23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Tuesday, May 30, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Kejayaan Pasukan Kebangsaan Dalam Pertandingan International Junior Science Olympiad (IJSO) 2019

Hebahan Umum

Saiful Bahari by Saiful Bahari
18/12/2019
in Berita & Peristiwa, Events
0 0
0

Oleh : Muhammad Aidel
Ardent Educational Consultants SB

 

 

Pada 3 hingga 12 Disember 2019, pasukan Malaysia sekali lagi menghantar penyertaan ke International Junior Science Olympiad (IJSO) 2019 yang diadakan di Doha, Qatar. IJSO merupakan salah satu daripada 12 pertandingan olimpiad sains antarabangsa yang diadakan secara tahunan untuk pelajar yang berumur 16 tahun ke bawah.

Proses pembentukan pasukan kebangsaan ke IJSO 2019 ini memakan masa lebih kurang 8 bulan dengan proses penapisan pertama adalah melalui pertandingan Kancil Science Competition 2019. 104 orang pemenang pingat emas bagi kategori Gamma (Tingkatan 1-3) daripada pertandingan ini telah dipilih untuk bersaing dalam Malaysian Junior Science Olympiad (MyJSO) 2019 yang diadakan di Universiti Islam Malaysia Antarabangsa (UIAM) pada 20 Julai 2019.

Enam orang peserta terbaik daripada MyJSO 2019 pula telah dipilih pihak juri untuk mewakili pasukan kebangsaan ke IJSO 2019. Mereka ialah Amelia Jade Mae-Xian Lim (Sekolah Methodist Wesley), Chin Jia Yao (Chong Hwa Independent High School), Tay Yi Cong (Chong Hwa Independent High School), Haris Dani bin Erwin Dani (Pusat GENIUS@pintar Negara), Imran Adham bin Azmin (Pusat GENIUS@pintar Negara) dan Lai Bo Wei (SMJK Chung Ling). Mereka diiringi oleh Pn Anis Shahira binti Hadis dan Cik Nur Fadhilah binti Mokhrizal daripada Ardent Educational Consultants Sdn. Bhd.

 

 

Bertemakan “Inspiring today’s generation for the skills of tomorrow”, penyertaan pasukan kebangsaan untuk kali yang kedua dalam IJSO 2019 ini berlangsung dengan penuh gilang gemilang. Dianjurkan oleh pihak kerajaan Qatar sendiri menerusi Ministry of Education and Higher Education, dan menerima tajaan daripada beberapa syarikat gergasi seperti Qatargas, Qatar Petroleum, Qatar Airways, Dolphin Energy, Pearl GTL dan banyak lagi, pertandingan edisi kali ini mencipta rekod tersendiri apabila mencatatkan jumlah penyertaan tertinggi iaitu, seramai 409 orang peserta daripada 70 buah negara. Pertandingan ini dibahagikan kepada dua kategori, iaitu ujian teori (secara individu) dan ujian praktikal (secara berkumpulan), serta memfokuskan kepada subjek-subjek utama sains tulen seperti Fizik, Kimia dan Biologi.

Bagi ujian teori, para peserta diuji dengan pengetahuan mereka dalam kesemua bidang utama sains ini. Ujian teori ini terbahagi kepada dua bahagian yang diadakan pada dua hari berasingan. Pada 5 Disember 2019, para peserta perlu menjawab soalan beraneka pilihan terlebih dahulu sebelum diuji dengan soalan subjektif pada 7 Disember 2019.

Ujian praktikal pula diadakan secara berkumpulan dengan setiap kumpulan terdiri daripada 3 orang peserta daripada negara yang sama. Ujian praktikal ini memerlukan setiap kumpulan mengendalikan 3 buah eksperimen daripada 3 bidang utama sains ini. Bagi IJSO 2019, kesemua ujian praktikal ini saling berkait antara satu sama lain dengan objektif utamanya adalah untuk mengesan satu sampel air masin daripada 5 sampel air yang disediakan dengan menggunakan metodologi yang diberikan.

Pasukan kebangsaan mencatatkan sejarah tersendiri pada edisi kali ini apabila kesemua peserta berjaya membawa pulang pingat masing-masing. Pasukan kebangsaan berjaya menggondol 1 pingat perak melalui Chin Jia Yao dan 5 peserta yang selebihnya memperolehi pingat gangsa. Ini sekaligus mengatasi pencapaian tahun lalu yang hanya membawa pulang 1 pingat gangsa.

 

 

Kejayaan pasukan kebangsaan pada edisi kali ini merupakan hasil usaha keras pihak penganjur, Ardent Educational Consultants Sdn Bhd, pengiring, barisan jurulatih yang terdiri daripada pensyarah-pensyarah universiti, guru-guru dan kesemua pelajar yang terlibat. Kami percaya dengan kerjasama daripada pelbagai pihak, pasukan kebangsaan akan mencapai keputusan yang lebih cemerlang pada IJSO 2020 yang bakal diadakan di Frankfurt, Germany, sekaligus mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Amelia Jade Mae-Xian Lim (Sekolah Methodist Wesley)Ardent Educational Consultants SBChin Jia Yao (Chong Hwa Independent High School)Haris Dani bin Erwin Dani (Pusat GENIUS@pintar Negara)Hebahan MediaImran Adham bin Azmin (Pusat GENIUS@pintar Negara)International Junior Science Olympiad (IJSO) 2019Kancil Science Competition 2019Lai Bo Wei (SMJK Chung Ling)Malaysian Junior Science Olympiad (MyJSO)Muhammad AidelTay Yi Cong (Chong Hwa Independent High School)
ShareTweetShare
Previous Post

Jenis-Jenis Plastik dan Penggunaannya

Next Post

Peranan Enzim Dalam Buah-Buahan

Saiful Bahari

Saiful Bahari

Related Posts

Mengenali Spesis Paku-pakis Akuatik
Alam Semulajadi

Mengenali Spesis Paku-pakis Akuatik

1 day ago
Pterigium : Masalah Mata Kering dan Berhabuk
Berita & Peristiwa

Pterigium : Masalah Mata Kering dan Berhabuk

2 weeks ago
Perkaitan Matematik: Ramadan, Syawal dan Kehidupan
Astronomi & Kosmologi

Perkaitan Matematik: Ramadan, Syawal dan Kehidupan

4 weeks ago
MajalahSains Sertai Program Cerapan Anak Bulan Syawal di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Melaka
Astronomi & Kosmologi

MajalahSains Sertai Program Cerapan Anak Bulan Syawal di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Melaka

1 month ago
Next Post
Peranan Enzim Dalam Buah-Buahan

Peranan Enzim Dalam Buah-Buahan

  • Teori dan Falsafah Teknologi

    Teori dan Falsafah Teknologi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tiada Bukti Pokok ‘Duit-Duit’ Penyebab Kanser

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Prosedur Intubasi : Kenapa Pesakit Ditidurkan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2023 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

Copyright @2023 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In