23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Tuesday, December 9, 2025
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Gambaran Konsep Analitis Data Raya Dalam Pengurusan Bencana

Info Analisis Data

Saiful Bahari by Saiful Bahari
16/10/2023
in Berita & Peristiwa, Komputer & IT, Teknologi & Kejuruteraan
0 0
0

Oleh : Ts. Gs. Mohd Ridzuan Bin Anuar1 ,TPj. (PA) Haji Abdul Wahab Bin Haji Rahim2 & Kapt. (PA) Zulkurnain Bin Shuib3
Jabatan Kastam Diraja Malaysia1, Angkatan Pertahanan Awam2 & Akademi Latihan Pertahanan Awam3


“Kemajuan Kaedah Analisis Selari Era Masa Hadapan”

 

1. Pengenalan

Revolusi Industri 4.0 (Industry Revolution 4.0, IR 4.0) semakin rancak kedengaran dalam kalangan rakyat di negara ini. Ia mengetengahkan teknologi baharu yang mensasarkan automasi, kecerdasan buatan (Artificial Intelligence, AI), internet benda (Internet of Thing, IoT), analitis data raya (big data analytics), pengkomputeran awan (cloud computing) dan pelbagai lagi teknologi yang tidak terlintas dalam fikiran kebanyakan masyarakat suatu masa dahulu.

Perkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi (Information, Communication and Technology, ICT) membawa kemajuan dengan kewujudan pelbagai peranti elektronik yang mempunyai keupayaan seakan-akan komputer dan internet serta semakin murah untuk dimiliki oleh majoriti masyarakat Malaysia. Ia menjadi pemangkin kepada kewujudan pelbagai format data yang berkembang dengan kadar amat pantas.

Analitis data raya bukanlah satu teknologi tunggal yang mampu berdiri sendiri tanpa elemen sokongan. Antara teknologi yang diperlukan adalah IoT serta kemudahan storan menggunakan pelayan (server) bagi menyimpan semua jenis data, sama ada dicerap melalui peranti IoT ataupun daripada lain-lain pangkalan data dihubungkan dengannya. Data tersimpan ini akan diproses melalui model algoritma mengikut output dikehendaki seterusnya membantu proses pembuatan keputusan oleh pengguna.

Model algoritma adalah set aturan berkomputer yang dibangunkan bagi tujuan khusus seperti analisa kebarangkalian banjir, ramalan jumlah taburan hujan dan sebagainya. Kebiasaannya ia dibangunkan Pegawai Teknologi Maklumat (ICT) bersama pakar dalam bidang yang dianalisa. Namun begitu, ia amat bergantung kepada kesediaan dan kekemaskinian data yang ada dalam pangkalan data agar output dijana adalah lebih tepat, diyakini seterusnya menambahbaik pembuatan keputusan oleh pengguna.

 

Rajah 1: Penulis (Hujung Kanan [Mohd Ridzuan] dan Tiga Daripada Kanan [Zulkurnain]) Bersama Pasukan Penyelidikan Pada Tahun 2020 Ketika Aktiviti Pengujian Menggunakan Alat IoT Bagi Membolehkan Data Daripada Persekitaran Disimpan Ke Dalam Pelayan

Lambakan data yang terhasil boleh digambarkan sebagai data raya (big data) seterusnya dianalisa menggunakan kaedah analitis data raya (Big Data Analytic) yang semestinya mempunyai kaedah pemprosesan berbeza kerana kuantitinya teramat banyak. Trend senario dapat dijangka berasaskan data sejarah dan fakta seterusnya dimanfaatkan manusia dalam proses membuat keputusan yang lebih cekap, tepat dan berkesan. Begitu jugalah ia membantu agensi pengurus bencana dalam menguruskan setiap kejadian yang berlaku sepanjang masa di negara ini.

 

Rajah 2: Gambaran Simpanan Data Sebelum Diproses Melalui Analitis Data Raya

 

2. Asas Pengurusan Bencana

Jenis bencana dikategorikan kepada bencana semula jadi dan bencana buatan manusia. Bencana semula jadi berpunca daripada alam seperti ribut, tsunami, tanah runtuh dan lain-lain manakala bencana buatan manusia pula merupakan implikasi negatif hasil daripada produk ciptaan manusia seperti runtuhan bangunan, kemalangan jalan raya, letupan kimia dan sebagainya.

Secara amnya, kitaran pengurusan bencana melibatkan empat tahap iaitu fasa pencegahan (mitigation), persediaan sebelum bencana (preparation), tindak balas (response) dan pemulihan (recovery).

