23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Tuesday, March 21, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Kesan Sampingan dan Ketoksikan Radioterapi berkait dengan Faktor Genetik

Kesan Sampingan dan Ketoksikan Radioterapi berkait dengan Faktor Genetik

Editor by Editor
26/09/2022
in Berita & Peristiwa, Perubatan & Kesihatan
0 0
0

Oleh: Dr. Noorazrul Azmie Yahya, PhD
Pensyarah Kanan Radioterapi
Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Radioterapi biasanya menggunakan sinaran x tenaga tinggi, yang menembusi jauh ke dalam tisu badan untuk membunuh kanser yang berada dalam badan manusia.  Partikel elektron juga boleh digunakan untuk rawatan di permukaan, contohnya kanser kulit dan nodus limfa. Elektron ini boleh diperoleh daripada kebanyakan pemecut linear (mesin radioterapi) dan memberikan dos yang tinggi kepada kedalaman beberapa sentimeter, sesuai untuk kanser dipermukaan.

Rawatan radioterapi biasanya diberi melalui beberapa sesi (atau pecahan) untuk mengeksploitasi perbezaan dalam pembaikan dan peningkatan semula populasi antara sel tumor dan sel normal. Sel tumor mempunyai kadar pembaikan yang lebih rendah berbanding sel normal. Sebagai contoh, rawatan untuk kanser prostat dan kepala dan leher diberikan dalam 40 pecahan dalam tempoh lapan minggu.

Sebaliknya, dalam rawatan paliatif yang bertujuan untuk mengurangkan kesakitan atau simptom-simptom akibat kanser, rawatan pecahan tunggal biasa dilakukan. Ini kerana dos radioterapi yang rendah boleh memberikan kawalan tumor untuk masa yang singkat dengan kesan sampingan yang minimum.

Siapa yang memerlukan radioterapi?

Mengikut kajian berdasarkan garis panduan kebangsaan dan antarabangsa, 52% pesakit kanser harus menerima radioterapi sebagai satu metod rawatan kanser sama ada untuk penyembuhan atau paliatif.

Dalam rawatan kuratif bertujuan untuk penyembuhan, radioterapi radikal boleh ditawarkan sebagai rawatan utama dan tunggal. Ia juga boleh digunakan dengan kaedah lain seperti pembedahan di mana radioterapi diberikan sebelum (neoadjuvan) atau selepas pembedahan (adjuvan). Misalnya, kanser payudara yang merupakan kanser dengan insiden paling tinggi di Malaysia (Rajah 1) memerlukan radioterapi sebagai rawatan adjuvan.

Radioterapi paliatif memainkan peranan penting dalam penjagaan kanser yang tidak boleh disembuhkan sepenuhnya. Kajian menunjukkan bahawa radioterapi boleh mengurangkan atau menghapuskan kesakitan akibat metastasis tulang dalam 60% daripada kes. Radioterapi juga boleh digunakan untuk meredakan metastasis otak, tekanan di saraf tunjang, simptom akibat mampatan daripada metastasis visceral, dan pendarahan yang tidak terkawal—contohnya, hemoptisis (batuk berdarah) atau hematuria (kencing berdarah)

 

Apakah kesan sampingan?

Kesan yang paling selalu dirasai oleh pesakit adalah keletihan semasa menjalani rawatan radioterapi. Selain itu,  ketoksikan seringkali dikaitkan dengan lokasi anatomi medan radioterapi. Misalnya, jika rawatan melibatkan payudara, kesan rawatan kebiasaannya datang dari anatomi berhampiran bahagian payudara termasuk keradangan paru-paru dan jantung.

Ketoksikan boleh dibahagikan kepada awal dan lewat. Ketoksikan awal biasanya boleh sembuh, tetapi ia mesti diuruskan dengan sewajarnya untuk mengelakkan ianya mengganggu kelancaran rawatan. Kebiasaannya, ketoksikan awal bermula kira-kira dua minggu selepas rawatan, tetapi gejala cenderung memuncak pada dua hingga empat minggu selepas selesai.

Ketoksikan lewat berlaku sekurang-kurangnya enam bulan selepas rawatan dan mungkin muncul selepas bertahun-tahun. Tidak seperti kesan awal, kesan lewat ini seringkali tidak dapat dipulihkan sepenuhnya. Garis panduan antarabangsa telah dibangunkan yang memperincikan risiko ini dan kaitannya dengan dos. Maklumat dari panduan ini mesti digunakan semasa perancangan radioterapi yang dilakukan oleh ahli fizik radioterapi bagi membantu meminimumkan ketoksikan.

Gejala kronik seperti kegagalan pengawalan pundi kencing dan inkontinensi najis boleh memberi kesan serius kepada kualiti hidup. Pengurusan mereka harus diselaraskan dengan pakar onkologi yang merawat, dan dalam beberapa kes, pendapat pakar lanjut mungkin diperlukan.

 

Mengapa sesetengah pesakit mendapat kesan tetapi sebahagian lain tidak?

