23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Thursday, July 17, 2025
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Kepala Anda lebih Tua Berbanding Kaki! Suatu Penjelasan Sains.

Info Fizik

Saiful Bahari by Saiful Bahari
24/02/2022
in Astronomi & Kosmologi, Berita & Peristiwa, Fizik
0 0
0

Oleh : Muhammad Eilham Bin M. Osman
Help Matriculation Centre

 

Apabila berbicara tentang Teori Relativiti, akan ada dua imej yang muncul dalam minda masyarakat moden. Imej pertama pastinya sosok tubuh seorang ahli saintis tua, dengan rambut kelabunya  berserabai, yang menjadi ikon genius masyarakat moden. Individu itu tak lain dan tak bukan adalah Albert Einstein.

 

Ilustrasi Artis : Albert Einstein

 

Imej kedua pula adalah bagi mereka yang meminati filem-filem bergenre sains fiksyen. Gambaran lohong hitam bernama Gergantua yang terletak di satu lokasi yang tidak diketahui, dan pengalaman beberapa individu berani serta cabaran mereka untuk mencari planet baru menggantikan Bumi yang tidak lagi mampu memberikan sumber makanan kerana wabak penyakit kepada hasil tanaman.

Filem Interstellar arahan Christopher Nolan pastinya membuka jalan kepada orang awam untuk lebih menghargai hasil kerja Einstein. Dalam filem tersebut, aspek Relativiti Umum diterangkan dengan agak terperinci secara berulang kali.

Contoh pertama berlaku sewaktu kru angkasawan bergerak ke planet Miller, meninggalkan Dr. Romilly untuk mengorbit lohong hitam seorang diri. Disebabkan planet Miller berada dalam kawasan bergraviti tinggi, maka menurut Teori Relativiti Umum, masa yang berlalu dalam planet itu adalah lebih perlahan berbanding pemerhati luar. Kembali semula ke kapal angkasa mereka, kru angkasawan mendapati bahawa Dr. Romilly telah menua hampir 23 tahun berbanding mereka, sedangkan masa yang telah berlalu, menurut perspektif mereka dalam planet tersebut, hanyalah sekitar 7 jam lebih.

Contoh kedua pula hadir dari perspektif Cooper dan anaknya sendiri, yang mana Cooper pada awal filem Interstellar lebih tua daripada anaknya, kekal pada usianya kerana berada berdekatan dengan lohong hitam, sedangkan anaknya di Bumi telah menua seperti biasa.

 

Imej Lohong Hitam

 

Idea Relativiti Umum Einstein ini, menyatakan masa menjadi ‘perlahan’ apabila kita berada dalam kawasan bergraviti tinggi, walaupun kelihatan ganjil, namun sebenarnya ada pembuktian saintifik yang tersendiri.

Salah satu cadangan kepada kesan Relativiti Umum ini adalah pada tubuh manusia sendiri, yang mana bahagian kaki manusia, kerana ia lebih dekat dengan Bumi, maka ia terkesan dengan graviti yang lebih tinggi berbanding dengan kepala. Perbezaan graviti antara kepala dan kaki ini bukanlah perbezaan yang amat besar, namun, uji kaji eksperimen telah dibuat oleh National Institute of Science and Technology (NIST) yang mana mereka telah meletakkan dua jam yang sama (identical watch) pada dua ketinggian yang berbeza, dengan satu jam terletak lebih tinggi satu kaki (33 cm) berbanding jam yang satu lagi.

Hasil dari eksperimen NIST adalah, jika jam tersebut dibiarkan selama 79 tahun, pengembangan masa akan berlaku pada kadar 1/90 billion saat! Ini adalah bersamaan dengan 11.11 pikosaat, atau dalam bahasa mudah, pengembangan masa berlaku dengan teramat kecil bezanya dan tidak mampu dicerap oleh deria manusia.

