23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Sunday, March 8, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Kenapakah Kita Bersin?

Info Kimia

Saiful Bahari by Saiful Bahari
02/04/2020
in Berita & Peristiwa, Kimia, Perubatan & Kesihatan
0 0
0

Oleh :  Dr Fatimah Binti Salim
Institut Atta-ur-Rahman UITM

KENAPAKAH KITA BERSIN?
Ada yang bertanya kenapa kita bersin apabila menumis? Pastinya bersin itu disebabkan oleh bahan-bahan kimia dalam bahan tumisan yang meruap dek kerana haba memasak dan sampai kepada rongga hidung kita.

 

Namun bahan kimia yang mana satu? Dan kenapa?
Jika anda perasan, bukan semua jenis tumisan akan membuatkan kita bersin. Biasanya tumisan yang mengandungi bahan-bahan masakan yang bersifat pedas contoh cili atau lada hitam yang akan membuatkan kita bersin.

Cili mengandungi bahan kimia semulajadi punca pedas iaitu capsaicin, dan lada hitam pula mengandungi bahan kimia piperine. Kedua jenis bahan kimia ini bersifat merengsa (irritant).

Semasa menumis, sebahagian daripada bahan-bahan kimia ini akan meruap menjadi gas lalu bercampur dengan udara. Sebab itu kita boleh bau jauh tumisan orang yang memasak. Capsaicin atau piperine ini akan bertindakbalas dengan tisu dalam rongga hidung dan otak akan mentafsirkannya sebagai ancaman dan mengaktifkan saraf trigeminal lalu bersin akan terjadi.

Sebenarnya bersin merupakan salah satu mekanisma pertahanan semulajadi badan untuk membersihkan dalaman hidung daripada ancaman benda asing luar. Sebab itu agaknya Islam menyarankan untuk kita mengucapkan ‘Alhamdulillah’ setelah bersin.

Selain daripada irritant daripada menumis, kita juga akan bersin apabila habuk, asap dan kuman (seperti virus korona, influenza…) masuk dalam hidung. Bersin juga terjadi disebabkan rangsangan kepada saraf sinus. Keadaan ini biasanya berlaku kerana tersumbatnya rongga hidung atau alergi pada sesetengah individu.

Tahukah anda sekali kita bersin, lebih 10,000 titisan (droplets) akan melayang keluar daripada hidung? Dan kelajuan udara bertitisan ini adalah 161 kilometer/jam.

Bayangkan jika kita bersin disebabkan oleh jangkitan kuman seperti korona virus. Sekali bersin, begitulah banyak dan lajunya titisan yang sarat dengan virus boleh mencapai ke orang atau permukaan lain berjarak 1-2 meter. Sebab itulah etika bersin (tutup hidung dan mulut) itu sangat penting dalam mengelakkan penularan COVID-19. Selain daripada etika bersin yang betul, menjaga jarak sosial (social distancing) juga sangat membantu.

Jangan lupa amalkan kebersihan. Setelah bersin, cepat-cepat cuci tangan dengan sabun dan air. Jika tiada akses, gunakan hand sanitiser. Ini untuk memastikan virus yang tercampak keluar ke tangan terus dibasuh dan dimusnahkan. Jangan sentuh permukaan muka sebelum mencuci tangan. Ini akan menyebabkan virus daripada tangan tadi berpindah semula ke rongga hidung dan mulut.

Semoga bermanfaat 🌹

ChM Dr Fatimah Salim
Ahli Kimia

 

Rujukan

M. Seijo‐Martínez, A. Varela‐Freijanes, J. Grandes, F. Vázquez, 2006. Sneeze related area in the medulla: localisation of the human sneezing centre? Journal of Neurology, Neurosurgery, and Psychiatry, 14 Dec 2005, 77(4):559-561.

 

Kredit Foto : sciencemag

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: BersinDr Fatimah Binti SalimInfo KimiaInstitut Atta-ur-RahmanUITM
ShareTweetShare
Previous Post

Pakar Kebarangkalian Dinobatkan Sebagai Pemenang Hadiah Abel 2020

Next Post

Penyakit Bawaan Siput Gondang: Boleh Dimakan Tetapi Bahaya Menanti Anda

Saiful Bahari

Saiful Bahari

Related Posts

Bagaimana Kecerdasan Buatan Membantu Mengelakkan Pesawat Bertembung dengan Burung
Berita & Peristiwa

Bagaimana Kecerdasan Buatan Membantu Mengelakkan Pesawat Bertembung dengan Burung

2 days ago
Isu Padi Angin dan Kawalan Racun di Sawah Padi
Alam Semulajadi

Isu Padi Angin dan Kawalan Racun di Sawah Padi

2 days ago
Tiga Masalah Utama Tangan di Kalangan Pekerja Pejabat
Berita & Peristiwa

Tiga Masalah Utama Tangan di Kalangan Pekerja Pejabat

1 week ago
Biofluoresens: Mekanisme, Kepelbagaian dan Kepentingannya dalam Ekologi
Alam Semulajadi

Biofluoresens: Mekanisme, Kepelbagaian dan Kepentingannya dalam Ekologi

1 week ago
Next Post
Penyakit Bawaan Siput Gondang: Boleh Dimakan Tetapi Bahaya Menanti Anda

Penyakit Bawaan Siput Gondang: Boleh Dimakan Tetapi Bahaya Menanti Anda

Kategori Produk

  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In