23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Saturday, February 4, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Kemasukan Semula (Re-Entry) Stesen Angkasa Lepas Cina Tiangong-1 Ke Atmosfera

Taza Aznam by Taza Aznam
26/06/2018
in Berita & Peristiwa, Teknologi & Kejuruteraan
0 0
0

Oleh: Nooraini Hamidon & Hamid Salim
(Agensi Angkasa Negara)

Latarbelakang

Stesen angkasa lepas China Tiangong-1 merupakan sebuah stesen angkasa milik China yang telah dilancarkan ke ruang angkasa menerusi roket Long March 2F/G dari Jiuquan Satellite Launch Centre pada 29 September 2011. Sebanyak tiga misi berlabuh dan eksperimen di orbit telah direkodkan sepanjang tempoh pengoperasian stesen angkasa ini.  Misi pertama telah berjaya berlabuh bersama modul Shenzhou-8 pada November 2011 manakala misi kedua pula bersama modul Shenzhou-9 dengan membawa angkasawan wanita pertama Liu Yang pada Jun 2012. Misi terakhir telah berjaya berlabuh bersama modul Shenzhou-10 pada Jun 2013.

Rajah 1: Stesen Tiangong-1 berlabuh bersama modul Shenzhou-9. Kredit: Xinhua/ Lu Zhe

Namun perkhidmatan stesen tersebut terpaksa ditamatkan setelah data hubungan telemetri dengan stesen kawalan telah terhenti pada 21 Mac 2016. Disebabkan itu, pihak China Manned Space Engineering (CMSE) telah membuat pengumuman bahawa stesen Tiangong-1 akan membuat kemasukan semula (re-entry) setelah agensi tersebut telah hilang kawalan dengan stesen angkasa itu. Pengumuman tersebut telah dilakukan pada 14 September 2016 selepas 6 tahun misi dijalankan. Kemasukan semula itu diramalkan akan berlaku pada awal tahun 2018 di suatu lokasi yang belum dikenalpasti lagi.

Ramalan Kejadian Kemasukan Semula

Bagaimanakah kemasukan semula ini boleh diramalkan berlaku? Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi sesuatu ramalan kejadian kemasukan semula stesen angkasa ke ruang atmosfera bumi. Antaranya:

  1. perubahan kadar ketumpatan lapisan atas atmosfera kesan daripada fenomena cuaca angkasa, sifat fizikal kapal angkasa seperti jisim, dan komposisi bahan binaan
  2. lokasi dan kelajuan stesen angkasa.

Lazimnya, kadar penyusutan altitud stesen angkasa lepas pada saat-saat akhir sebelum memasuki semula atmosfera bumi adalah rendah berbanding sebelumnya. Ini berlaku disebabkan oleh kesan daripada aktiviti matahari yang lemah dan kurang aktif. Keadaan ini turut memberi kesan kepada cuaca angkasa dalam mempengaruhi daya geseran pada stesen angkasa ketika proses kemasukan semula berlaku pada ketinggian kurang 100 km dari paras laut. Gambaran turutan kejadian kemasukan semula dapat dilihat dalam rajah 2. Kebanyakan komponen dan struktur daripada stesen angkasa lepas akan musnah terbakar semasa pergeseran dengan atmosfera akibat halaju yang terlalu tinggi. Hanya 10 hingga 40 peratus jisimmnya dapat bertahan sebelum menjunam ke bumi menjadi serpihan kecil. Kejatuhan serpihan ini tidak mendatangkan sebarang kerosakan di permukaan bumi dan tiada memberi kesan kepada aktiviti penerbangan. Tambahan pula, saiz Tiangong-1 adalah hanya 33 kaki lebar x 11 kaki panjang (lebih kurang saiz sebuah bas sekolah pendek). Ia adalah kecil berbanding saiz kapal terbang komersil iaitu satu per tiga daripada saiz Airbus 320. Ciri-ciri fizikal stesen Tiangong-1 dapat dilihat dalam rajah 3.

