23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Wednesday, February 1, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Kejadian Letupan Belon Hidrogen ialah Sejarah yang Berulang Kembali!

Taza Aznam by Taza Aznam
21/05/2018
in Kimia
0 0
0

Oleh: Murthadza Aznam

Pengenalan

Pada 21 Oktober 2016, rakyat Malaysia dikejutkan dengan kejadian letupan belon pada acara perasmian Walk For The Blind menyebabkan lebih kurang 30 orang tercedera (Berita Harian, Sinar Harian). Kejadian ini tidak dijangkakan kerana kepercayaan bahawa belon berisi gas Helium yang digunakan secara komersial itu selamat apatah lagi ia biasa digunakan sebagai permainan kanak-kanak. Apa yang sebenarnya tidak dijangkakan ialah belon itu sebenarnya diisi dengan gas Hidrogen. Ini bukan satu kes terpencil kerana ia juga pernah berlaku berulang kali lebih kurang seabad yang lalu.

Kupasan Ilmu Kimia

Kedua-dua gas Hidrogen dan Helium terapung di udara maka kedua-duanya sesuai dimasukkan ke dalam belon. Namun, apa yang membezakan dua gas ini adalah tindak balas kimia mereka.

Jadual berkala unsur kimia – Ihsan: Wikimedia

Jadual berkala memberikan gambaran tentang sifat kimia dan sifat fizikal tanpa mengetahui sifat mereka yang sebenar. Hal ini boleh dilakukan dengan melihat sifat-sifat unsur yang berhampiran. Sifat kimia sesuatu unsur boleh digambarkan dengan melihat kepada unsur-unsur dalam satu kumpulan [group] manakala sifat fizikal boleh dibandingkan dengan melihat kepada unsur-unsur dalam satu kala [period].

Apa yang menyebabkan letupan, kebakaran dan macam-macam tindakan kimia yang lain adalah bergantung kepada sifat kimia sesuatu unsur. Maka, eloklah kita perhatikan sifat kimia mereka.

Hidrogen (H) terletak dalam kumpulan satu (kumpulan logam alkali). Kumpulan logam alkali sangat reaktif termasuk Hidrogen. Malah, Litium (Li), Natrium [Sodium] (Na) dan Kalium [Potassium] (K) boleh terbakar dan meletup apabila didedahkan kepada air.

Berbeza pula dengan Helium (He) yang terletak dalam kumpulan 18 (kumpulan gas adi). Unsur-unsur dalam kumpulan ini tidak akan bertindak balas dengan mana-mana unsur lain melainkan berada dalam suhu dan tekanan yang sangat-sangat tinggi. Oleh sebab itu juga, gas-gas adi hanya wujud dalam bentuk gas dalam suhu dan tekanan yang biasa (baca Helium Cecair untuk sedikit kelainan dari sifat gas adi biasa).

Setelah membandingkan kedua-dua unsur ini, maka logiklah untuk mengatakan bahawasanya belon yang meletup pada kejadian itu tidak mungkin diisi dengan gas adi Helium. Hidrogen mempunyai ciri fizikal yang sama dengan Helium (terapung) maka itulah kemungkinan yang pasti.

Kejadian Kapal Udara LZ-129 Hindenburg

Kapal Udara LZ-129 Hindenburg. – Ihsan: Google

Pernah satu ketika pada 6 Mei 1937, kapal udara LZ-129 Hindenburg dari Jerman terbakar semasa mendarat di New Jersey, Amerika Syarikat. Kejadian itu mengambil nyawa 35 orang yang berada dalam kapal udara tersebut. Ia adalah kes kebakaran yang paling diingati sebab ia sempat disiarkan secara langsung dalam rakaman hitam putih. Menurut pakar, kebakaran itu berlaku disebabkan pelepasan cas elektrik (yang terkumpul semasa penerbangan) yang terkena hidrogen bocor.