Mengambil contoh dalam skala yang lebih besar, Richard Feynman, seorang tokoh fizik pernah ditanyakan tentang hal yang hampir sama di dalam kelas beliau. Dalam salah satu syarahannya pada 1960, seorang pelajar bertanya mengenai perbezaan graviti yang dirasakan oleh kerak Bumi dan teras Bumi. Disebabkan teras Bumi lebih dekat dengan pusat Bumi, maka ia sepatutnya merasai graviti yang lebih tinggi, dan akibatnya, teras Bumi sepatutnya lebih ‘muda’ berbanding kerak Bumi, bukan?

Professor Feynman mengambil sedikit masa sebelum memberikan jawapan, ‘Beza teras Bumi dan kerak Bumi mungkin dalam satu atau dua hari’.

Pada 2016, Ulrik Uggerhøj dan kumpulannya dari Universiti Aarhus Denmark telah berjaya mengiyakan, dan menidakkan andaian Feynman itu. Menurut Ulrik, Feynman benar apabila mengatakan bahawa Bumi akan terkesan dari Relativiti Umum, namun menurut perkiraan yang dibuat oleh kumpulan Ulrik, beliau mendapati bahawa Feynman mendapat kadar pengembangan masa yang salah – Teras Bumi bukan muda sehari dua dari kerak Bumi, sebaliknya ia adalah 2.5 tahun lebih tua dari kerak Bumi!

Memberi komentar mengenai dapatan kajiannya, Ulrik mengulas, “belum ada eksperimen yang boleh dibuat bagi membuktikan hasil kerja kami ini. Namun begitu, kita perlu juga berhati-hati apabila orang terkenal (seperti Feynman) memberikan pandangan, kerana kita berkemungkinan besar terperangkap dalam pandangan mereka.”

Mengaplikasikan idea yang sama ke atas Matahari, Ulrik mendapati bahawa teras Matahari adalah muda 40,000 tahun berbanding lapisan luarnya.

 

Rujukan

“The young centre of the Earth.” https://arxiv.org/abs/1604.05507

“Optical Clocks and Relativity.” https://tsapps.nist.gov/publication/get_pdf.cfm?pub_id=905055

“NIST Clock Experiment Demonstrates That Your Head is Older Than Your Feet.” https://www.nist.gov/news-events/news/2010/09/nist-clock-experiment-demonstrates-your-head-older-your-feet

“Earth’s Core is Two-and-a-half Years Younger Than its Crust.” https://www.newscientist.com/article/2085599-earths-core-is-two-and-a-half-years-younger-than-its-crust/

 

Kredit Foto : freepik

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Help Matriculation CentreInfo FIzikMuhammad Eilham Bin M. OsmanTeori Relativiti
ShareTweetShare
Previous Post

Menerokai Rawatan Asas Penyakit Gusi

Next Post

Transformasi pembelajaran Subjek Matematik atas Talian

Saiful Bahari

Saiful Bahari

Related Posts

Tradisi Mencandat Sotong: Antara Warisan, Ekologi dan Sains Cahaya
Alam Semulajadi

Tradisi Mencandat Sotong: Antara Warisan, Ekologi dan Sains Cahaya

15 hours ago
Haiwan Tanpa Otak Tapi Kaya Fungsi
Alam Semulajadi

Haiwan Tanpa Otak Tapi Kaya Fungsi

3 days ago
Daripada Bahasa kepada Tanaman: Implikasi NLP Berkuasa AI dalam Sektor Pertanian
Alam Semulajadi

Daripada Bahasa kepada Tanaman: Implikasi NLP Berkuasa AI dalam Sektor Pertanian

3 days ago
Tiub Nano Karbon Bergrafen (GCNT): Inovasi Nano untuk Aplikasi Tenaga dan Elektronik Fleksibel
Berita & Peristiwa

Tiub Nano Karbon Bergrafen (GCNT): Inovasi Nano untuk Aplikasi Tenaga dan Elektronik Fleksibel

6 days ago
Next Post
Transformasi pembelajaran Subjek Matematik atas Talian

Transformasi pembelajaran Subjek Matematik atas Talian

Kategori Produk

  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In