23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Wednesday, February 8, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Kepentingan Jaringan Antarabangsa dalam Kerjaya Penyelidik Muda

Artikel ke-21 kerjasama antara Majalah Sains dan Young Scientists Network-Academy of Sciences Malaysia (YSN-ASM)

Adee by Adee
14/08/2018
in Berita & Peristiwa, Suara Saintis Muda
0 0
0

Artikel ini merupakan temubual atas talian di antara Penasihat MajalahSains merangkap Pengerusi Kumpulan Kerja Komunikasi Sains YSN-ASM, Prof. Madya Ir. Dr. Rosdiadee Nordin dan Prof. Madya Dr. Fatin Aliah Phang, Pengerusi Kumpulan Kerja Pendidikan Sains YSN-ASM. Dr. Fatin merupakan seorang penyelidik muda di dalam bidang Pendidikan STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) dan sekarang bertugas di Centre for Engineering Education (CEE), Universiti Teknologi Malaysia. Awal tahun ini, Dr. Fatin telah dilantik sebagai salah seorang daripada 200 ahli Global Young Academy (GYA). GYA merupakan sebuah persatuan antarabangsa, diwakili oleh saintis muda daripada 77 negara dan bekerjasama dengan pelbagai agensi saintifik ternama seperti United Nations Educational, Scientific and Cultural Organisation (UNESCO), International Council for Science (ICS), InterAcademy Partnership (IAP), dan The World Academy of Sciences (TWAS). Tujuan utama GYA ialah untuk meningkatkan binaupaya dan kerjasama di kalangan saintis muda seluruh dunia.

Dr. Fatin bersama Provost Murray Edwards College sewaktu majlis konvokesyen pada tahun 2009 di Cambridge

Apakah fakta menarik bidang penyelidikan Dr. Fatin yang jarang diketahui umum?

Sekembali dari pengajian kedoktoran saya pada tahun 2009, saya terlibat dalam kajian tentang punca kemerosotan penyertaan pelajar sekolah menengah dalam aliran sains yang dibiayai oleh Majlis Profesor Negara. Hasil kajian saya mendapati bahawa pelajar rata-rata minat sains, tetapi tidak berjaya menguasai konsep dan kemahiran sains. Ini mendorong saya untuk menggali lebih mendalam mengenai isu ini dan apakah faktor-faktor yang mempengaruhinya. Salah satu faktor tersebut ialah epistemologi saintifik.

 

Boleh terangkan kepada pembaca, apa itu epistemologi saintifik?

Epistemologi saintifik merujuk kepada kepercayaan tentang ilmu sains oleh seseorang individu. Pelajar mempunyai pemahaman ilmu sains yang rendah akan melihat sains sebagai sekumpulan fakta dan formula yang perlu dihafal, teori pula sebagai sesuatu yang tetap dan tidak kreatif, justeru mereka belajar sains dengan membaca, dan apabila mereka melakukan eksperimen di sekolah, ianya hanya untuk mencari jawapan yang akhirnya sama sahaja seperti yang mereka ketahui daripada bacaan. Mereka cenderung melihat guru dan buku teks sebagai sumber ilmu sains, namun bukan hasil penerokaan mereka sendiri. Ini menyebabkan mereka tidak berminat dengan sains di sekolah. Pelajar lebih minat sains di luar sekolah seperti rancangan sains di televisyen dan pameran sains yang memberi peluang kepada mereka untuk mencuba dan meneroka. Guru sains mempunyai pemahaman ilmu sains saintifik yang rendah juga menyebabkan pengajaran sains di sekolah tidak menyeronokkan sehingga pelajar hilang minat terhadap sains di sekolah.

Berbeza dengan individu dengan pemahaman ilmu yang lengkap, ilmu sains dilihat sebagai satu proses, penuh dengan imaginasi dan kreativiti dalam proses penerokaan ilmu sains. Pelajar dan guru bersama-sama membuat penyiasatan, merungkai persoalan dan memuaskan rasa ingin tahu terhadap sesuatu fenomena yang dicerap. Guru tidak dilihat sebagai sumber ilmu yang muktamad dan pelajar boleh bersoal jawab dengan guru serta rakan pelajar bagi mencari ilmu sains. Ini menjadikan pembelajaran sains bermakna dan seronok untuk pelajar. Ini adalah antara sebab kenapa YSN-ASM mendokong aspirasi National STEM Centre yang diusahakan bersama Akademi Sains Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memastikan pembelajaran berasaskan inkuiri (ingin tahu) diterapkan dalam pembelajaran sains di sekolah supaya pelajar diberi peluang meneroka, berbincang dan melalui proses pencarian ilmu sains seperti seorang saintis sebenar. Ini mampu membuka minda pelajar lantas meningkatkan minat mereka terhadap sains di sekolah.

 

Bagaimana pengalaman Ph.D. di Cambridge membantu Dr. Fatin memulakan kerjaya sebagai penyelidik muda?

