23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Saturday, January 28, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Kelestarian Burung Walit

Info Industri

Saiful Bahari by Saiful Bahari
13/09/2019
in Berita & Peristiwa, Industri
0 0
0

Oleh :  Munirah Abd Rahman
Institut Biodiversiti Tropika dan Pembangunan Lestari
Universiti Malaysia Terengganu

 

PENGENALAN

Burung walit (Aerodramus fuciphagus) merupakan spesies burung daripada family Apodidae yang menghasilkan sarang daripada kalenjar air liurnya. Sarang burung yang dihasilkan ini mempunyai nilai yang sangat tinggi dan dikomersilkan untuk tujuan perubatan dan kosmetik. Habitat semulajadi burung walit ialah di dalam gua batu kapur. Walau bagaimanapun, kemusnahan habitat semulajadinya telah menyebabkan burung walit telah berpindah dan menghuni rumah-rumah atau bangunan kosong yang tidak didiami sebagai tempat untuk bersarang. Oleh hal demikian, para pengusaha sarang burung walit mengambil peluang untuk menceburi bidang perusahaan ini dengan membina bangunan atau mengubah suai bangunan yang sedia ada untuk menarik burung walit bersarang dan membiak. Bangunan atau rumah yang dibina atau diubah suai itu dijadikan rumah burung walit dengan menyediakan faktor persekitaran dalam yang sesuai untuk burung walit beradaptasi seperti di habitat semulajadinya.

[BACA; Khasiat Sarang Burung Walit]

Kelestarian burung walit sangat penting bagi memastikan spesies burung ini terus terpelihara walaupun sarangnya terus dimanfaatkan oleh manusia. Kelestarian perusahaan sarang burung walit dipengaruhi oleh faktor penyediaan persekitaran yang sesuai dalam rumah burung walit, pengawalan haiwan pemangsa dan penyediaan sumber makanan untuk burung walit.

Rajah 1 Sepasang burung walit yang sedang membuat sarang di dalam rumah burung walit

 

PERSEKITARAN SESUAI

Persekitaran yang sesuai dalam rumah burung walit sangat penting bagi memastikan persekitaran rumah burung walit sama seperti habitat semulajadi burung walit iaitu di dalam gua. Persekitaran dalam rumah burung walit perlu diukur agar pengusaha dapat mengawal parameter yang sesuai seperti suhu, kelembapan, cahaya dan bunyi dalam rumah burung walit (Mardiastuti, 2016). Pengukuran parameter persekitaran dalam rumah burung walit ialah dengan merekodkan suhu, kelembapan, cahaya dan aras bunyi (dalam dan luar) di setiap tingkat rumah burung walit. Suhu dan kelembapan diukur menggunakan thermal hygrometer, jumlah cahaya pula diukur dengan menggunakan meter cahaya dan aras bunyi pula diukur menggunakan meter aras bunyi.

Suhu yang sesuai untuk burung walit beradaptasi ialah antara 26 – 35 oC (Ibrahim et al., 2009). Walaubagaimanapun, suhu yang menghasilkan jumlah sarang paling banyak dalam rumah burung walit ialah 30 oC (Munirah et al., 2018). Kelembapan yang sesuai untuk burung walit beradaptasi ialah antara 80 – 90 % (Ibrahim et al., 2009) tetapi kelembapan yang menghasilkan jumlah sarang paling banyak ialah 84 % (Munirah et al., 2018).

Suhu dan kelembapan dalam rumah burung walit memainkan peranan yang sangat penting dalam penghasilan sarang dari segi kualiti dan kuantiti serta dapat meningkatkan kadar penetasan telur burung walit untuk terus berkembang biak. Suhu yang terlampau tinggi akan menjadikan sarang rapuh dan kekuningan. Selain itu, kelembapan yang terlalu tinggi pula akan menyebabkan sarang berkulat. Suhu dan kelembapan yang tidak sesuai dalam rumah burung walit akan memperlahankan penghasilan sarang berbanding rumah burung walit yang mempunyai suhu dan kelembapan yang sesuai.

Cahaya yang sesuai dalam rumah burung walit untuk burung walit beradaptasi ialah kurang daripada 1 Lux (Ibrahim et al., 2009) namun begitu, jumlah cahaya yang menghasilkan jumlah sarang paling banyak ialah 0.16 Lux (Munirah, et al., 2018).

Burung walit menggemari suasana persekitaran yang gelap seperti di dalam gua. Hal ini kerana burung walit mempunyai sifat ekolokasi yang membolehkannya beradaptasi di dalam keadaan yang sangat gelap. Selain itu, bagi burung walit, suasana yang sangat gelap adalah bebas daripada gangguan haiwan predator yang tidak dapat beradaptasi di dalam keadaan yang gelap.

Aras bunyi yang sesuai untuk menarik burung walit untuk masuk dan membiak ke dalam rumah burung walit ialah sekitar 40 dB untuk suara dalam dan antara 60 – 80 dB untuk suara luar (Ibrahim et al., 2009). Walaubagaimanapun, aras bunyi yang menghasilkan jumlah sarang yang paling banyak ialah pada 47 dB untuk suara dalam dan 68 dB untuk suara luar (Munirah et al., 2018).

