23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Saturday, February 4, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Kenali Pelarut Hijau Cecair Ionik & Pelarut Eutektik Dalam

Info Kimia

Saiful Bahari by Saiful Bahari
01/04/2022
in Berita & Peristiwa, Kimia
0 0
0

Oleh : ChM. Dr Nur Hasyareeda Binti Hassan
Fakulti Sains & Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia

 

Pelarut merupakan komponen yang penting dalam pelbagai proses kimia seperti sintesis, pengekstrakan, pembuatan, penulenan dan sebagainya. Pelarut organik sering dipilih sebagai pelarut memandangkan potensinya untuk melarutkan pelbagai bahan larut dengan kepolaran yang berbeza. Namun, pelarut organik ini kebanyakannya bersifat toksik, mudah meruap dan memberikan pelbagai kemudaratan kepada pengguna dan alam sekitar.  Air sebaliknya merupakan pelarut hijau mempunyai limitasi pelarutan sebatian dengan kepolaran yang rendah. Oleh yang demikian pembangunan dan penggunaan pelarut hijau telah diberikan penekanan dan merupakan aspek utama kimia hijau. Menurut 12 Prinsip Kimia Hijau, pelarut hijau perlu murah, selamat, stabil, terbiodegradasi, keterbaharuan dan tidak toksik. Cecair ionik (IL) dan pelarut eutektik dalam (DES) merupakan dua jenis pelarut hijau yang boleh direka bentuk bagi aplikasi yang pelbagai. Kedua-dua sistem pelarut hijau ini mempunyai banyak kelebihan berbanding pelarut organik dan sesuai sebagai pelarut alternatif.

 

 

 

Cecair Ionik adalah garam organik yang terdiri daripada kation organik dan anion organik atau tidak organik dengan takat lebur yang rendah iaitu bawah 100 ºC. Bentuk asimetrik serta saiz kation yang besar menyebabkan cecair ionik wujud dalam bentuk cecair pada suhu rendah.  Ia secara umunya terbahagi kepada empat jenis iaitu cecair ionik protik, aprotik, tidak organik.  ILs juga boleh dikategorikan sebagai ILs asid, bes dan juga boleh wujud secara neutral. Kebanyakkan ILs stabil pada julat suhu yang luas dan mempunyai kombinasi kation dan anion yang tidak terbatas. Atas sebab inilah cecair ionik turut dikenali sebagai pelarut pereka atau pelarut boleh laras.

 

ILs

 

Manakala DESs pula adalah campuran dua atau lebih sebatian yang mencapai titik eutektik dengan takat lebur yang rendah berbanding sebatian individu. Ikatan yang wujud antara sebatian adalah ikatan hidrogen. Disebabkan kebanyakan DESs terdiri daripada spesis ion, ia dianggap sebagai analog DES dengan sifat terbiodegradasi dan kos yang rendah. DESs terbahagi kepada empat jenis yang bergantung kepada pencampuran sebatian melibatkan garam organik atau penerima ikatan hidrogen (HBA) dan garam logam  dengan penderma ikatan hidrogen (HBD). Campuran suhu transisi rendah (LTTM), campuran takat lebur rendah (LTM) atau cecair ionik eutektik dalam (DEIL) serta pelarut eutektik dalam semula jadi (NADES) juga merupakan klasifikasi DESs yang berbeza hasil daripada sifat DESs dan campuran jenis sebatian berbeza.

 

DESs

 

ILs dan DESs bersifat pelarut boleh laras yang meluaskan penggunaannya dalam aplikasi tertentu. Ia dikenali sebagai pelarut hijau disebabkan kemeruapan yang rendah atau tidak meruap. Kedua-dua pelarut ini berupaya melarutkan sebatian dengan kepolaran yang pelbagai sama ada polar atau tidak polar, kestabilan terma yang tinggi dan sesetengah yang bersifat terbiodegradasi.

Aplikasi ILs dalam industri adalah meluas sama ada sebagai pelarut dalam proses pengekstrakan, cecair termal dan pemulihan mangkin. ILs juga diaplikasi dalam elektrokimia seperti pembuatan bateri, sensor, sel solar dan penyaduran logam. Tambahan disebabkan sifat kepolaran yang luas, ILs diaplikasi sebagai bahan dalam kolum kromatografi dan katalisis. Manakala, DESs diaplikasi dalam pengekstrakan, pra-rawatan biojisim, terapi klinikal, produk farmaseutikal atau nutriseutikal, pengesan elektrokimia dan biokatalisis.

 

Kredit Foto : Bart van Overbeeke

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: ChM. Dr Nur Hasyareeda Binti HassanFakulti Sains & TeknologiInfo KimiaPelarut HijauUniversiti Kebangsaan Malaysia
ShareTweetShare
Previous Post

Ketam Bakau: Jurutera Ekosistem Paya Bakau

Next Post

Kunjungi Universiti; Tempat Orang Mengejar Ilmu Tanpa Mengira Masa

Saiful Bahari

Saiful Bahari

Related Posts

Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel

6 days ago
Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?
Berita & Peristiwa

Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?

1 week ago
Peranan Ibu Bapa Dalam Mengembangkan Kemahiran Matematik Kanak-Kanak Satu Hingga Dua Tahun
Berita & Peristiwa

Peranan Ibu Bapa Dalam Mengembangkan Kemahiran Matematik Kanak-Kanak Satu Hingga Dua Tahun

1 week ago
Sejarah Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Sejarah Sel Fuel

3 weeks ago
Next Post
Kunjungi Universiti; Tempat Orang Mengejar Ilmu Tanpa Mengira Masa

Kunjungi Universiti; Tempat Orang Mengejar Ilmu Tanpa Mengira Masa

  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengapa Manusia tersedu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengenali dan Memahami Spesies Musang di Malaysia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2022

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2022

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In