23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Thursday, February 9, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Kehijauan Alam Mampu Meningkatkan Kesihatan Mental

Info Kesihatan Psikologi

Saiful Bahari by Saiful Bahari
09/04/2021
in Alam Semulajadi, Berita & Peristiwa, Perubatan & Kesihatan
0 0
0

Oleh : Dr Nor Shahirul Umirah binti Idris
Fakulti Sains Bumi, Universiti Malaysia Kelantan

 

Gangguan kesihatan mental seperti kemurungan dan depresi adalah merupakan penyakit yang mampu mengganggu perjalanan kehidupan masyarakat seharian. Gangguan pada fungsi otak ini boleh menyebabkan berlakunya perubahan terhadap proses berfikir, perasaan dan tingkah laku seseorang sekaligus mengakibatkan aktiviti seharian terganggu. Dapatan kajian daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan penyakit mental adalah merupakan antara lima jenis penyakit utama yang menyebabkan kehilangan upaya dan berada pada tangga kedua tertinggi pada tahun 2020. Manakala di Malaysia, dapatan daripada Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan pada tahun 2006 mendapati 11.2 % di kalangan orang dewasa dan 20.3 % di kalangan kanak-kanak dan remaja adalah terjejas mengalami masalah mental. Namun begitu, paling membimbangkan apabila angka rakyat Malaysia yang dikesan mengalami masalah kesihatan mental adalah seramai 3 juta daripada 26 juta. Lebih mengejutkan lagi, daripada jumlah yang dinyatakan, 20 ke 30 dari setiap rakyat Malaysia di dapati membunuh diri saban tahun berikutan kegagalan menangani masalah penyakit mental. Gambaran angka ini menunjukkan kesihatan mental di kalangan masyarakat kita adalah kian merosot dan membimbangkan.

Kajian yang dijalankan oleh Michael Posner dari University of Oregon mendapati kadar tumpuan manusia akan menurun selepas berhadapan dengan tempoh bekerja yang panjang sekaligus menyebabkan kadar stress meningkat. Menurut pakar psikologi, bagi menangani stress, berehat merupakan pilihan terbaik jika ingin memulihkan dan mengembalikan semula tenaga, semangat dan tumpuan.  Penyelidikan terkini yang dijalankan merumuskan bahawa bersiar-siar sambil menikmati keindahan alam semula jadi dapat meningkatkan kadar fokus dalam diri, menenangkan minda dan memberi kesan yang positif terhadap otak. Sebaliknya pula, tiada ransangan kognitif yang dikesan apabila responden kajian berjalan melalui jalan raya yang sibuk sebagai salah satu cara untuk merehatkan minda (kajian oleh Dr Marc Berman, University of Michigan). Disokong dengan kajian susulan seterusnya membuktikan bahawa berehat dengan alam sekitar dapat meningkatkan prestasi kognitif, walaupun hanyalah sekadar melihat sekeping gambar pemandangan alam sekitar.

Antara aktiviti yang didapati dekat dengan alam semula jadi adalah aktiviti berkebun. Berkebun mempunyai kesan yang positif terhadap tekanan serta memberikan suasana yang tenteram sebagai pilihan mengurangkan kadar stress. Kajian terhadap kesan berkebun terhadap kesihatan mental mendapati paras hormon kortisol menurun dan berada pada tahap yang normal. Hormon kortisol atau sering disebut sebagai inidkator stress adalah merupakan hormon yang mengawal respon tubuh terhadap stress dan dihasilkan oleh kelenjar adrenal. Berhubung dengan alam semula jadi di saat aktiviti berkebun sebenarnya dapat membantu kita merasa lebih jauh daripada tekanan kehidupan sehari-hari. Di saat mentari menyentuh kulit kita dan jari-jemari kita berhubung dengan tanah sewaktu aktiviti berkebun, hormon serotonin sebenarnya telah dirembes membuatkan kita berasa kegembiraan dan damai tenang dari segala bebanan. Penemuan ini membuktikan bahawa aktiviti berkebun dapat meningkatkan kelegaan dari tekanan akut.

