23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Saturday, February 4, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Kepentingan Resistograph dalam Penilaian dan Penyelenggaran Dirian Pokok

Info Pengurusan Hutan

Editor by Editor
16/02/2022
in Alam Semulajadi, Berita & Peristiwa
0 0
0

Oleh : Jacqueline Binti Joseph
Fakulti Perladangan dan Agroteknologi, Uitm Cawangan Sabah

 

Resistograph merupakan alat elektronik yang digunakan oleh kebanyakan penyelidik untuk mengukur dan menilai kepadatan kayu (wood density) secara tidak langsung pada dirian pokok. Resistograph dilengkapi dengan alat pencetak termal tanpa wayar yang menggunakan aplikasi Bluetooth dan telefon pintar Android bagi tujuan merekod dan menjana data hasil daripada operasi penggerudian. Resistograph terdiri daripada dua jenis iaitu Rinntech Resistograph®, Heidelburg, Germany dan IML Instrumenta Mechanik Labor System GmbH, Wiesloch, Germany. Walau bagaimanapun, Rinntech Resistograph®, Heidelburg, Germany merupakan keluaran produk yang pertama dihasilkan oleh Frank Rinn sebelum IML Instrumenta Mechanik Labor System GmbH, Wiesloch, Germany. Menariknya kebanyakan penyelidik terutamanya yang terdiri daripada ahli arborist memilih IML Instrumenta Mechanik Labor System GmbH, Wiesloch, Germany sebagai alat untuk penjagaan dan penyelenggaran pokok kerana ia lebih murah.

 

Rinntech Resistograph®, Heidelburg, Germany

 

IML Instrumenta Mechanik Labor System GmbH, Wiesloch, Germany

 

Mata gerudi Resistograph yang hanya berukuran 3 mm tidak mengakibatkan kerosakan pada pokok memandangkan saiz tersebut terlalu kecil dan pokok hanya mengambil masa yang singkat untuk membentuk lapisan kulit kayu yang baharu untuk menutupi kesan penggerudian tersebut. Evolusi penggunaan Resistograph bermula daripada pemeriksaan kecacatan atau kerosakan dalaman pokok bagi memastikan tidak ada serangan kulat yang berpotensi mengakibatkan pokok tersebut tumbang atau mati. Pemeriksaan ini penting dalam sektor perhutanan bagi tujuan pemilihan dirian pokok yang sesuai untuk dituai bagi tujuan pemprosesan produk kayu termasuk pengeluaran kayu gergajian, venir, dan produk panel (papan lapis, papan partikel, papan serpai dan papan gentian). Ini juga membantu dalam mencapai keputusan dalam pengurusan hutan secara mampan, yang mana pokok yang belum mencapai tahap kematangan dan kepadatan kayu yang diinginkan tidak akan dituai sewenang-wenangnya.

Penggunaan Resistograph dianggap sebagai kaedah praktikal yang memudahkan inventori penilaian dan penentuan kepadatan kayu pada dirian pokok terutamanya di hutan. Ini kerana kebanyakan kaedah yang digunakan untuk menilai kepadatan kayu agak membebankan memandangkan ia melibatkan tenaga buruh yang ramai, memakan masa dan kos yang tinggi. Apatah lagi untuk tujuan pemprosesan sampel kayu di makmal bagi mendapat nilai kepadatan kayu yang lebih tepat. Kaedah konvensional biasanya melibatkan penebangan dirian pokok (destructive felling) dan ini sudah tentunya menimbulkan isu kontroversi terhadap pemulihaaran ekologi hutan meskipun hanya bertujuan untuk penyelidikan sahaja. Oleh yang demikian, tidak hairanlah Resistograph menjadi pilihan ramai ahli arborist memandangkan ia boleh mendapatkan data kepadatan kayu secara tidak langsung daripada dirian pokok.

Walau bagaimanapun, harga Resistograph yang agak mahal sehingga mencecah RM40,000.00 seunit menyebabkan kurang sambutan di kalangan para penyelidik untuk melakukan penyelidikan menggunakan Resistograph. Oleh itu, potensi Resistograph sebagai alat elekronik untuk mengukur dan menilai kepadatan kayu masih perlu diterokai dan dibuktikan oleh kebanyakan penyelidik melalui penerbitan artikel terkini. Selain itu, penggunaan Resistograph juga merupakan usaha dan komitmen pihak Dewan Bandaraya yang mengetengahkan amalan penilaian risiko terhadap pokok-pokok di bandar yang mana penilaian kesihatan pokok (tree health) peringkat awal dilakukan secara berkala menggunakan Resistograph bagi mengelak risiko pokok tumbang dan menyebabkan bahaya kepada keselamatan orang awam.

