23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Thursday, February 2, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Kepercayaan dan Ilusi Ilmu–Musuh Utama Sains

Editor by Editor
01/07/2016
in Suara Saintis Muda
0 0
0
Oleh: Izzat Mohd Asri
Ahmad dan Husin berkawan baik. Mereka pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan tingkatan tiga dalam masa dua minggu lagi. Cikgu memberi mereka banyak kerja sekolah sebagai ‘ulangkaji’ sebelum peperiksaan. Ahmad mengeluh. Tidak tahu apa manfaat yang diperolehinya dengan belajar sains ini. Dia membaca berulang kali soalan.
“Kira pecutan ayunan bandul.”
“Lukis dan labelkan gambar rajah sel tumbuhan dan sel haiwan.”
“Kira rintangan arus elektrik.”
“Berikan inferen kenapa air kapur bertukar menjadi keruh.”
Ahmad tidak faham bagaimana kerja sekolah itu membantu dirinya. Oleh itu, dia sekadar menghafal jawapan untuk digunakan untuk menjawab soalan peperiksaan. Husin, terus mengabaikan kerja sekolahnya. 30 tahun kemudian, Ahmad menjadi usahawan homeopati. Husin pula menjadi tok bomoh kampung.
Kisah ini mungkin berlaku di sebuah negara yang mentalitinya berada di kelas ketiga. Kegagalan dalam memahami erti dan makna sebenar ilmu sains memberi kesan yang sangat besar kepada individu, masyarakat dan negara. Adakah ilmu sains sekadar untuk mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang semata-mata?
Sains adalah alat. Seperti mana pisau boleh digunakan untuk kerja memasak, pisau juga boleh digunakan untuk membunuh orang lain. Seperti sains, bagaimana kita memahami tujuan menggunakan sains menentukan cara kita menggunakannya di masa akan datang.
“Bagaimana kita muncul?”
“Apa itu kesedaran?”
“Apa tujuan kita hidup?”
“Adakah dunia perlukan pencipta?”
“Siapa yang benar dan betul?”