Pesakit kemurungan mendapati berkebun memberikan kesan terapeutik terhadap dirinya, yang mana aktiviti berkebun telah mewujudkan satu perasaan yang sangat mengujakan di saat melihat hasil tanaman mengeluarkan hasil. Tambahan lagi, aktiviti berkebun yang melibatkan sekali suami/isteri dan anak-anak sekaligus dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan dan menerbitkan rasa sayang terhadap kedamaian alam sekitar. Aktiviti berkebun diklasifikasikan sebagai salah satu aktiviti yang dapat mengurangkan kadar tekanan kerana hubungan yang terbentuk dengan alam semula jadi adalah sangat dekat. Kajian yang dijalankan bagi mengetahui kesan berkebun dengan perkembangan diri mendapati suasana positif terbentuk sepenuhnya setelah berkebun dan dapat membantu dalam memulihkan kerumitan yang dihadapi.  Gabungan pelbagai warna yang terdapat pada alam semula jadi mampu bertindak sebagai terapi kepada mereka yang mengalami kecelaruan jiwa dan minda. Berdasarkan ilmu psikologi, warna biru tua mampu memberikan ransangan pemikiran yang positif manakala biru muda memberikan ketenangan dan meningkatkan konsentrasi. Manakala warna hijau yang merupakan identiti kehijauan alam semula jadi juga memberikan kesan ketenanangan serta membangkitkan suasana segar, damai dan santai. Ini secara tidak langsung dapat membantu seseorang yang berada dalam situasi tertekan menyeimbangkan emosi mereka.

Secara kesimpulannya, berhubung dengan alam semula jadi tidak kira aktiviti apa yang dilakukan dapat membantu untuk merasa lebih jauh dari tekanan kehidupan seharian. Ransangan kognitif dan rembesan hormon kortisol yang terhasil sewaktu mendekatkan diri dengan alam semula jadi dapat memberikan aura yang positif bagi mengurangkan tekanan yang dihadapi.  Alam semula jadi berperanan sebagai terapi terhadap masalah kesihatan mental kerana suasana dan sifatnya dapat membantu mengurangkan tekanan, meningkatkan perhatian, menggalakkkan kreativiti serta meningkatkan ppotensi diri seseorang individu. Justeru itu, alam semulajadi mampu memberikan ketenangan hati dan minda seterusnya berupaya dalam merawat masalah kesihatan mental di kalangan masyarakat. Maka, terapi alam sekitar harus diperluaskan dan dipertimbangkan sebagai rawatan alternatif bagi merawat mereka yang mempunyai masalah mental.

 

 

Ruangan santai di rumah penulis

 

 

Rujukan

  1. Abdul Rahman, H. 2019. Environment as an alternative therapy for mental health. Jurnal Psikologi dan Kesihatan Sosial, 3, 39-46.
  2. Berg, A.E.V.D. and Custers, M.H.G. 2011. Gardening promotes neuroendocrine and affective restoration from stress. Journal Health Psychology, 16(1), 3-11.
  3. Noorkumala      (2017).     Kemurungan ganggu kehidupan berkualiti. Utusan Malaysia, 10 April
  4. Pretty, ,  Peacock,  J.,  Sellens,  M.  &  Griffin, M. 2005) The  mental  and  physical  health  outcomes  of  green exercise. International Journal of Environmental Health Research, 15(5), 319–337.
  5. Xiaolu Zhou,  Rana  M. P.  (2012).  Social  benefits  of  urban    green    space:    A    conceptual    framework    of valuation  and  ccessibility  measurements. Management of Environmental Quality: An International Journal, 2( 2), 173–189.

 

Kredit Foto : coolpcwallpapers

 

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Dr Nor Shahirul Umirah binti IdrisFakulti Sains BumiInfo Kesihatan PsikologiKesihatan MentalUniversiti Malaysia Kelantan
ShareTweetShare
Previous Post

Pegaga: Rahsia Rejuvenasi Keremajaan Berkekalan

Next Post

H2H Permainan Inovatif Yang Meningkatkan Tahap Kognitif Dan Kelakuan Pelajar

Saiful Bahari

Saiful Bahari

Related Posts

Interaksi Haiwan Terhadap Persekitaran
Alam Semulajadi

Interaksi Haiwan Terhadap Persekitaran

18 hours ago
Tanah Runtuh di Malaysia dan Teknik Geofizik untuk Menilai Kestabilan Cerun
Alam Semulajadi

Tanah Runtuh di Malaysia dan Teknik Geofizik untuk Menilai Kestabilan Cerun

2 days ago
Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel

2 weeks ago
Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?
Berita & Peristiwa

Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?

2 weeks ago
Next Post
H2H Permainan Inovatif Yang Meningkatkan Tahap Kognitif Dan Kelakuan Pelajar

H2H Permainan Inovatif Yang Meningkatkan Tahap Kognitif Dan Kelakuan Pelajar

  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Nanoteknologi dalam Sektor Pertanian di Malaysia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Nanoteknologi: Ilmu yang Mengubah Kualiti Kehidupan Manusia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aplikasi Nanoteknologi Dalam Bidang Perubatan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2022

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2022

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In