Cambridge mewarisi budaya keilmuan dan kesarjanaan yang tersendiri kerana keseluruhan pekan Cambridge merupakan sebuah universiti di tengah-tengah kehidupan masyarakat Cambridge manakala pelajar pra-siswazah Cambridge dipilih dari kalangan mereka yang amat cemerlang dari segi pencapaian akademik, pemikiran dan sikap yang hendak berjaya. Saya bersyukur kerana walaupun saya pelajar pasca-siswazah di Cambridge, saya dapat bergaul mesra dengan pelajar pra-siswazah melalui aktiviti Persatuan Pelajar Muslim (Cambridge University Islamic Society; ISoC) untuk mendapat pendedahan tentang cara pemikiran mereka yang jauh lebih matang daripada saya, walaupun rata-rata mereka hanya berusia 19 tahun. Budaya berdebat, pemikiran kritis, rajin, komited dan sikap cemerlang dalam diri mereka telah mempengaruhi cara berfikir dan sikap saya sepanjang tiga tahun di sana. Saya sebenarnya merasa kurang yakin apabila saya tidak mampu berfikir secara kritis seperti mereka ketika membincangkan satu isu yang santai. Saya juga telah berjaya menambahbaik kemahiran Bahasa Inggeris saya dan membina rangkaian rakan-rakan yang sama bidang dengan saya dari pelbagai negara. Saya melihat tiga tahun saya di Cambridge bukan setakat membina kapasiti kesarjanaan saya tetapi perwatakan diri dan persediaan untuk menghadapi kerjaya sebagai penyelidik muda.

 

Sains vs. Sastera – adakah perlunya kita berdebat yang mana lebih bagus untuk negara, dan adakah perdebatan ini sihat untuk Malaysia?

Sebenarnya semua disiplin ilmu adalah sains kerana secara umumnya sains bermaksud ilmu, contoh disiplin Ulum al-Quran, dalam bahasa Melayu ianya diterjemahkan sebagai Ilmu al-Quran tetapi dalam bahasa Inggeris, ianya dipanggil sebagai “Sciences of the Quran”. Kita sekarang telah menjejaki zaman rentas disiplin (interdiscipline) yang mana adalah agak sukar untuk satu disiplin ilmu berdiri secara sendirian tanpa dokongan daripada disiplin ilmu lain. Semakin kita menyorok dalam disiplin ilmu kita sendiri tanpa meneroka atau berkerjasama dengan disiplin lain, semakin kita akan ketinggalan. Perbincangan mahupun debat antara disiplin dan pemerangkuman disiplin lain ke dalam disiplin kita adalah penting untuk memajukan lagi bidang ilmu masa kini. Jadi, ilmu sains (sains dan teknologi) dan sastera adalah saling memerlukan.

 

Kenapa jaringan di peringkat antarabangsa penting untuk kerjaya seorang penyelidik muda?

Dalam dunia tanpa sempadan hari ini, jaringan di peringkat antarabangsa menjadi semakin mudah dan semakin penting. Perkongsian ilmu dan pengalaman antara penyelidik menghasilkan penyelesaian bagi masalah global secara lebih cekap. Penyelidik muda mempunyai banyak idea baharu yang ingin diterokai, khususnya apabila mereka baru sahaja menghabiskan pengajian kedoktoran dan ingin meneruskan penerokaan dalam bidang pengajian mereka dengan lebih lanjut dan terkehadapan. Kerjasama di peringkat antarabangsa bukan sahaja memberi peluang kepada penyelidik muda untuk melihat hasil penyelidikan lain secara lebih dekat dan mendalam, malahan dapat menyumbang idea bagi memajukan lagi penyelidikan dalam bidang tersebut. Pengalaman ditimba di persada antarabangsa mampu mematangkan fikiran, cara kerja penyelidikan, penulisan penerbitan dan pembinaan karakter seorang penyelidik muda. Penyelidik muda seharusnya berusaha mencari peluang untuk bekerjasama dan membina jaringan di peringkat antarabangsa sebagai satu usaha untuk memajukan diri sendiri.

 

Mengiringi kumpulan penyelidik daripada Jepun sewaktu lawatan ke sekolah

 

Apakah cabaran kepada penyelidik muda untuk bertapak di persada antarabangsa? Dan boleh berkongsi pengalaman bagaimana Dr. Fatin mampu mengatasi cabaran ini? 

Antara cabaran yang sering dihadapi oleh penyelidik muda adalah peluang dan saluran untuk membina jaringan antarabangsa ini. Penyelidik muda mungkin tidak mengetahui bagaimana untuk memulakan usaha ini dan bersikap terlalu rendah diri atau tidak berani ke hadapan. Saya mencadangkan supaya untuk membina keyakinan, penyelidik muda boleh menghadiri persidangan antarabangsa yang berkualiti, membentangkan kertas kerja dan berkenalan dengan penyelidik antarabangsa sebagai langkah pertama tetapi penyelidik muda tidak seharusnya menjadikan pencapaian KPI penerbitan atau melancong sebagai niat. Penyelidik muda perlu berani mengambil peluang membincangkan penyelidikan dan meneroka peluang kerjasama penyelidikan dengan penyelidik antarabangsa yang ditemui sewaktu di persidangan. Ini disusuli pula dengan komunikasi melalui email dan mengambil apa sahaja peluang yang muncul, seperti membuat permohonan geran antarabangsa bersama-sama. Konsep keserakanan juga penting kerana keikhlasan berkawan itu menjadikan kerjasama dan jaringan antarabangsa itu lebih erat dan berkekalan.