  • Fasa pencegahan melibatkan tindakan meminimakan risiko dan impak kejadian bencana di suatu lokasi.
  • Fasa persediaan sebelum bencana pula merupakan aktiviti ramalan, perancangan, amaran dan kesedaran untuk memastikan ketersediaan pihak terlibat menghadapi suatu bencana.
  • Fasa tindak balas melibatkan pelaksanaan tugas di lokasi oleh pasukan penyelamat, penugasan di pusat kawalan operasi dan pengurusan sekretariat.
  • Fasa akhir adalah pemulihan yang bertujuan untuk memulihkan sesuatu kawasan selepas terjadinya bencana serta menjalankan analisa lanjut sebagai kesiapsiagaan menghadapi bencana yang serupa jika berulang di masa hadapan.

 

Rajah 3: Fasa Pengurusan Bencana Melibatkan Fasa Sebelum, Semasa Dan Selepas Berlakunya Bencana

 

Berdasarkan penerangan diatas, skop pengurusan bencana boleh menjadi terlalu besar, kompleks dan pelaksanaannya boleh berlangsung dalam selang masa yang panjang melibatkan fasa sebelum, semasa dan selepas berlakunya bencana. Oleh itu, kesediaan agensi pengurusan bencana dan juga pasukan penyelamat wajar seiring keperluan semasa. Ia juga berpotensi meminimakan impak buruk serta meningkatkan tahap keterlibatan masyarakat dalam pengurusan bencana.

 

Artikel Berkaitan – Pengenalan Kepada Sistem Maklumat Geografi

Artikel Berkaitan – Kaedah Penyediaan dan Pengurusan Data Geospatial Melalui Sistem Maklumat Geografi

 

3. Gambaran Penggunaan Analitis Data Raya Dalam Pengurusan Bencana

Pengurusan bencana tidak hanya terhad kepada kerja fizikal di lapangan semata-mata, namun turut merangkumi disiplin sains dan matematik, menggunakan pelbagai prosedur dan teknik untuk menganalisis kemungkinan berlakunya bahaya dengan tujuan untuk mengurang atau mengelakkan impak negatif yang mungkin terjadi. Analitis data raya tidak hanya berpotensi digunakan ketika bencana sedang berlaku, namun digunakan juga dalam ke semua fasa iaitu sebelum, semasa dan selepas kejadian bencana.

 

3.1 Fasa Sebelum Bencana

Ketika fasa sebelum terjadinya bencana, tindakan persediaan dapat dirangka bagi menganalisa risiko berdasarkan data cuaca, paras air laut dan sungai, amaran ribut serta pelbagai maklumat berkaitan. Ia turut dianalisa dengan mengambil kira rekod sejarah dalam menjangka tahap risiko yang mungkin berlaku.

Output yang dijana memungkinkan potensi berlakunya bencana di suatu kawasan diramalkan dengan lebih awal. Tindakan dapat dirangka seperti mengadakan kesedaran komuniti, latihan pemantapan kepada pasukan penyelamat, mengenal pasti lokasi pemindahan mangsa, perancangan stok makan minum atau lain-lain tindakan bersesuaian bagi meminimumkan impak jika bencana berlaku.

Rajah di bawah menunjukkan gambaran kaedah bagi menjangka risiko berdasarkan input daripada pelbagai data termasuklah sejarah bencana di suatu kawasan.

 

Rajah 4: Gambaran Pelbagai Jenis Data Dan Pembolehubah Bagi Menjalankan Proses Analisa

 

3.2 Fasa Ketika Bencana Sedang Berlaku

Fasa ini boleh dianggap kritikal memandangkan keadaan mangsa pada ketika itu boleh terjadi dalam berbagai situasi seperti terperangkap, cedera, terputus bekalan makanan dan sebagainya. Situasi genting ini memerlukan tindakan segera daripada pasukan penyelamat agar keadaan mangsa tidak menjadi bertambah buruk atau berbahaya hingga boleh mengancam nyawa. Keadaan menjadi bertambah kritikal sekiranya bencana berlaku dengan cepat atau dalam julat kawasan yang amat luas. Situasi ini memerlukan pihak pengurus bencana dan pasukan penyelamat mengatur gerak kerja dengan amat cepat tetapi keputusan di buat dengan tepat dalam jangka masa singkat agar proses menyelamat memberi impak positif pada saat-saat genting. Oleh yang demikian, salah satu faktor yang membantu tugas ini adalah melalui analitis data raya.

