23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Tuesday, April 13, 2021
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Kesan Pengunaan Gajet Pada Kanak Kanak Semasa Waktu Makan

Info Perubatan

Saiful Bahari by Saiful Bahari
03/01/2020
in Berita & Peristiwa, Perubatan & Kesihatan
0 0
0

Oleh : Nur Amalina Binti Samad
Fakulti Sains Kesihatan UKM

 

 

 

Gajet dan Kanak Kanak

Pengunaan gajet di kalangan kanak kanak adalah fenomena biasa pada masa kini. Bahkan ada ibu bapa yang memperkenalkan gajet seperti telefon pintar dan tab pada anak mereka seawal peringkat bayi lagi. Ramai ibu bapa beranggapan bahawa gajet akan menarik perhatian anak yang tidak boleh duduk diam dan mudah bosan dengan keadaan sekeliling. Dengan alasan itulah, ibu bapa dengan mudahnya membenarkan anak anak mereka menggunakan gajet ketika waktu makan terutamanya ketika makan di luar rumah.

 

Bila Gajet Menguasai Meja Makan

Pengunaan gajet semasa makan oleh anak kecil adalah salah satu perangkap besar untuk ibu bapa kerana mempunyai kesan buruk dalam jangka masa yang panjang. Kesan yang boleh kita lihat pada kanak kanak yang kerap menggunakan gajet ketika makan ialah perkembangan kognitif mereka menjadi perlahan. Hal ini disebabkan, kanak kanak lebih cenderung untuk fokus pada skrin gajet berbanding belajar cara makan yang betul. Seharusnya, waktu makan adalah waktu yang berharga untuk mereka dapat mencontohi skil makan dan minum daripada orang sekeliling terutamanya ibu bapa. Tambahan pula, waktu makan boleh menjadi proses untuk kanak kanak merasai dan mengenalpasti tekstur makanan yang dimakan dan mendengar arahan daripada ibu bapa.

 

 

Di samping itu, penggunaan gajet ketika makan turut membawa kepada kurangnya kekuatan fizikal dalam kalangan kanak kanak. Jika mereka hanya dibiarkan bermain gajet tanpa dikawal, mereka tidak dapat membiasakan diri untuk mengambil, mengoyak dan mengenggam makanan yang dimakan. Bukan itu sahaja, anak kecil juga mempunyai risiko lemah untuk memegang sesuatu seperti pensil dan akhirnya lambat untuk menulis.

Banyak kajian menunjukan kaitan obesiti dalam kalangan anak kecil dan gajet. Apabila kanak kanak mula tidak fokus pada deria dan bau makanan, mereka akan makan lebih daripada keperluan yang sepatutnya. Malahan, ada juga iklan di gajet yang mempromosikan makanan tidak sihat dan menarik minat kanak kanak untuk memilih makanan tersebut.

Ibu bapa tidak perlu risau tentang anak yang aktif di meja makan. Sekiranya pergerakan fizikal kanak kanak terhad, ianya akan memberi kesan kepada perkembangan otot si kecil sekaligus dapat menjejaskan postur dan proses kawalan tubuh yang baik. Perlu diingatkan bahawa kurangnya pergerakan fizikal bukan saja meningkatkan risiko obesiti, bahkan ia boleh menjadi penghalang kepada sosial dan emosi kanak kanak. Kanak kanak yang makan tanpa gajet lebih mudah untuk bertutur dan berkomunikasi berbanding mereka yang makan dengan menggunakan gajet.

 

Gajet Bukanlah Penyelesaian Untuk Diam

Hakikatnya, ibu bapa tidak perlu memberikan gajet untuk mengantikan kebosanan kanak kanak ketika waktu makan. Ibu bapa perlu kreatif untuk mewujudkan suasana yang menarik minat untuk si kecil makan dengan selesa. Adalah satu bentuk kerugian untuk ibu bapa jika terus menerus membiarkan kanak kanak dengan gajet di meja makan kerana waktu makan ialah waktu yang seharusnya untuk banyak berkomunikasi dengan mereka berbanding waktu lain yang dipenuhi dengan komitmen kerja dan tugas rumah yang banyak.

 

Rujukan

  1. http://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/195/154
  2. https://sainshumanika.utm.my/index.php/sainshumanika/article/view/1492
  3. https://pediatrics.aappublications.org/content/early/2016/10/19/peds.2016-2591

 

Kredit foto : parenting

 

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Fakulti Sains KesihatanGajetInfo PerubatanNur Amalina Binti SamadUniversiti Kebangsaan Malaysia
ShareTweetShare
Previous Post

Potensi Sel Stem Dalam Usaha untuk Memperbaiki Masalah Jantung

Next Post

Ikan Zebra (Danio rerio) : Bintang Baharu Model Haiwan Penyelidikan Bioperubatan

Saiful Bahari

Saiful Bahari

Related Posts

Pepatah Berkepit Macam Belangkas: Satu Tinjauan Saintifik
Alam Semulajadi

Pepatah Berkepit Macam Belangkas: Satu Tinjauan Saintifik

7 hours ago
Burung Nokturnal: Burung Hantu, Burung Tukang dan Burung Segan
Alam Semulajadi

Burung Nokturnal: Burung Hantu, Burung Tukang dan Burung Segan

9 hours ago
Inovasi Pengusaha Kolam Udang Mencipta Alat Pengukur Kekeruhan Air
Alam Semulajadi

Inovasi Pengusaha Kolam Udang Mencipta Alat Pengukur Kekeruhan Air

9 hours ago
Galakkan Pelajar Menjawab Soalan Subjektif
Berita & Peristiwa

Galakkan Pelajar Menjawab Soalan Subjektif

10 hours ago
Next Post
Ikan Zebra (Danio rerio) : Bintang Baharu Model Haiwan Penyelidikan Bioperubatan

Ikan Zebra (Danio rerio) : Bintang Baharu Model Haiwan Penyelidikan Bioperubatan

  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengapa Manusia tersedu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rumah Tradisional Melayu: Antara Seni, Sains & Realiti

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bagaimanakah Melegakan Sedu Semasa Berpuasa?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

Majalah Sains © 2020

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

Majalah Sains © 2020

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In