23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Friday, February 3, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Kehilangan Gigi: Punca, Akibat dan Kaedah Rawatan

Kehilangan Gigi: Punca, Akibat dan Kaedah Rawatan

Editor by Editor
12/11/2021
in Berita & Peristiwa, Perubatan & Kesihatan
0 0
0

Oleh: Dr. Nor Aidaniza Abdul Muttlib & Dr. Azirrawani Arrifin

Pakar/Pensyarah Pergigian Prostodontik
Pusat Pengajian Sains Pergigian, Universiti Sains Malaysia

 

Gigi merupakan salah satu komponen badan manusia yang penting bagi membolehkan kita menjalani kehidupan yang sempurna. Gigi berfungsi untuk momotong, dan menghancurkan makanan bagi membolehkan badan mendapatkan nutrien yang cukup bagi menghasilkan tubuh badan yang sihat. Ini kerana keperluan kepada gizi yang sihat sangat penting dalam memastikan manusia mampu mencapai kualiti kehidupan di tahap optimum. Selain daripada mengunyah, gigi juga berperanan untuk menambahkan nilai estetika kepada pemiliknya supaya penampilan seseorang terlihat lebih sempurna dan menarik. Gigi juga penting dalam memastikan fungsi pertuturan menjadi lebih sempurna. Kehilangan gigi menyebabkan seseorang itu gagal menyebut sesetengah perkataan dengan jelas dan seterusnya mengganggu fungsi komunikasi.

Punca kehilangan gigi

Terdapat 2 punca yang menyebabkan ketiadaan gigi di dalam mulut sama ada gigi susu ataupun gigi kekal. Ianya boleh diklasifikasikan kepada kehilangan gigi secara kongenital  ataupun secara buatan.

Kehilangan gigi secara kongenital merujuk kepada ketiadaan germa gigi itu sendiri dari awal disebabkan germa gigi tidak terbentuk sewaktu di dalam kandungan. Keadaan ini boleh berlaku disebabkan oleh kelainan genetik. Ianya selalu dikaitkan dengan masalah kesihatan lain dan sering berlaku di kalangan pesakit yang mempunyai sindrom tertentu seperti dalam kes sumbing bibir dan lelangit dan pesakit Sindrom Down. Terdapat lebih kurang 2 peratus populasi manusia yang dilaporkan mengalami masalah kehilangan gigi secara kongenital ini.

Kehilangan gigi secara buatan boleh terjadi disebabkan beberapa faktor. Faktor paling kerap adalah kerana cabutan gigi yang rosak disebabkan karies gigi, cabutan untuk tujuan rawatan seperti rawatan ortodontik atau cabutan disebabkan gigi bergoyang kerana masalah gusi. Selain itu juga, gigi hilang mungkin disebabkan oleh trauma yang berlaku terhadap gigi tersebut yang mengakibatkan ianya terkeluar dari soket gigi dan tidak dapat diselamatkan.

Kesan kehilangan gigi

Kehilangan gigi boleh memberi impak yang besar terhadap kehidupan. Kajian menunjukkan kehilangan gigi akan mempengaruhi keyakinan diri individu, menyebabkan fungsi percakapan dan pengunyahan terganggu dan juga memberi kesan terhadap penampilan diri seseorang.

Kehilangan gigi  boleh menyebabkan seseorang merasa tertekan terutamanya apabila ia turut menyebabkan gangguan terhadap aktiviti harian. Bagi sesetengah orang, kehilangan gigi menyebabkan mereka merasa satu daripada anggota badan mereka telah tiada dan menimbulkan rasa kekurangan dalam diri. Ini meyebabkan mereka menyalahkan diri sendiri kerana gagal menjaga gigi dengan baik.

Apabila satu atau lebih gigi dicabut, gigi bersebelahan akan mengalami proses mobilisasi lantaran tiada gigi bersebelahan yang boleh menahan gigi tersebut dari bergerak. Pergerakan gigi bersebelahan boleh berlaku ke kawasan yang tiada gigi, ataupun gigi yang berlawanan akan tumbuh lebih panjang ke kawasan gigi yang hilang. Sekiranya gigi bersebelahan bergerak ke kawasan yang tiada gigi, ini akan mengakibatkan wujudnya ruang antara gigi tersebut dan gigi di belakangnya. Kehadiran ruang ini menyebabkan berlaku lekatan sisa makanan di kawasan tersebut yang akan meningkatkan risiko kejadian karies gigi dan menyebabkan kerosakan pada gigi dan keradangan pada struktur gusi. Sekiranya gigi bertentangan yang tumbuh lebih panjang disebabkan wujudnya ruang selepas cabutan, ini akan mengganggu fungsi pengunyahan dan menyukarkan proses penggantian gigi hilang sekiranya dibiarkan berlarutan. Proses pergerakan gigi di kawasan gigi yang hilang ini akan berterusan sehingga gigi yang terlibat menemui halangan bagi ianya terus bergerak.

Gambar 1: Gigi geraham kecil kiri telah bergerak akibat ketiadaan gigi geraham besar. Ini menyebabkan wujud ruang antara dua gigi geraham kecil yang mengakibatkan lekatan sisa makanan
Gambar 2: Gigi geraham atas memanjang ke bawah (supraeruption) disebabkan kehilangan gigi geraham bawah

Kehilangan gigi juga menyebabkan fungsi pengunyahan perlu dilakukan pada kadar yang lebih tinggi oleh gigi-gigi yang masih tinggal. Ini boleh menyebabkan gigi-gigi tersebut mengalami kehausan gigi disebabkan ianya perlu menyerap lebih banyak daya kunyahan.

