23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Saturday, January 28, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Kepupusan Massa Besar (Big Mass Extinction)- adakah kita bersedia?

Info Geosains

Saiful Bahari by Saiful Bahari
15/04/2019
in Alam Semulajadi, Berita & Peristiwa
0 0
0

Oleh : Dr. Nursufiah bte Sulaiman
Jabatan Geosains, Fakulti Sains Bumi, Universiti Malaysia Kelantan

 

Ilustrasi Kepupusan Massa Besar

 

Merujuk kepada Skala Masa Geologi, terdapat lima Kepupusan Massa Besar (Big Mass Extinction) yang direkodkan. Kesemua Kepupusan Massa tersebut dikaitkan dengan hentaman asteroid, gunung berapi, gempa bumi dan segala bencana alam semulajadi yang lain. Terdapat juga beberapa siri kepupusan kecil didalam Skala Masa Geologi, tetapi Lima Kepupusan Massa Besar ini menunjukkan peratusan kehilangan yang agak besar iaitu 75% spesies dilaporkan pupus atau mati atau terevolusi.  Lima Kepupusan Massa Besar yang direkodkan dalam Skala Masa Geologi adalah Kepupusan Ordovisi-Silur, Kepupusan akhir Devon, Kepupusan Perm-Trias, Kepupusan Trias- Jura dan Kepupusan Kapur-Paleogen.

 

Ordovisi-Silur

Pada zaman ini (sekitar 439 juta tahun dahulu), kepupusan massa direkodkan berpunca daripada penyejukan suhu global. Cuaca yang terlampau sejuk menyebabkan penurunan aras laut dan batuan silikat yang terdedah menyebabkan kandungan karbon dioksida yang terdapat di atmosfera semakin berkurangan. Kesan daripada kejadian ini menyebabkan 86% hidupan di Bumi pupus dan haiwan prasejarah seperti trilobit dan konodon berkurangan serta hidupan laut graptolit pupus. Dikatakan juga bahawa penyejukan suhu global ini berkait rapat dengan pergerakan kepingan tektonik dan pembentukan pergunungan Appalachia.

 

Akhir Devon

Zaman ini berlaku sekitar 364 juta tahun dahulu. Kepupusan massa yang menyebabkan 75% hidupan pupus ini, dikaitkan dengan kemunculan  tumbuhan yang melepaskan nutrien and menyebabkan alga bertambah, lalu menyerap oksigen dalam lautan. Hal ini menyebabkan kandungan oksigen semakin menurun dan hidupan prasejarah dalam lautan iaitu trilobit menjadi pupus.

 

Perm- Trias

Zaman yang dikenali sebagai ‘the great dying’ ini, berlaku sekitar 251 juta tahun dahulu. Hampir 96% hidupan pupus dan merupakan zaman katastropi. Hal ini berpunca daripada letusan gunung berapi di Siberia yang melepaskan karbon dioksida yang tinggi. Gas metana yang merupakan salah satu gas rumah hijau yang tercemar juga meningkat kuantitinya disebabkan oleh bakteria metagonik. Selain itu, lautan menjadi sangat berasid dan melepaskan hidrogen sulfida yang beracun. Terumbu karang dizaman ini mengalami kepupusan secara keseluruhannya.

 

Trias-Jura

Zaman Trias-Jura dikaitkan dengan kemunculan Dinosaur. Ia berlaku kira-kira 100-214 juta tahun dahulu. Dikatakan hampir 86% hidupan pupus disebabkan oleh letusan gunung berapi. Tidak seperti zaman Perm-Trias, kebanjiran magma daripada letusan gunung berapi di Atlantik menjadi punca utama kepupusan. Hal ini dikaitkan dengan pemisahan superbenua (Pangea) dan pembukaan Lautan Atlantik. Hidupan prasejarah yang kecil dan hidup dalam lautan iaitu konodon dilaporkan pupus dizaman ini.

 

Kapur-Paleogen

Kepupusan massa yang paling terkini ini berlaku sekitar 65 juta tahun dahulu. Diawal zaman Kapur, pergerakan superbenua Pangea yang telah terbahagi kepada dua -Laurasia di utara dan Gondwana di selatan adalah sangat aktif. Diakhir zaman Kapur, Dinosaur mula pupus dan digantikan dengan penambahan mamalia. Kepupusan massa ini melibatkan 76% hidupan pupus yang disebabkan oleh hentaman meteorit. Hal ini dibuktikan dengan kewujudan krater meteorit yang berusia kira-kira 65 juta tahun di Mexico. Selain itu, terdapat juga teori yang mengatakan bahawa kepupusan pada zaman ini disebabkan oleh letusan gunung berapi yang terjadi di India.

 

Jika dilihat secara umum, Kepupusan Massa menyebabkan hampir 90% daripada spesies hidupan yang pernah hidup di Bumi ini mati atau pupus. Tetapi jika dilihat secara teliti, kejadian ini membuka ruang kepada hidupan di Bumi untuk berevolusi dan munculnya spesies hidupan baru. Sebagai contoh, kita boleh lihat pada zaman akhir Kapur, Dinosaur mula pupus tetapi diganti oleh mamalia yang semakin bertambah dan berkembangbiak sehingga sekarang.

