23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Sunday, January 25, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Kecelaruan Jantina: Bagaimana Sains Dapat Membantu

Kecelaruan Jantina: Bagaimana Sains Dapat Membantu

Editor by Editor
21/08/2021
in Berita & Peristiwa, Perubatan & Kesihatan
0 0
0

Oleh: Nazlina Mohamad Isa
Institut Perubatan dan PergigianTermaju (IPPT),
Universiti Sains Malaysia (USM)

Dr. Siti Suriani Othman
Universiti Sains Islam Malaysia

Siapa sebenarnya golongan mak nyah atau pondan atau golongan kecelaruan jantina? Sering mendapat perhatian kerana gaya pemakaian dan cara bercakap, golongan ini ada kalanya disalah anggap. Amat penting untuk kita sedari bahawa golongan ini bukanlah golongan yang harus disisihkan kerana mereka juga menghadapi kecelaruan yang memerlukan sokongan kita untuk terus menghadapi kehidupan yang mencabar ini.

Kita semua maklum bahawa fitrah alam, manusia dilahirkan dengan jantina masing-masing. Namun, kita juga harus tahu bahawa ada segelintir manusia yang diuji dengan kecelaruan seksual iaitu tidak pasti jantina sama ada lelaki atau perempuan sejak dilahirkan. Ini adalah kerana fizikal organ genitalnya yang agak meragukan ketika dilahirkan. Golongan ini dikenali sebagai khunsa iaitu mempunyai dua alat kelamin untuk lelaki dan perempuan.

Namun, keraguan ini boleh dijawab dengan ujian analisis kromosom. Darah bayi yang diragukan jantinanya diambil sampel dan dihantar ke makmal perubatan untuk disahkan sama ada lelaki atau perempuan. Keputusan ujian 46,XX ialah keputusan ujian normal bagi perempuan, manakala, 46,XY ialah keputusan ujian normal bagi lelaki.

Di Malaysia, tidak banyak makmal perubatan yang menjalankan ujian ini. Salah satunya ialah Unit Genetik di Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang yang ditubuhkan pada 2006. Hingga kini, IPPT menerima sampel darah dari hospital-hospital kerajaan untuk dianalisis.  Proses ujiannya meliputi proses kultur, penuaian sel, pindahkan sel ke slaid, pewarnaan, mengambil gambar sel di sistem komputer, karyotip dan analisis sel. Keputusan ujian mengambil masa beberapa hari kerana melibatkan proses kerja yang agak rumit.

Setelah hampir lima belas tahun unit ini beroperasi, terdapat banyak kes yang melibatkan sampel untuk kecelaruan seksual diselesaikan. Jantina bayi dapat dipastikan sejak awal dan jika perlu, disusuli dengan rawatan doktor.

Namun, ada juga berlakunya penyakit genetik yang dikesan setelah memasuki alam dewasa. Contohnya bagi perempuan yang belum datang haid walaupun telah menjangkau berumur enam belas tahun. Ujian analisis kromosom ini turut dilakukan ke atas mereka. Jangan terkejut kerana ada yang mendapat keputusan tidak normal seperti 46,XY bagi perempuan (sepatutnya 46,XX). Ada juga keputusan tidak normal seperti (47,XXY), (47,XXX), (45,X) dan sebagainya mengikut ciri-ciri sindrom.yang disebabkan oleh penyakit genetik.

Terdapat banyak sindrom yang melibatkan penyakit genetik seperti Sindrom Klinefelter, Sindrom Swyer, Sindrom Turner dan lain-lain. Semua sindrom ini ada ciri-cirinya yang tertentu dan akan diperiksa dan dikenal pasti oleh doktor kepada para pesakit. Contohnya bagi perempuan dengan Sindrom Turner iaitu 45,X, ciri-cirinya ialah seperti tidak datang haid dan ketinggian badan yang rendah. Terdapat pelbagai lagi faktor untuk membuat ujian analisis kromosom ini iaitu seperti keguguran berulang, tidak mendapat zuriat dan lain-lain.

Berbalik kepada isu mak nyah atau pondan tadi. Jika mereka bukan menghadapi penyakit genetik, mereka adalah lelaki normal yang bercitrakan wanita. Berbeza daripada penyakit genetik, golongan ini mempunyai ciri-ciri lelaki normal dan Mereka juga bukannya khunsa atau mengalami kecelaruan seksual ketika bayi. Adakah mereka ‘lelaki lembut’ atau ‘wanita yang terperangkap di dalam tubuh lelaki’ seperti yang didakwa?

Untuk golongan ini, mungkin persoalan yang memerlukan jawapan ialah bukan lagi penentuan jantina kerana sudah ternyata mereka adalah lelaki. Persoalannya ialah, bagaimana kita sebagai sebahagian masyarakat perlu mengambil tahu keadaan mereka supaya tidak terjebak dengan perilaku salah seperti membuat pembedahan menukar jantina, terlibat dalam aktiviti tidak sihat seperti pelacuran dan kegiatan homoseksual. Kembali kepada didikan agama, moral dengan sokongan ahli masyarakat pasti meninggalkan kesan positif di jiwa mereka.

Kredit foto-plasticsurgery.org

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Kecelaruan jantinakromosomseksologi
ShareTweetShare
Previous Post

Sukar Membuang Air Besar: Sebab dan Puncanya

Next Post

Batu Caves: Muzium Hidup Ikonik di Tengah Ibu Kota

Editor

Editor

Related Posts

Metarhizium: Inovasi Kawalan Perosak ke Arah Pertanian Lestari
Alam Semulajadi

Metarhizium: Inovasi Kawalan Perosak ke Arah Pertanian Lestari

29 minutes ago
Transformasi Plastik Kepada Tenaga Dengan Teknologi Hijau
Berita & Peristiwa

Transformasi Plastik Kepada Tenaga Dengan Teknologi Hijau

4 hours ago
Kepelbagaian Spesies Pokok di Hutan Tanah Pamah
Alam Semulajadi

Kepelbagaian Spesies Pokok di Hutan Tanah Pamah

12 hours ago
Biojisim Hutan: Lebih Daripada Sekadar Pokok
Alam Semulajadi

Biojisim Hutan: Lebih Daripada Sekadar Pokok

12 hours ago
Next Post
Batu Caves: Muzium Hidup Ikonik di Tengah Ibu Kota

Batu Caves: Muzium Hidup Ikonik di Tengah Ibu Kota

Kategori Produk

  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In