Resistograph bertindak sebagai alat penggerudi yang akan menggerudi dirian pokok bagi mendapatkan bacaan rintangan penggerudian (drilling resistance). Istilah rintangan penggerudian merupakan penanda aras kepada kekuatan dan kepadatan kayu pada dirian pokok. Sekiranya nilai bacaan yang diperolehi agak ekstrim dan tinggi, ia menunjukkan bahawa pokok tersebut memiliki kepadatan kayu yang tinggi dan boleh diklasifikasi sebagai pokok kayu keras. Tetapi ia juga boleh berpunca daripada ralat yang disebabkan geseran yang melampau semasa alat Resistograph melakukan penggerudian ke dalam pokok terutamanya pokok yang berdiameter besar.

. Nilai bacaan yang rendah menunjukkan dirian pokok tersebut mempunyai kepadatan kayu yang agak rendah dan diklasifikasikan sebagai pokok kayu lembut. Bacaan pada alat Resistograph juga dapat digunakan untuk mengkelaskan pokok kepada kategori yang berlainan iaitu kepadatan rendah (0.40 – 0.59 g cm⁻³), sederhana (0.59 – 0.70 g cm⁻³), tinggi (0.7 – 1.0 g cm⁻³). Pengkelasan ini juga membantu dalam membolehkan pokok dapat dikenal pasti sebagai kayu lembut (softwood), kayu keras ringan (light hardwood), kayu keras sederhana (medium hardwood), kayu keras berat (heavy hardwood).

Kesemua model alat Resistograph mempunyai ukuran panjang, 50 cm. Ini juga menjadi satu kekangan untuk melakukan penggerudian pada pokok yang bersaiz besar (50 cm ke atas). Salah satu model Resistograph iaitu Model R650 – ED dikhaskan untuk penggerudian dirian pokok tropika yang berkepadatan kayu yang tinggi. Sebelum memulakan operasi menggerudi, diameter dirian pokok tersebut perlu diukur terlebih dahulu menggunakan pita pengukur diameter. Ini penting bagi mendapatkan kedalaman penggerudian (drilling depth) yang diinginkan. Satu bateri pada Resistograph mampu membantu dalam penggerudian sebanyak 100-200 pokok bergantung kepada kepadatan kayu pada dirian pokok masing-masing. Untuk memastikan Resistograph dapat digunakan dalam jangka masa yang lama, mata gerudi perlu diganti kepada mata gerudi yang baharu setiap kali selesai operasi penggerudian untuk 100 pokok. Ini bagi mengelakkan mata gerudi menjadi tumpul, dan mempengaruhi kualiti bacaan sekaligus menyumbang kepada resolusi grafik yang kurang jelas pada Resistograph untuk tujuan interpretasi maklumat.

Individu yang bertanggunjawab untuk menggerudi pokok dikenali sebagai drilling operator yang mana beliau perlu mengekalkan kestabilan posisi beliau supaya tidak berlaku sebarang pergerakan semasa proses menggerudi dijalankan. Sebarang pergerakan yang ekstrim akan mengakibatkan mata gerudi Resistograph berpontensi untuk patah disebabkan ketidaklancaran pergerakan masuk mata gerudi ke dalam kayu. Setiap kali selesai operasi menggerudi, mata gerudi perlu diperiksa dan dibersihkan serta merta agar tidak ada sebarang cebisan kayu yang tersangkut di dalam. Keberkesanan penggunaan Resistograph turut dipengaruhi oleh kehadiran resin dan bahan-bahan ekstraktif di dalam pokok serta lembapan yang mengakibatkan bacaan kepadatan kayu yang kurang tepat.

Kesemua data hasil daripada operasi penggerudian akan disimpan di dalam telefon pintar Android dan di dalam sistem Resistograph tersebut. Salinan lembut data tersebut dipindahkan dan dimigrasikan ke mana-mana pemacu pena atau cakera keras bagi mengelakkan risiko kehilangan data. Ini kerana Resistograph hanya mempunyai kapasiti sebanyak 17 GB sahaja untuk simpanan data dalaman. Data hasil daripada operasi penggerudian biasanya boleh diproses dan dianalisa menggunakan perisian khas Resistograph iaitu DECOM Scientific. Perisian ini sentiasa dikemaskini dan ditambah baik dari masa ke semasa oleh Frank Rinn yang merupakan pencipta alat Resistograph itu sendiri.

