23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Tuesday, March 28, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Kepelbagaian Halia Hutan Batu Kapur Tambat Hati Pengunjung Gua Ikan, Kelantan

Info Alam Semula Jadi

Saiful Bahari by Saiful Bahari
19/11/2021
in Alam Semulajadi, Berita & Peristiwa
0 0
0

Oleh: Nivaarani Arumugam, Nor Syahaiza bt Ahmad Zamri, & Ts. Dr. Suganthi Appalasamy
Institut Penyelidikan Jaminan Makanan dan Pertanian Lestari & Fakulti Sains Bumi, Universiti Malaysia Kelantan

 

Taburan batu kapur meliputi kira-kira 400,000 kilometer persegi Asia Tenggara. Terdapat pelbagai spesies pokok yang dilaporkan hanya boleh dijumpai di kawasan batu kapur (endemik). Batu kapur merupakan batu-batuan enapan keras yang terdiri daripada 50% kalsium karbonat (CaCO3). Batu kapur juga kaya dengan fosil yang boleh memberi kelebihan kepada kepentingan ekonomi sesebuah negara. Tumbuh-tumbuhan yang tumbuh di kawasan batu kapur agak berbeza berbanding dengan kawasan hutan tanah rendah dari segi rupa dan jumlah spesies yang boleh dijumpai. Tumbuh-tumbuhan batu kapur juga antara tumbuh-tumbuhan yang terancam kerana sering terdedah dengan gangguan yang melibatkan aktiviti kebudayaan, aktiviti rekreasi dan aktiviti pelancongan dalam negara kita.

Kawasan batu kapur mempunyai kepelbagaian biodiversiti seperti yang digambarkan oleh Chin (1977, 1979) yang mana beliau telah menyenaraikan sekitar 1,300 spesies yang tumbuh hanya pada 0.4% daripada keseluruhan kawasan di Semenanjung Malaysia. Kawasan batu kapur juga telah digazet sebagai ‘Environmentally Sensitive Areas’ disebabkan kawasan tersebut terdedah dengan aktiviti perlombongan dan penerokaan yang meluas. Sebuah kars batu kapur dapat menampung kira-kira 200-300 spesies pokok berdasarkan tinjauan yang telah dilakukan di 570 bukit batu kapur di Semenanjung Malaysia.

Gua Ikan terletak di daerah Jeli, berkedudukan di atas kaki Banjaran Titiwangsa yang merupakan tulang belakang Semenanjung Malaysia. Secara umumnya, keadaan landskap di kawasan negeri Kelantan terbahagi kepada empat iaitu kawasan bergunung, kawasan berbukit, kawasan tanah rata dan kawasan persisiran pantai. Semua jenis landskap boleh didapati dalam daerah Jeli kecuali kawasan persisiran pantai yang boleh dijumpai di kawasan utara negeri Kelantan.

Spesies halia hutan disifatkan sebagai salah satu penyeri dalam sesebuah ekosistem disebabkan oleh kepelbagaian bunga yang mempesonakan. Tambahan lagi, halia hutan tidak lagi asing dalam masyarakat tempatan di Kelantan dan kebanyakan mereka menggunakan pelbagai pokok halia hutan dalam pemakanan. Spesies halia hutan yang berbeza akan menghasilkan bunga yang unik dan berbeza dari segi warna dan bentuk yang juga dapat membantu dalam proses pengecaman disebabkan oleh struktur pokok halia hutan yang hampir sama antara spesies. Berdasarkan kajian yang telah dibuat, terdapat beberapa spesies halia hutan yang boleh dijumpai di sekitar Gua Ikan, Jeli seperti Zingiber spectabile, Etlingera maingayi, Etlingera punicea dan Etlingera littoralis. Kajian ini bukan sahaja dapat menambah rekod dan maklumat tentang taburan halia hutan di Kelantan malah dapat memantapkan pembangunan eko-pelancongan sekaligus memelihara dan melindungi alam semula jadi di negeri Kelantan terutamanya di Gua Ikan.