Lihat video kejadian itu:

Sebenarnya, ini bukanlah satu-satunya kes kebakaran kapal udara kerana hidrogen. Ada banyak lagi yang pernah berlaku sebelumnya. Namun, kegunaan Hidrogen sebagai pengangkat kapal udara telah dikurangkan sehingga lenyap sepenuhnya pada hujung 1930-an.

Kalau Dah Tahu Hidrogen Mudah Terbakar, Kenapa Pakai?

Gas Hidrogen adalah gas yang sangat ringan berbanding Helium. Hidrogen juga dijual dalam harga yang lebih murah. Maka, kos pembinaan kapal udara boleh dikurangkan dengan banyak.

Tambahan pula, Amerika Syarikat, iaitu satu-satunya tempat bergantung harap bekalan gas Helium pada zaman tersebut, tak mahu menjual gas tersebut kepada Jerman. Maka, satu-satunya cara untuk negara Jerman menerbangkan kapal udara adalah dengan menggunakan Hidrogen. Tidak hairan jugalah kebanyakan kebakaran kapal udara adalah milik Jerman (LZ bermakna Luftschiff Zeppelin iaitu sebuah syarikat Jerman).

Kesimpulan

Kejadian di Terengganu itu mungkin berlaku sebab ada pihak yang tidak bertanggungjawab mengisi gas Hidrogen ke dalam tong yang diletakkan di bawah nama ‘Gas Helium’ kerana 1) ia lebih murah dari segi kos dan 2) mereka berharap penganjur program tak dapat membezakannya. Itu hanyalah spekulasi berdasarkan teori saintifik. Namun, ada satu perkara pasti: Mereka yang tidak mengenali sejarah pasti akan mengulanginya.

Rujukan:

  1. Commissariat, T. (2013) “Xenon Forms Compound at Extreme Temperature and Pressure” PhysicsWorld. dipetik dari: https://physicsworld.com/a/xenon-forms-compound-at-extreme-temperature-and-pressure/
  2. Grossman, D. (t.t.) “The Hindenburg Disaster” Airships.net dipetik dari: http://www.airships.net/hindenburg/disaster/
  3. Grossman. D. (t.t.) “Hydrogen Airship Disasters” Airships.net dipetik dari: http://www.airships.net/hydrogen-airship-accidents/
  4. Global Security (t.t.) “Airship Gases – Helium” dipetik dari: https://www.globalsecurity.org/military/world/airship-helium.htm

Dipetik dari blog NotaSAINS dengan izin penulis

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: HeliumHindenburgHydrogenKapal UdaraZeppelin
ShareTweetShare
Previous Post

Seminar Kembara Sains Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, UKM: Chem-E-Car (KEMia)

Next Post

Rekaan Kertas A4 Sangat Bijak, Jangan Terkejut Kenapa!

Taza Aznam

Taza Aznam

Related Posts

Pengkaramelan: Suatu Tindakbalas Kimia yang Menakjubkan
Berita & Peristiwa

Pengkaramelan: Suatu Tindakbalas Kimia yang Menakjubkan

4 months ago
Solvatokromik: Fenomena Perubahan Warna Dalam Pelarut Yang Berbeza
Berita & Peristiwa

Solvatokromik: Fenomena Perubahan Warna Dalam Pelarut Yang Berbeza

9 months ago
Sains di Sebalik Air Paip Berkarat
Berita & Peristiwa

Sains di Sebalik Air Paip Berkarat

10 months ago
Kenali Pelarut Hijau Cecair Ionik & Pelarut Eutektik Dalam
Berita & Peristiwa

Kenali Pelarut Hijau Cecair Ionik & Pelarut Eutektik Dalam

10 months ago
Next Post
Rekaan Kertas A4 Sangat Bijak, Jangan Terkejut Kenapa!

Rekaan Kertas A4 Sangat Bijak, Jangan Terkejut Kenapa!

  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengapa Manusia tersedu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Prosedur Intubasi : Kenapa Pesakit Ditidurkan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2022

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2022

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In