arahan kawalan kesihatan dan keselamatan dengan memakai penutup muka dan menjaga jarak fizikal. Pada mulanya, ramai menyangka pelitup muka adalah bagi melindungi diri daripada jangkitan. Tetapi setelah mendalami fakta bahawa tujuan pelitup muka adalah bagi mengawal risiko jangkitan daripada merebak kerana pelitup muka berupaya menapis titisan air daripada keluar ke permukaan udara, rakyat terus bekerjasama. Jarak satu meter yang disarankan adalah merupakan penemuan daripada kajian sains. Menurut YB KJ, ini merupakan petanda positif bahawa Malaysia boleh menjadi sebuah negara yang saintifik kerana kita mempunyai amalan baik dalam sains. Fenomena yang memberangsangkan ini amat bertepatan dengan tema Minggu Sains Negara tahun ini iaitu “Keajaiban Sains”.

Antara aktiviti-aktiviti menarik untuk kanak-kanak menghayati kepentingan sains di luar Dewan Biduanda, UiTM Rembau

Tema ini dipilih bagi menginspirasikan generasi muda, khasnya pelajar sekolah, mahasiswa, belia dan remaja, serta terus merangsang budaya cinta sains di kalangan masyarakat segenap pelosok umur. Sokongan dan minda positif di kalangan masyarakat tentang kepentingan dan peranan sains amat penting bagi menggalakkan rakyat Malaysia berinovasi. Pelbagai inisiatif menangani cabaran perkembangan sains dilaksanakan seperti kolaborasi merentas kementerian dan industri. Namun, antara faktor yang menghantui lonjakan sains adalah kekurangan dana bagi menjalankan kajian dan membangunkan inovasi. Selain itu, stigma dan realiti bahawa graduan bidang sains sukar mendapat pekerjaan perlu diperbaiki dengan mempelbagaikan pilihan penjanaan sumber pendapatan. Kajian dan pengkomersilan hasil inovasi baharu berdasarkan khazanah flora dan fauna tempatan boleh terus diterokai bagi membuka pasaran baharu. Penerimaan masyarakat bagi perubahan hidup yang mengutamakan sains merupakan penyumbang kepada perkembangan ekonomi sektor ini.

Dron pertanian dan semi-ventilator merupakan antara beberapa inovasi tempatan yang diketengahkan sepanjang majlis pelancaran

Simbiosis di antara perkhidmatan konsumerisme yang bermutu dan kepercayaan daripada masyarakat mampu membuatkan negara bertransformasi berpaksikan inovasi sains dan teknologi. Contoh lain penanda aras pencapaian kesepaduan negara dalam amalan inovasi sains dan teknologi adalah berkembangnya industri pelancongan dan makanan hasil sumbangan ulasan pengalaman sumber khalayak (crowdsourcing). Pengguna berkongsi ulasan di media sosial berkenaan pengalaman bercuti di sesuatu tempat dan makan di sesuatu restoran. Analisis pendapat dan komen pengguna di media sosial ini dirumuskan oleh pelbagai aplikasi seperti TripAdvisor yang dirujuk oleh orang ramai. Hasilnya bilangan pengunjung ke lokasi dengan skor kepopularan yang tinggi semakin bertambah dan perniagaan semakin maju. Kualiti perkhidmatan ditambahbaik termasuk kemudahan asas dan kaedah perhubungan dengan pelanggan. Saiz pasaran semakin meluas dan secara tidak langsung menyumbang kepada perkembangan ekonomi penyedia setempat dan berdekatan. Rakyat yang berkongsi pendapat secara tidak langsung membentuk komuniti dalam talian yang berkongsi minat. Asas kepada kejayaan penerimaan teknologi aplikasi dalam talian ini adalah sains gastronomi dan sains komputer. Penggunaan aplikasi dalam talian oleh khalayak ramai juga merupakan salah satu resepi penting kejayaan kawalan penularan wabak COVID-19 di Malaysia.

COVID-19 adalah rahmat petunjuk bagi memangkin transformasi inovasi negara berdasarkan sains dan teknologi. Gaya hidup yang berubah di dalam kelaziman baharu telah merancakkan sektor ekonomi yang baharu seperti perniagaan dalam talian dan perkhidmatan hantar ke rumah. Kepadatan ruang fizikal kini dikurangkan bagi memberi keselesaan dan menjamin keselamatan, sesuai dengan SOP semasa. Aplikasi dalam talian seperti Zoom dan Google Meet digunakan bagi memudahkan tugasan dan aktiviti kolaborasi diteruskan. Hubungan silaturrahim juga terus utuh walaupun berbeza dan berjauhan dari segi lokasi. Aktiviti perkongsian ilmu secara dalam talian secara percuma oleh komuniti baharu yang terbentuk secara organik dan sukarela menandakan budaya cintakan ilmu.

Arahan penggunaan peranti pengukur suhu dan aplikasi bagi pemantauan keberadaan fizikal juga menjadi kewajiban yang tidak asing lagi. Rakyat Malaysia menjalankan penilaian kesihatan kendiri bagi menyokong pengawasan penularan wabak COVID-19. Selain daripada disiplin bagi merekod kehadiran di pelbagai lokasi, rakyat Malaysia juga sebenarnya mengamalkan penggunaan inovasi teknologi dalam kehidupan seharian, contohnya melalui penggunaan aplikasi MySejahtera. Kepatuhan ini secara automatik menyokong inisiatif kerajaan memanfaatkan kecanggihan teknologi Internet Pelbagai Benda (IPB) dan Data Raya.

