23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Thursday, May 7, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Kemalangan Radiologi di Samut Prakan, Thailand: Kronologi dan Iktibar

Kemalangan Radiologi di Samut Prakan, Thailand: Kronologi dan Iktibar

Editor by Editor
24/08/2023
in Berita & Peristiwa, Fizik
0 0
0

Oleh: Dr. Nurkhaizan Zulkepli, PhD
Pensyarah Pusat Asasi Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor

Samut Prakan merupakan sebuah daerah yang terletak 29 km dari selatan Bangkok. Daerah ini bukan tumpuan para pelancong. Terdapat aktiviti pertanian sawah padi dan perusahaan ternakan udang dibahagian barat daerah ini. Di bahagian timur pula terletaknya kawasan perindustrian dan kilang.

Pada 18 Februari 2000. jam 11.10 pagi waktu tempatan, seorang pengamal perubatan dari Hospital Samut Prakan melaporkan bahawa terdapat 3 kes dengan gejala yang sama dimana pesakit mengalami loya-loya dan muntah. Mereka didapati mempunyai bilangan sel darah putih yang rendah. Terdapat dua orang dari tiga pesakit ini yang mengalami bengkak serta pendarahan di bahagian jari tangan mereka. Di dalam laporan tersebut, ketiga-tiga pesakit ini disyaki terdedah kepada sumber sinaran radioaktif yang tidak selamat.

Bertindak balas diatas laporan tersebut, Pejabat Tenaga Atom Keamanan (OAEP) Thailand telah mengarahkan dua orang pegawai (ahli fizik kesihatan) untuk ke hospital terbabit bagi membuat siasatan lanjut. Pegawai terbabit menemuramah pengamal perubatan yang membuat laporan  serta ketiga-tiga pesakit. Hasil dari temuramah ini mendapati pesakit merupakan pekerja disebuah tempat pengumpulan barangan lusuh.

Pegawai tersebut bersama-sama pegawai kesihatan awam tempatan telah bertindak pantas dengan pergi ke tempat mengumpul barang terpakai yang merupakan lokasi tempat ketiga-tiga pesakit bekerja. Pada jam 7 petang 18 Februari 2000, mereka sampai dilokasi dan mendapati bacaan radiasi sebanyak 1 mSv/jam, dimana bacaan ini 20 kali lebih tinggi dari bacaan normal. Peningkatan bacaan ini mengesahkan kehadiran sumber sinaran radioaktif yang berkemungkinan menjadi penyebab gejala yang dialami oleh ketiga-tiga pesakit tadi. Menyedari bahawa kemalangan radiologi ini adalah serius, pegawai terbabit serta merta memohon bantuan dari pihak OAEP Thailand.

Satu pasukan tindak balas kecemasan ditubuhkan bagi menghadapi situasi ini. Berdasarkan tinjauan awal bacaan radiasi di sekitar tempat berkenaan, pasukan tindak balas kecemasan menyimpulkan bahawa kemalangan ini berkemungkinan berpunca dari sumber radioaktif terkedap samada dari peranti radiografi industri atau mesin rawatan perubatan. Cadangan untuk memindahkan penduduk sekitar turut dipertimbangkan. Namun, setelah data tinjauan diteliti, mereka mendapati sumber sinaran radioaktif ini terletak di lokasi yang terpencil, tanpa akses keluar masuk oleh orang ramai dan hanya berada dalam lingkungan tempat mengumpul barang lusuh tersebut sahaja. Proses pemindahan penduduk boleh menyebabkan kekeliruan dan mencetuskan panik dikalangan penduduk setempat. Justeru, penduduk di kawasan itu tidak dipindahkan. Jalan keluar dan masuk tempat mengumpul barang lusuh tersebut dan jalan raya di sekitarnya ditutup.

Namun, kerja-kerja bagi mengenalpasti lokasi sumber radioaktif terhalang disebabkan bacaan dos yang tinggi dikawasan tersebut. Ahli pasukan tindak balas kecemasan tidak dapat berada lama atau terlalu dekat dengan kawasan tersebut. Sumber bahan radioaktif yang tidak dapat dikenalpasti rupa bentuk dan saiznya turut menyukarkan keadaan. Tambahan pula, kawasan tempat mengumpul barang buruk itu dipenuhi dengan pelbagai objek. Rakaman video tempat kejadian diteliti dan perancangan yang lengkap dibuat dilokasi berasingan sebelum kerja-kerja mengenalpasti dijalankan di tempat kejadian.