Zingiber spectabile dikenali sebagai ‘beehive ginger’ dalam Bahasa Inggeris yang bermaksud halia bercirikan struktur sarang lebah. Nama umum ini diberi berdasarkan struktur morfologi jambak bunga (inflorescence) spesies ini yang menyerupai struktur sarang lebah. Jambak bunga spesies ini berdiri megah dengan warna kuning yang menyerlah selalu menarik perhatian para pengunjung. Tambahan pula, jambak bunga tersebut berubah warna dari kuning ke merah gelap apabila semakin tua. Bunga yang berwarna ungu gelap dengan tompok kuning dilihat mekar pada keluk jambak bunga. Taburan spesies ini tinggi di kawasan Gua Ikan yang mana populasi Z. spectabile boleh dilihat sepanjang laluan dari pagar utama gua sehingga ke pintu masuk gua. Jambak bunga Z. spectabile yang sangat menarik biasanya dilihat di Gua Ikan dari bulan Mei hingga Januari. Spesies ini jarang dijumpai di kawasan rekreasi yang lain di sekitar Kelantan. Oleh itu, Z. spectabile merupakan salah satu khazanah alam yang harus dipelihara di kawasan Gua Ikan.

 

Rajah 1: Jambak bunga halia Zingiber spectabile.

 

Rajah 2: Bunga halia Zingiber spectabile.

 

Etlingera maingayi adalah satu lagi spesies halia hutan yang mempunyai struktur jambak bunga yang menarik dan senang dilihat oleh para pengunjung. Populasi spesies ini juga terdapat di laluan utama ke pintu masuk gua. Jambak bunganya juga tinggi seperti Z. spectabile. Bunga E. maingayi yang berwarna merah jambu cerah serta kelihatan seperti bunga ros sentiasa mencuit hati para pengunjung. Spesies ini menghasilkan buah yang berbentuk globos dan berwarna merah.

 

Rajah 3: Jambak bunga halia Etlingera maingayi.

 

Rajah 4: Buah halia Etlingera maingayi.

 

Selain itu, E. littoralis dan E. punicea juga terdapat di sekitar kars Gua Ikan. Jambak bunga bagi kedua-dua spesies ini kelihatan di atas tanah. Bunga yang dihasilkan mempunyai warna yang sangat cerah seperti merah dan kuning. Bunga tersebut kadang-kala ditutupi dengan sarap daun dan sukar dilihat di lapangan. Namun, pokok Etlingera spp. biasanya mempunyai ketinggian dalam 5 hingga 6 meter dan kelihatan berdiri megah.

 

Rajah 5: Bunga halia Etlingera littoralis.

 

Rajah 6: Bunga halia Etlingera punicea.

 

Selain halia hutan, terdapat juga beberapa tumbuhan dan kulat menarik dijumpai di kawasan Gua Ikan semasa kajian halia hutan di sekitar kars Gua Ikan. Antaranya adalah pokok Amorphophallus, Gapis, Hoya dan kulat yang dikenali sebagai cup fungi.

 

Artikel Berkaitan : Potensi Pokok Halia Hutan Sebagai Tumbuhan Hortikultur

Artikel Berkaitan : Serangga : Teman Sejati Si Bunga

Artikel Berkaitan : Serangga : Barisan Hadapan (Frontliners) Agen Pendebungaan

 

Pokok Amorphophallus dilihat tumbuh sepanjang laluan utama dari pagar utama gua sehingga ke pintu masuk gua sama seperti taburan populasi Z. spectabile. Pokok ini senang dikenali dengan rupa daun pokok yang berumpama payung, tompok hijau tua pada batang dan mempuyai bunga setinggi 15cm di atas tanah.

 

Rajah 7: Bunga Amorphophallus.

Pokok Gapis selalu menambat hati para pengunjung di Gua Ikan semasa musim bunga spesies ini iaitu pada awal tahun. Beberapa pokok Gapis tumbuh dengan sihat di kawasan sekitar pintu masuk gua. Pokok ini menghasilkan bunga berwarna kuning keemasan. Tompok yang berwarna merah gelap wujud pada bunga apabila bunga menjadi matang. Buah atau kekacang yang berwarna ungu terhasil pada batang pokok selepas musim bunga.

 

Rajah 8: Bunga Gapis.

 

Selain itu, tumbuhan menjalar Hoya juga memikat hati para pengunjung. Tumbuhan ini boleh dilihat di kawasan kars gua di hadapan tempat letak kereta. Hoya yang dijumpai menghasilkan bunga besar yang berbentuk bintang dan berwarna putih. Bunga ini telah dilihat mekar pada bulan April.