Aplikasi MySejahtera membolehkan KKM mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan. Fungsian di dalam aplikasi MySejahtera seperti pengenalpastian risiko, visualisasi titik panas bilangan kes COVID-19, paparan pusat kesihatan terdekat berdasarkan pengesanan lokasi dan maklumat perhubungan pemberi kesihatan membudayakan peranan teknologi di dalam mengekalkan kesihatan dan keselamatan. Pihak berkuasa mendapat manfaat daripada data crowdsourcing bagi memutuskan rantaian jangkitan seterusnya menangani wabak COVID-19, manakala individu dibantu mengenal pasti tahap kesihatan mereka sepanjang penularan wabak COVID-19 dan tindakan yang perlu diambil jika dijangkiti COVID-19.

Selain mengekalkan kesepaduan dan keharmonian masyarakat, COVID-19 juga telah menjadi pemangkin kepada inovasi baharu. Bakat tempatan daripada komuniti, universiti dan industri telah menghasilkan kaedah yang memudahkan pengurusan berkaitan COVID-19, contohnya pembangunan aplikasi CoronaTracker bagi memantau penularan wabak COVID-19, pencetakan alatan pelindung muka menggunakan pencetak 3D dan penggunaan robot bagi menghantar makanan di hospital. Automasi menggunakan robot merupakan manfaat yang mengekalkan kualiti dan konsistensi perkhidmatan di hospital, di samping mengurangkan risiko penularan jangkitan. Maka, tidak hairan jika bilangan kes penularan COVID-19 di Malaysia jauh lebih rendah, berbanding daripada negara-negara maju.

Pengunjung majlis menerima pelindung muka percuma untuk mengurangkan risiko jangkitan virus Corona di kawasan umum

Sesungguhnya wujud pelbagai peluang baharu berdasarkan sains dan teknologi bagi menjadikan Malaysia kalis penularan COVID-19 dan sebarang risiko yang bakal menjejaskan kesejahteraan negara. Amalan negara lain yang mengaplikasikan sains dan teknologi pada skala lebih besar boleh dijadikan rujukan sejajar merancakkan insiatif Revolusi Industri 4.0. Contohnya penggunaan chatbot bagi mengautomasikan pertanyaan berkenaan COVID-19 dan penggunaan dron bagi penghantaran produk jual beli dalam talian. Formula kemampanan dan kelestarian kesejahteraan bangsa dan negara di dalam hal ini bergantung kepada sumber insan yang mempunyai pengetahuan tinggi dan kemahiran sains dan teknologi. Kemakmuran negara adalah sinonim dengan muafakat rakyat.

Oleh itu, penganjuran Minggu Sains Negara 2020 amat bertepatan dengan keperluan bagi membudayakan kefahaman serta perkembangan inovasi sains dan teknologi di Malaysia. Tahniah diucapkan kepada pasukan penggerak program di atas kejayan menganjurkan program ini. Semoga usaha bagi memantapkan penerimaan dan pembudayaan sains akan berterusan bagi memastikan sasaran Malaysia menjadi negara maju dapat dicapai.

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: minggu sains negaraUniversiti Putra Malaysia
ShareTweetShare
Previous Post

Kulat Entomopatogen

Next Post

Menyuburkan Amalan Kelestarian Islam melalui Wakaf Air

Adee

Adee

Related Posts

HARI LAUTAN SEDUNIA: Dunia Tersembunyi Karang Mesofotik di Lautan Dalam
Alam Semulajadi

HARI LAUTAN SEDUNIA: Dunia Tersembunyi Karang Mesofotik di Lautan Dalam

18 hours ago
HARI LAUTAN SEDUNIA: Siapa Sangka ‘Tanah Mati’ Ini Sebenarnya Menyimpan Ubat Masa Depan
Alam Semulajadi

HARI LAUTAN SEDUNIA: Siapa Sangka ‘Tanah Mati’ Ini Sebenarnya Menyimpan Ubat Masa Depan

2 days ago
HARI LAUTAN SEDUNIA: Bahtera Bidong Dalam Sorotan Kajian Saintifik dan Sejarah Maritim Nusantara
Alam Semulajadi

HARI LAUTAN SEDUNIA: Bahtera Bidong Dalam Sorotan Kajian Saintifik dan Sejarah Maritim Nusantara

3 days ago
HARI LAUTAN SEDUNIA: Bukan Sahaja Ombak, Kini Lautan Bersuara Melalui Kelunturan Karangnya
Alam Semulajadi

HARI LAUTAN SEDUNIA: Bukan Sahaja Ombak, Kini Lautan Bersuara Melalui Kelunturan Karangnya

4 days ago
Next Post
Menyuburkan Amalan Kelestarian Islam melalui Wakaf Air

Menyuburkan Amalan Kelestarian Islam melalui Wakaf Air

Kategori Produk

  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In