 

Disebalik kelima-lima Kepupusan Massa yang telah direkodkan, saintis meramalkan kemungkinan Kepupusan Massa yang keenam akan berlaku di era ini. Jika kelima Kepupusan Massa yang lalu disebabkan oleh bencana alam semulajadi, tetapi kemungkinan Kepupusan Massa yang keenam ini akan berlaku disebabkan oleh aktiviti manusia sendiri. Dewasa ini, kita dapat melihat pelbagai ancaman kepupusan haiwan dan tumbuhan sedang berlaku.

 

Menurut kajian yang dijalankan oleh NOAA (National Oceanic and Atmospheric Administration) ke atas karbon dioksida dalam ais di Moana Loa, Hawaii, iklim bumi telah mengalami 7 kitaran bermula daripada 650,000 tahun dahulu sehingga sekarang. Kitaran itu termasuk dengan peningkatan suhu  bumi dan penurunan serta pemulihan semula iklim global. Walau bagaimanapun, beberapa tahun kebelakangan ini, perubahan iklim global menunjukkan kadar kenaikan suhu yang agak membimbangkan. IPCC (Intergovernmental Panel on Climate Change) iaitu sebuah badan yang ditubuhkan dibawah Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk mengkaji perubahan iklim global telah meramalkan kenaikan suhu sehingga 20 C sehingga tahun 2100. Jika peningkatan ini semakin bertambah dan tiada penurunan, kitaran perubahan iklim (seperti yang berlaku sebelum ini) tidak akan berlaku dan kemungkinan akan terhasilnya kepupusan massa yang keenam.

 

Jadi, apakah yang menyumbang kepada perubahan iklim global ini? Pembakaran terbuka, pembalakan tidak terkawal, pelupusan sampah yang tidak diselia dengan baik dan segala aktiviti manusia yang tidak terancang meyumbang kepada penghasilan gas rumah hijau. Peningkatan gas rumah hijau mengakibatkan suhu global semakin bertambah kerana banyak haba terperangkap diatmosfera bumi. Justeru itu, jika kita sebagai manusia tidak mengawal aktiviti yang boleh mendorong kepada kepupusan, adakah kita sendiri bersedia untuk menjadi spesies yang terancam dan terpupus? Adakah kita juga bersedia untuk terevolusi menjadi spesies hidupan baharu?

Jadual menunjukkan ringkasan Kepupusan Massa Besar berserta peristiwa yang berlaku:

Kepupusan Massa BesarPeristiwa
Ordovisi-SilurBerlaku sekitar 439 juta tahun dahulu dan menyebabkan 86% hidupan pupus, dan hidupan laut Graptolit pupus.
Akhir DevonBerlaku sekitar 364 juta tahun dahulu dan menyebabkan 75% hidupan pupus. Di akhir Devon, Trilobit pupus.
Perm-TriasBerlaku sekitar 251 juta tahun dahulu. Pada zaman ini dikenali sebagai ‘the great dying’ kerana menyebabkan hampir 96% hidupan pupus dan  terumbu karang berbentuk tabula juga pupus diganti dengan terumbu karang moden yang hidup di zaman sekarang.
Trias- JuraBerlaku sekitar 199-214 juta tahun dahulu dan menyebabkan 86% hidupan pupus. Era ini dikenali dengan era Dinosaur dan kepupusan haiwan kecil Konodon.
Kapur-PaleogenBerlaku sekitar 65 juta tahun dahulu dan menyebabkan 76% hidupan pupus. Di akhir Kapur, Dinosaur mula kepupusan
Holosen????

Kredit Foto :
Davidmarinelli
Telegraph

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Dr. Nursufiah bte SulaimanInfo GeosainsJabatan Geosains Fakulti Sains BumiKepupusan Massa BesarPerubahan Iklim GlobalUniversiti Malaysia Kelantan
ShareTweetShare
Previous Post

Imej Lohong Hitam Supermasif yang pertama berjaya dirakam

Next Post

Temuramah Bersama Dr. Kevin Koay Jun Yi

Saiful Bahari

Saiful Bahari

Related Posts

Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?
Berita & Peristiwa

Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?

3 days ago
Peranan Ibu Bapa Dalam Mengembangkan Kemahiran Matematik Kanak-Kanak Satu Hingga Dua Tahun
Berita & Peristiwa

Peranan Ibu Bapa Dalam Mengembangkan Kemahiran Matematik Kanak-Kanak Satu Hingga Dua Tahun

3 days ago
Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel

2 weeks ago
Sejarah Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Sejarah Sel Fuel

2 weeks ago
Next Post
Temuramah Bersama Dr. Kevin Koay Jun Yi

Temuramah Bersama Dr. Kevin Koay Jun Yi

  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengapa Manusia tersedu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2022

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2022

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In