Rajah 2: Gambaran turutan kejadian kemasukan semula. Kredit: Agensi Angkasa Negara
Rajah 3: Perbandingan Tiangong-1 dengan Pesawat Airbus A320. Kredit: Agensi Angkasa Negara

Tindakan Pemantauan Awal

Berikutan pengumuman tersebut, beberapa negara telah diramalkan akan terlibat dengan kemasukan semula stesen angkasa lepas ini termasuklah Malaysia meskipun kemungkinan jatuh di Malaysia adalah sangat rendah. Berdasarkan kiraan keluasan keseluruhan Malaysia iaitu 329 960.22 kilometer persegi, hanya 0.09 peratus kebarangkalian untuk Malaysia menjadi tempat jatuhnya serpihan ini.

Rajah 4: Malaysia berada di kawasan risiko rendah. Kredit: Agensi Angkasa Negara

Namun demikian, Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) telah mengambil langkah proaktif dan berterusan dengan menjalankan pemantauan harian latitud (daripada paras laut) bermula sejak November 2017 lagi. Maklumat lanjut ramalan harian latitud dan laluan telah disiarkan pada laman sesawang rasmi ANGKASA untuk hebahan kepada umum.  Dalam masa yang sama, ANGKASA juga mempunyai hubungan rapat dengan agensi dari negara lain seperti ESA, NASA, JAXA dan CNSA yang turut membuat aktiviti pemantauan bagi melihat sendiri perkembangan penyusutan ketinggian stesen angkasa lepas ini dari semasa ke semasa. Di samping itu, ANGKASA mengambil inisiatif bekerjasama dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk mengatur beberapa langkah awal untuk bersiap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan jika stesen angkasa lepas itu jatuh di Malaysia. Antara tindakan yang disarankan kepada orang awam dapat dilihat pada rajah 5.

Rajah 5: Saranan langkah yang perlu dilakukan oleh awam. Kredit: Agensi Angkasa Negara

Kejatuhan Stesen Tiangong-1

Bermula 30 Mac hingga 1 April 2018, ANGKASA telah meningkatkan aktiviti pemantauan ramalan altitud dalam usaha mengenalpasti waktu dan lokasi kejatuhan stesen Tiangong-1. Kali terakhir stesen angkasa lepas ini melintasi Malaysia adalah pada 30 Mac 2018 selama 81 saat mulai 3.19 pagi (Waktu Malaysia). Manakala sehari sebelum kejatuhan, ramalan ketinggian stesen Tiangong-1 daripada paras laut mencatatkan purata 178.191 km, maksimum 190.433 km dan minimum 167.248 km pada 1 April 2018. Stesen angkasa lepas China ini akhirnya telah jatuh ke bumi di Selatan Lautan Pasifik dengan kedudukan latitud 24.5 darjah Selatan dan longitud 151.1 darjah Barat jam 8.15 pagi (Waktu Malaysia) pada 2 April 2018. Dipercayai bahawa tiada sebarang kerosakan dan kecederaan yang dilaporkan kerana tiada sebarang serpihan yang tinggal jatuh di permukaan bumi.

Rajah 6: Kemasukan Semula Stesen Tiangong-1 di Selatan Lautan Pasifik. Kredit: Agensi Angkasa Negara

Rujukan:

i. http://en.cmse.gov.cn/art/2018/4/2/art_1763_32429.html

ii. http://www.aerospace.org/cords/reentry-predictions/tiangong-1-reentry/

iii. http://www.satview.org

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: ANGKASA Malaysiasatelitsatelit terhempasTiangong-1
ShareTweetShare
Previous Post

Perlumbaan 100 meter Di Antara Usain Bolt, Cheetah, dan Burung Falcon

Next Post

Andrew Wiles Menyelesaikan Teorem Terakhir Fermat Setelah 358 Tahun

Taza Aznam

Taza Aznam

Related Posts

Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel

6 days ago
Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?
Berita & Peristiwa

Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?

1 week ago
Peranan Ibu Bapa Dalam Mengembangkan Kemahiran Matematik Kanak-Kanak Satu Hingga Dua Tahun
Berita & Peristiwa

Peranan Ibu Bapa Dalam Mengembangkan Kemahiran Matematik Kanak-Kanak Satu Hingga Dua Tahun

1 week ago
Sejarah Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Sejarah Sel Fuel

3 weeks ago
Next Post
Andrew Wiles Menyelesaikan Teorem Terakhir Fermat Setelah 358 Tahun

Andrew Wiles Menyelesaikan Teorem Terakhir Fermat Setelah 358 Tahun

  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengapa Manusia tersedu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengenali dan Memahami Spesies Musang di Malaysia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2022

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2022

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In