23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Thursday, April 16, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Kenali Serangga Perosak Buah Kuinin

Serangga Perosak Buah Kuinin

Editor by Editor
04/08/2023
in Alam Semulajadi, Berita & Peristiwa
0 0
0

Penulis: Dr. Norashikin Fauzi1, Siti Aisyah Nawawi2, Rohazaini Muhammad Jamil3 dan Siti Hajar Ya’acob4

¹Pensyarah Kanan
Fakulti Sains Bumi, Universiti Malaysia Kelantan Kampus Jeli

 

Kuinin atau nama saintifiknya Mangifera odorata merupakan pokok yang berbuah dan kebiasaannya ketinggian pokok boleh mencecah sehingga 10–20 m tinggi. Pokok ini merupakan kacukan di antara spesies pokok Mangifera indica atau umumnya dikenali sebagai mempelam dan Mangifera foetida yang dikenali sebagai buah bachang. Kuinin diklasifikasikan di dalam famili Anacardiaceae. Dari segi morfologi buah, kuinin mempunyai tekstur serat yang halus dan kurang berserabut berbanding dengan spesies mangga yang lain. Ia juga mempunyai aroma yang kuat dan harum. Tempoh kematangan pokok kuinin mengambil masa 6-9 tahun dan ia hanya berbunga setahun sekali. Agen pendebungaannya terdiri daripada burung, kelawar, mamalia kecil dan serangga.

Serangga yang dikenalpasti berpotensi sebagai agen pendebungaan bagi pokok kuinin adalah daripada spesies kupu-kupu, lebah dan kumbang. Namun begitu ada juga spesies kumbang yang mendatangkan kemudaratan terhadap kualiti tumbesaran dan penghasilan buah kuinin. Spesies kumbang (Coleoptera: Curculionidae) yang dikenali sebagai kumbang muncung panjang Sternochetus mangiferae  dapat menjejaskan kualiti buah kuinin dengan menghuni di dalam biji buah tersebut.

Kebiasaannya, pembeli akan membeli kuinin dengan melihat sepintas lalu tanpa memeriksa keadaan luaran buah dengan teliti sama ada wujud lubang halus atau tidak pada kulit buah. Bagi mengenalpasti sama ada buah tersebut mengandungi larva kumbang muncung panjang atau tidak, pembeli boleh membuat penelitian pada permukaan kulit buah seperti gambarajah di bawah.

Gambar1: Kehadiran lubang halus pada permukaan menandakan buah kuinin sudah ditebuk oleh serangga perosak iaitu kumbang muncung panjang, Sternochetus mangiferae untuk bertelur pada bijinya.

Kitar hidup kumbang muncung panjang di dalam buah kuinin sebagai serangga perosak bermula pada saat kumbang betina bertelur pada permukaan kulit buah dengan membuat lubang yang halus. Telur diletakkan secara tunggal pada kawasan separa matang (hijau). Proses oviposisi berlaku pada awal pagi dalam suasana cahaya yang masih redup dan selepas senja. Telur akan menetas dalam masa lima hingga tujuh hari. Seekor betina boleh bertelur 15 biji telur setiap hari dengan maksimum 300 biji telur dalam tempoh tiga bulan.

Sebaik sahaja telur menetas, larva yang baharu bersaiz 1mm akan mengorek pulpa (isi buah) dengan membuat terowong kecil sehingga menembusi biji buah kuinin. Ia akan membesar sehingga dewasa dengan berada di dalam biji tersebut. Tempoh minimum daripada awal penetasan telur sehingga  larva melakukan penembusan biji adalah satu hari.

Gambar2: Serangga perosak kuinin

Warna asal larva adalah putih dan berubah warna kepada kuning pucat setelah berusia seminggu. Larva ini akan berada di dalam biji kuinin bagi tempoh 7-8 hari sebelum berubah kepada pupa.  Pupa yang bermaksud boneka dalam bahasa Latin merupakan peringkat tidak aktif (dorman) bagi serangga yang mempunyai metamorfosis lengkap. Metamorfosis lengkap merujuk kepada serangga yang melalui transformasi morfologi (rupabentuk) dalam empat fasa iaitu bermula daripada telur, larva, pupa dan imago (dewasa). Pada peringkat ini, pupa akan kekal dorman selama 3 atau 5 minggu  sebelum berubah bentuk kepada kumbang muncung panjang dewasa.