Falsafah

Persoalan ini biasanya dijawab oleh golongan falsafah dan teologi. Empedocles dan Anaxagoras antara ahli falsafah Yunani terawal yang cuba mencari jawapan. Bagaimana mahu menjawab persoalan besar ini jika ilmu pengetahuan kita terhad? Ilmu falsafah dan teologi telah muncul sebelum adanya lagi alat-alat untuk melihat merentasi angkasa mahupun alam kuantum. Ilmu paling asas tentang asal usul kehidupan, iaitu genetik hanya muncul pada lewat abad ke-19
Sifat tidak ambil kesah bukan satu-satunya musuh kepada sains tetapi musuh sebenar adalah ilusi ilmu. Kebanyakan masyarakat menganggap terdapat manusia jahat di dunia ini. Sebenarnya, apa yang lebih jahat bukanlah manusia jahat ini tetapi idea sesat. Idea sesat berjangkit dan menyebabkan manusia yang terpengaruh membuat perkara jahat. Lambakan pasaran sains palsu (pseudoscience) telah merosakkan imej sains. Begitu juga ilmu sesat tentang sains yang disampaikan dari mulut ke mulut seperti bukti sains menunjukkan manusia berasal daripada beruk menjauhkan lagi hubungan antara agama dan sains.
Penguasaan bahasa serta retorik dapat menjadikan sesuatu yang salah boleh dibuktikan betul dan sebaliknya. Kaedah ini digunakan oleh segelintir golongan yang cuba untuk mempromosikan produk sains palsu mereka. Data yang dikeluarkan oleh National Science Foundation pada tahun 2002 tentang kepercayaan masyarakat terhadap sains palsu amat membimbangkan. Sebanyak 40% mempercayai astrologi, 88% ubatan alternatif, 60% ESP, dan 70% terapi magnetik. (sumber : Michael Shermer, science and the decline of magic).
Salah faham tentang sains perlu diselesaikan bagi menarik minat seramai mungkin kepada bidang sains. Kerajaan berhasrat untuk menjadikan nisbah pelajar yang mengambil bidang sains sebanyak 60(sains):40(bukan sains). Namun, pada tahun 2015, hanya 35% pelajar yang memilih bidang sains (sumber : fb Majalah Sains, The Star).
Suatu ketika dulu, ilmu sains banyak dihina dan dijadikan bahan lawak kerana tidak mempunyai bukti yang kukuh. Andreas Vesalius, bapa anatomi manusia dilabel sebagai bidaah. Giordano Bruno dibakar hidup-hidup kerana mengeluarkan kenyataan bahawa bumi bukan pusat alam semesta. Adik beradik Wright ditertawakan kerana percaya mesin boleh terbang. William Harvey dikutuk kerana kenyataannya darah dipam oleh jantung dan mengalir melalui arteri. Galileo Galilei dipenjarakan kerana mengajar tentang bumi mengelilingi matahari.
Kini, teknologi semakin canggih. Pelbagai alat yang dapat membantu menguatkan deria yang dianggap mustahil telah wujud. Contohnya seperti Large Hadron Collider bagi mengkaji partikel fizik. Laser Interferometer Gravitational Observatory (LIGO) bagi mengkaji gelombang gravitasi. Projek Genom Manusia (Human Genome Project) yang menyediakan turutan genom (genome sequencing). Keturunan yang sama (common ancestor) dapat dibuktikan melalui ilmu genetik. Penemuan seperti human endogenous retroviruses (HERVs) memberi satu suntikan baru kepada kajian yang lebih mendalam tentang bagaimana DNA dan RNA boleh terhasil. (sumber: http://www.pnas.org/content/113/16/E2326)
Pendedahan kepada masyarakat bahawa sains adalah kaedah penyiasatan dan bukannya sistem kepercayaan amat penting supaya tidak lagi muncul ayat yang meremehkan bukti sains seperti ‘hanya teori’. Kempen menyedarkan masyakakat tentang bidang sains yang seharusnya mewakili ilmu pengetahuan sebenar berbanding kepercayaan nenek moyang patut diberi sokongan sepenuhnya. Masyarakat perlu diasuh dan dididik untuk membuat keputusan berasaskan bukti dan bukannya didoktrin berasaskan kepercayaan karut marut dogma dan prejudis agama.
Bukti yang dipersembahkan oleh sains penuh dengan disiplin seperti semakan sistematik, meta-analisis, kajian rawak sekali ganda (randomized controlled double blind studies), kajian kohort, laporan kes, editorial, kajian in vitro, dan ujian kepada haiwan. Berbeza dengan sains palsu yang mendapatkan bukti hanya dari maklumat mulut ke mulut, pandangan peribadi, nasib, ayat-ayat menakutkan (fearmongering), persepsi Gestalt dan artikel sains lama.
Kita beruntung kerana hidup dalam era yang penuh dengan kemudahan untuk pembangunan sains. Tahniah dan terima kasih atas penubuhan Pusat Maklumat Sains dan Teknologi Malaysia (MASTIC) yang mana antara objektif penubuhannya adalah menjadi pusat rujukan utama negara bagi menyokong pengurusan pengetahuan yang berkualiti dan menyediakan kemudahan aliran dan capaian maklumat. (sumber : http://mastic.mosti.gov.my)
Terima kasih kepada ahli sains yang terus bersemangat membuat kajian, akhirnya kebenaran terserlah. Pengorbanan mereka seharusnya diambil pengajaran dan iktibar. Banyak lagi ilmu-ilmu yang dapat dibuktikan sekiranya kajian terus dibuat.
Kepercayaan membuta tuli tidak menjadikan sesuatu kepercayaan itu benar. Carl Sagan mengungkapkan ‘sains adalah sastera realiti’. Johannes Kepler apabila sedar kepercayaannya tidak selari dengan pemerhatiannya, dia menerima fakta yang tidak menyenangkan itu. Itulah jiwa sains sebenar. Kejujuran intelek. (Carl Sagan). Tidak perlu malu untuk mengaku tidak tahu. Lebih malu jika berpura-pura tahu semua jawapan. Kebergantungan pada bukti sains pastinya akan mengubah kehidupan menjadi lebih baik.
Berikan Komen Anda Di Sini
ShareTweetShare
Previous Post

Pengudaraan Semulajadi di kediaman Tinggi: Permasalahan & Penyelesaian

Next Post

Sel Stem: Bukan Sekadar Kosmetik

Editor

Editor

Related Posts

10 Soalan Untuk Saintis: Dr. Izwandy Idris
Berita & Peristiwa

10 Soalan Untuk Saintis: Dr. Izwandy Idris

2 years ago
Campylobacter: Bakteria Penyebab Keracunan Makanan dan Penyakit Autoimun
Berita & Peristiwa

Campylobacter: Bakteria Penyebab Keracunan Makanan dan Penyakit Autoimun

2 years ago
Kredit Gambar: Medium
Suara Saintis Muda

Vesikel Luar Sel – Aplikasi dalam Kanser

3 years ago
Jangkitan Virus Korona pada Haiwan dan Manusia
Suara Saintis Muda

Jangkitan Virus Korona pada Haiwan dan Manusia

3 years ago
Next Post
Sel Stem: Bukan Sekadar Kosmetik

Sel Stem: Bukan Sekadar Kosmetik

  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengapa Manusia tersedu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Prosedur Intubasi : Kenapa Pesakit Ditidurkan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2022

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2022

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In