 

Rajah 5: Penulis (Tuan Abdul Wahab) Ketika Fasa Bencana Sedang Berlaku

Terdapat mekanisma yang boleh diwujudkan agar data dan pengetahuan dapat dicerap ketika berlakunya bencana serta boleh dianalisa bagi kegunaan operasi bencana. Misalnya, ketika berlaku bencana banjir, maklumat mengenai lokasi mangsa terperangkap, jumlah mangsa yang dipindahkan, bilangan logistik diguna pakai dan sebagainya boleh dianalisa melalui rentetan rekod sejarah agar persediaan sewajarnya dapat difikirkan pengurus bencana jika berulangnya bencana serupa di masa hadapan. Cerapan data ini tidak mustahil dilaksanakan sekiranya terdapat kemudahan ICT dan penambahbaikan ke atas prosedur pelaksanaan operasi tersebut.

Penulis ketika berkhidmat di Akademi Latihan Pertahanan Awam pernah merangka konsep peta digital berasaskan GIS dan IoT yang mana salah satu fungsinya adalah mencerap lokasi mangsa yang terperangkap dan juga rekod pelaksanaan operasi dalam bentuk tekstual dan geospatial (Geographical Information System, GIS) yang amat berpotensi bagi kegunaan analitis data raya. Ia membolehkan lokasi yang mempunyai kebarangkalian tinggi untuk mangsa terperangkap dapat dikenal pasti lebih awal melalui peta digital. Pengurus bencana boleh menjangka bilangan bot yang perlu diatur gerak disamping merancang jumlah perolehan makan minum kepada mangsa bencana.

(Maklumat mengenai prototaip GIS ini boleh didapati melalui pautan: https://dewankosmik.jendeladbp.my/2022/12/13/4914/

 

3.3 Fasa Pasca Bencana

Analitis data raya juga mempunyai potensi untuk membantu fasa pasca bencana. Fasa ini merupakan tindakan mengembalikan keadaan kepada asal atau hampir menyamai kepada keadaan asal seperti mana sebelum berlakunya bencana. Contoh kegunaan analitis data raya semasa pasca bencana adalah pengurusan bantuan kewangan yang diagihkan kepada mangsa. Data bantuan yang diserahkan dan anggaran nilai kerosakan dapat dianalisa bagi mempercepatkan lagi proses pengurusan pasca bencana. Data ini diperolehi daripada pelbagai sumber antaranya kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan sebagainya. Oleh itu, ia tidak hanya memudahkan tugas penyelarasan dan mengurangkan risiko ketirisan, tetapi juga dapat di analisa bagi tujuan perancangan bajet kewangan. Selain itu, sejarah rekod kecederaan atau kehilangan nyawa (jika ada), membolehkan pasukan paramedik menjangka jumlah petugas perubatan dan jenis ubat yang diperlukan.

 

3.4 Penggunaan Data Geospatial

Data geospatial juga boleh dianalisa melalui analitis data raya menggunakan Sistem Maklumat Geografi (Geographical Information System, GIS). Berbanding penggunaan data dalam bentuk tekstual semata-mata, data geospatial yang diproses bersama data tekstual membolehkan output divisualkan ke dalam bentuk peta digital. Ia amat bermanfaat kepada pihak pengurus bencana memandangkan lokaliti dalam bentuk peta amat diperlukan dalam proses pembuatan keputusan yang lebih tepat dan juga pelaksanaan operasi menyelamat dapat dijalankan pada kadar lebih pantas kerana penentuan lokasi telah dikenalpasti oleh pasukan penyelamat di lapangan tanpa perlu mencarinya dalam bentuk berjilid (hardcopy).

(Bagi mendapatkan info lebih lanjut mengenai kaedah pengurusan data geospatial, boleh layari artikel Majalah Sains : Kaedah Penyediaan dan Pengurusan Data Geospatial Melalui Sistem Maklumat Geografi)

 

Rajah 6: Contoh Data Dalam Bentuk GIS

Berdasarkan sedikit penerangan pada perenggan diatas, jelas sekali analitis data raya mempunyai potensi amat besar dalam pengurusan bencana melibatkan semua fasa sama ada sebelum, semasa dan selepas berlakunya bencana di suatu kawasan seperti gambaran rajah dibawah.