Teledetector atau alat pengukur sinaran mengion digunakan untuk mengimbas objek yang terdapat di kawasan tersebut. Perisai yang diperbuat dari plumbum dengan saiz 1 m tinggi , 2 m lebar berketebalan 5 cm turut digunakan dalam operasi ini. Akhirnya, pada 20 Februari 2000 setelah 2 hari operasi dijalankan, sumber sinaran mengion tersebut ditemui. Penyepit sepanjang 2 m digunakan untuk mengutip bahan radioaktif tersebut dan dimasukkan ke dalam bekas yang diperbuat dari plumbum.

Sumber sinaran mengion yang dijumpai bersaiz 4 cm panjang dengan diameter 2.5 cm. Sumber tersebut dikenalpasti sebagai 60Co. Setelah siasatan dijalankan, 60Co ini berasal dari alat teleterapi yang digunakan bagi merawat penyakit kanser. Alat teleterapi ini tidak lagi digunakan dan telah diletakkan di sebuah parkir berbumbung tanpa kawalan keselamatan di sebuah gudang lama yang terletak di Bangkok. Penduduk tempatan bertindak menceroboh masuk kawasan tersebut lalu cuba meleraikan alat teleterapi berkenaan. 60Co yang disimpan didalam silinder keluli tahan karat berjaya dikeluarkan dari alat teleterapi dan dijual sebagai besi buruk kepada pemilik tempat mengumpul barang terpakai di Samut Prakan.  Silinder tersebut telah dipotong lalu menyebabkan 60Co terdedah.

Kemalangan ini telah mengakibatkan 3 orang maut dengan 10 individu dilaporkan menerima dos yang tinggi dari sumber sinaran mengion ini. Mangsa yang terlibat adalah pengumpul besi buruk yang bertindak meleraikan silinder keluli tahan karat yang mengandungi 60Co, pemilik tempat mengumpul barang buruk serta ahli keluarga yang menetap di kawasan itu.

Kejadian ini mengejutkan semua pihak terutama pihak berkuasa negara Thailand. Kegagalan mematuhi standard prosedur operasi bagi pelupusan alat teleterapi merupakan antara penyumbang utama kejadian ini berlaku. Peraturan kebangsaan sedia ada sepatutnya mencukupi untuk mengawal selia sisa peralatan radiologi perubatan sekiranya dipatuhi. Selain itu, terdapat kelompongan dalam arahan dan peraturan yang melibatkan kesinambungan kawal selia alat yang mengandungi sumber sinaran mengion. Arahan dan peraturan ini sewajarnya disemak semula agar merangkumi standard prosedur operasi sepanjang hayat sesuatu alat. Disamping itu, satu pelan kecemasan bagi mendepani situasi kemalangan radiologi yang melibatkan sisa peralatan radiologi perubatan perlu digubal.

 

Rujukan:

[1] IAEA. 2002. The Radiological Accident in Samut Prakarn (Thailand) – 2000. Sti/Pub/1124.

[2]Ya-anant, N., Tiyapun, K. & Saiyut, K. 2011. Radiological accident and incident in Thailand: Lesson to be learned. Radiation Protection Dosimetry 146(1–3): 111–114. doi:10.1093/rpd/ncr130

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Nurkhaizan Zulkeplipencemaran radiasipencemaran radiologiSamut Prakan incident
ShareTweetShare
Previous Post

Fasa Generalisasi: Oh… Itukah Cara Rupanya Euler Berkomunisasi dan Berkongsi Pemikiran Matematiknya?

Next Post

Teori Galois: Mencari Formula Radikal bagi Persamaan Quintik

Editor

Editor

Related Posts

Hidrogen daripada Garam Kimia: Penyelidikan Malaysia Menuju Tenaga Bersih Mudah Alih
Alam Semulajadi

Hidrogen daripada Garam Kimia: Penyelidikan Malaysia Menuju Tenaga Bersih Mudah Alih

1 day ago
Sains Tanpa Buku : Murid Terokai Dunia Air Secara Praktikal
Alam Semulajadi

Sains Tanpa Buku : Murid Terokai Dunia Air Secara Praktikal

1 day ago
Ramalan Satelit Tentang Masa Depan Terumbu Karang
Alam Semulajadi

Ramalan Satelit Tentang Masa Depan Terumbu Karang

3 days ago
Implan Gigi: Pilihan Rawatan dalam Pergigian Moden
Berita & Peristiwa

Implan Gigi: Pilihan Rawatan dalam Pergigian Moden

6 days ago
Next Post
Teori Galois: Mencari Formula Radikal bagi Persamaan Quintik

Teori Galois: Mencari Formula Radikal bagi Persamaan Quintik

Kategori Produk

  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In