Jangka hayat dewasa Sternochetus mangiferae  boleh mencecah sehingga 24 bulan dan ia boleh berhibernasi dalam tempoh yang agak panjang sekiranya berlaku perubahan musim tidak berbuah yang ekstrim. Habitat kumbang ini adalah di permukaan bawah kulit pokok dan di dalam litupan daun-daun kering di sekitar pokok kuinin.

Gambar 3: Imago pramatang dalam buah kuinin
Gambar 4: Kumbang perosak

Kumbang perosak ini boleh dikawal dengan kehadiran populasi kerengga (weaver ant) Oecophylla smaragdina. Kerengga ini boleh bertindak sebagai pemangsa dengan memakan telur kumbang Sternochetus mangiferae. Pengawalan serangga perosak bagi buah kuinin boleh juga dilakukan dengan kaedah penggunaan insektisid.

Rujukan:

Peng RenKang, Christian K, 2007. The effect of the weaver ant, Oecophylla smaragdina (Hymenoptera: Formicidae), on the mango seed weevil, Sternochetus mangiferae (Coleoptera: Curculionidae), in mango orchards in the Northern Territory of Australia. International Journal of Pest Management, 53(1):15-24.

 

ARTIKEL LAIN BERKAITAN: Dia Tidak Bersalah: Kumbang Ladybird Pemangsa Disalah Erti

ARTIKEL LAIN BERKAITAN: Membongkar Rahsia Makhluk Bertubuh Kecil, Si Perosak Beras

ARTIKEL LAIN BERKAITAN: Ancaman Kumbang Palma Merah dalam Diam

ARTIKEL LAIN BERKAITAN: Kumbang Kekura Sihat dengan Memakan Afid Organik

ARTIKEL LAIN BERKAITAN: Penyengat Parasitoid : Serangga Pembunuh Serangga

ARTIKEL LAIN BERKAITAN: Tingkah Laku Pembiakan Sitophilus Oryzae (Bubuk Beras)

ARTIKEL LAIN BERKAITAN Dunia Sebenar Parasitoid Utama dan Parasitoid Hiper, Dua Spesies Saling Hubungan

ARTIKEL LAIN BERKAITAN:Menyingkap Peranan Kelenjar Air Liur bagi Kemandirian Serangga

ARTIKEL LAIN BERKAITAN:Kulat Entomopatogen

ARTIKEL LAIN BERKAITAN: Serangga : Barisan Hadapan (Frontliners) Agen Pendebungaan

 

 

 

Tags: fakulsti sains Bumikumbang perosakNorashikin FauziUMK
ShareTweetShare
Previous Post

Ulasan Buku: The Theory of (Not Quite) Everything

Next Post

Ilmu dan Teknologi Berasaskan Omik Memacu Bidang Bioteknologi

Editor

Editor

Related Posts

Kenapa Luka Diabetik Lambat Sembuh?
Berita & Peristiwa

Kenapa Luka Diabetik Lambat Sembuh?

2 hours ago
Menembusi Sempadan Mikroskopik: Teknologi Mikro-CT dalam Revolusi Sains Moden
Berita & Peristiwa

Menembusi Sempadan Mikroskopik: Teknologi Mikro-CT dalam Revolusi Sains Moden

22 hours ago
Isu dan Cabaran Penternakan Ikan Patin
Alam Semulajadi

Isu dan Cabaran Penternakan Ikan Patin

3 days ago
Memahami Gempa Terbesar Malaysia di Perairan Kudat Tanpa Tsunami
Alam Semulajadi

Memahami Gempa Terbesar Malaysia di Perairan Kudat Tanpa Tsunami

3 days ago
Next Post
Ilmu dan Teknologi Berasaskan Omik Memacu Bidang Bioteknologi

Ilmu dan Teknologi Berasaskan Omik Memacu Bidang Bioteknologi

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In