 

Rajah 7: Gambaran Penerapan Analitis Data Raya Ketika Fasa Sebelum, Semasa Dan Selepas Berlakunya Bencana

 

4. Penutup

Artikel ini tidak mengupas atau menerangkan perincian kaedah prosesan berasaskan analitis data raya kerana skop teknologi ini amat luas dan kompleks. Ia sememangnya menarik namun memerlukan pemahaman kukuh mengenai struktur pengurusan data dan algoritma bagi tujuan penjanaan output. Maklumat daripada sumber yang pelbagai andainya terkumpul dengan sempurna dapat di analisis menggunakan kaedah analitis data raya.

Kewujudan data yang besar memerlukan tugas mengumpul, mengurus dan menyelaras data dengan berkesan. Tambahan pula pelbagai agensi turut terlibat ketika berlakunya bencana mengikut peranan masing-masing. Semestinya ia bukan tugas yang mudah untuk implementasi teknologi ini ke atas semua pihak terlibat dalam masa singkat atas faktor bilangan agensi yang banyak serta jenis data yang pelbagai.

Pertambahan peranti ICT yang mempunyai daya prosesan semakin tinggi berpotensi mewujudkan lebih banyak data yang boleh dimanfaatkan dalam pelbagai bidang. Hari ini jelas wujud pelbagai data hasil interaksi pengguna terhadap teknologi ICT seperti pengemaskinian media sosial, peta GIS sosial (contohnya Google Map dan Waze), aplikasi atas talian, alat berteknologi IoT dan lain-lain lagi. Seharusnya data terhasil ini mampu dijadikan asas kepada proses analisa seterusnya memahami kejadian suatu bencana.

Terdapat rangka kerja global berkaitan pengurusan bencana seperti Agenda 2030 (Sustainable Development Goal) dan Rangka Kerja Sendai untuk Pengurangan Risiko Bencana 2015-2030. Ketersediaan modal insan bagi menghadapi era baharu ini juga merupakan faktor yang tidak boleh dikesampingkan kerana mereka bakal menggerakan pendekatan mampan untuk menyepadukan analitis data raya serta turut mampu dihubung kait bersama peta digital melalui aplikasi GIS. Harapan penulis agar artikel ini mampu memberi idea dan gambaran asas kepada pembaca agar bersedia menghadapi era revolusi maklumat yang sedang rancak kini.

Info Penulis

Ts. Gs. Mohd Ridzuan Bin Anuar berkhidmat sebagai Penolong Pengarah di Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

 

Ts. Gs. Mohd Ridzuan Bin Anuar berkhidmat sebagai Penolong Pengarah di Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

 

 

 

 

TPj. (PA) Haji Abdul Wahab Bin Haji Rahim berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) di Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)

 

 

 

Kapt. (PA) Zulkurnain Bin Shuib berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Pertahanan Awam di Akademi Latihan Pertahanan Awam (ALPHA)

 

 

Kredit Foto : Kosmo

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Akademi Latihan Pertahanan AwamAngkatan Pertahanan AwamInfo Analisis DataJabatan Kastam Diraja MalaysiaKapt. (PA) Zulkurnain Bin ShuibTPj. (PA) Haji Abdul Wahab Bin Haji RahimTs. Gs. Mohd Ridzuan Bin Anuar
ShareTweetShare
Previous Post

Masa Depan Enjin Pembakaran Dalam Semakin Suram?

Next Post

HARI LAUTAN SEDUNIA: Warisan Laut Dalam Yang Tidak Didendang

Saiful Bahari

Saiful Bahari

Related Posts

Bagaimana Puasa Berselang (Intermittent Fasting) membantu Menurunkan Berat Badan
Berita & Peristiwa

Bagaimana Puasa Berselang (Intermittent Fasting) membantu Menurunkan Berat Badan

2 hours ago
Halia dan Sistem Imun dalam Mencegah Kanser
Alam Semulajadi

Halia dan Sistem Imun dalam Mencegah Kanser

3 hours ago
Menyemai Ilmu, Menuai Inovasi: Memperkasa Kesedaran Komuniti terhadap Pertanian Pintar di Taman Semarak
Berita & Peristiwa

Menyemai Ilmu, Menuai Inovasi: Memperkasa Kesedaran Komuniti terhadap Pertanian Pintar di Taman Semarak

3 hours ago
Peranan Makmal Universiti Ke Arah Kampus Lestari:  Apa Itu Green Lab?
Berita & Peristiwa

Peranan Makmal Universiti Ke Arah Kampus Lestari: Apa Itu Green Lab?

2 days ago
Next Post
HARI LAUTAN SEDUNIA:  Warisan Laut Dalam Yang Tidak Didendang

HARI LAUTAN SEDUNIA: Warisan Laut Dalam Yang Tidak Didendang

Kategori Produk

  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In