 

Data daripada Resistograph selepas operasi penggerudian pokok

 

Gambar rajah di atas menunjukkan hasil penggerudian diterjemahkan dalam graf berbentuk trend menaik. Bahagian berwarna coklat menunjukkan mata gerudi mula memasuki keratan rentas batang pokok dan biasanya adalah mewakili bahagian kulit kayu yang berukuran dalam 10-15 mm. Bahagian yang berwarna hijau pula mewakili bahagian dalam pokok yang tidak mengalami apa-apa pereputan atau kerosakan anatomi. Ini bermakna pokok tersebut berada dalam keadaan baik dan stabil. Meskipun begitu, interpretasi maklumat daripada data penggerudian perlu dilakukan oleh orang yang mempunyai latar belakang dalam anatomi kayu atau dendrologi.

Resistograph memerlukan penjagaan yang teliti dari segi penyelenggaraan mata gerudi dan bateri perlu dicas setiap bulan walaupun tidak digunakan. Stok mata gerudi yang baharu pula berdepan dengan masalah karat walaupun disimpan di dalam bekas yang kedap udara. Oleh itu, silika gel perlu diletakkan di dalam bekas yang mengandungi stok mata gerudi untuk menyerap lembapan dan mengelak karat daripada berlaku. Resistograph juga tidak bersifat kalis air. Ini menimbulkan kesukaran semasa melakukan penggerudian di hutan ketika hujan dan ahli yang bertindak sebagai pemantau perlu membawa payung bagi melindungi operator yang sedang menggerudi dan alat Resistograph tersebut. Beg khas untuk menyimpan Resistograph dan peralatan lain juga agak berat iaitu kira-kira 3 kg untuk dibawa masuk ke dalam hutan terutamnya melibatkan bentuk muka bumi yang mencabar dan terpaksa menempuh perjalanan yang jauh.

Fizikal dirian pokok perlu dinilai terlebih dahulu sebelum melakukan penggerudian. Pokok yang mempunyai kecacatan luaran seperti berbonggol, berlubang dan bersimpul tidak digalakkan untuk melakukan penggerudian. Bentuk muka bumi juga perlu diberi perhatian supaya penggerudian dapat dilakukan mengikut kedudukan pokok tersebut. Ini membolehkan penggerudian dapat dilakukan 90°selari dengan cincin pertumbuhan pada keratan rentas batang pokok. Kegagalan alat gerudi untuk menggerudi secara 90° akan menyebabkan ketidaktepatan data dan bacaan kurang jitu pada alat Resistograph. Oleh itu, kehadiran seorang ahli yang bertanggungjawab sebagai pemantau adalah penting dalam operasi penggerudian untuk memeriksa posisi dan cara memegang alat Resistograph tersebut sebelum penggerudian dilakukan.

 

Lubang pada pokok selepas digerudi oleh Resistograph.

 

Keadaan pokok yang tidak sesuai untuk digerudi menggunakan Resistograph untuk tujuan penilaian kepadatan kayu.

 

 

Kredit Foto : wikipedia

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Fakulti Perladangan dan AgroteknologiJacqueline Binti JosephResistographUitm Cawangan Sabah
ShareTweetShare
Previous Post

Memahami Kanser

Next Post

Mengukur Pencemaran Air Melalui BOD dan COD

Editor

Editor

Related Posts

Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel

6 days ago
Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?
Berita & Peristiwa

Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?

1 week ago
Peranan Ibu Bapa Dalam Mengembangkan Kemahiran Matematik Kanak-Kanak Satu Hingga Dua Tahun
Berita & Peristiwa

Peranan Ibu Bapa Dalam Mengembangkan Kemahiran Matematik Kanak-Kanak Satu Hingga Dua Tahun

1 week ago
Sejarah Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Sejarah Sel Fuel

3 weeks ago
Next Post
Mengukur Pencemaran Air Melalui BOD dan COD

Mengukur Pencemaran Air Melalui BOD dan COD

  • Mengenali dan Memahami Spesies Musang di Malaysia

    Mengenali dan Memahami Spesies Musang di Malaysia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengapa Manusia tersedu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mitos Telur Berdiri Sewaktu Gerhana: Sains Menjelaskan!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2022

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2022

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In