Selain itu, penyelidik muda perlu mencari mentor dalam kerjayanya supaya diberikan peluang oleh mentor untuk berkenalan dengan penyelidik antarabangsa dalam jaringan mentor. Setiap kali penyelidik antarabangsa yang berkaitan berada di Malaysia, penyelidik muda perlu berusaha mengambil peluang berjumpa dan berbincang dengan mereka, kemudian disusuli dengan komunikasi secara elektronik. Penyelidik muda perlu berusaha mendapatkan sokongan kewangan untuk menjemput penyelidik antarabangsa ke Malaysia sama ada melalui universiti, penganjuran persidangan atau geran antarabangsa. Dan akhir sekali, penyelidik muda perlu menyertai platform yang mengumpulkan penyelidik antarabangsa dan menyediakan peluang untuk berkenalan dengan penyelidik antarabangsa.

Saya sendiri telah menyertai YSN-ASM yang mempunyai jaringan antarabangsa luas dengan akademi sains dari negara lain, termasuklah Global Young Academy (GYA), The World Academy of Sciences (TWAS) dan ASEAN. Penyertaan saya ke GYA adalah bagi kerjasama dengan rakan-rakan dari negara lain untuk melihat isu pendidikan sains pada peringkat global. Hasil bimbingan mentor saya, Prof. Dr. Khairiyah Mohd Yusof, saya telah terpilih sebagai salah seorang ahli dalam Research in Engineering Education Network (REEN) Governing Committee, dijemput untuk berucap di persidangan antarabangsa, dipilih sebagai ahli jawatankuasa dalam beberapa persidangan antarabangsa dan penerbitan dalam beberapa jurnal antarabangsa. Oleh itu, sebagai penyelidik muda, kita bukan sahaja perlu bijak mencari peluang, malahan perlu yakin, berani, sabar dan ikhlas dalam membina jaringan antarabangsa.

 

Akhir sekali, bagaimana sains dan teknologi boleh dijadikan sebagai alat untuk menyatukan rakyat Malaysia?

Malaysia merupakan sebuah negara yang bertuah dan saya rasa bangga sebagai rakyat Malaysia kerana kita masih bersatu di bawah satu panji walaupun berbeza kaum, bahasa, agama dan ideologi politik. Pada era Revolusi Industri ke-4 ini, adalah sukar untuk menjalani kehidupan seharian tanpa sains dan teknologi. Negara-negara dunia bersaing untuk menjadi peneraju dalam sains dan teknologi. Malaysia juga tidak seharusnya ketinggalan dalam persaingan ini. Oleh itu, dalam usaha bersaing dengan negara lain dalam penyelidikan sains dan teknologi, ianya telah menyatupadukan rakyat Malaysia kerana matlamat kita semua adalah sama.

Sebagai panel sewaktu sessi dialog di dalam persidangan antarabangsa di Shenzen, China

Kami daripada Majalah Sains dan YSN-ASM mengakhiri temubual ini dengan ribuan ucapan terima kasih atas perkongsian pendapat dan pengalaman yang sungguh bermakna kepada pembaca, terutamanya penyelidik muda di luar sana. Kami akhiri temubual dengan ucapan selamat maju jaya kepada Dr. Fatin dan kerjaya beliau dalam memajukan penyelidikan di Malaysia. 

Berikan Komen Anda Di Sini

ShareTweetShare
Previous Post

Komunikasi Alam Sekitar di Malaysia

Next Post

Ulasan Buku: Quantum Reality- Beyond the New Physics

Adee

Adee

Related Posts

Interaksi Haiwan Terhadap Persekitaran
Alam Semulajadi

Interaksi Haiwan Terhadap Persekitaran

11 hours ago
Tanah Runtuh di Malaysia dan Teknik Geofizik untuk Menilai Kestabilan Cerun
Alam Semulajadi

Tanah Runtuh di Malaysia dan Teknik Geofizik untuk Menilai Kestabilan Cerun

1 day ago
Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel

1 week ago
Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?
Berita & Peristiwa

Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?

2 weeks ago
Next Post
Ulasan Buku: Quantum Reality- Beyond the New Physics

Ulasan Buku: Quantum Reality- Beyond the New Physics

  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Nanoteknologi dalam Sektor Pertanian di Malaysia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Nanoteknologi: Ilmu yang Mengubah Kualiti Kehidupan Manusia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aplikasi Nanoteknologi Dalam Bidang Perubatan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2022

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2022

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In