Norma masyarakat hari ini menganggap ketiadaan gigi terutamanya bahagian hadapan akan mencacatkan penampilan seseorang. Ianya seterusnya menyebabkan keyakinan diri individu tersebut akan menurun dan memberi kesan dari segi emosi terhadap individu.

Kehilangan gigi juga akan menyebabkan tulang yang sebelum ini menyokong gigi di kawasan tersebut mengalami penyusutan. Sebenarnya proses ini adalah proses fisiologi yang normal sepanjang hayat manusia di mana tulang mengalami resopsi dan deposisi. Ianya juga berlaku sewaktu gigi masih terdapat dikawasan tersebut. Namun proses resopsi akan menjadi lebih cepat apabila tiada gigi di kawasan tersebut disebabkan tiada penggunaan tulang pada kawasan tersebut. Ini menyebabkan struktur tulang alveolar mengalami atrofi dan mengakibatkan kesukaran apabila doktor gigi ingin menggantikan gigi di kawasan tersebut. Keadaan resopsi yang melampau terutamanya di kalangan warga emas juga boleh meningkatkan risiko patah tulang rahang.

Kaedah rawatan

Kehilangan gigi boleh dirawat menggunakan kaedah penggantian gigi dengan prostesis pergigian. Prostesis pergigian boleh dibahagikan kepada jenis yang boleh tanggal, yang mana pesakit boleh mengeluarkan prostesis pada bila-bila masa. Kelebihan prostesis jenis ini adalah, ianya lebih mudah dibersihkan memandangkan ia boleh ditanggalkan dari mulut. Namun begitu, kekurangan prostesis jenis ini adalah ianya tidak melekat kuat pada struktur kaviti oral menyebabkan pesakit merasa tidak selesa dan tidak seperti gigi asal. Contoh prostesis jenis ini adalah  gigi palsu. Secara umumnya gigi palsu boleh dikategorikan sebagai gigi palsu penuh dan gigi palsu separa.

Bahan yang digunakan bagi menghasilkan gigi palsu ini terdiri daripada plastik akrilik Polymethylmetacrylate (PMMA). Selain itu, terdapat juga gigi palsu yang diperbuat daripada struktur logam kromium kobalt dan bahan nilon. Pemilihan jenis gigi palsu ini ditentukan oleh doktor gigi mengikut kondisi mulut pesakit, sebagai contoh, faktor kebersihan mulut, jumlah gigi yang tinggal di dalam mulut, keadaan gigi yang masih ada, kesihatan gusi, faktor oklusi pesakit dan sebagainya. Rekabentuk gigi palsu juga akan ditentukan berdasarkan faktor mulut pesakit, oleh itu setiap gigi palsu adalah unik kepada pesakit tertentu menjadikan ianya tidak sama bagi setiap pesakit.

Gambar 3: Gigi palsu penuh atas dan bawah
Gambar 4: Gigi palsu separa akrilik
Gambar 5: Gigi palsu separa kromium kobalt

Kaedah lain bagi penggantian gigi hilang adalah dengan penggunaan jambatan gigi (dental bridge) ataupun kaedah implan gigi. Kedua-dua jenis rawatan ini dikategorikan sebagai prostesis terlekat dimana ianya tidak boleh dikeluarkan oleh pesakit dari kaviti oral. Proses mengeluarkan prostesis jenis ini dari gigi memerlukan pesakit berjumpa doktor gigi. Oleh kerana prostesis jenis ini melekat di dalam mulut, ianya memberikan rasa dan rupa yang lebih semulajadi kepada pesakit. Namun ianya memerlukan penjagaan rapi memandangkan ianya berisiko menjadi pusat pengumpulan plak gigi seterusnya meningkatkan risiko penghasilan karies gigi.

Gambar 6: Jambatan gigi menggantikan gigi geraham besar pertama
Gambar 7: Model yang dihasilkan bagi penyediaan korona implan gigi

Sebagai kesimpulan, kehilangan gigi boleh disebabkan oleh beberapa faktor. Jadi, adalah penting bagi pesakit untuk mengetahui mengenai faktor-faktor tersebut seterusnya mengambil langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan ianya daripada terjadi. Namun, pada sesuatu keadaan di mana kehilangan gigi telahpun terjadi atau tidak dapat dielakkan, pesakit mempunyai beberapa pilihan rawatan untuk menggantikan gigi yang telah hilang, bergantung kepada kondisi mulut pesakit dan juga penilaian profesional oleh doktor gigi.

 

Penafian: Kesemua gambar-gambar yang digunakan adalah hakcipta dari koleksi peribadi penulis.

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: dentistrykehilangan gigikesihatan gigipenjagaan gigipergigiganrawatan gigi
ShareTweetShare
Previous Post

Dos Penggalak: Apa dan Mengapa ia diperlukan?

Next Post

Aplikasi Geofizik dalam Mengesan Fenomena Amblesan Tanah

Editor

Editor

Related Posts

Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel

5 days ago
Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?
Berita & Peristiwa

Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?

1 week ago
Peranan Ibu Bapa Dalam Mengembangkan Kemahiran Matematik Kanak-Kanak Satu Hingga Dua Tahun
Berita & Peristiwa

Peranan Ibu Bapa Dalam Mengembangkan Kemahiran Matematik Kanak-Kanak Satu Hingga Dua Tahun

1 week ago
Sejarah Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Sejarah Sel Fuel

3 weeks ago
Next Post
Aplikasi Geofizik dalam Mengesan Fenomena Amblesan Tanah

Aplikasi Geofizik dalam Mengesan Fenomena Amblesan Tanah

  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengapa Manusia tersedu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2022

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2022

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In