Burung walit sangat memberi respon kepada bunyi yang sama seperti suara mereka. Pengusaha sarang burung walit menggunakan suara burung walit yang telah direkodkan sebagai suara panggilan untuk menarik burung walit masuk dan membiak di dalam rumah burung walit mereka. Rumah burung walit yang menggunakan suara panggilan burung walit adalah lebih cepat berjaya berbanding rumah burung walit yang tidak menggunakan suara panggilan ini. Selain itu, penggunaan suara dalam dan luar sangat penting bagi mengekalkan koloni burung walit yang telah membiak di dalam rurmah burung walit tersebut agar tidak mencari tempat baru untuk terus berkembang biak. Namun begitu, aras bunyi yang digunakan perlu mengikut julat parameter yang sesuai agar tidak memberi kesan yang negatif untuk burung walit beradaptasi terutamanya suara dalam. Decible bunyi yang terlalu tinggi akan menjadikan burung stress dan tidak selesa untuk beradaptasi dan membiak.

 

KAWALAN HAIWAN PREDATOR

Kehadiran haiwan predator dalam rumah burung walit akan memberi ancaman kepada burung walit, telur, sarang dan juga anak yang baru menetas (Manchi & Sankaran, 2009). Antara haiwan predator  burung walit ialah ular, biawak, burung helang, burung hantu, tikus, kelawar, lipas, semut dan cicak. Namun begitu, ganguan daripada haiwan predator ini bergantung kepada lokasi rumah burung walit.

Kawalan haiwan predator dalam rumah burung walit boleh dibuat dengan memasang perangkap (tikus, burung), jaring kabut (kelawar), penggunaan racun serangga perosak (semut, lipas). Selain itu, pengusaha juga dicadangkan untuk memasang kepingan aluminium atau mozek di sekeliling rumah burung walit mereka untuk menghalang predator seperti biawak dan ular daripada memanjat rumah burung walit.

SUMBER MAKANAN

Burung walit memakan serangga yang terbang seperti kekatu, semut terbang, kumbang kecil dan lelompat daun. Pengusaha perlu menjaga kelestarian pokok-pokok yang menghasilkan serta menarik serangga terbang di sekitar rumah burung walit mereka. Pokok-pokok tersebut merupakan tempat untuk burung walit mencari makanan. Pengusaha juga disarankan untuk menanam pokok kegemaran walit seperti pokok ara, pokok cemara dan pokok petai belalang di sekitar rumah burung walit mereka. Jika terdapat pokok-pokok yang menarik serangga di sekitar rumah burung walit, sudah pasti burung walit tidak akan terbang jauh untuk mencari makanan.

 

Rajah  Pokok ara (Ficus carica) yang sangat digemari burung walit kerana menarik serangga terbang sebagai makanan walit

RUJUKAN

Ibrahim, S.H., Teo, W.C., & Baharun, A. (2009). A Study on Suitable Habitat for Swiftlet Farming. UNIMAS E-Journal of Civil Engineering, 1, 1-6.

Manchi, S., & Sankaran, R. (2009). Predators of swiftlets and their nests in the Andaman and Nicobar Islands. Indian Birds, 5(4), 118-120.

Mardiastuti, A. (2016). Edible Nest Swiftlet Management in Indonesia. Tropical Conservation. Perspective on Local and Global Priorities. Oxford Universiti Press. 363-365.

Munirah, A.R, Chong, J.L., & Puspa, L.G. (2018). Environmental Parameters in Successful

Edible Bird Nest Swiftlet House in Terengganu, Malaysia. Journal of Sustainability

Science and Management, 13(1), 127-131.

 

Kredit Foto : AFP Photo/Ye Aung Thu 

 

 

 

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Aerodramus fuciphagusAerodramus maximusBurung WalitInstitut Biodiversiti Tropika Dan Pembangunan LestariMunirah Abd RahmanUniversiti Malaysia Terengganu
ShareTweetShare
Previous Post

Mr. Trump; Teknologi Reproduktif Dalam Menghasilkan Baka Lembu Elit

Next Post

Jelajah Lestari ke Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari di Bukit Tagar

Saiful Bahari

Saiful Bahari

Related Posts

Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?
Berita & Peristiwa

Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?

3 days ago
Peranan Ibu Bapa Dalam Mengembangkan Kemahiran Matematik Kanak-Kanak Satu Hingga Dua Tahun
Berita & Peristiwa

Peranan Ibu Bapa Dalam Mengembangkan Kemahiran Matematik Kanak-Kanak Satu Hingga Dua Tahun

3 days ago
Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel

2 weeks ago
Sejarah Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Sejarah Sel Fuel

2 weeks ago
Next Post
Jelajah Lestari ke Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari di Bukit Tagar

Jelajah Lestari ke Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari di Bukit Tagar

  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengapa Manusia tersedu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2022

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2022

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In