Walaupun radioterapi ditoleransi dengan baik oleh kebanyakan pesakit, sesetengah pesakit mengalami kesan sampingan yang disebabkan oleh radiasi (Rajah 2). Kemungkinan kesan sampingan  sebahagian besarnya ditentukan oleh jadual pembahagian dos, tapak yang dirawat dan sebarang komorbiditi yang sedia ada.

Keterukan dan kekerapan kesan sampingan boleh dikurangkan dengan terapi moden yang lebih jitu dengan teknologi berpandukan imej termaju. Kejituan ini boleh digunakan untuk meminimumkan dos sinaran kepada tisu normal dengan itu mengurangkan kesan sampingan. Ianya juga boleh digunakan untuk peningkatan dos kepada tumor tanpa meningkatkan risiko kesan sampingan. Peningkatan dos pada tumor akan meningkat keberkesanan rawatan.

Masih menjadi persoalan yang belum dijawab sepenuhnya adalah mengapa sesetengah pesakit mengalami kesan sampingan akibat radioterapi dan sesetengahnya tidak lansung mengalami kesan sampingan?

Beberapa kajian telah menyokong hipotesis bahawa terdapat komponen genetik yang mempengaruhi ketoksikan tisu normal selepas radioterapi. Misalnya, kajian kami bersama saintis di Pusat Penyelidikan Radiasi dalam Onkologi di German mendapati pesakit dengan ekspresi gen RPA2 dan TCF3 yang lebih tinggi mempunyai risiko xerostomia atau mulut kering yang lebih tinggi. Gen tersebut bertanggungjawab dalam tindak balas selular terhadap kerosakan DNA dan pembentukan sel kalenjar saliva.

Jika komponen genetik ini difahami sepenuhnya, pesakit dengan genetik yang tidak sensitif boleh diberikan dos radiasi yang lebih tinggi bagi membunuh sel-sel kanser dengan lebih berkesan (Rajah 3). Manakala, pesakit yang lebih sensitif perlu menggunakan teknik dengan kejituan yang lebih tinggi bagi mengurangkan risiko. Pengoptimuman rawatan sebegini boleh membantu pesakit kanser untuk mencapai kualiti kehidupan yang lebih baik selepas rawatan.

Rujukan:

  1. Shanmugam, P. S. T., & Bakthavachalam, P. (2018). Basics of radiation and radiotherapy. In Understanding Cancer Therapies (pp. 1-12). Taylor & Francis Group, 6000 Broken Sound Parkway NW, Suite 300, Boca Raton, FL 33487-2742: CRC Press.
  2. Yahya, N., Linge, A., Leger, K., Maile, T., Kemper, M., Haim, D., … & Löck, S. (2022). Assessment of gene expressions from squamous cell carcinoma of the head and neck to predict radiochemotherapy-related xerostomia and dysphagia. Acta Oncologica, 1-8.
  3. Voon, N. S., Abdul Manan, H., & Yahya, N. (2021). Cognitive decline following radiotherapy of head and neck cancer: systematic review and meta-analysis of MRI correlates. Cancers, 13(24), 6191.
  4. Yahya, N., & Manan, H. A. (2021). Neurocognitive impairment following proton therapy for paediatric brain tumour: a systematic review of post-therapy assessments. Supportive Care in Cancer, 29(6), 3035-3047.
  5. Yahya, N., & Manan, H. A. (2021). Diffusion tensor imaging indices to predict cognitive changes following adult radiotherapy. European journal of cancer care, 30(1), e13329.
  6. Chaouni, S., Dumont Lecomte, D., Stefan, D., Leduc, A., Barraux, V., Leconte, A., … & Laurent, C. (2020). The possibility of using genotoxicity, oxidative stress and inflammation blood biomarkers to predict the occurrence of late cutaneous side effects after radiotherapy. Antioxidants, 9(3), 220.
Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: kanserkesan radioterapiradioterapi perubatan
ShareTweetShare
Previous Post

Etak Salai : Kandungan Nutrisi Makanan

Next Post

Pengkaramelan: Suatu Tindakbalas Kimia yang Menakjubkan

Editor

Editor

Related Posts

Peranan Enzim dalam Memangkin Industri Makanan
Berita & Peristiwa

Peranan Enzim dalam Memangkin Industri Makanan

1 week ago
Vaksin Tifoid diwajibkan kepada Semua Pengendali Gerai Bazar Ramadan
Berita & Peristiwa

Vaksin Tifoid diwajibkan kepada Semua Pengendali Gerai Bazar Ramadan

3 weeks ago
Potensi Propolis Lebah Kelulut Dalam Perawatan Alternatif Kesakitan
Alam Semulajadi

Potensi Propolis Lebah Kelulut Dalam Perawatan Alternatif Kesakitan

3 weeks ago
Plastik Oksodegradasi: Mitos Industri Plastik yang Mengaburi Realiti
Alam Semulajadi

Plastik Oksodegradasi: Mitos Industri Plastik yang Mengaburi Realiti

3 weeks ago
Next Post
Pengkaramelan: Suatu Tindakbalas Kimia yang Menakjubkan

Pengkaramelan: Suatu Tindakbalas Kimia yang Menakjubkan

  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Keindahan Nombor Fibonacci di Alam Semulajadi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Prosedur Intubasi : Kenapa Pesakit Ditidurkan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2023

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2023

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In