 

Rajah 9: Bunga Hoya.

 

Musim hujan sentiasa memberi peluang kepada pertumbuhan pelbagai jenis kulat. Salah satu kulat menarik yang direkodkan di Gua Ikan adalah cup fungi. Kulat ini berbentuk cawan mengikut nama umumnya. Kulat ini berwarna oren dan berbulu halus pada bahagian atas kulat yang berbentuk hemisfera. Bentuk dan warna kulat ini sentiasa menarik perhatian pencinta alam.

 

Rajah 10: Kulat Cup fungi.

 

Akhir kata, perlindungan dan pemeliharaan spesies halia hutan serta tumbuhan lain yang menarik perhatian para pengunjung akan memberikan satu tarikan tambahan kepada industri eko-pelancongan di Gua Ikan. Laluan utama ke pintu masuk gua boleh dijadikan sebagai laluan pendidikan kerana pelbagai flora dapat dilihat di laluan tersebut. Penambahan maklumat saintifik mengenai halia hutan serta tumbuhan menarik yang lain akan memberi peluang kepada para pengunjung untuk menimba ilmu mengenai flora di Gua Ikan disamping menikmati keunikan gua dan sungai di kawasan gua.

 

Penghargaan

Penulis artikel mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) kerana telah memberikan sokongan kewangan melalui geran penyelidikan FRGS (R/FRGS/A0800/01350A/005/2019/00708) untuk menjalankan kajian halia hutan di sekitar kawasan batu kapur serta Majlis Daerah Dabong (Ref.: MDD.D.100-2/11/1(34)) untuk memberikan kebenaran bagi mengumpul data kepelbagaian halia hutan di sekitar Gua Ikan. Kami juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Encik Mohd Nizam Ismail yang telah banyak membantu dalam memberikan informasi mengenai hutan di sekitar Gua Ikan sepanjang kajian dilakukan.

 

Rujukan

Kiew, R., Rafidah, A. R., Ong, P. T., Ummul-Nazrah, A. R. (2017). Limestone treasures: rare plants in Peninsular Malaysia – where they are, where they grow and how to conserve them. Malaysian Naturalist, 71: 32–41.

Dony Adriansyah Nazaruddin. (2015). Systematic studies of geoheritage in Jeli District, Kelantan, Malaysia. Geoheritage, 9(1): 19-33.

 

Kredit Foto : Nivaarani Arumugam, Nor Syahaiza bt Ahmad Zamri, & Ts. Dr. Suganthi Appalasamy

 

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Fakulti Sains BumiHalia HutanInfo Alam Semula jadiInstitut Penyelidikan Jaminan Makanan dan Pertanian LestariNivaarani ArumugamNor Syahaiza bt Ahmad ZamriTs Dr Suganthi AppalasamyUniversiti Malaysia Kelantan
ShareTweetShare
Previous Post

Tudung Saji Bertingkat Viral: Selamat atau Tidak?

Next Post

Mengenali Spesis Burung Tambun, Sang Serok dan Pikau

Saiful Bahari

Saiful Bahari

Related Posts

Nilai Ubatan Bougainvillea alba (Bunga Kertas)
Alam Semulajadi

Nilai Ubatan Bougainvillea alba (Bunga Kertas)

4 days ago
‘Messi Matematik’ Dipilih Sebagai Penerima Hadiah Abel 2023
Berita & Peristiwa

‘Messi Matematik’ Dipilih Sebagai Penerima Hadiah Abel 2023

4 days ago
Hidrogel Getah Asli Sebagai Penjerap Bahan Pewarna Pencemar Dalam Air
Berita & Peristiwa

Hidrogel Getah Asli Sebagai Penjerap Bahan Pewarna Pencemar Dalam Air

7 days ago
Peranan Enzim dalam Memangkin Industri Makanan
Berita & Peristiwa

Peranan Enzim dalam Memangkin Industri Makanan

2 weeks ago
Next Post
Mengenali Spesis Burung Tambun, Sang Serok dan Pikau

Mengenali Spesis Burung Tambun, Sang Serok dan Pikau

  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengapa Manusia tersedu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tanah Runtuh : Sejauh Manakah Kesedaran Masyarakat Terhadap Kesan Kejadian Ini?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2023

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2023

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In